Saturday 17 November 2012

Korea~~7th day bye bye Korea. Pasti akan rindu..

Hari tu seawal pukul 4 dah bangun. Mandi, siap2 & bawa turun luggage ke lobi. Lepas tu naik balik sebab nak solat subuh. Lebih kurang pukul 5.15 dah bertolak ke Korean Product duty Free. On the way ke duty free, Papa Singh mewakili pihak kitaorang membuat kata2 farewell & terima kasih kat Sophie especially kat bos Sophie yang banyak tolong Papa Singh kat hospital. Lepas tu Sophie juga bagi ucapan terima kasih juga kat kitaorang & siap pass dia punya name kad & teddy bear dari Teseum. Yeay dapat free teddy bear. Tak tahu memang Sophie beli bagi kitaorang atau include dalam entrance fee. Tak pelah, janji dapat free. Bos Sophie juga kasi hadiah kat kitaorang iaitu chopstick & sudu. Happy lagi sebab memang ada niat nak beli chopstic. Ntah nak buat apa. Tapi sebagai kenangan la. So bila dah dapat free, jimat lagi. Huhu!! Sampai ke duty free lebih kurang pukul 5 pagi. 

Pagi tu akan breakfast dengan udong. Pukul 5 pagi telan udong. Dah la 5 pagi korea bersamaan dengan 4 pagi malaysia. Haih mengeluh. Bangun sahur nak puasa pun tak seawal ni. Ehh jap, nak bagitahu pasal udong sikit. Udong ialah sejenis mee Korea yang gemuk gedempol. Kalau nak banding dengan mee kuning kat Malaysia ni, berganda2 lagi udong ni terkena penyakit obesiti. Gemuk sampai nak telan pun susah. Kena berhati2 nanti tercekik. Actually sedap juga. Sedap tu maksudnya boleh dimakan la. Tapi memang tak lalu nak menelan pada pukul 4 pagi makanan yang tak biasa makan ni. So makan pun tak habis. Lepas makan, terus ke tingkat bawah untuk shopping. Kat sini, ada jual cakkedis dari korea. Ada biskut, ada coklat. Seaweed pun ada. So diorang shopping seaweed kawkaw kat sini. Harga pun murah je. 10000won satu plastik yang ada 32 pakej kecik. Lepas tu, turun lagi ke tingkat paling bawah, kat sini ada jual t-shirt, klip rambut, tie, patung pororo & souvenir lain. I beli t-shirt kat pok mee, then cekkedis sikit lepas tu klip rambut kat leeya. Dalam ramai2 anak sedara, masa tu leeya je yang belum ada hadiah kes dia kecik & tak tahu nak beli apa. So tengok klip rambut hello kitty, boleh la bagi leeya. Padahal, klip rambut gitu kat Kelate pun ada. Tapi buat syarat beli hadiah kan.


Udong time
With the driver, ajumma jangok.
Yang untungnya kat sini, barang yang dibeli boleh pack dalam kotak. Pihak kedai dah siap2 buat perkihdmatan tu & siap2 ikat kemas. Free plak tu. So tak perlu buka luggage lagi nak letak barang. Senang kan??? Lepas tu ke bas, jumpa ajumma & nak minta bergambar dengan dia. Muka terkejut je ajumma sebab maybe pelik ada budak nak snap photo dengan dia. hihi!!mestila kena ada kenangan dengan ajumma sebab dia memang istimewa. Selain jangok, dia juga pakar buat u-turn kat jalan2 yang kalau difikir secara logik memang tak lepas. Dah la buat u-turn dengan bas. Memang teror giler. 

On the way ke airport, tengok kiri kanan. Sayu la plak. Memang berkobar nak balik, tapi sayu juga. 1 mgg kat sini, macam2 benda jadi. & tak tahu bila nak jejak lagi. Maybe dah tak jejak dah. Kalau jejak pun, haruslah datang dengan orang lain yang suasananya pasti berbeza. Bila bus berhenti dekat airport, ooo cakap dalam hati, byebye korea, i will miss all the memory here soon. Keluar bas, angkut luggage naik troli, then terus ke kaunter Airasia. Lucky, boleh check in by group. See, AA kat Korea memang sangat tiptop servicenya. Hampeh sungguh AA kat Malaysia. Banyak songeh. 

Beg tak masuk semua ke kargo lagi, Sophie dah nak ucap farewell. Katanya, ada 1 group dari Malaysia juga akan sampai sekejap lagi & nanti mereka  akan ambil flight ke Jeju Island plak. Haih, dengar pun dah muak dah. Pasti itinerary sama macam kitaorang hari tu. Folk village, Seongsan IIchulbung, Seopjikoji & bla bla. Peluk2 dengan dia, then Sophie terus pergi. Lepas semua luggage masuk kargo, kitaorang masuk ke dalam. Siap semua termasuk kastam, naik train ke gate, berkejaran dengan abang pilot then lepak2 kat gate before departure. Lucky nombor gate kitaorang ialah 107. 

Lama juga kat gate. Lepak, rehat, mengumpat, bergambar, berketawa etc. Sambil2 terngiang2 suara Sophie kat sana sini. Entah kenapa, kejap2 terngiang2 suara dia. Asal dengar orang cakap kuat je, terngiang2 suara dia. Semua pun dah trauma kot. huhu!!!Lepas tu, kitaorang dipanggil masuk ke kapal terbang. Kali ni i duduk dengan diorang, Da, Nurul & my niece. Tan plak tercampak jauh. Naik flight je i dah lentok. Lama giler rasanya kapal terbang nak take off. Pusing2 landasan rasanya dekat setengah jam. Sampai Nurul pun tertidur & bila jaga balik tanya Da "dah terbang ke" haha padahal masa tu kapal terbang dah atas langit 1 jam dah. Atas kapal terbang sejuk giler. I pusing kanan, pusing kiri, nak bagi dapat haba. Then makanan sampai, makan then tidur balik. Kali ni rasanya 6 jam tu kejap je. Better than masa pergi yang rasanya sudah berbelas2 jam atas flight. Pukul 3 petang, kitaorang selamat mendarat di LCCT. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. 


On the way ke gate 107. Macam delegasi dari mana ntah. huhu!!

Cita2 saya tak tinggi mana. Just nak naik MAS je untuk international trip. hihi!!!


Snap a picture with our driver on the day.. Dah penat pengejar  En pilot ni dari train lagi, at last boleh bergambar. Haha gedik sunguh!!!

Kitaorang nak balik Malaysia dah. Byebye Korea!!
Lama lepak kat gate sampai sempat tanya Madam gaji pilot. Katanya co officer pun dah cecah RM10K. Ohooo mata dah bertukar ke $$$$. Bagi la kat i sore. Sore pun dah cukup. Bukan nak 10 ore pun. haha!!!
Lepak LCCT 6 jam before ambil flight ke KB pukul 9.50 malam. Sempat tengok cerita Adam & Hawa lagi. Online berjam2 nak tunggu balik. Bosan giler. Lepas jamak Maghrib Isyak, semua dah ke kaunter nak drop luggage. Bergaduh lagi dengan abang kaunter pasal  nak drop by group tapi kena drop by individu juga. Hampeh punya AA. huhu!! Lepas semua selesai, pusing2 LCCT, masuk departure hall & terbang balik kelate. Adibah dah balik awal lagi. Flight petang. So dia dah selamat sampai KB petang tadi lagi. Flight balik juga clear. Cuaca behave well. Alhamdulillah. Then sampai KB airport dah nak pukul 11. Say farewell kat semua orang. Semua dah penat giler & nak dating dengan katil & pillow je. i also miss my bed & pillow. Balik2 je, mandi & terus tidur zzzzzzzzzzz. Bye bye Korea. Pasti akan rindu kan suasana kat sana, rindu gelak ketawa semua orang, rindu nak lari2 kejar masa, rindu nak lepak2 & party meggi & rindu semua perkara...


KB Airport. Bantal & katil memanggil2 dah. Back to reality & life. Moga ada kesempatan lagi untuk explore ciptaan Allah yang Maha Indah.

No comments:

Post a Comment