Wednesday 27 March 2013

sosial media..

I'm so out of date. Lots of social media now, but i just have facebook. Ada tweeter, ada instagram & now the latest kot keek. Semuanya sama je. Just to publish picture, video, latest activities, the feeling & so on. Ohh i'm not type the person to show of everything in the life. Kat fb tu kadang2 je la nak update status or picture. Tu pun gambar anak2 sedara or fren. Ada juga la update status, tapi bukan hari2. Tak suka la. malu nak bagitahu satu dunia perasaan sendiri. Ni ada blog pun tak bagitahu orang ada blog.

Pah apo ko jadahnyo ko bukak blog ni farah anida oihhhh. Haha!! Konpiuh sebab ada sosial media baru bernama keek ni. Semua dok pulun nak publish video kat keek?? er er er, me of course la out of date again & again...

Sunday 24 March 2013

panas dunia.. luar & dalam

Ya Allah, panasnyo kelate sejak 2 menjak ni. K.Norni kato, sari2 suhu kat kelate bulih gi ko 44darjah celsiuh. Sungguh tok nawok, sero panas sapa nok bbakar muko2. Doh ko make vitamin Alfafa. Vitamin ni panas sikit. So keadaan suhu badan rasa nak terbakar. Panas muka, panas kepala, panas kat seluruh badan. So sebab tu insaf kejap2. Ni baru panas dunia & vitamin. Tapi nak sihat jugak, so makan juga Alfafa ni. Tapi kurangkan dos. Sekarang ni, minum air 1.5l pun rasa sikit je. Tak gi toilet berkali2. Nak buat macam mana, badan sangat perlukan air. Dalam aircond pun berpeluh macam lari marathon 1km. huhu!!!

Ni baru panah dunia. Panas matahari. Panas disebabkan pemanasan global. Tu pun rasa tak mampu nak alami. Panas kat akhirat, Ya Allah tak boleh bayangkan. Nauzubillah. Semoga diri sendiri, keluarga tercinta, sahabat handai dan semua muslimin & muslimat dijauhi dari azab di akhirat. Amin amin amin!!! 

Teringat cerita pemimpin Turki Mustafa Kamal Atartuk. Pernah terbaca dalam blog mana ntah saat dia mengalami kematian. Disebabkan dia terlalu zalim, ketika di saat kematian dia, Allah panaskan badan dia sehinggakan bomba mencurah air ke tubuh dia pun tak mampu nak tahan rasa panas. Panjang lagi ceritanya. Tapi dah tak berapa nak ingat. Kot2 kalau tulis lari fakta pula.

Apapun, tahan sahaja dengan cuaca sekarang ni. Panas dalam hati pun panas juga. Tapi sabar sabar. Hari ni boleh lagi gelaran beruk dari orang tu. Hari tu dapat bodoh. Hari tu dapat b**i. Hari tu dapat gelaran hantu. Sian kat hati saya. Memang dah imune dengar word2 macam tu. Tapi saya bukan robot. Ada rasa sedih & sakit hati. Kenapa dia suka sangat cakap benda2 mencarut macam tu. Awak ayah pada 3 orang anak. Apa awak akan rasa kalau orang cakap macam tu kat anak2 awak? Anak awak bodoh la. Ni kerja b**i yang buat. Or beruk punya kerja??

Sebab dia suka cakap macam tu, kadang2 terfikir, betul ke saya jahat sangat? Mungkin tak sedar kot saya jahat & awak je mampu nampak. Sian ma & abah saya yang mendidik saya. Saya sekolah pun sekolah agama. Sikit2 pun, tahu apa yang boleh buat atau tak boleh buat. I'm trying to be good people everyday. Tapi ada orang macam awak, tiap2 hari saya rasa benci giler. Awak dah serapkan aura benci kat hati saya. Saya tak kacau kerja awak pun. Tak juga tarik rezeki awak. Langsung tak rasa apa jika awak dapat rezeki berganda2 dari saya. Tapi kenapa awak cakap benda2 mencarut macam ni. Mungkin salah saya, saya buat bising kat office. it's out of my control. Tapi tu bukan benda besarpun yang sampai awak nak cakap benda yang tak sepatutnya.

Ya Allah, kalau kehadiran hambaMu yang sorang ni hanya nak uji kesabaran hati ku, kuatkanlah hatiku lagi & lagi. Tapi kadang2, rasa dah tak mampu nak tengok & dengar. Kasian kat hati saya. Baru je nak serap masuk jiwa kasih sayang, dah terlebih serap masuk aura benci. So that's why, hati saya neutral je. No feeling. Semua benda pun no feeling & biasa2 je...

Saturday 23 March 2013

EARTH HOUR 2013

Tanda menyokong earth hour 2013, selama hampir sejam duduk bergelap. Sebetulnya, i the only one who support the campaign. So, just in my room switch off the lamp. Kat luar bilik, terang benderang je dengan segala lampu bagai. Tetiba rasa terpanggil nak tutup lampu. Dan satu lagi, i memang suka berada dalam keadaan yang hanya diterangi mentol or lilin (aromatherapy vanilla from IKEA of course). Bau dia sangat best. Tapi bukan bermakna i suka black out. Walaupun juga diterangi cahaya lampu lilin, tapi masa black out panas & penuh nyamuk. hehe!!!


Happy earth hour 2013. Selamatkan bumi yang kian hari kian tua dan penuh kerosakan daripada manusia itu sendiri.

Wednesday 20 March 2013

terkena sumpahan lagi.

Awat aku ni dok teringat kat hero novel TWB ni? haha ari tu cakap dah imune la, dah biasa la dengan watak hero cam tu. Tapi sekarang apa dah jadi ni....??? 

Ohh ada something kot dalam diri Tg.Adam Kamil tu. Haha yok yok ooo je cam real2 punya lelaki. Dush dush..peng peng...ok tampar sikit kat pipi 2 3 kali. Just stop dreaming please!!! Stop... Hero novel pun nak jiwang. Rekaan penulis je tu. Insaf farah, insaf... Astaqfirullah!!

** blogging selagi ada masa & nafsu. Merepek lagi & lagi

peak period for the 5th year..

Me, Tan & Da drafted our outstation work this year. Really, rasa mahu pengsan!!!

Start from April, until June, berderet odit luar yang perlu pergi. Tu kalau siap, kalau tak, audit luar akan dipanjangkan hingga bulan July. Aiyooo puasa la. Bila draft jadual kerja luar,  berderet nama farah yang keluar. Tulis punya tulis, farah punya oustation dah menjangkau 15 kali. Tu baru kerja luar, yang kerja dalam, kerja akaun, surat2 income tax tak kira lagi. Aci tak, kalau nak cuti sampai bulan June!!! Waaa nak meraung ni. Dalam 1 bulan ada hanya 4 minggu, tapi farah punya audit luar sampai 9 companies 1 bulan. Mana nak cari masa. Really need more time. Seriously, rasa macam dah semput giler!!!

Dah boleh bayang diri sendiri dah ni. Mesti jadi bengong macam tahun lepas. Hilang ingatan macam tahun lepas. Muka pun jadi macam calculator bergerak. Makan, tidur ingat akaun. Waa nak meraung berdouble2 ni. Nak kawin la. nak kawin jugak!!! Haha tiba2 meroyan tahap petala kelapan. Betul la nak kawin ni. I will be more stressful more more more than last last year this year. Ntah ayat apa yang aku tulis ni. Baru ke koya nak buat kerja part time dek kerana mata duitan. Tapi nampak gaya, wassalam la kerja part time. Kerja full time pun tunggang langgang. Dah tak tahu mana nak mula dulu.

Kan best kalau malam2 ada je orang2 kenek datang cnc tolong buat kerja. Nanti esok i bukak2 file, tgk semua dah complete. Alah macam cerita orang2 kenek dengan pembuat kasut tu. Cerita zaman budak2. Ishhhh farah anida, farah anida, tolong jangan merepek bukan2 time peak period boleh tak? Cukupla hanya Allah penolongmu. Cukup hanya Allah bagi kamu sihat untuk siapkan kerja. Cukup hanya Allah bagi kamu akal yang cerdas masa kerja. Cukup hanya Allah bagi kamu hati yang tenang masa kerja. Ada ke nak mintak orang kenek tolong buat kerja. Tu bukan lagi melicinkan kerja, lagi haru satu opis boleh la. Nanti ada yang tak datang opis sebab cnc dah berhantu!! huhu

Tahun ni tak pergi KL macam tahun2 lepas. Well, the situation now is not the same than last year. Tak pe, tak kisah pun tak pergi KL. Tapi pity my audit partner Miss Tan. Sorry Miss Tan, i can't help you for the first time this year. Dah la kena odit sorang2. Jiwo sorang2. Tak pe, u are super powerful girl. Go go!!!  Tu lah, nak buat macam mana, bukan kita yang bos kan. Kita hanya yang menurut perintah. 

So macam tak sempat je nak jadi ulat buku ni. 1 minggu 1 buku. Haihhhh baru je semalam koya2. Tapi tgk jadual diri sendiri skang ni, emm usahkan buku, shopping pun tak sempat. Bukan setakat tak sempat, tapi tak bernafsu lagi. Sebab tahun lepas punya experience, sebab dah sibuk sangat sampai tak sedar semua keperluan dah habis. Tak sempat nak gi shopping. 

Emm bila ehh nak ubah hidup ni. Asyik2 kitaran yang sama. Start awal tahun form e, then form c, lepas tu relax for the 5 months then form e balik then buat perkara sama lagi. Kat rumah plak, pagi2 bangun, pergi kerja, balik kerja, rehat2 & tidur. Waa betulla rasa nak kawin ni. Nak kawin jugak!! Ohh my soulmate, why are so difficult for u to find me? i kat kg morak je, or nak jauh sikit Jalan Pengkalan Chepa aka Jalan Tok Guru. Bukan tinggal kat Gurun Sahara pun. Please please please save me from tonne of workload.  Your love is really stresss!!! Tolong jangan biarkan your half ni jadi macam ni...




** sekian post gedik untuk kali ni. Sambung lagi nanti kalau dah super stress. Haha blogging sempat la plak kan!! kuang kuang kuang







Tuesday 19 March 2013

1 book 1 week..

Nak jadi ulat buku. Tapi bukan kerja yang sangat senang. Kalau nak bandingkan impian nak jadi accountant vs ulat buku, impian nak jadi ulat buku tu susahhhhhhh sangat la. ** suka je bandingkan apa2 dengan akaun sebab the only thing i know most is accounting!!!

Tak tahu kenapa Allah bagi ilham untuk diri sendiri minat kat buku. Suka juga pergi kedai buku. Suka membeli, tapi bahagian nak membaca tu, Ya Robbi bukan sesenang buka buku & baca. Sekejap boleh la dalam 5 minit focus kat buku, then lepas tu fikiran dah lari jauh pergi mana. So tak focus pada buku, mengantuk & tidur je lagi baik. Tapi kalau baca love story, boleh je. Semalaman pun boleh je nak habis. Haisehh kenapa la buat diskriminasi jenis buku ni. Sama je pun baca novel or baca buku serius pun. Baca tetap baca. Err err ada lain kot. haha!! Dalam love story tu ada la kata2 or ayat2 yang menyentuh jiwa. Or ada la tersentuh dengan sifat2 hero yang susah nak jumpa kat dunia realiti. huhu!! Ceh alasan je. Kalau dah namanya jiwang karat, cakap ajo.

Tu la, niat nak jadi ulat buku kena realisasikan juga rasanya ni. Nak upgrade baca buku english pun tak boleh sebab baca buku melayu pun still tak lepas2. Asyik baca di muka surat awal2 je, then yang belakang2 tu scanning la ** ni lagi satu benda yang pakar selain membalancekan account iaitu scanning baca buku. Belek2 je. Senang kerja!!! So nak realisasikan impian tu, kena juga habiskan 1 buku 1 minggu. Tak kisah la apa jugak genre. Komik pun boleh la asalkan 1 minggu ada juga buku yang dibaca. Rasanya, tak kisah la baca apapun, sikit pun harus ada benda yang bermanfaat untuk diri sendiri. Boleh tak ni nak buat 1 week 1 book? Boleh tak? Boleh tak ni????????



 


sumpahan...

Dulu, fobia giler biler dengar orang makan pil2. Tak kisah la pil nak kurus ke, vitamin ke. Asal pil, terus je otak cakap.. "Ohh tak akan sesekali makan mana2 pil kecuali ubat doktor. Yillek!!!"

Skang.. tgk apa dah jadi. Macam dah terkena sumpahan kata2 sendiri. Sebelum breakfast makan 2 biji Alfafa, lepas breakfast makan sebiji B Compleks & sebiji Vitale. After lunch, makan 2 biji Alfafa lagi & sebiji Vita C. Dan after dinner, makan 2 biji Alfafa lagi. Nasib baik la tak giler membeli Osteometrik. Kalu dok, before tido up lagi 4 biji Ostemetrik. Haha!!

Minggu ni up lagi pengambilan vitamin dengan Alfafa. Make pom sungguh. Tok leh ore kecek sikit, terus beli. Tapi sebab telan Alfafa ni rasa macam dah tak selesa tubuh sebab ambil benda baru. Hailah, tubuh ku ni dah berada dalam zon selesa kot dengan benda alah toksin segala. So bila masuk je benda baik dalam tubuh, terus tubuhku terkulai layu macam nak demam & pening2. Waa hopefully, this is only temporary. Kerja kat pejabat dah macam apa dah. Banyak giler!! Tahun ni client macam buat pakatan nak bawa dokumen serentak. hailah client!!!

Ok last for the day before go to sleep, ambil ESP & lumurkan Vita E kat muka. Tak makan Vita E sebab rasa dah banyak dah makan vitamin. So, just lumur2 kat muka je la. Tengok gaya makan vitamin, sihat & lawa la Farah Anida lepas ni. Hahahahahahaha!! nak ketawa tergolek2 kat diri sendiri. Insya Allah. Semoga Allah memberkati apa juga tindakan yang dibuat. Amin Amin Amin...

** my sist pun dah terkena hasutan dari adik yang terkena sumpahan kata2 sendiri. hehe!!

Friday 15 March 2013

TWB...

Good. Nak bangun qiam punya la susah. Macam2 alasan. Tapi for the new novel TWB, sanggup tidur pukul 5.00pagi demi nak habiskan semua page 642. Haih. And now, i dont have energy to go OT. Waa!!!





Ni my sist in law punya pasal bagi pinjam buku ni. Then, i dah tak larat nak buat semua kerja sebab stay up sampai pagi. haha!! Sekali dia beli novel 4 bijik. So........ bagus untuk adik ipar meminjam. kuikuikui!!

Cerita ni oklah. Pergi balik pergi balik pun cerita sama jugak. Lelaki kaya, awal2nya jahat then jadi insaf seinsaf2nya. Hero yang feel so in love with the heroin. Then he is very gentleman. So bila baca, dah tak rasa apa dengan gentleman nya sebab dah imune. Dah baca banyak novel, semua watak macam ni. Dan dah tak perlu ulang baca banyak kali. Petang ni dah boleh hantar. kihkihkih!!!Dalam ni ada ayat2 AlQuran & hadis juga. So ada pengajaran juga di sebalik jalan ceritanya. Yang baik2 diambil pengajaran kan. That's the main point to read the book. Not only the love story itself.

So this week, i ada lagi the new novel yang telah dibeli 2 minggu lepas. Tajuknya: Cintaku luruh di OXFORD. Sebab utama beli novel ni bukan sebab jalan cerita, tapi sebab jatuh cinta dengan covernya. Haha sangat ntah apa2. Bila belek2 baca, ohh rasa macam bosan je. Tapi sebab cover lawa, tak pe lah. Then the word of OXFORD kot. i memang giler2 akan suka kalau scene novel kat oversea. Sebab koya2 nak belajar kat UK dulu2.  Koya2 juga nak visit UK one day. Hope can get the chance. So, untuk masa sekarang, baca di novel just fine. ** kes ayat pujuk diri sendiri. sobsobsob nak g UK & other Europe conutry. Waaa nak gi. To my anak sedara Anis Syahirah yang dok kat mesir, hope u will read this entry. Since awak dah dekat dengan Europe tu, pergi la berjalan bila ada masa. Bila dah balik Malaysia, u will miss to travel. Trust me. it's the fact. Orang kampung sebelah dah sampai Ireland & Italy dah. haha!!! 

Fall in love with the cover....

Sunday 10 March 2013

to start all over again...

Dear Allah, 
give me guidance & strength to learn your love letter with istiqomah until the end. Insya Allah..





ehem ehem.. chewah!! ayat atas bukan main seriuh. Alkisahnya macam ni, i ni dah rasa menyesal giler dek kerana sekolah NAIM 5 tahun, tapi lepas keluar dari school langsung tak reti bahasa arab. Langsung tak reti tu kira melawak la. Setakat 'assama'= langit, 'al-Arrd= bumi, 'asshams'=matahari, 'alqomar=bulan' tu reti la. Kalau yang ni, tanya leeya pun dio reti nak jawab.

So bila bulan Ramadhan menjelang, memang perasaan menyesal ni sentiasa menebal. Awat asal Ramadhan je? Sebab masa ni la tiap2 malam (konon baik g solat terawih. Tak pe, x ada pembaca pun kat blog ni, so tak dikira riak, riak sorang2 je), dok dengar Bakar (tok imam terawih yang bersuara merdu yang diimport khas dari Kemboja) mengalunkan AlQuran masa solat terawih. So dalam dok dengar tu, fikiran tu asyik melayang jauh ke negara mana dah, tapi bila sampai kat word2 yang i paham contoh macam word kat atas, fikiran pun akan kembali ke tempat asal iaitu di dalam masjid Ismaili, Kg Morak. So i think, it's better for me to learn the AlQuran (I always call AlQuran as Love Letter) language to understand the Love Letter more. Kan nama pun dah Love Letter, haruslah paham sehingga ke jantung yang tahap paling dalam. huhu!!! Ntah ayat pukul 12 malam ni kena kow kow sikit.

Bila mengaji, selalu la jugak baca terjemahannya. Tapi rasanya tak hayati secara mendalam kot. Sekadar lalu je bacanya. Bila search2 kat net macam mana la nak bagi faham AlQuran secara senang ni, cari punya cari, ada la web yang menjual tafsir ALQuran perkata ni. So fikir, emm ok jugak ada AlQuran macam ni. Godek2 cara nak beli, macam web tu dah lama kot. Area tahun 2009. So semangat nak cari kat kedai buku kat KB dulu. Jaafar Rawas ke, Muda Osman ke kan. Bila cari kat Muda Osman (tak sempat ke Jaafar Rawas), ohhh binggo!!!ada jual kat situ. Tak perlu i nak order via net. Allah dah mudahkan usaha nak mencari ALQuran ni. i think it's time for me to start all over again. Kalau dulu bertungkus lumus di Naim, rasanya sekarang ni dah ok sikit. Tak ada la langsung tak tahu apa. Sigh!!!Tak pe, nak menyesal pun bukan boleh nak kurangkan umur balik dan kembali ke tingkatan 1 di SMKA Naim Lilbanat. Yang penting, tak kira la umur dah lanjut usia pun, jika ada niat nak belajar tu, so Alhamdulillah for me yang memang ada penyakit M ni.

Tapi bila bukak AlQuran tu, cuba la hafal2 juga words, ohhh it's not easy job. Jangan la putus harapan Farah Anida ye. Go go...

Tuesday 5 March 2013

bilo maso...

Eh eh kejap kejap... bilo maso haku ni minak beli novel hok tebal meh meh kamus dewe nih? adoi konpiuh jugak. Beli beli beli, baru perase banyok jugok novel hok tebal2. Semua novel2 nih tebalnyo lebih 800pages.. Dalam banyok2 ni, paling best Awak Suka Saya Tak?Hok lain tu ok ok la. Ado jugok buku hok tok baco lagi sebab baru beli. Ado jugak novelnyo tebal 1000 pages, tapi bulih habis baco dale maso 2 jam je. Buke baco, tapi scanning. Hok scanning tu sebab tok minak dengan watak hero. Rasonyo, tak ado la lelaki hok baik benar mace hero tu. Baco pun dah konpiuh bakpola baik sgoti. Haha meme betul la kato ore, haku ni meme tak dok perasae.. Kihkihkih!!!

Sebenarnya haku ni tak dok la minak pun beli novel. Dulu zame study kat UKM tu, meme jange harap la nok beli. Setakat pinje je. Pah bilo kijo pun ado duit sendiri pun, buke minat beli pong. Sebabnyo novel zame2 lo ni supo jah cito dio. Bose sungguh. Baco la mano2 novel pun, mesti la cerito dio gini. Lelaki ko perempuan mesti ado hok kayo mano2 sore. Pah kena paksa kawin tok kiro la sebab wasiat ko, kena tangkap khalwat ko, kena fitnah ko, sebab tune tu lari di hari nikoh ko. Pah tu, mulo2 nikoh tu gak, beci gilo la ko tok laki ko bini sebab mano2 sore mesti ado gewe doh, siap2 tidur pun tok sebilik. Kade2 siap2 buat perjanjie lagi. Pah bilo dok lamo, mula la nok. Pah tu, start jelos, pah tok laki ko bini pun insaf, pah start kecek loving2 la, caring2 la, then lah lah hidup bahagia hingga akhir hayat. Oloh la, siap bulih hapal lagi jale cerito. Kona kok mano pun, mesti supo jah la. Tu la i bose sungguh tu.

Simpton tuo doh kot. Kalu dulu baco cito2 gini, 2 3 hari deme dok tringat ko hero sebab kononla loving & caring. Tapi lo ni, tak dok maknonyo la nok tringat. Lepah baco meta jah la teringat sikit. Pah tu, emm letok kat rak buku tu, tok tahu bilo plop nok buko balik. Kecuali cito Awak Suka Saya Tak? yang dah berkali2 haku baca. ** psss marah cik Anis Syahirah dok sebut novel ni sokmo padahal dio tok minak pun buku nih. Kuikuikui!!!

part of collection...








Sunday 3 March 2013

LD & politic..

Skang ni tak ada isu hot kat Malaysia melainkan isu Lahad Datu. Dah rasa macam perang la. Seriau dengar. Ya Allah, amankan lah Malaysia. Ni baru sikit. Dan hanya berlaku di Lahad Datu Sabah. Dah rasa macam dah tak aman. Dah rasa macam zaman komunis. Ni bukan kat Palestin yang lagi lagi berganda teruk dari sini. Teringat cerita Leftenan Adnan, cerita taekugi, Korea yang menggambarkan zaman perang. Setakat ni, dah 7 tentera Malaysia terkorban. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Syahid Insya Allah. 

Mula2 tu tak amik port pasal ni. Tapi bila dah ramai tentera terkorban & baca status2 kat fb cerita pasal kat LD, terus rasa isu ni sangat serius. Sampai sekarang pun tak faham pasal pencerobohan tu. Dah ada info sebenarnya, tapi malas nak baca. ** dush dush. 

Tapi tulah, bila jadi macam ni, isu LD ni dipolitikkan plak. Macam2 cerita la. i tak amik port sebab sangattttttttttt la tak minat politik. Dalam keadaan yang tak aman pun sempat lagi isu macam ni dibuat main2. Macam2 la cerita & i tak mampu nak dengar. Cerita yang tak sedap didengar. Tak tahu ditokok tambah atau tak. Tak tahu juga cerita betul ke tak. So memang tak tahu apa. Biarlah orang cakap i ni out of date pun.

Kat office pun gang2 ni selalu bercerita pasal politik. Pasal pihak ni, pihak satu lagi, pasal pihak satu satu lagi. ** kan banyak je parti politik kat Malaysia ni. Memang macam2. I hanya ambil pendekatan mendengar. Tak pro & cons mana2. Sebab cerita yang disebarkan tu pun tak tahu betul ke tidak. Ayat diorang selalu je bermula dengan 'orang kata'. So bila dah start dengan 'orang kata' harus banyak ditokok tambah atau penambahan cerita nak bagi cerita lagi menarik. Contoh macam cerita my abah dulu yang kena potong jari kaki. Padahalnya satu kampung je tahu, tapi ceritanya muncul berversi-versi. Ada yang cakap my abah kena potong ibu kaki la, kena potong ini & itu,  kena potong satu kaki pun ado. Itu cerita yang hanya 1 kampung tahu, inikan plak cerita bagi satu negara. Harusla lagi banyak versi2 yang tak tahu betul ko dok. Cukupla i dah tak mampu nak control mulut pasal officemate yang ntah apa2 tu, dah tak perlu nak tambah dosa kering lagi. Dosa  mengumpat kering dah banyak sangat dah. 

I selalu fikir, kenapa la parti politik yang ada tak bergabung & amankan Malaysia bersama2 ke arah kebaikan. Kan untuk rakyat jugak. Tapi tulah, cakap & fikir memang senang. Dan rasanya setakat tu je kot i boleh fikir since i'm a simple person. Cukup sekadar boleh bebas di dalam negara sendiri tanpa rasa takut. Pergi mana2 dengan selamat tanpa ada escort askar2. Cukup boleh makan, boleh shopping & bekerja dengan aman. Cukup negara yang tak ada darurat. Cukup hanya musim2 raya je dengar bunyi meriam. Tak perlu nak advance sangat nak dengar M16 or bom motar. Tak perlu nak kaya2 sangat or ada kuasa. Tak perlu juga nak mengusai orang lain. Tapi orang lain mungkin lebih kompleks. Makanya, jadilah perbezaan pendapat & untuk politik plak, perbezaan pendapat itu menjadikan banyak parti diwujudkan. 

So, untuk PRU13, aci tak i kena solat istikoroh dulu nok mengundi. dah tak tahu nak pilih siapa, sebab tak pro & cons mana2. Allah sahaja yang tahu kan siapa yang terbaik. Or buat macam zaman dulu2 kat UKM, pilih calon bukan sebab parti, tapi sebab abang2 yang masuk calon tu hansome & amik course medic & dah minat abang2 tu masa kat matrik lagi. haha!!! Masa kat UKM boleh kot buat macam tu, sebab yang masuk calon tu still muda belia & hansome. Tapi kalau piliharaya betul ni, nak jumpa yang muda & hansome jarang kot. huhu!!! So makanya, tengok la macam mana nak mengundi nanti. My bro cakap, dio nak pangkah duo2 sebab semua orang nak satu undi kan. Nak sangat, so ambik kau. Bagus sangat la tu. Nanti dari nak satu undi, jadi undi rosak sudah. huhu!!!My bro sorang lagi plak cakap, ni la penyokong yang tak ada pendirian ni. haha!!! Ye betul, saya memang tak tahu nak cons mana. 

Apapun, doa untuk LD semoga Allah kembalikan keamanan & terus mengekalkan keamanan di Malaysia. Kecuali isu2 politik yang membuatkan i pening2, yang lainnya i love Malaysia. Pergi mana pun ingat Malaysia. Even pergi ke negara maju macam Korea pun ingat Malaysia. Walaupun kurang serba serbi dari negara lain, Malaysia is still the best...



Saturday 2 March 2013

air ohh air..

Sebetulnya minum air putih setiap hari memang penting. Tapi dah tahu fakta pun, bukan nak aplikasikan dalam hidup pun. Buat-buat tak tahu ajo. Or maybe sebab didikan sejak kecil yang tidak menitik beratkan pengambilan air putih. Sejak kerja kat Choo & Co je terdidik sikit dengan minum air ni. Sejak bergaul dengan chinese. Tengok cara hidup diaorang, so yang baik boleh je nak ikut. 

Tapi selalu je fikir, berapa liter air kena minum untuk diri sendiri. Langsung tak setuju dengan fakta kena minum air at least 8 gelas sehari. Selalu fikir, gelas tu kena besar mana, yang rendah ke, yang tinggi ke. Then ada juga fakta kena minum air 2 liter sehari. Tak setuju jugak sebab i selalu gagal nak minum hingga 2 liter sehari. haha!! Pernah la terbaca, nak tahu jumlah liter kena minum, tengok berat badan seseorang. So ni kira logik sikit.  I suka dengan fakta ni sebab maknanya i tak perlula minum sampai 2 liter sehari. haha!!!

Ni sebenarnya formula nak tahu berapa liter air yang diperlukan oleh seseorang:

Berat (in kg)/ 30 = _________ liter.

Contohnya: 45kg /30 = 1.5liter air yang diperlukan sehari.


Since i ni makan vitamin setiap hari (konon setiap hari, padahal tak pun), so nak tak nak pun i kena minum juga air sekurang2nya liter yang diperlukan oleh tubuh. Sebab dah terbaca kat blog siapa ntah, kalau tak cukup air then makan vitamin, nanti bahaya sebab vitamin2 tu semua akan bertukar menjadi racun. aloh la banyak songeh sungguh. So minum air setiap hari at least 1.5liter is compulsory. Aiseh, bukan senang ni nak maintain. Tapi sebab nak sihat & nak kulit cantik, kena la pulun minum air. Bulan March diistiharkan bulan sihat & cantik untuk diri sendiri. Sebabnya dah kehabisan RM300++ sebab beli vitamin ajo. Gambatte to myself!!