Wednesday 31 August 2011

Aidilfitri

Selalu je bagi ucapan " Selamat Hari Raya Aidilfitri" bila dah dekat nak raya. Dan tambahan ayat Maaf Zahir & Batin. Dan tambahan lagi "0-0 ye. Kira halal semua". Tapi word tu macam dah lali je kat mulut tanpa ada apa2 pengertian. Semalam, bila pergi solat sunat Aidilfitri, dalam khutbah tu cakap Aidilfitri bermakna kembali kepada fitrah. Setelah buat banyak dosa selama 11 bulan, then di bulan Ramadhan beribadah semahunya, jadi bila hari raya menjelang maka semua dosa telah terhapus dan kembali suci. Semoga selepas Ramadhan manusia meneruskan tradisi ibadah di bulan2 lain dan menyembah Allah semahunya. Aisehhh baruku tahu. Dah berapa lama hidup ni & dah berapa kali sambut raya Aidilfitri??memang la baru tahu & faham. Tapi nasib baik juga la tahu jugak akhirnya. Kalau tak, memang je sia2 je sambut raya every year.

Tapi memang la sekarang ni rasa hidup kembali kucar kacir. Dah tak 'sewarok' bila Ramadhan. Terus je butang off ibadah ditekan bila dah masuk 1 Syawal. Haru biru la cam ni. Adoilah, memang la tak insaf2 lagi ni. Rasanya kunci nak insaf satu je, mesti kuat menahan nafsu. Memang la menahan nafsu serakah tu amatla susah. Dah namanya jihad fi sabilillah jugak. Jihad bukan sekadar perang je, tapi menahan nafsu jahat pun kira jihad jugak. Dan ini rasanya lagi susah dari segala hal ni. Nak buat akaun pun memang la amat senang berbanding nak menahan nafsu yang jahat. Memang la suka sangat berkawan dengan syaitan durjana. Argggggggggggggggg geram dekat diri sendiri.

Monday 29 August 2011

The night of 1 Syawal....

Bulan Syawal memangla semua umat Islam di dunia menanti2. Rasanya, dalam 12 bulan tu, kalau 1 pun tak ingat nama bulan Islam, nama bulan ini pasti akan diingati. Ye tak? Alhamdulillah at last berjaya menghabiskan bulan Ramadhan dengan jayanya. Insya Allah jika masih dipanjang umur next year, akan date lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini dan akan menggandakan amalan lebih dari tahun ini.

Oklah berbalik kepada cerita malam 1 Syawal ni, actually i dont have interesting story to write here. Our celebration just 'wasatiah' every year. Memang tak akan adalah pesta membakar lemang ke, pesta membakar satay ke, pesta membuat ketupat ke. Memang 'nyilek'. Ni pun i keseorangan je kat bilik. My mum tengah sembahyang sunat kot. My dad kat masjid sembahyang sunat tasbih. dan i plak, dok mencoret2 kat blog ni. Memang every year macam nilah. Kalau nak meriah sedikit, my sist & my brother datang lepak2 sambil bercerita. Tapi tahun ni, i keseorangan je. Dan memang itu jelah aktiviti pun. Lain2 memang tak adalah.

Perasaan sekarang memang lega betul. Tadi i prayed Isyak at masjid & after that bertasbih. Adoilah, sayu je hati. Dalam sayu2 tu memang rasa bangga that i'm part of jamaah. Dan dalam pada tu memang rasa sangat kemenangan setelah sebulan berpuasa menahan nafsu. Memang la sedih. Teringat solat terawih walaupun i selalu je rasa malas2 sendi nak solat (tapi i solat terawih juga ok). Pas tu teringat kat 2 tahfiz (ustaz soh & ustaz abu bakar). Sayu2 kedengaran 2 imam ini mengalunkan bacaan AlQuran. If ada umur lagi, next year hopefully i can hear their voice again especially ustaz abu bakar. Deep in love with his voice. That why la boleh je solat sampai habis (haha..terkantoi). 

Apapun, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Walaupun sayu meninggalkan Ramadhan, hopefully amalan di bulan ini diteruskan untuk bulan2 lain juga. Insya Allah.

Sunday 28 August 2011

~~hlovate~~

Orang lain dah berzaman dah dok jiwang2 dengan karya hlovate ni, i baru je bersusah payah nak baca dari buku  ke buku...Memangla kan i ni ketinggalan keretapi yang amat. But better now or never...eceh, ni dah termasuk lagu dari movie high school musical 3 ni...entah ada kaitan atau tak dengan topik sekarang.hihi!!!And back to the  topic, the 1st hlovate's book i read was AA+BB. I bought the book at MPH, Midvalley masa audit ari tu. I ni memang jenis yang gila kedai buku. Memang sangat pantang nampak kedai buku bagaikan kedai tu ada mega sale dengan promosi hingga 95%..oho, memang terus meluru je masuk. & since i in KL, so took the opportunity la kan lepaking at MPH tu. Kat KB mana ada MPH. Dah ada Popular tu pun kira glomour yang amat.


Bila kat MPH tu, apa lagi, memang menggodek la buku2 yang rasa macam best. Buka baca kat dalam, baca sinopsis, belek sana, belek sini. And the thing i like about MPH is you can read book without any disturbance. Lantak la nak baca buku apa, lama mana, ,memang dipersilakan buat macam kedai sendiri. So bila dah godek2 buku tu, i terpegang buku AA+BB tu. Dan sangat pasti punya i tak akan beli buku tu. Really, i never heard about hlovate before this. Memang la i ni tak boleh nak cakap seorang gila kedai buku lagi sebab penulis yang ala2 glomour cam hlovate pun i tak pernah dengar. Ohh maybe sebab setiap kali baca novel, memang i meluru ke rak Alaf 21 je. So yang karya dari JS publisher ni memang la i langsung tak tahu. Kawan yang teman i masa tu suggest kat i suruh beli buku tu. i plak dah rasa was was semacam. Hailah, dengan tajuk pun ala2 sebatian kimia je, memang la tak akan masuk list buku yang akan i beli. but i bought it since my friend memang dah buat promosi habis habisan dekat buku tu. i told her if buku tu hampeh, she need to return back all cost of the book as the loss compensation...hehe!!!


Dah start baca buku, memangla haru sungguh. Demam Benji & Didi dekat 2 minggu tak kebah2.Hah, ambik kau. Dah tu buku karya hlovate ni ala2 dari watak yang memang kutu jalanan hinggala berubah 360 darjah menjadi sebaik2 muslim or muslimah. Adoilah, memangla meruntunkan jiwa sungguh. and i start to berangan la nak jadi muslimah solehah. Tapi kejap je pun berubahnya, then balik ke asal kembali. Dah demam AA+BB berminggu2, mastilah kena cari Tunas plak kan. Dah namanya i dah ketinggalan keretapi dari orang lain, memang la susah nak cari karya2 yang dah lama. Pergi Popular tak ada stok, SMO pun sama juga n the worst is kat KB ni 2 kedai buku ni je pun yang glamour. So pening dan penasaran kejap. i ni jenis yang kalau nak benda yang i nak, mestilah berjuang habis-habisan. Dan dalam pening2 tu, tiba2 je dapat idea nak beli buku dari internet. Hah, memang selesai la masalah.


I bought all the book from hlovate. Hingga kini dah khatam dah 5 tahun 5 bulan, Versus, Tunas, AA+BB dan Rooftop Rant. Memangla buku hlovate ni lain dari penulis yang lain yang kebanyakan pasal cinta antara lelaki dan perempuan. Dan memangla banyak pengajaran juga dari karya2 dia. The most part i boleh nampak ialah semua watak dalam cerita ni mengamalkan bacaan mathurat. Memang bagus sebenarnya baca mathurat ni. Dulu kat naim, every evening, we must read mathurat all together at mosque or surau. Dan bila dah keluar naim, dalam 365 hari tu, rasanya tak sampai 100 hari baca mathurat ni..memang la sangat rugikan tak baca...tapi nak istiqomah tu memang la susah yang amat. nak baca lepas subuh, dah tiba2 mata dah mengantuk gila, so pospone. nak baca lepas maghrib, alahai online fb kejap, dah pospone lagi...so memangla kena kuat nak dapat pahala ni. alah bukan lama pun nak baca dia. just take 10 minutes je. dah la i amik bacaan yang paling pendek. Huh, memangla i ni pemalas sungguh.berfb berjam2 tu boleh plak....

Why still don't get married?

Haha...tgk tajuk entry pun dah nak tergelak bergolek2. Kenapa ehh tiba2 i terfikir tajuk ni? Dan rasanya untuk hari je dah dekat 5 entry i post kat sini. Memangla idea tengah turun laju bagaikan air hujan turun ke bumi. Actually i'm quite tension today. Bila dah tension macam ni, makan pun tak boleh sebab puasa, tidur dah berjam2 tadi, nak cakap tak tahu nak cakap kat siapa (biasanya i pergi membebel kat my sister, but today i'm quite busy with the cookies) so jalannya ialah membebel kat bloq sendirilah. So harapannya semoga tension akan hilang sedikit demi sedikit. 

Why i still dont get married? Hailah, dah ramai yang bertanya, bila nak kahwin? Bila nak makan nasi minyak? Dah i tak ada calon lagi, macam mana nak kawin. Kalaulah kawin tu sesenang nak pilih baju kat shopping complex, memang dah lama rasanya i kahwin. But it really hard and need to find the candidate 1st. Nak mencari tu plak, huh memang la lagi susah. Kalau sesenang buat UBS or balancekan akaun memangla dah lama buat. Masalahnya ialah, tak ada lelaki pun yang nak bertanya ke, nak no phone ke, nak berkenalan ke...Dan i plak, memang la jangan harap nak mulakan langkah dahulu. Memang tak akannyalah pergi dekat lelaki yang diminati dan cakap "boleh saya nak no phone awak, saya minat kat awakla" Never & ever la nak buat macam tu. Memang la tak salah kan. Khadijah pun make a move first to Rasulullah. Tapi i have no confident at all. Mahunya lelaki itu reject, emmang tak tahu nak sorok muka kat mana. Memang la malu habis habisanlah. Adus, memangla kena mandi bunga 7 perigi ni. Tak tahu apa si kaum adam fikir bila pandang i. Agaknya memangla i ni  tak ada daya penarik. Memang fail sungguh la bab2 ni. 

Tapi yang peliknya, memang la i tak rasa apa2 bila orang tanya bila nak kahwin. Emm hati tu tak ada la sedih or nak buka hikayat hiba 7 hari 7 malam. Memang la selamba cakap, tak ada jodoh lagi nak buat macam mana. Tapi memang la akan sangat malu bila ada yang tanya, boyfriend nama apa? aidoooss parah la nak jawab. Memang sangat malu nak cakap, saya tak ada boyfriend. haha!!!Tapi tulah, bila tgk kawan2 yang dah kahwin dan mempunyai anak 2 3 orang, memang la rasa jauh je life i dengan diaorang. itulah jelah perasaannya. Tumpang happy sekali. Nak jealous ke apa, memang la tak ada kot. Tapi memang teringin juga nak ada orany yang tersayang . Tambah2 time ditimpa kesusahan cam motor mati tengah jalan. Masa tu memangla berangan nak call yang tersayang datang tolong. Haha!!!memangla niat tu dah tak baik dah.

Agaknya memang i ni tak dapat seru lagi. Entah bila seru nak sampai. Ya Allah, jangan seru sampai time dah umur 40. Alah, tak nak la kahwin lewat sampai ke angka 4. Planning nak kahwin before umur 30. So i have 3 years to go. Entah jumpa entah tak. Kat mana la i punya soulmate sebenarnya sekarang. Memang betul ke tak dapat turun gunung everest lagi dan tak jumpa jalan balik ke Malaysia dan ke Kelantan. Ada orang cakap i ni choosy. Yes la kan, mestila choosy sebab i want to live with him the whole of my life. Tak kan nak pilih sesedap hati je. Tapi bukanlah choosy melampau2. Bukan nak yang kaya raya ke, yang hansome cam David Beckham ke (Becham is my favorite football player zaman i muda2), tapi at least can take care of me & guide me to be a better person. & also he will be my friend forever and can talk every topic to him. Sebabnya i percaya, communication is the important part in life. 

So, what i must do is just doa doa doa to Allah to meet my partner soon. Insya Allah, akan jumpa la tu sebab Allah dah cakap setiap manusia dan benda memang dijadikan berpasang-pasangan. Insya Allah.


sabar...sabar...sabar!!!

Rasanya i dah buat post dengan title ni. Tapi i dah delete sume sebab macam tak best plak bila baca balik. Ni dah terhegeh2 nak tulis balik. Tapi betullah, i need sabar yang sangat tinggi. Previous post pun memang banyak i tulis pasal sabar. Sabar deal with people, sabar with my mum, sabar dgn life sendiri yang bagaikan haru biru, sabar menunggu calon suami yang still tak boleh turun dari gunung everest (ini lawak je), sabar tgk orang lain yang success sedangkan i still the same, sabar tak buat maksiat, sabar itu, sabar ini, sabar sabar sabar. Kadang2 terfikir, sampai bila nak macam ni? sampai bila nak life macam ni. Hailah, orang lain dah tinggalkan i jauh beribu kilometer dari i. Dah siap tinggalkan i sampai ke Amerika dah sedangkan i still kat sini. Sometimes i can't bear it anymore. Betullah, memang dah tak boleh tahan. Rasa cam nak berteriak kuat2. i can't be patience anymore. 


Saturday 27 August 2011

Allah amatlah dekat...

          " Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka 
          sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia
          berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman 
          kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran" (AlBagarah,186)


Kalau dah ada idea, memangla sehari boleh je buat entry sampai 2 3 cerita. oke, ayat kat atas tu i copy paste dari surah AlBagarah ayat 186. I memangla sangat suka kalau ayat AlQuran cakap Allah akan pasti memakbulkan doa hambaNya sebab i ada banyak doa yang tersirat di hati tapi sampai sekarang masih belum dimakbulkan. Bila nampak ayat sebegini, it give me motivation to doa doa doa again and again until i get what i want. Tapi tulah, bukan sedap2 hati nak berdoa je kan. Baru perasan ada ayat sambungan iaitu Allah akan memakbulkan doa hambaNya apabila hambaNya itu memenuhi perintahNya. Hailah, kalau tak solat, x mengaji AlQuran, tak kuarkan zakat, walaupun berdoa macam manapun tetap kena reject kan. Jadi, beriman kepada Allah dengan sepenuh hati & seikhlasnya...

Dont turn it to the sin...

Tgk tajuk entry pun dah tahu ni sesi meluahkan perasaan. Emm banyak betul la sesi luahan hati i. Memang la i ni ada psikologi problem. hailah!!!the post is about my mum & me. Memang la haru kalau anak tak dapat ngam dengan ibu sendiri. Adoilah!!!Alkisahnya my mum & me memang la ada begitu banyak perbezaan jiwa & raga. My mum ni jenis yang x boleh bergurau even the small matter, selalu fikir2 benda2 yang negetive je, x suka buat kerja last minit, x suka berjalan & ada lagi sifat2 yang kalau ingat akan tambah kat sini. dan i pulak, terbalikkan sifat my mum to 360 darjah dan jadilah as seorang yang suka bergurau & cakap entah apa2 (my mum memang la pantang), suka buat kerja senang2 je & tak nak fikir berat2, suka buat kerja2 last minit & trying to think in positive way. Lagi satu i ni memang seorang kutu rayau. Pantang diajak berjalan, on je.

Hah, memang la berbeza yang amat. Dan disebabkan perbezaan yang amat ini, selalu je i kena marah dengan my mum (sebab kena marah selalu, i selalu rasa i ni anak sulung berbanding dengan status sebenar anak bongsu, haha). Disebabkan selalu kena marah tu, memang la jiwa asyik memberontak je. Memang i tak akan la mudah2 buat benda kalau dia tak suruh. i cam pahat dengan penukul la, kalau kena suruh baru buat. n kalau kena marah tu i akan diam and buat tak tahu je, padahal dalam hati memang la sakit jiwa. Kalau i tak sabar sangat barulah i akan jawab sikit2. Selain itu juga, i akan cakap benda2 penting je dekat dia sebab kalau i cerita benda pribadi pun, respond dia memang la bukan seperti yang diharapkan. Kadang2 kena smash sejibik. Adoilah. Bok terus meresap jatuh ke hati dengan jiwa yang bercelaru.

 I selalu tanya diri sendiri, kenapalah i tak dapat ibu cam orang lain. Yang boleh bercerita apa sahaja. Yang boleh bagi nasihat as a mother to her daughter. Memang la sangat cemburu melihat orang lain bercerita dekat ibu masing2. Tapi kalau i selalu tanya macam ni, Asiah, isteri Firaun juga boleh tanya kenapa dia dapat suami yang zalim macam Firaun kan? dan Nabi Nuh juga boleh tanya kenapa dia dapat isteri yang tak nak beriman kepada Allah? Jawapannya adalah sebab Allah nak bagi Syurga dengan ujian yang diberi itu. Alahai, bila difikir balik, dugaan i memang kecik je. Tapi kadang2 memang la i tak mampu nak sabar lagi. Betullah, mungkin Allah nak uji i dengan ujian kecik ni. Tapi memang la kadang2 tak dapat sabar hingga membuatkan berdosa pula. Ya Allah, memang hambaMu ini sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran yang tinggi amat. Seriously, i need more patience than other people...

The end of Ramadhan & preparation for Aidilfitri...

Diam tak diam, dah sampai ke penghujung Ramadhan dah...time running so fastly. Rasanya baru je mula puasa hari tu dan sekarang dah hari ke 28. Alahai, how's my performance for this Ramadhan? Rasanya tak banyak berubah pun dari tahun2 lepas. Cumanya, this Ramadhan i makin rajin solat terawih dengan 20 rakaat. lepas tu dah mula belajar Qiam dan baca Alquran pun siap2 baca tafsir lagi. So boleh faham apa yang ingin disampaikan Allah kepada hambaNya. Tapi dari segi bilangan juzuk, memang la x meningkat dari tahun ke tahun. I ni jenis baca AlQuran x boleh lama2. Dah mula aura baca dah tak betul. Need to relax then continue again. Dan bila namanya dah relax, memangla akan mengambil peluang nak rehat lama2. Haru sungguhla. Masa pun limited je.i just have time after Subuh & after Terawih je. Subuh mata terkebil2 still sleepy after sahur then after terawih plak, rasa dah penat plak. Hailah, memang la susah nak abiskan 30 juzuk ni dengan alasan yang berkajang2. Tapikan, i akan cuba perbaiki dari tahun ke tahun. Semoga tahun hadapan masih ada ruang untuk berRamadhan lagi. Insya Allah. Tapi rasa sedihkan nak tinggalkan Ramadhan. Memangla banyak pahala free2 je Allah bagi bulan ni tapi x appreaciate sangat. Bulan ni bagaikan promosi 100% pahala  dari Allah.  

Dan bila dah namanya akhir Ramadhan memangla dah nak sambut raya. Yehaaa!!!suka sangatla tu. Actually the feeling is just 'biasa' je. Cuma sekarang ni dah terbayang nak makan apa time raya. Hailah, dah puasa sebulan bagaikan mengidam banyak benda. Tapi bukan makan sangat pun bila ada depan mata. Imaginasi lebih hebat dari realiti punya. Dah siap2kan duit raya untuk my niece & nephew, to my parents, biskut2 raya, kerepek, tudung & baju raya. Nanti nak buat biskut raya juga untuk dibawa ke pejabat. Almost all new thing except for my shoe...guna yang buruk je lah. Lagipun, still nampak baru dan masih boleh guna. So, wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. 

Sunday 21 August 2011

THE REASON FOR LIVING...

     "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu"(Al-     
     Thur,56)
     "Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan aku tidak mengkehendaki    
      agar mereka memberi makan kepadaKu"(Al-Thur,57)

Dalam ayat 56, surat Al-Thur, Allah menerangkan dengan sejelasnya yang tujuan manusia dan jin dijadikan hanyalah semata-mata untuk beribadah kepadanya. Dan ini sahaja satu2 tujuan manusia dijadikan. Oleh itu, dalam kehidupan seharian, tidak kira makan, minum, bershopping, menonton, mendengar, berlari dan etc adalah kerana beribah kepada Allah sahaja. Kalau makan, mulakan makan dengan nama Allah, makan dengan sopan, makan makanan yang halal dan bersyukur dengan apa yang dikurniakanNya. Jika shopping, jangan membazir serta membeli mengikut syariatNya. Jika membeli pakaian, pilih pakaian yang longgar, tidak nipis, menutup aurat dan sebagainya. I'm trying to talk to myself everyday that the reason for living is just to worship to The Almighty Allah. But sometime, the reason for living dah terpesong plak. Manusia memangla mudah lupa. Ok, i understand also. Tapi jangan biarkan kelemahan yang manusia mudah lupa itu sebagai alasan untuk melanggar perintahNya. Di bulan Ramadhan ini, tak banyak ibadah tambahan yang i buat berbanding bulan2 lain. But i banyak membaca tafsir AlQuran. Dan terlalu banyak peringatan dalam AlQuran supaya manusia menyembah Allah yang Esa. Ya Allah, i hope to be the best muslimah as i can. Yes, it's true, it's very difficult to fulfill it. But at least slowly...read AlQuran 1 page per day, mathurat, sunat witir, sunat dhuha and always remember Allah with zikr also selawat to Rasulullah s.a.w. 


Dan ayat 57 Allah memberitahu yang dia tidak meminta pun rezeki daripada jin dan manusia, malah dialah yang memberi rezeki. Dia tidak meminta diberi makan atau apapun. Hanya yang perlu manusia buat adalah HANYA menyembah Allah yang Maha Esa.

Friday 19 August 2011

Taman Tengku Anis & Bandar KB

                                        ~~tan, me,kuha & da with mouse deer @ Taman Tengku Anis~~


                                                       ~~me, tan, miss chan & kuha in front of Istana Jahar@KB ~~


Alkisahnya, semasa hari kami rancang berbuka puasa bersama2 tu (previous post), dah petang after office hour, my jiran dah kecoh2 satu office cakap dah bosan sungguh duduk office and need new environment to relax and play. So she suggested us to go to Taman Tengku Anis. Kitaorang yang lain ikut sahajalah. Dah namanya pergi untuk bermain kan. Memang happy sungguhlah. We went there with one car only. As usual my jiran's car. i plak dah pening2 Taman Tengku Anis kat mana disebabkan i tak pernah pergi sebelum ni. Ingatkan kat Pengkalan Chepa. Dalam imaginasi i taman ni letaknya di Padang Tembak, dekat dengan Sekolah Memandu Kotaraya. When i said to my friends, they said that park is Taman Orkid. Haiyoo, macam mana anak jati Kelantan ni boleh tertukar antara Taman Tengku Anis dan Taman Orkid. 


We reached at Taman Tengku Anis around 6 p.m. Bila sampai, tengok ramai jugak orang yang datang bersiar2 membawa family masing2. Bagi pandangan mata i, ok la jugak taman ni. Ada playgroud, ada mouse deer lagi, ada kolam, padang, pokok2, bunga2, tempat joging & etc. So apa lagi, dah tgk taman yang cantik ni, kuha mula bagi suggestion kat kitaorang yang tempat ni boleh jugak buat outdoor wedding . Hah, dah mula la keluar aura berangan sampai tak ingat. :)...Lepas tu my jiran bawa keluar dia punya camera. Hah, memanglah kami semua ni minat berposing. One of our favorite activity. So kami startla posing kat bunga, kat pond, kat mouse deer, kat playground, then jalan2 around taman tu dengan sangat gembira dan santai sehinggalah pak guard kat situ shout kat sume pengunjung..."pintu pagar nak tutup, pintu pagar nak tutup" Huisss pak cik, apa ni, kitaorang baru je nak kuar feel nak amik gambar & feel relax. Jadi model pun belum abis sume sudut lagi. Memang la pak cik spoil mood betulla. Dan dengan langkah terpaksa, kami keluar dari Taman tu seawal 6.30 petang apabila tengok muka pak cik dah keluar aura membunuh...muka memang garang betul.


Jam baru je 6.30 petang. Alahai, buka puasa lagi 1 jam. apa nak buat dalam jangka 1 jam tu. dan my jiran again n again bagi cadangan untuk kami shooting dekat gerbang AlQuran berhampiran income tax & masjid Muhammadi. Ok jugak tu. nice place & nice view juga. Dah amik gambar depan Istana Jahar, depan Income tax, depan kereta, depan pintu gerbang membuatkan ramai orang lalu lalang tengok kami. Dalam hati masing2, orang luar kelantan mana la yang sibuk bergambar time petang2 macam ni. Alahai, kami semua pure kelantan. Mana la nak datang tempat2 macam ni nak amik gambar kalau hari-hari biasa...memangla odit team suka buat kerja yang 'tak segar' sokmo....

~~buka puasa@4 season~~

                             ~~Lie, da, Miss Chan, Miss Tan, Su, Sya,Nurul, Kuha, Me & Din at 4 seasons~~

This is our new activities in this August. Biasalah, akan ada majlis berbuka puasa bersama2 since last year. Actually, event ni tak dirancang pun. Yang dirancangnya ialah 2 kali majlis berbuka puasa untuk celebrate birthday my jiran and miss chan. Alkisahnya, ia bermula apabila kami (audit team) mengemas CAF yang bertimbun banyaknnya di C&C. Planning nak kemas CAF ni dah dirancang masa peak period lagi. Tapi dah namanya peak period, memangla sangat tak logik nak kemas CAF di kala kesibukan melanda team audit. So postponed to off peak after the end of July. Bila dah masuk Aug dan semuanya memang free and easy dan memang bosan yang teramat kat office (disebabkan tak ada kerja dan membuat akaun2 back lock), so walaupun puasa kitaorang kemas jugak CAF yang disimpan dari tahun 90an lagi. Memang la patut dibuang dah pun sebab rule nak simpan CAF ialah 7 tahun je. So kemas office almost 2 days and at last more than 860kg paper we want to throw out. Banyak kan???so, bila semua kertas dijual kat recycle company, akhirnya kami dapatlah duit poket sebanyak RM200 lebih jugak. So bincang punya bincang, dah terkeluar cadangan nak treat semua yang terlibat mengemaskan office sebagai tanda terima kasih & penat lelah dengan duit yang kami dapat tu. Dan di bulan Ramadhan ni, nak belanja pun mestilah time berbuka puasa je kan. So meeting dengan semua orang (11 orang yang terlibat) dan semuanya setuju nak buka puasa sama2. But unfortunately, Ida, Fatiha & Azma cant join us that day atas alasan masing. So tinggallah hanya beberapa orang je yang available padahal meja dah order untuk 10-12 orang. So, sebagai jalan penyelesaian, terpaksalah kitaorang menjemput sekali ahli tetap kumpulan iaitu Nurul & Lie...dan rancangan untuk celebrate birthday my jiran & miss chan terpaksa ditunda ke sept disebabkan kami berpendapat makanan yang dihidangkan time berbuka puasa dah sejuk & not so tasty...

Thursday 18 August 2011

...communication...

i dah lama terfikirkan pasal title ni...nak post kat wall fb, tapi asyik je pospone2...hah dah ada blog ni, memang la sedap bercerita. Di saat ada mood ni, memang la kena cerita sehabis mungkin. Bila dah mood 'nyilek', jangan harap nak bukak lagi kat sini. Ntah2 masa tu password pun dah tak ingat...ok berbalik pada tajuk, i nak cakap yang communication is most important part in life. Memang la tanpa komunikasi, haru biru dan sunyi je hidup. Komunikasi boleh terjadi antara ibu bapa dan anak, suami dan isteri, antara kawan2, antara rakan sekerja, antara bos dengan pekerja dan dalam hidup bermasyarakat pun kena berkomunikasi. Dan yang most part is communication between the Creator & his servant iaitu melalui Doa...memangla pentingkan. Dan komunikasi pun bukan la sesedap rasa je. Main hentam keromo apa nak cakap. Main sedap sumpah seranah orang, but must be polite & respect each other tak kira la yang muda atau yang tua pun...ibu bapa pun pun bukan boleh main sedap2 hati nak marah anak2 dia. I just wondering how Rasulullah communicate sampaikan umat yang degil macam batu pun boleh terpujuk dengan kata2 lembut daripada Rasullullah ini. Mesti kan sangat sedap didengar dan sangat bahagia mendengar kata2 Rasulullah...dan rasanya ini perlu menjadi ikutan umat2 dia tak kira tua ataupun muda...tak kiralah sembahyang banyak macam mana pun or buat ibadah banyak mana pun tetapi tanpa komunikasi yang baik rasanya tak lengkap juga hidup. Kan kata2 itu bagaikan senjata yang lebih tajam dari pedang. Sakit hati bila mendengar the rude word memangla sangat pedih berbanding bila terkena pisau dan cedera di tangan...i can feel it badly!!!& ujian sabar sekali lagi menguji diri sendiri....

banyak orang, banyak ragam...

Dah terkeluar post yang memang untuk meluahkan rasa hati yang geram...adoilah!!!memangla kat dunia ni ada bermacam2 jenis orang. Dalam paper ari ni cakap popualasi dunia hingga skang dah mencapai 7 billion orang...jadi makanya ada 7 billion ragam yang perlu ditangani...kalaulah tak sabar, memang haru biru dunia jadinya...ada yang baik, ada yang pemurah, kedukut pun ada, yang jahat tahap tak ingat pun ada, yang suka simbah asid pun ada, yang sopan santun lemah lembut gemalai pun ada, pendiam pun ada, yang kecoh macam audit team pun ada....kesimpulannya, memang la banyak orang, banyak ragam...one of my friend said, banyak ragam tu menjadikan ciptaan Allah itu unik...i like je comment dia tu...memang la betul pun...tapi kes i ni memang la haru biru cket...adoi memang la i tak boleh nak berdepan dengan dia lagi...nanti kesabaran hilang entah ke mana...ni pahala puasa dah kurus macam lidi dah kes asyik dok membebel pasal dia tiap2 hari. Dan tak pasal2 dari bulan Ramadhan nak menggandakan pahala, dah jadi kemetot je pahala yang tinggal...betullah, i can't face him anymore. Sabar pun ada tahap limit juga mak oii...kalau dah tiap2 hari ada je cite pasal dia yang menjadikan hati panas, memang la lama2 dah tak boleh terima dan tahan lagi. And i can't accept the people who throw all my hard work just like useless thing...oooho punya la azab nak siapkan account tu dan dia punya la sedap badak membuat latihan lempar peluru, memang la sakit hati gila...nak siapkan page 10 audit report tu bukan la pejam mata n celik balik dah boleh dapat sume figure2 tu...it's all about hard work...dan satu saja doa "Ya Allah, tingkatkan kesabaran hambamu ini....hopefully digandakan lagi kesabaran itu..."

...August...

                                               Our office in National month spirit....Merdeka!!!!!!!!!

August means national month to Malaysia...31.08.2011 bermakna Malaysia sudah 54 tahun merdeka...Happy National Day to Malaysia...tahun ni, semangat kemerdekaan agak membara di hati warga C&C...eh eh eh, bukan bukan...not all the staff actually, but the 5 of us. Our leader aka my jiran aka miss tan swee kim dah bagi cadangan untuk kami (me,da, kuha & miss chan) untuk membeli bendera dan mengibarkannya di meja masing2.hoyehhhh!!!this is my first time. Tiba2 je rasa sangat bangga menjadi anak Malaysia apabila mengibarkan bendera Jalur Gemilang di meja...ohh proud to be Malaysian...Harapan for my lovely country...semoga sentiasa aman damai, jenayah makin kurang, good economy & politik, no bribe n semua yang baik2 belaka...May Allah bless & protect Malaysia always...Amin!!!

sibuk nak berblog juga.

Assalamualaikum....hah ni memang la bosan tahap cipan sampaikan tetiba je ada idea nak buka blog ni...padahalnya i bukan la suka sangat jenis nak coret mencoret ni...adoilah, ni kes keboringan kat ofis yang teramat dek kerana tak ada kerja nak buat...memanglah tension di saat2 duduk free sambil tawaf satu office sebab x ada kerja...8 jam plak tu. harulah kalau tiap2 hari macam ni. dah tension2 kat office tadi tu, tetiba je rasa macam rugi je kalau tak mencoretkan semua aktiviti yang dibuat tak kira kat office ataupun kat mana2....yelah, bukan memory boleh ingat pun apa yang jadi zaman dulu2 kala kan...so, memang la kalau benda yang tak berfaedah ni, otak i memang la sangat cepat mencari jalan penyelesaian...hopefully i can gain some benefit with blogging...kok pon hanya hangat2 tahi ayam je...di kala sibuk memanjang, blog ke mana....sume dah kelam kabut............