Tuesday 22 March 2016

istiqomah macam ni hari-hari but still dreaming..

Bloq ni bersawang giler lama tak jenguk. Alah semangat nak berblog kejap je. Orang ada blog nak ada jugak. Minat tu tak sangat pun. Hangat-hangat tahi ayam je lah. Tapi adalah hari-hari bila rajin nak melajukan skil menaip, so boleh la berblog termasuklah hari ni.

I wish hari-hari boleh lakukan kebaikan macam ni. Istiqomah sampai umur hingga 100 tahun. Fefeeling umur panjang dan jadi wanita solehah. Amin!! Insya Allah. Banyak lagi benda nak buat. Kahwin pun tak lagi. Travelling around the world pun still tak nampak jalan. Nak travel seluruh Europe lah, nak pergi Aussie, New Zealand lawat Hobbiton Village (ni je tempat yang tahu kat NZ, haha!!!), nak gi Korea lagi, Jeju Island lagi, Maldive la, Pulau Bora-bora lah. Nah amik banyak tempat nau kau nak pergi. ehh lagi paling penting, nak pergi Mekah nak buat Haji dan Umrah dan ke Madinah nak ziarah Rasulullah. Ni 2 tempat kena doa banyak-banyak nak pergi. Insya Allah amin amin amin. Lagi, nak jugak beranak pinak but macam biasa impian yang still kelam tak tahu bila. Tu tak termasuk nak ada kereta la, impian bilik tidur, bilik air dan dapur, impian nak ada rumah yang sekian sekian sekian. Nak rumah ala-ala rumah kat korea or Europe kau. Ada loteng-loteng siap. Lagi, impian nak pandai masak boleh potong bawang selaju Chef Wan ke atau chef-chef terkemuka lain di dunia. Masak main campak-campak dan tanggg siap boleh makan dalam masa tak samap 5 minit. Kau hado? Memang tak ada la. Masuk dapur pun nak makan je, ada hati nak boleh masak ala-ala pejam mata dah siap semua makanan. Haha berangan kuat nih. Tapi semoga impian impian impian impian dan berapa banyak impian itu terlaksana. Insya Allah dengan izinNya.

It's actually nok to write those dreaming. Ni impian hari-hari. Nak hidup macam ni. Tapi Ya Robbi boleh tahan sampai 2 hari je then tak mampu nak jadi baik lagi. Kembali ke asal. Tak pe, asal tulis nanti baca lagi dan lagi. Moga-moga insaf hendaknya. Tak hari-hari pun tak pe asal dalam seminggu ada sehari 2 hari istiqomah macam ni.

4.00 pagi yang dingin bangun. Bangun je nak minum air 500ml. Then solat Tahajud, Hajat, Taubat, Zikir, Selawat, AlQuran, Doa dan doa mohon padaNya. Dont sleep until Subuh. 

Subuh prayer: Solat Sunat Subuh, Subuh, Mathurat dan AlQuran (at least 1 page). 1 page je biasanya. Tu pun malas bebenar. Serious, iman yang tak berapa nak kuat. Moga 1 page tu boleh istiqomah. Dont sleep after subuh walaupun hari Jumaat Sabtu.

Siap subuh time tu pukul 7. Minum kolagen Adania AE segelas. Kena minum awal sebab kena ambil sebelum breakfast. Ni kes aim nak muka flawless punya pasal. Siap-siap dan beli breakfast ma & abah. Siap-siap tu maknanya pakai baju tangan panjang, seluar panjang dan tudung la. Balik shoppig breakfast nak work out. Skipping ke, plank ke, squad ke, tarik nafas panjang ambil uadar segara pagi. Workout aim nak six pack & flat tummy so bila pakai kebaya nak flat tak ada lemak2 keluar nampak dari baju. haha!!! Aim nak muka kurus comel lote tak ada double chin. So pakai shawl nampak bujur sireh je muka ala-ala Mira Filzah. Haha!!!Aim lagi nak cergas & cerdas tak lemau dengan buat senaman bagai. Hari-hari pun lemau kes dah tua bangka. Tak muda remaja lagi.

Mandi, siap-siap ke pejabat. Siap semua sebelum pukul 7.50am. Istiqfar 100x, Laailahaillallah 100x dan selawat 100x. Istiqfar tu dengan niat semoga tutup aurat selalu, (jemur kain & tutup pagar pun tolong tutup aurat), tak ngumpat-ngumpat, diam je walaupun tak puas hati, cool je lah, Allah kan ada, then tak koya-koya nak kahwin bagai masa tidur, diam je, mulut jangan celupar (kes diri sendiri ni suka cakap bukan2 sampai ramai je terasa). Sambung, pukul 8.00 solat Sunat Dhuha dan 8.10am zrommmmmm ke pejabat merempit macam biasa.

Kerja. Jangan la main phone sangat. Masuk pukul 8.30 pagi. Breakfast sampai 9.00 pagi. Main hp kejap je lah sampai 9.30am. Nak pujuk diri sendiri tak online tu payah bebenar. Tapi kurangkanlah main phone then buat kerja. Tak berkat gaji kau tau dok main phone. Ok ni memang nak cuba ubah. Trying ok!!! dah start kerja kol 9.30am tu dah jeng kreng dah kat situ. 1 jam ko dah curi masa. Adeh!!! harap OT boleh membantu masa-masa yang main-main tu. Tak ada makna nak claim OT ehhh.

Sebelum start kerja, telan vitamin Shaklee yang istiqomah ambil sejak akhir tahun 2012 lagi. Adalah tambah-tambah makan yang lain, tapi tak istiqomah macam 3 vitamin asas ni. B complek, Vita C dan Vitalea. Minum air 1000ml di waktu pejabat. Balik rumah tambah lagi 500ml. Pagi bangun dan 500ml. Jadi cukup 2000ml sehari. Tak cukup 2000ml pun at least 1500ml. Insya Allah. 

Solat zohor as early as you can. After lunch, solat lah. Zikir istiqfar 10x, Subhanallah Alhamdullillah Allahuakbar 10x each after the prayer. Doa zohor semoga dipermudahkan segala kerja-kerja kat office. Masa kerja nak zikir 100x doa nabi Yunus semoga kerja-kerja mudah selalu. Susah woo kerja audit. Paling menyampah kena marah dengan director syarikat ntah apa sebab. Dia yang tak tahu apa-apa, nak marah orang plak. stress hangin je!!! Zikir tu 100x untuk 8jam. Serious kalau kau still malas, memang malas tahap petala kelapan la. Tapi kalau bab zikir memang syaitan pandai nak goda pun. Memang berjaya satu habuk pun tak zikir. Pandai setan ni. ko belajar skill menggoda dari mana ni che kak or che abang oiiii. Memang kena kuat sungguh-sungguh nak lawan godaan korang.

kerja kerja kerja sampai asar prayer.

Ni pun solat seawal mungkin. Zikir after asar pun sama macam zohor jugak. Ringkas untuk diri sendiri yang memang malas giler. At least zikir jugak dari tak buat langsung. Kalau nak buat yang panjang lebar, memang kerat jari den tak buatnya lah. Dah kenal dah diri sendiri ni macam mana. Doa solat asar moga selamat diriku dan ahli keluargaku walau di mana sahaja berada untuk pulang ke rumah masing-masing. Selamat dari mara bahaya. Selamat juga motor kesayanganku yang uzur tu dari rosak ke, bocor ke. Den ni sorang tak ada kawan lelaki ke, suami ke, kalau rosak kat jalan, susah den nak handle. Abang plak jauh nun kat rumah nak datang tolong adik nih. Jadi pohonlah moga Allah jaga selalu. Actually kalau rosak, selalu je ada orang-orang sekeliling yang bantu. Pasti akan jumpa orang yang baik. Itulah, pergantungan kepada Allah tu sangat penting dan utama. Dia akan hantar punya orang-orang sekeliling yang baik nak tolong. Alhamdulillah.

On the way balik rumah atas motor dari ko mengelamun nak orang kaya masuk meminang sampai nak kejar-kejar ko sampai office tu, baik zikir Subhanallah Wabihamdih, Subhanallohil Adzhim 100x. Walaupun pahala dapat tak penuh kes koya-koya masa zikir, at least Insya Allah boleh la sikit-sikit. Amin.

Balik rumah kol 7.00am hingga 7.30am. Mandi dan solat Maghrib. Lepas tu solat sunat maghrib 2 rakaat. Zikir pun sama macam Zohor dan Asar. Ringkas dan doa panjang sikit la dalam bahasa arab yang selalu baca. Harap lepas tu rajin nak baca AlQuran surah Alwaqiah. Moga isi dari surah boleh diambil pengajaran dan jauh dari papa-papa terpaksa meminta-minta dari orang lain.

Solat Isyak sebelum tidur. Solat Isyak, Sunat Isyat 2 rakaat dan solat witir 1 rakaat. Witir tu amal yang paling sedikit kes diri sendiri yang malas. Misi Visi sendiri kena ingat, biar buat sikit asal buat dari langsung tarak apa. Zikir after solat pun sama aje, ringkas je then lepas tu doa la untuk diri sendiri. Tu kat atas panjang berjela impian nak travel bagai, nak kahwin bagai tak tulis lagi ciri-ciri lelaki idaman panjang berjela, so mintak la doa dari Allah. Dia je pun nak boleh terhegeh2 minta. Ni nak mintak dengan manusia. Mana la manusia nak bagi free. Manusia tak kaya pun. Setakat ada jet peribadi, rumah biji-biji-biji, kereta 40biji, setakat harta atas bumi yang kecik celeh ni je. Allah ada seluruh Universe tanah Dia punya. Langit dia punya. Ni dok sohor harta manusia. Yelah, memang la cantik kalau kaya. Ada rumah besar, ada itu ini, tapi Allah lagiii kaya. So minta dengan dia yang memang Maha penyayang dan pemurah ni. Dengan Allah je boleh jelar nak minta. Dengan makhluk lain tak boleh la. Selain tak confirm orang bagi, takut dapat malu kena rejek siap dihina lagi. Rejek manusia ni memang rejek sungguh. Kalau Allah, dia rejek sebab Dia nak kasi yang lagi baik. Lagi satu Allah suruh minta, kalau tak minta Dia murka sebab dia tahu manusia ni lemah je. Tak boleh hidup sendiri dan perlukan pertolongan Allah. Insya Allah. Lepas doa bagai, baca surah Almulk dan Assajdah.

Sebelum tidur, gosok gigi, basuh muka dengan cleanser Adania, bermist dan berface oil. Lagi satu, sebelum tidur ambil 3 sudu Qaseh Gold Adinda. Sedap manis-manis nyum nyum. Tiru sikit taq Dato Vida. haha!!!

Ok nak tidur dah. Tidur la gaya Rasulullah. Tapi selalunya main hentam saja labu. Baca bismillah pun kekadang tak sempat. Patutnya macam ni hasil dari pembacaan: 

Amik wudhuk sebelum tidur. Kibas-kibas tempat tidur. Selawat 100x. Tasbih 33x each. Tadah tangan baca Alfatihah, 3 Qul, buat isyarat ludah kat tangan dan sapu ke seluruh badan. Tidur mengiring ke kanan. Kalau tak boleh tidur, buat la muhasabah diri dan pejam mata doa impian yang nak untuk diri sendiri. Otak separa sedara sedang berfungsi tu ikut kata Prof Dr Muhaya. Maksudnya, bayangkan apa yang awak nak jad, otak separa sedar sedang berfungsi dan Insya Allah perlahan-lahan kita akan ikut apa yang kita fikirkan. Insya Allah.** kalau tak silap hasil dari dengar ceramah Prof Dr Muhaya.

Tidur paling lewat pukul 11 malam. So bolehlah nak bangun Qiam esok pukul 4 pagi. 

Nak macam ni sampai ke umur 100 tahun ni. Tapi nak jadi macam ni susah giler. Boleh buat 2 hari, 28hari lagi ke laut. Ades stress. Nanti kalau jadi jahat, kena bukak blog tulisan sendiri dan praktikkan lagi dan lagi. Ni pun pilih paling ringkas tapi still nak perang dengan hawa nafsu tu punya la susah. Tu tak termasuk bila jiwa karat nak kahwin bagai, ke minggu tengok citer Korea dok feeling-feeling Kim So Hyun. Haha dugaan sungguh. But still nak ubah diri sendiri berkali-kali jatuh bangun..

Amin. Insya Allah. Keep fighting dan mohon pada Allah selalu. 

I think dari kita dok pung pang pung pang nak ubah negara Malaysia yang tak tahu berjalan di atas jalan yang lurus ke tak, baik la ambil pendekatan ubah diri sendiri kan. At least hidup dekat dengan Allah selalu dan diberkati olehNYa.