Monday 4 November 2013

i think she's amazing..

The book worth to buy. Rasa macam nak jumpa Prof.Dr Muhaya bila baca buku ni. Jadi anak angkat pun boleh. haha berangan lebih!!! Yes, she's amazing!!! Tiba-tiba jadi peminat Prof.Dr Muhaya. Orang lain dah berzaman kenal Prof.Dr Muhaya, i baru terhegeh nak cari sume bentuk media cetak & elektronik pasal dia. But i'ts ok. Better late than never. hihi!!! May Allah bless & protect you Prof.Dr Muhaya & family always. Insya Allah, apa yang diperkatakan dalam buku, akan cuba diikut sikit2. Amin!!

Saturday 2 November 2013

adam & hawa vs adam & hawa 2

Alahai, kenapa la Aisya Sofea sambungkan cerita Adam & Hawa kepada buku ke2. Memang habis rosak cerita. Waaa habis rosak ke'gentle'man Adam Mukhriz Gallespie yang menjadi kegilaanku bertahun2 lamanya. Sobsobsob!!!

Selalunya begitulah, kalau ada sambungan cerita, tak kira la novel ke, drama ke, memang akan jadi sedikit rasa tak puas hati. Bukan sedikit, banyak la tak puah hati. Dah dah la sambung. Cerita tu happy ending dah kan, so cukup takat tu je. Kalau sambung lagi, memang pelamin anganku musnah la gayanya. Haha!! Dah merepek meraban after baca novel Dekatnya Cinta aka Adam & Hawa 2.

Habis watak Am yang gentle, caring, setia, sabar. Musnah habis. Waaa!!! Romantik pun hilang jugak. Double Waaa!!!! Sebetulnya, mungkin Aisya Sofea nak ceritakan yang setiap manusia ada kelemahan. Tak perfecto!! Macam Am yang ada sifat buruk iaitu cemburu buta sebab sayangkan Ain sangat. Masa buku 1, x adalah penulis cerita panjang sifat ni. Tapi buku ni, memang giler2 la penulis cerita. So bila dah cemburu buta, makanya kesan dari itu akan timbul sifat panas baran, tak percaya dengan Ain, tuduh bukan2, tak mahu terima penjelasan Ain, tak nak terima nasihat orang sekeliling dan macam2. Dan diriku ini memang tak boleh terima kenyataan lagi lelaki idaman malaya yang ku jatuh cinta bertahun2 lamanya jadi macam tu. Watak novel kan, kena la perfecto. Kalau dunia realiti, ok la. Haha!!! Falsafah tang mana haku amik pun tak tahu la. Orang tulis novel nak bagi pengajaran, bukan nak koya semata2. Dah la masa baca tu, asyik2 terbayang Aaron Aziz, asyik2 terbayangkan Nadiya Nisa. Kalau Am tengking Ain pun, terbayangkan Aaron Aziz tengking Nadiyaa Nisaa. Tetiba watak Am yang caring & romantik bertukar watak kepada watak Malik Kl Gangster. Haha!! Rosak rosak.

So habisla cerita Adam & Hawa. Memang dah tutup kes. Tak minat sudah. Kat pilot pun tak minat doh. Haha teruk tahap gaban sungguh. Macam cerita benar je gayanya. Now can't wait to see in drama The Wedding Breaker aka Ariana Rose. Dan kalau dapat sambutan macam Adam & Hawa, jangan la Evelyn Rose sambung cerita TWB. Nak buat cerpen pendek or jadi special appearance dalam novel yang hero & heroin lain boleh. Tapi kalau sambung jadi full book yang TAK & AR yang hero & heroin, takut2 akan rosak watak especially watak TAK la yang kini menjadi lelaki idaman malayaku. Hahahaha!!! putus fius sudah...............

Friday 1 November 2013

this is the rule in mind?

Bila sakit, tak yah solat?
Macam dah jadi tabiat, bila sakit tak perlu solat.
Ye betul, bila jadi nurse kat hospital 3 minggu, rata2 pesakit yang i perhatikan, tak solat.
Tu dari pemerhatian kasar. Dari pemerhatian halus, tak buat pemerhatian plak la. Mana tahu diorang solat sambil baring ke, solat dengan hati ke, solat hormat waktu ke, memang itu dah tak boleh nak nampak.
Macam sedih. Seriously sedih kalau betul2 tak solat.
Memang la tak boleh bergerak, or pakai pampers ke apa, najis sana sini, tapi boleh je nak buat kalu hati nak buat. Sebab kalau sakit 2 bulan, so 2 bulan la tinggal solat. Macam mana? Dari Allah nak hapuskan dosa, dah dosa bertambah plak. so how?
Kenapa macam alim sangat?
Tak tahu la, dah tua kot. Lain dah sikit sekarang bila dah tua. 
Solat la selagi boleh bangun. Selagi ada daya.
Walau buat sambil leka, at least ingat Allah sikit2.
Allah bagi sakit bukan main2.
Dia nak bagi kita ingat Dia sokmo
Kan diciptakan manusia untuk kita kenal Dia
I always jugak tell myself, Allah jadikan aku bukan saja2 jugak
Takdirkan aku berada dalam family ini pun bukan saja2 bila i tak tahan dengan keadaan keluarga sendiri 
Dalam banyak keluarga di dunia, kenapa Allah takdirkan lahir dari sperma & ovum abah & ma, lahir di kelate, berada di Malaysia bukan UK, beragama Islam, lahir tahun 1984 bukan 1994, still tak ada jodoh dan semua perkara lagi, tu semua pun bukan saja2
So sebab fikir macam tu, i a bit cool
Bila kita redha, baru kita nampak takdir yang terjadi itu sangat indah. 
 Yes, semua kata2 ini peringatan untuk diri sendiri sahaja. Lalai sentiasa. Sigh!!!


1st time...

1st time feeling haruslah sentiasa excited.. betul kan?
This year, i have the 1st time feeling of doing 'Qurban'.. Alhamdulillah. Yeay!!!Baru nak insaf, padahal orang lain dah berzaman2 buat qurban. Selalu je fikir, alah, saya muda lagi. Kecik lagi. Qurban2 ni kerja2 orang tua jek. Cis tak sedar diri padahal diri sendiri dah tua bangka pun. Teruk sunggh. Haha!!!
Tapi bukan qurban kat Malaysia, sebaliknya qurban di Kemboja melalui projek qurban Aman Palestin.
Bukan tok sir qurban kat sini, tapi dek kerana diri sendiri yang langsung tak boleh diharap dalam kerja-kerja pembersihan daging & kerja-kerja pengagihan, makanya kena cari alternatif yang bagi duit je, then siap. Itulah juga salah satu niat qurban terbantut dari tahun ke tahun. Memang tak akan susahkan ma buat kerja2 urus daging. Dah tahu, dia tak leh buat kerja2 berat sangat. Baiknya anak perempuan ma nih. hahahaha!!!

Moga2 ada lagi program macam ni di tahun2 depan. Insya Allah, akan sertai lagi. Setakat RM350 sekali setahun yang kalau dibahagi dengan hari setahun, so x sampai RM1 pun. Kalau Nabi Ibrahim sanggup korbankan Nabi Ismail kerana Allah, aku hanyalah korbankan duit sahaja. Dari berjoli2 beli ntah apa2, so baiklah buat qurban. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan Nabi Allah itu kan. Dalam tekanan dengan keadaan di sekeliling sekarang, sijil dari Aman Palestin yang baru sampai semalam sedikit menceriakan hidup. Dah lama tak dapat sijil. Ni bila dapat, rasa excited je. Kena buat frame siap nih. Haha!!!Moga Allah menerima qurban ku tahun ini. Insya Allah, will join in future. Amin!!!