Thursday 24 January 2013

Ya Allah, tolongla jangan...

Rasa kasian kat diri sendiri. Sebab bila kat rumah pulun dok berdoa untuk jadi seorang yang baik hati, tak suka mengumpat, suka bertolak ansur & bla bla semua sifat2 mahmudah yang lain. Tapi bila sampai office, dah hilang semua. Doa ke mana, pendirian ke mana, janji kat diri sendiri ke mana. Masuk office je diri dah bertukar jadi lain. Tengok muka pun dah benci giler. Mengumpat tak sudah, membebel & semua sifat mazmumah yang lain. Ya Allah, tolonglah hambamu yang sungguh lemah ni. Rasa dah tak mampu lagi dah ni nak membenci orang & dibenci orang. Satu perasaan yang langsung tak happy dalam diri. Langsung tak rasa aman & damai. Jangan jadikan aku seorang yang suka bergaduh dengan orang, orang yang suka cari pasal atau apapun sifat tak baik yang melibatkan hubungan dengan orang lain. Ya Allah, buruk sangat la. Really, buruk giler sampai skang aku langsung tak boleh nak terima kenyataan lagi.

Berdoa juga semoga Allah tak jadikan aku orang macam ni. Jangan Ya Allah. Kasiannya kat mangsa keadaan. Tak kira la apa juga masalah, orang lain langsung tak bersalah. Tak kira la nanti in future kot2 jadi anak dara tua ke, bergaduh dengan suami ke, or ada masalah peribadi, jangan la diri sendiri melibatkan orang lain. Kasian kat orang lain juga. Tak kira la masa tu dah tua bangka, janganla tak menghormati orang muda. Jadilah orang tua yang disukai oleh orang lain dan dihormati oleh orang lain. Dan sekarang tu akulah mangsa tu. Mangsa yang sedang jiwa kacau dek nak masuk musim peak period........ sobsobsob!!!

Wednesday 9 January 2013

'buoh kalu'

Selalu je, kalau dalam perbualan seharian, mesti akan terkeluar kata2 seperti: kalaulah kaya, boleh beli bla bla bla, kalaulah lawa,boleh buat ni buat tu, kalaula pandai, boleh jadi doktor, jadi pilot, jadi engineer,  kalau tak sakit, leh pergi bercuti etc. Then kalau terjadi perkara2 yang tak elok, so kadang2 akan terkeluar kata2 seperti: kalau tak pergi sana, tak akan jadi macam ni, kalau rajin sikit dalam exam, mesti tak akan fail,  dan banyak lagi la ayat2 'buoh kalu' yang lain. Word 'kalau' ni bukan elok pun sebenarnya. Tapi dah biasa bertutur dengan word ni sapa tak sedar dah cakap benda yang tak baik dituturkan.

Then nak tulis juga la kat sini 'buoh kalu' versi yang tengah difikirkan skang. Kesimpulannya, versi yang tengah diangankan. haha!!! Kan best kalau i pandai main piano & pandai melukis. Tiba2 terfikir seronok kalau reti main piano & pandai melukis. Sebabnya kalau bosan2 tahap gaban tu, bolehla lukis2 kat atas kanvas pemandangan ke, muka orang ke, abstract ke etc. Kalau bosan jugak, boleh la mainkan diri sendiri lagu2 yang best untuk didengar telinga dengan piano. Ni tak, asyik2 dok mengadap lappy je, asyik2 dok melalak dengan video kat youtube je, asyik2 baca novel je, asyik2 tengok tv, asyik2 merayau2 kat kb mall & tesco, asyik2 membuta, memang la hidup pun tak ceria. Langsung tak ada trill.

Tapi bab piano tu memang biasanya orang2 kaya je boleh main sebab nak beli sebijik piano tu bukan murah. Dan bab nak reti melukis tu pun tok leh jugak sebab bakat melukis ni bukan boleh diasah. Ia hasil dari anugerah Allah. So kesimpulan dia, berangan je la ye nak reti main piano & melukis. Cari la benda2 lain yang boleh diasah bakatnya macam memasak ke, menjahit ke, jahit manik ke, berenang ke, naik kuda ke, interior designer ke, tanam pokok ke. Banyak je aktiviti yang boleh dibuat untuk diisi di masa lapang. Cuma masalahnya, sume benda tu tak minat nak buat... ***sigh kat diri sendiri phew!!!


Tuesday 8 January 2013

RTP...

Adoila dari hari sabtu sampaila skang ni aku dok tercongok tengok RTP aka Rooftop Price aka drama bersiri korea yang berepisod 20 ni. Ni baru habis tengok. Kalau dah terjebak, gini la gayanya. Balik2 kerja terus buka lappy & tengok cerita. Teruk sungguh. This was the 1st drama after visiting Korea last 4 months. Bila tengok cerita ni, rasa macam mengimbau kenangan je.  Bila tengok hero & heroin berlari2 kat bandar Seoul tu, terasa dengan aku2 sekali berlari sama. Kan dah pernah ikut Mr Choo buat lawatan muhibbah kat bandar Seoul hari tu. Kelakar je bila ingat. Dah la drama ni ada scene kat Palace. Nasib baik bukan kat Gyeongbokgung Palace. Kalau dok, lagi best kot. Lagi boleh nak mengimbau. huhu!!!

Tapi citer ni memang kelakar la. Bukan kelakar lawak, tapi adoila, tak logik sungguh. Alah,  macam citer secret garden pun. Citer korea memang la pelik2. Tapi tu lah, yang dok menengok ni, tunggu juga la terlopong nak bagi habiskan 20 episod. Baru tahu yang hero tu ahli kumpulan JYJ. Memang i buta Kpop terus. Apapun, cerita ni boleh la nak bagi hilang rasa bosan di hari minggu. Rasanya yang paling mengujakan dalam cerita ni ialah handphone kot. Semua watak guna Samsung Galaxy Note. Craving for Note II. Tapi tak ada pulus!!!!!!




Wednesday 2 January 2013

Welcome back...

Welcome back to school sebenarnya nak tulis. Tapi kasi tajuk gempak sikit nampak macam welcome back dari oversea ke. Kehkehkeh!!!Berangan la sokmo.

Nak wish anak2 sedara yang disayangi selamat kembali ke sekolah. Ayong, Aqil, Adam & the newest yang baru masuk sekolah iaitu Irsyad & Hadif. Ohhh dah besar dah budak 2 orang ni. Budak lahir tahun 2009 dan nak masuk sekolah. So cute of them. Really obses with 2 of them. Haha tiba2 obses dengan anak orang ni apa kes kan. Tapi memang geram tgk 2 budak ni. 

Irsyad masuk sekolah Mawaddah kat Kg.Paloh. Kalau naik kereta dengan dia, memang bersungguh giler nak tunjuk sekolah dia dekat kitaorang. Harus la dia akan rasa bangga dengan sekolah dia kan. Dari awal Dec 2012 lagi, Irsyad dah masuk sekolah. So orang lain dok sedap tido, Irsyad bangun pagi2 nak g school & sangat bersemangat. So cute lagi sebab tak jealous tengok orang lain tidur. Hope berpanjangan sampai bila2 ye Kusyad!!! Insya Allah.

Hadif masuk tadika kat Tanah Merah. Nanti akan jarang la jumpa budak kecik yang bermuka bulat ni. I selalu tenung muka dia. Sangat cute & bulat. Sangat comel. 

Then welcome back to school to Ayong. Budak lahir tahun 2000 ni dah masuk sekolah menengah dah. SBP tak dapat, Naim also tak dapat, dapat SMKA Melor, tapi tolak plak, result MARA lagi 3 minggu nak dapat tahu, so now dia bersekolah kat SM. Tumpat. Kalau tak dapat mana2, it's ok. Bagi i, sekolah mana2 tu tak penting. Yang penting, diri sendiri. Banyak dah pengalaman bergaul dengan kawan2 dari pelbagai sekolah. Kat U, yang sekolah harian biasa pun boleh dapat dean list. So excellent in Uni's time. Tapi bila sekolah kat sekolah elit, pengalaman sebagai pelajar tu maybe lain sikit kot. 

Aqil plak nak masuk darjah 6. So good luck for UPSR. Adam masuk darjah 2. dan haruslah yang paling best si Aizat Mohad Hakimi yang sedap2 tidur di pagi2 buta melayan am & ain. Huhu!!! Bila tanya dia minta mana, dia cakap dia minta semua. Bila tanya nak g oversea ke dok, dia cakap tok sir. Nak amik farmasi katanya. Ohh it's good i think. At last ada juga la cita2 nak amik apa sebab ari tu dia pun blur & tak tahu apa minat. Bila dah boleh bagitahu apa nak amik, so it's good. Better than dont know anything. Tapi bila dia tanya i dia sesuai jadi apa, i cakap, jadi bomba. So dapat bengong sebijik. haha!!!

happy new year 2013...

Time flies really really fast. Rasanya baru je buat post last year pasal happy new year 2012. It's 2013 now. Ya Allah, nanti sekejap juga akan datang 2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020 then bla bla bla... Dulu bila sebut Malaysia akan menjadi negara maju pada tahun 2020, rasa macam berzaman. Dah kira masa tu umur i akan menceceh 36 tahun. Ohh so longgggg to go. Tapi skang, lagi tinggal 7 tahun. Dan 7 tahun itu memang sangat sangat la sekejap.

Apapun, dunia akan sentiasa berputar berputar bergerak terus ke hadapan hingga hari kiamat. Tinggal manusia sahaja yang mesti tahu menghargai masa. Patutla Allah menurunkan satu surah khas pasal masa. Sebab masa memang sangat berharga. Apapun, Selamat menyambut tahun baru 2013. Azam tahun 2013? Hope can be be better muslimah & hope can close to the Creator more than before. Dekat sikit pun rasa dah bersyukur kot sebab rasa macam jauh dengan Allah. Kalau dapat beristiqamah baca AlQuran a day pun i rasa macam happy & bersyukur giler. It's not easy task i think. Really hard. Trying many times in previous. Hope Allah give me the way & guidance. Insya Allah..

Kawin? It's 29 years old. Ohh my, i feel so lost. Langsung tak boleh fikir. huhu!!! :(((

Our new year cake.. Happy New Year 2013.