Wednesday 14 November 2012

Korea~~6th Shopping Day

Cepatnya masa berlalu, dah hari ke6 dan esoknya akan pulang ke Malaysia dan Kelate. So, before balik, kena ada the whole day for shopping. Siapa2 yang kaki shopping, duit bertimbun & tak tahu nak letak mana, hari ke6 ni memang ditunggu2. Tapi for me yang nafsu shopping ala2 tak berapa nak ada ni, memang bosan juga shopping day ni. Actually, nafsu shopping tu ada je, tapi sebab duitnya tak ada maka nafsu terus menurun. Cuba kalau bagi credit card yang  unlimited & ada orang lain yang akan tolong bayar setiap bulan, fuh memang heaven!!!dunia ni saya yang punya. haha!!berangan lagi!!! 

As usual, out tour started at 9.00am. Tan pernah tanya Sophie, kenapa start pukul 9.00am? Buat la awal sikit. Then dengan kuasa veto Sophie cakap, i'm the tour guide. So it's depend on me. hah terdiam. Ok la, tour ni ekau yang punya. That's why la asyik2 kena ikut dia je. Huh!!!Today, last day to breakfast roti, jem strawberry, cereal, susu & orange juice. Nanti balik kelate, 1 minggu akan makan nasi daging k.zah, nasi lemak, meehun station 2, nasi ikan air dingin & bla bla. Hah ambik ko. Nak balas dendam. Nanti balik kelate juga, 1 mgg lunch nak makan nasi k.wok, nasi abe mi, nasi ayam umi, nasi sup tepi sungai & bla bla. Say no to meggi. Say no to ikan. Say no to kubis sebab tensen dok tengok kimchi.  Panjang la list nak makan macam datang Korea berbulan2. huhu!!!

After breakfast, bas jangok ajumma menyusur ke 1st destination which was Amethyst Factory. Amethyst tu ialah adik beradik kepada diamond, pearl, emerald, ruby, garnet, aquamarine, peridot, sapphire, opal, topaz & turquoise. Ramai giler adik beradik. Amethyst ni memang asalnya dari Korea, so kat sini je la kalau nak dapat yang original & yang murah pun. Limited edition lagi. Memang masa datang tu ada niat nak beli cincin. Sebab sebelum  tu dah dok koya2 kat my sist cakap nak beli cincin kat Tomei. Tapi sebab duitnya tak ada, maka postpone2 hingga la sampai kat Korea ni. I cakap la angan2 tu kat my niece juga, dia pun join semangkuk berangan sama katanya nak juga beli cincin juga. So bila datang sini, memang aim kat cincin je la. Bila tengok harga, emm mahal la juga. Dalam area RM200. Bagi i, RM200 tu mahal dah tu. Tak mampu dengan budget yang ada. Kat sini boleh bayar dengan won, USD & MYR. My niece memang nekad nak beli dah. Dia okla sebab ada duit USD, so tak ada la rasa sangat duit won berkurang. Yang i ni yang just ada duit won & MYR je, tu pun MYR ada hanya cukup nak makan kat LCCT je, dah tu nak beli benda lain lagi, so kalau beli cincin akan terasa duit won tu tak ada. Rasanya dekat 20kali dok pikir dalam hati, nak beli ke, tak nak beli. Fikir punya fikir, emm beli la. Nanti menyesal. So pilih la pattern yang murah. Jumpa cincin yang paling murah dalam area RM135, emm tak ngam. Memang otak terus cakap no. Emm cam ne ni, nak pilih yang RM200, haih mahal la plak. Tapi nak beli jugak. Cis dalam dilema sungguh. Nasib baik la ada Nurul tolong pinjamkan credit card dia. Thank you Nurul. Tak adala habis duit won ku. Nanti nak bayar RM200 kat Nurul, akan difikirkan caranya. Huhu!!! Lepas pilih cincin, jalan2 lagi kat factory tu. Madam & yang lain memang tengah rancak memilih. Lepas tu teringat kat ayong & k.nie, so beli locket amethyst kat diorang. Lepas tu, kat k.na beli brooch. Lepas tu semua orang happy dengan amethyst masing2.

Lepas tu ke Lotte Duty Free plak. Tujuan kat sini ialah nak beli kosmetik. Memang Korea ni sangat terkenal dengan barangan kosmetik. Yang Dr MJ tu memang semua orang baru kenal bila datang sini. Tapi kalau Missha, Etube, The Face Shop tu memang selalu je la dengar dari diorang ni. i memang buta kosmetik. Yang i kenal hanya Safi, Simplysiti, Silkygirl. Then nak up sikit kenal la juga SKII, Dior, Nutox, Clinique. Bila sampai sini, Sophie terus bawa kitaorang naik ke level 9 which is for cosmetic zone. I memang tengok je la sebab memang tiada niat langsung nak beli kosmetic kecuali terlepas minat kat peeling gel tu. Kat sini i hanya mampu ke toilet je. Sebab lama juga Sophie bagi masa kat sini, so lepas yang lain shopping2 kosmetic tu kitaorang tinjau2 juga ke aras lain. Memang tengok kedai pun dah ngeri. Bila naik ke level 10, semua kedai2 yang memang kitaorang tak mampu walau nak bayar plastik beg pun. Naik2 je dah jumpa Hermes, Louis Vuitton, Tiffany & Co, Tods, MCM, Coach, Mulberry, Paul Smith, Mont Blanch, Polo Ralph Lauren, Prada, Gucci, Marc Jacobs, Chanel, Dior & ntah apa lagi jenama yang nak sebut pun kena herot2 mulut. Ok naik ke level 11 plak. Naik2 je jumpa Ermenegildo Zegna, Boss, Dunhill, Armani, Kipling, Samsonite, Longchamp & ntah apa lagi yang tak mampu nak tulis lagi. Adeh, sengkek den ni. Sophie pun laa, sian la kitaorang ni. Ada ke bawa tempat2 macam ni. Dia siap2 cakap lagi, murah je barang kat sini. Berkualiti lagi. Siap2 tunjuk kat kitaorang beg yang dia pakai tu dah 12 tahun tahan. Tak rosak2. Bila tanya harga dia cakap 1000USD. Hah memang la berkualiti. Tengok la harga tu berapa. Cuba kalau beli yang RM35 beg kat Rantau Panjang, setengah tahun pun dah rosak daa. 

At Lotte Duty Free
Lepas tu, kitaorang ni terus ke tempat yang dijanjikan nak jumpa. Turun ke tingkat 9 balik. Lepak2 kat situ. Perut lapar la plak, so hentam biskut tawar yang Nurul punya. Bila dah semua cukup, kitaorang ke next destinasi plak iaitu ke Itaewon lagi untuk lunch & jamak Zohor & Asar kat masjid di Itaewon. Yeay happy dapat pergi Itaewaon lagi & solat kat masjid. Tak tahu kenapa happy bila sampai Itaewon. Kali ni kitaorang lunch kat restoren India. Happy lagi sebab tak yah makan makanan Korea. Mesti ada papadom, ayam, nasi minyak. Suka giler. Bila masuk restoren, ambik la makanan banyak2. Lepas tu ada niat nak tambah lagi. Makan2 punya makan, bila nak gi tambah ada rombongan lain masuk juga & beratur panjang giler. Chet, potong line betul la. So tak dapat nak tambah. Makan yang mana ada je la. Lepas tu, siap2 nak ke masjid plak. Sophie tunjuk arah. Tan, Mr Choo, Kee, Madam & Papa Singh proceed makan lagi. 

Jalan nak ke masjid rasanya lebih curam kot dari bukit kat Everland. Dah la curam, panjang plak perjalanan berbukitnya. So semuanya mengah giler bila sampai masjid. Masuk masjid, tukar kasut ke slipper jepun untuk ambil wudhuk. Tempat wudhuk kat luar masjid plak. On the way nak naik masjid tu, jumpa dengan non muslim yang sedang tengok info2 tentang Islam. Pasal nabi2 kot. Bila tengok dia, hati i terdetik "memang tak jumpa suasana macam ni kat Malaysia". Maksud i, kalau kat Malaysia, hanya orang Islam sahaja masuk ke masjid kecuali beberapa masjid macam Masjid Negara, Masjid Putrajaya etc. Lagi satu, masjid kat Korea ni bukan berfungsi untuk solat je. Pejabat pun ada. So fungsinya lebih luas more than masjid di Malaysia. Maybe lebih kurang macam Nasjid Negara yang pelbagai fungsi. Kalau zaman Rasulullah pun, masjid bukan sahaja tempat solat, tapi tempat musyawarah, tempat belajar, tempat kegiatan kesusasteraan, tempat nikah kahwin, tempat penyelesai masalah ummah, baitulmal, tempat persinggahan musafir, tempat perlantikan khalifah etc. So bila tengok rasa macam happy bila ada yang agama lain nak tahu pasal Islam. Lepas tu naik ke tingkat berapa ntah untuk solat. Tak tahu naik tingkat berapa sebabnya tangganya pusing2. Kecik je tempat solat wanita. 

Lepas semua selesai, turun bawah & nak rushing ke tempat bas plak. Nak turun bukit lagi. So kena lari2 juga padahal masa dah tak sempat. Masa turun tu, i terdengar perbualan antara 2 orang muslimah. I ni memang hobi mendengar orang cakap nak nak kalau dalam English. Sebab selalu je berangan i punya conversation in Englih memang fluent giler. Haha!!Berangan lagi. Diorang cakap apa ntah, i dah tak ingat. But the end part tu sangat touching sampai bulu roma i tegak. Rasa seriau seluruh badan.

A: Are you muslim?
B: Not yet, but today.
A: oo Masya Allah, congratulations.

Masya Allah. Seram sejuk dengar. Bulu roma i naik masa tu juga. No word to say. Subhanallah!!! Nak nangis pun ada. Ya Allah, dia antara yang terpilih nak mendapat hidayah dariMu. It's not easy to get hidayah. Pak Cik Rasullulah juga tidak terpilih untuk mendapat hidayah Allah. Terus i jumpa dia, salam & cakap tahniah. Dia nampak happy je, senyum kat i, cakap thank you & tanpa was was terus masuk dalam untuk proses pengislamannya. Lepas tu, rasa macam menyesal plak. I tak patut cakap tahniah je, sepatutnya peluk dia & cakap selamat datang ke dunia Islam. Tapi sebab dah ketar masa tu, tak dapat fikir apa. Apapun, doa i untuk dia, moga dia terus istiqamah, terus mendapat Nur dari Allah dan doa untuk diri sendiri juga semoga Allah mengekalkan hidayah & menambahkan iman yang dikurniakan Allah. Amin!!!
Shahadah yang sentiasa wajib berada di jiwa. Hidup & matiku dengan Lailahaillallah Muhammadur Rasullulah. 

My niece at the mosque, Itaewon
Lepas tu berlari2 ke bas, tapi kitaorang sempat grab roti & cakkedis. Memang feel free kat sini, kebanyakan kedai ada logo halal, so shopping dengan senang hati. yeay!!!Lepas tu, masuk bas untuk ke GwangJang Market for Korean Silk. Kat sini, hanya Nurul je yang nak beli silk. Orang lain sibuk tolong pilih kat Nurul. Semua orang tak nak Korea Silk ni sebab lecehnya tak boleh wash dengan air. 

Tumpang bergambar je dengan Korean Silk Nurul.
Kejap je kat sini, bergerak ke Nandaemun & Myeondong market plak. On the way ke sana i dah berangan dalam bas. Ok kat sini nak beli brooch. Kena cari kedai 166 yang cam Cik Da cakap tu. Brooch murah je. 2000won satu. Cik Da pun kirim 10000won. Ok beres. I nak beli banyak2 brooch kat sini. Nak bagi kat ma, kak, kawan, then bla2. Bolehla beli 10. Alah baru 20000 won. Duit pun ada banyak lagi & yang tinggal pun memang spare untuk brooch je. Ok berangan lagi, sikit je 10 tu, beli je banyak sikit, then boleh bagi kat siapa2 je lagi. Ok set. haha tinggi sungguh la angan tu kan. Tapi memang betul la, kalau berangan tu memang tak jadi la. Confirm hancur!!!

Bila sampai sini, Sophie bagi masa 2jam je. Dah la tempat tu besar. Nak pergi Myeongdong lagi. Nak cari kedai 166 lagi, nak menyusur kedai2 Nandaemun lagi. Before berpecah, Sophie cakap, untuk muslim siapa yang nak beli brooch, boleh ikut dia ke kedai kawan dia yang letaknya di Nandaemun. So 1 jam dari sekarang, jumpa kat tempat yang kitaorang turun bas tu. Lepas tu semua berpecah. I jalan dengan Tan, Da, my niece & Nurul. Kami ke arah Myeongdong. Actually, antara Myeongdong & Nandaemun, ia hanya dipisahkan oleh jalan besar sahaja. Bawah jalan besar tu, ada kedai bawah tanah yang menghubungkan antara 2 pasar tu. So tak perlu nak cross jalan kalau nak ke Myeongdon atau Nandaemun. Kami berlima lepak kat bawah tanah tu je. Banyak juga kedai bawah tu. Kosmetik ada, kedai pakaian, kedai cenderahati, bundle pun ada, kedai buku pun ada. Tak tahu nak beli apa hinggala jumpa satu kedai souvenir ni. Tuan kedai dia baik sangat. Asal beli je, dia akan bagi hadiah. Kat sini i beli apron yang rupa macam hanbook & baju i love korea. So dapatla free gift chopstick. Happy giler dapat apron tu sebab lawa & warna warni. Dekat pukul 6, kami semua bergegas nak jumpa Sophie sebab dia nak tunjuk jalan ke kedai kawan dia yang jual brooch. 

On the way tu, i tanya Sophie, dia kenal ke tak kedai 166 dalam bangunan hijau di Nandaemun. Dia blur2 & pening. Dia cakap, mana tahu kat mana. Nandaemun ni sangat besar. I dah berdebar dengar ayat dia. Ok tak pe, nanti cari sendiri. Then lepas tu, dia bawa ke Nandaemun. Memang meriah habis. Kedai2 macam pasar malam. Panjang!!Berderet kedai jual baju, kasut, beg, seaweed, kosmetik, brooch etc. Harga pun murah. Hah ni barulah tempat shopping kitaorang yang sengkek ni. Yang gi bawa kat Lotte Duty Free tu apahal la. Haih!!Tapi nak sedapkan hati, ok la, at least boleh kenal. Huhu!!!Nak ke kedai kawan Sophie tu, Ya Rabbi jauh juga. Jalan jalan jalan. Laju plak tu minah korea ni jalan. Memang kena kejar dia. Bila dah dekat dengan kedai, siap kena tunggu kejap sebab kena tunggu kedai sebelah kawan Sophie tu tutup dulu baru boleh bagi harga murah kat kitaorang. Ehh apahal nak tunggu orang sebelah tutup plak ni. Bukan masalah kedai sebelah kalau kawan Sophie nak jual murah pun. Lainla kalau kongsi untung. Tapi dah lewat, so terpaksa pergi juga walaupun kedai sebelah tu tak tutup lagi. Bila pergi sana, brooch yang dijual tu mahal2 la. Satu harga 10000won. Yang 2000won hanya besar duit 5 sen je. Eh eh, ni dah lari budget ni. 

Memang hancur berkecai impian nak beli 20 biji brooch nak buat balik. Pilih dengan gaya sedih. Tak nak beli, memang dah tak sempat nak cari kedai 166 tu. Dah la tak tahu kat mana. Waa sedih giler. Sedih giler tak jumpa kedai. Masa tu juga rasa nak marah Sophie. Apahal ko suruh pergi kedai kawan ko ni? Masa tu juga marah Sophie sebab bagi 2 jam je shopping kat sini. Bagi la 2 3 jam lagi. Bawa plak kat kedai kawan yang pelik bin ajaib. Tan pergi tinjau2 kedai sebelah pun tak boleh. Kena marah & kena beli kat kedai dia. Ehh aku beli dengan duit engkau ke nak halang2 orang ni. Hah dah keluar dah ayat marah ni. Rasa nak marah Sophie lagi sebab kenalkan kat kedai kawan dia. Dah la haku tak jumpa kedai 166. Beli dengan gaya marah, so pilih pattern pun cacamerba je. Dah tak nampak mana cantik & mana tak cantik. Beli brooch kat ma, k.na & diri sendiri je. Kat my sist pun terlupa nak beli satu. Yang lupanya sebab anak dia dah tolong beli untuk mummynya. So kira i tumpang semangkuk la. Hihi! Lepas tu patah balik ke bas. Tapi sempat je singgah mana2 kedai yang rasa nak singgah. Sempat beli seaweed & gang2 ni jumpa etube shop lagi. So masuk shopping cosmetik lagi. i memang dah geram. So tak ada mood nak shopping. Lagi satu, niat nak shopping brooch je kan kat sini. Tengok barang pun dah tak ada nafsu. Huh!!!

Bila jumpa dengan yang lain, Madam & Adibah tunjuk diaorang punya brooch. Diaorang beli kat tepi jalan je. Murah la dari yang kitaorang punya. So bila bandingkan dengan brooch kitaorang, memang yang kitaorang permatanya berkilau2 & bersinar more than them. Lawa yang kitaorang la. So terpujuk sikit hati, ok la mahal, tapi berkualiti. Tapi still tak puah hati tak jumpa kedai 166. Lagi meriah kot kat sana. Dah tengok dalam fb cik da. Waa!!!!

Next bergerak ke Donghwa duty free for shopping perfume. Mulanya kitaorang dah tak lalu nak masuk segala duty free ni. Tapi Adibah nak beli perfume plak. So kena pergi juga. Just Adibah je la yang masuk Donghwa duty free. Kitaorang hanya lepak2 kat luar bangunan je. Dah tak larat nak tengok kedai2 branded kat dalam tu. Lepak sambil duduk2 depan bas, Mr Choo ajak kitaorang pergi mana ntah. So i, Tan, Da, my niece, Kee & Nurul ikut la bos maju ke depan. Jalan lagi & lagi. Kitaorang bincang sama sendiri, ehh bos nak g mana? tapi ikut juga. Sampai satu tempat duduk, Kee dah tak larat nak ikut. So dia duduk kat situ. Kitaorang tinggal Kee ikut bos jalan lagi. Sambil2 tu ketawa2 sambil guess bos nak bawa g mana. Jalan lagi & lagi. Tan, my niece & Da dah berhenti & duduk. Nurul & i ikut boss lagi. Jalan lagi & lagi, dah jauh benar dari bas. Then tiba2 dia cross jalan. Cheh kat situ ada orang main silap mata. Dia pun stop kat situ. I & nurul dah terpaku tengok persembahan. Sambil2 tu mata memandang kiri kanan. Sambil2 tu berfikir wahh bandar Seoul ni, bukan Bukit Bintang. So nikmatilah pemandangan kat sini puas2 before balik Malaysia. Memang tak tahu zaman bila lagi nak datang sini lagi. 

At Donghwa Duty Free. Semua orang muka dah penat giler. Macam tin sardin penyek je ..

Tan Swee Kim je yang still bersemangat nak bergambar. 
Ikut boss jalan2 bandar Seoul. Ikut jangan tak ikut walaupun tak tahu nak bawa kat mana
Lepas tu, patah balik ke bas. Perut dah lapar dah. Tapi makanan malam ni ialah makanan korea. Dah la kat kedai sama masa  hari Papa Singh jatuh tu. Waa sangat tension. Moody terus. Tak ada mood nak makan. Dah la menu sama dengan menu hari tu. Betul2 rasa tekanan darah naik sebab tension. Memang tak sentuh pun makanan, minta air panas je, buat milo 3 in 1 & makan dengan roti yang beli kat Itaewon tadi. Actually bukan i je yang tension, semua orang pun tension giler tengok makanan kecuali Mr Choo yang berselera sungguh. Lepas makan ,terus balik hotel. Kena kemas2 malam ni juga. Esok pagi, pukul 5 dah nak check out hotel & heading to airport.

Malam tu memang sangat penat. Sedih lagi sebab tak jumpa kedai 166. So tak mandi, tidur dengan baju yang pakai seharian hari tu. Pukul 2 pagi baru bangun, solat Jamak Maghrib Isyak & kemas2 luggage & tidur balik. 

No comments:

Post a Comment