Friday 23 September 2011

My twin...

                                                       My twins....Hadif & Irshad with their peace..


Geramnya tengok 2 budak ni. Aisehhh!!! These are my twin nephews...Hadif Iqbal B.Mohd Jauzi & Irshad Ilham B.Mahyudden. Eh eh...cam ne boleh jadi twin if nama bapa lain2 nih??Alah, bukan twin pun sebenarnya. Tapi memandangkan kedua2nya lahir pada tahun 2009, so jadilah dua budak ni sebaya. Geram la tgk 2 orang ni. Tengok kat gambar atas tu, siap2 peace lagi. Rasanya dua budak kecik ni start belajar buat peace masa raya hari tu. Mungkin la asyik tengok mak sedara & sepupu yang kalau bergambar asyik berpeace je, so terjangkit sama kat dua budak kicik ni. 

Ok...let start story with Irshad Ilham. He's the youngest son of my abang ngah & k.na...setakat ni memang bongsu la. Tak tahu la in future if ada adik lagi. Lahirnya pada 3.3.09. I always call him 'Shad Mbok'..sebabnya tengok saiz badan dia yang gemukkk. Rasanya beza berat dia dengan Adam (abangnya yang berumur 6 tahun) beza 2 3 kg je. Mana tak berat, kuat makan si kecik ni. Sedap je tengok dia makan. Orang lain makan dia confirm makan juga, orang dah stop pun dia tetap makan lagi. Tengok gaya macam berani & lasak je. Padahal penakut je si kecik sorang ni. Kalau suruh pergi dalam bilik gelap pun dah tak berani. Irshad ni memang anak papa la. Asyik2 papa je. The most i like about him is his voice la. Serak2 basah. & kalau dengar dia cakap, memang aura nak kacau dia datang tiba2. 

Hadif plak the oldest son of my abang, Jeji & SIL, k.nie. He was born on 31.5.09. Setakat ni memang still anak tunggal. Tunggula bebarapa bulan lagi, ada adik la si Hadif ni. I tak tahu la macam mana dia kalau ada adik nanti. Alahai, manja bukan main la especially dengan ibu. Pantang kalau ibu tak ada depan mata sekejap, mesti tercari2. Tapi boleh plak faham ibu pergi mengajar kat sekolah kalau time weekday. Ok je dia time tu. Si kecik ni obses dengan barang berteknologi. Laptop papa & apa lagi barang berteknologi papa dah jadi toy dia. Muka dia memang lembut je. Ala2 macam perempuan. Kalau time ok, apa yang kita cakap dia akan dengar. Baik je. Tapi cuba la tengok time dia mood tak ok, cakap la apa pun memang tak jalan punya.

Ok, that's all the story about them. Hopefully they grow in good health & be good & Soleh son  to their parents. Cayang Kushad & Hadif!!!! 


Wednesday 21 September 2011

Picnic@Geting

                                           jeti@belakang umah Mek K.Na (tiada dalam gambar, Ayong)


Orang cakap kalau buat kerja on the spot memang akan jadi. Kalau dah planning bagai nak rak tu, kadang2 planning lebih grand & yang sebenarnya tak jadi pun. Picnic kali ni memang picnic on the spot. Venuenya di rumah Mek K.Na kat Geting. Alkisahnya hari Jumaat tu (15.9.2011), my sister & my niece, Yah datang lepak rumah i selepas pergi hospital melawat Mok Nik. Kebetulan weekend tu, my brother, Jeji & his wife & also Hadif ada kat rumah i. So sambil lepak2 tu, kitaorang makan roti canai sama2. & masa makan roti canai tu, my brother yang lagi sorang, Abe Ngah called dari Geting (umah MILnya) cakap dia & his family sedang bakar sotong sambil2 menunggu untuk buka puasa. Ingat kan dio call tu nak ajak kitaorang sekali berBBQ sotong, tapi rupanya nak bagitahu je yang dia sedang sedap2 makan sotong. Aisehhh!!!ni kes nak tunjuk dia sedang BBQ kat kitaorang la ni.

So malam tu, bila jumpa dia, my sister & my niece pun cakap la kat Abe Ngah i tu "ingat call tadi nak ajak bakar sotong sekali". Kitaorang ni memang jenis cakap main2 je. Memang dah biasa macam tu. Kalau bercakap tu, 90% tu jangan la percaya sangat. Memang semua macam ni kecuali my mum. Tapi dia plak take it as serious matter. Dah siap2 cakap kat MILnya & his wife lagi. So apa lagi, pukul 12t/hari hari Sabtu, dia called kitaorang & cakap nanti petang nak bakar sotong sama2. Hah, dah satu hal plak menyusahkan orang. Kasian plak kat Mek K.Na susah2 prepared itu & ini. Bukan bakar sotong je, dia siap buat kuey teow & mee hun sup lagi. Tapi dalam mulut kata kasian tu, kitaorang buat2 tak malu jugak. Makan bagaikan nak rak. Dahla kenyang yang amat dengan sup & sotong serta ikan bakar tu. Memang sotong sangat sedap. Manis & lemak je isi. Sekarang pun macam boleh rasa tastenya kat mulut. Haha!!!Walaupun i ni alah dengan seafood, tapi kali ni memang tak boleh tahan. Air liur meleleh je tengok sotong. Dah la almost all sotong tu bertelur. aishhhh!!!!terliur yang teramat. Alahai, sekarang dah kecur kat mulut i teringat sotong.

Kitaorang lepak kat rumah Mek dari kol 3 sampailah 5.30 baru balik. Ingat sebelum tu nak shopping kat Pengkalan Kubor sekejap. Tapi tak sempat plak. & ingat juga lepas berBBQ nak  pergi Pengkalan Kubor sebab tadi before BBQ dah tak sempat, tapi dah kol 5.30 mana ada kedai bukak lagi. Semua dah nak tutup. So lepas tu balik je lah. Taoi memang sempoi je rasa hari tu especially tengok my nephews (Hadif & Irshad) main. Sambil makan sambil bergosip2 & sambil2 tu i terkena lagi pasal masih belum kahwin. Haha!!!Apapun, i really have nice day picnicking on the day. Release sekejap segala jenis tension ke apa (macamla tension sangat sekarang). Tapi, rindu kat sotong bertelur tu. Hailahhhh....sangat sedap. Yummy!!!

Hot Topic..

"Jiran boleh dah bagi arkitect tu kat mu, nanti aku tolong tanya umur"
"Chu, bila nak kawin ni?"
"Chu bila nak ada gewe ni?"
"Bagi kat Farah la mamat tu. Ok dah tu"
"Mu kena kahwin la cepat2. Biasanya orang melayu umur 24 dah kahwin dah"

Aiseh...those are the 'kata2' yang sudah biasa didengari. Adoi, the very hot topic. Tak kira kat office or kat rumah. Kalau kat office, kadang2 almost everyday talk about it. Yelah, sekarang ni kitaorang memang tengah off peak. Kerja yang ada pun bagaikan mengulit tidur je. Tension je dengan current job yang sangat bosan. Lagi haru kalau jadi macam i 2 3 minggu lepas, memang pusing2 je la kat office sebab tak ada kerja. Tak ke haru macam tu. Minggu ni ok sedikit sebab dah tolong miss chan buat odit & baiki bookeeping. Tu pun, buat dalam keadaan tersengguk2. So environment kat office sekarang memang menyebabkan kami akan bercakap & main2 je. Makanya, memang akan timbulla topic kawin ke, gewe ke, sweetheart ke or yang sewaktu dengannya. 

Biasanya i dengan jiran yang sok sek sok sek kat meja masing2. Yelah, duduk pun menyebelah je, so sambil tangan buat kerja tengok WTB or UBS, mulut juga tak henti2 bekerja. Memang la akan selalu ayat ni timbul "kenapa la tak ada orang nak kat kita. Bukan teruk sangat pun kita ni. Bukan la hodoh sangat pun. Ada degree lagi & bla bla bla....."haha...sayu je bila dengar. Tu tak termasuk lagi kalau audit team berkumpul ramai2 & bincang topic ni. Memang lain2 pendapat akan keluar. Kuha macam ni, Da macam ni, Jiran macam ni, Miss chan macam tu. I plak, akan dengar je lah. Tak reti nak mencelah plak kalau dah ramai2 macam ni. Agaknya, memang pengalaman dalam bidang ni memang sedikit je. So nak cakap banyak2 memang tak boleh. Kalau nak tanya macam mana nak balancekan cash flow, laju je..huhu!!!

Tu kat office la, cerita kat rumah plak lebih kurang 2x5 je. Ni kena dari anak2 sedara i, abang & kakak i. Ma & abah tak pulak bising2. Yang bisingnya semestinya ahli jong kalut ni je lah. Anak2 sedara i selalu tanya la "chu bila nak kahwin? Umur chu dah berapa?" Ayoooo ni biasanya dapat dari ayong. Mulut dia memang direct. Tak main tapis2 lagi. & si Aizat & Mc Yah juga akan ulang benda sama berkali2. Ada sekali my niece, Mc Yah tanya "Chu pernah pergi dating tak??" Alahai, dah tahu chu yang sorang ni tak pernah ada pak we, mana pernah gi dating. Nak dating dengan siapa? Kalu bapak sedara, pok mee tu dah berkali2. Tapi apa kes dating dengan pak sedara. Haha!!!Memang la diorang ni saje nak tanya. Agaknya bagi i berkobar2 nak cari calon uncle diorang kot. Haha!!!

Tapi, as i already said in previous post, memang i tak tension pun orang dok tanya2 macam ni. Entah, dah lali agaknya. Ataupun, redha je dengan apa yang berlaku. Cuma yang ralat sedikit tu, sebab umur dah 27 tahun & umur macam ni dah sepatutnya orang kahwin, so rasa cam lain macam je. Tapi nak tension ke, nak nangis 7 baldi ke, memang tak pun. Maybelah sebab i selalu je cakap dekat diri sendiri yang i have Allah. So He knows what is best for me. Mungkin i tak ready lagi lagi nak masuk ke alam berdua & bertiga or berempat or etc. & rasanya now is the best time for me to prepare myself. Insya Allah. Adalah nanti jodoh untuk i tu. Kawan i yang dah kawin cakap, hargailah masa sementara masih bujang. Yang bujang plak cakap, bestnya kalau kahwin. So, i ambil pendekatan ni je, bersyukur dengan apa yang ada sekarang & berdoa semoga suatu hari nanti i will meet my soulmate. Seseorang yang boleh membimbing i untuk menjadi insan yang lebih baik. Amin!!!


Sunday 18 September 2011

~~korean & terjangkit sama~~

Hah...sebut pasal korea, dah terbayang cerita korea, kereta hyundai, Pulau Jeju, kimchi, k-pop & etc. Hingga sekarang, rasanya dah berpuluh2 cerita korea yang i dah tonton. Rasanya start dengan cerita All about eve hinggalah cerita yang last i tengok iaitu Playfull Kiss. Setiap cerita ada dia punya kelebihan masing2. Setiap cerita ada dia punya morale of the story masing2 & setiap cerita ada dia punya love story masing2. 

Actually this post not write about korean series. But to talk about k-pop. Actually what is the meaning of k-pop??korean pop ke? so semua penyanyi berkumpulan dari korean disebut k-pop la? Adoi, pening!!! i really not taking care about k-pop before this after my niece coming back from Egypt. Bila dia balik, i confius budak ni belajar kat Egypt ke kat korea? Dah siap boleh hafal lagu2 korea semua. Memang dah tersilap negara pergi Mesir ni. Sepatutnya amik course gigi kat korea. Tapi rasanya kalau dia pergi study kat korea, balik Malaysia terus tak reti nak cakap Malaysia kot. Dah pergi Mesir pun dah minat gila2 kat k-pop ni. Dia balik je, tak sampai rumah lagi dia dah suruh i dengar lagu korea dalam hp dia. Yang i plak, kalau nak feeling2 lagu korea mesti sebab i tgk cerita je. Kalau tak tgk cerita memang tak akan minat la.

Tapi skang ni rasanya dah terjangkit sedikit2 dah. Yelah, asal naik kereta je dia akan pasang hp dia tu dengan lagu korea padahal radio ada je. Budak ni memang jiwa2 minat. Tengok dia tonton MV pun dah tahu."Chu hansome chu, comel nya  JYJ" Yelah kot JYJ nama penyanyi in heaven ni. Or JYJ tu nama kumpulan. Ntah!!! i pun dah minat2 gak dengan lagu In Heaven ni. Tapi rasanya satu lagu ni je kot. Macam kena dengan jiwa je & layan sahaja la. Lagu lain i tak boleh nak terima lah. Ni pun i pasang lagu ni nak amik feel nak tulis cerita ni..hehe!!!

Apapun...saranghae nor saranghae!!!haha, ni je word korea yang tahu...

~~pilot~~

Anak saudara i selalu tanya i nak cari bakal bapa saudara diorang yang macam mana. So i always told them that i want a pilot as their uncle. I dah siap2 suruh anak saudara i, ayong  untuk solat hajat kat i & siap2 sebut sekali untuk i jumpa pilot dalam doa (haha, memang sangat teruk). Emm but really i like to see a pilot. Aiyoo sangat kacak kot dengan baju seragam sambil menarik luggage diorang tu. haha, teruk lagi!!!!

I dont know when i'm starting to like a pilot. Rasanya after reading a novel tittled "Adam & Hawa" written by Aisya Sofea. Ya Allah, memang i sangat teringat di saat i baca cerita tu. Adoi, angau berhari2 kat Adam Mukhriz. Penulis pulak siap tulis detail pasal kerja as a pilot. Dan siap2 bagitahu akan terbang ke London la, Los Angeles la..Aiyoo!!!Memang haru betul sebab i ni memang kaki rayau yang amat (walaupun sekarang dah tersekat niat berjalan tu) sampai tak boleh dengar orang nak berjalan walaupun dalam cerita. Tiba2 je rasa jealous juga & nak ikut sekali. Haha!!!Memang tak logik langsung. 

Lepas tu, baca plak novel "Manisnya Cinta". Hero dalam novel ni pun pilot jugak. Dan lepas tu tengok plak cerita "Good Luck" ~ Japanese series. Cerita ni lagi2 la mengisahkan kehidupan seorang pilot. Lagilah tergila2. Tapi bila difikirkan balik, sebab i ni kuat berangan la kot sampai minat2 macam ni. Lagi satu sebab i memang suka berjalan sampaikan minat dekat pilot yang memang boleh mengambil peluang untuk berjalan di luar negara. Rasanya dah tiada sebab lain dah. 

Apapun setiap pekerjaan ada pro & con. Memang seorang pilot boleh berjalan ke banyak negara, tapi ada juga keburukan dia kan. Jadi, setiap orang perlu bersyukur dengan pekerjaan sekarang. Yang penting halal & sentiasa diberkati. I also grateful to have a job as an auditor. Insya Allah!!!

Raya at office...

   ~~CNC Staff 2011~~

The picture above was taken on 5.9.2011. Alkisahnya, sebelum cuti raya hari tu, kitaorang warga cnc tiba2 nak buat majlis jamuan raya. Biasanya kalau tahun dulu2, setiap orang akan bawa biskut je kat office & makan sama2. So tahun ni macam dah improve la siap buat jamuan ramai2. Bincang punya bincang, dah tetap tarikh nak berjamuan pada 5.9.2011 bersamaan dengan hari Isnin. Hari lain dah tak boleh buat sebab hari Selasa, Rabu & Khamis dah ada yang nak start odit luar. So monday is the best day to celebrate the day.


So bincang pasal makanan dengan semua orang. Dah saling bersetuju yang setiap orang akan bawa makanan yang dibawa dari rumah masing2. Dan siap2 pesan lagi, setiap orang jangan la bawa makanan bagaikan nak makan 100 orang. Nanti tak habis & membazir. So AJK tertinggi (terdiri daripada my jiran, miss chan, da, kuha & me) list dan tanya semua orang nak bawa apa. I dari awal2 macam nak bawa satay. Bukan apa, rasa cam i tak bagi sumbangan sangat kat office. Memang tak adanyalah nak bagi biskut ke, ketupat ke sebelum raya hari tu dekat semua orang. So, rasanya satay pun ok. Tak kisah la mahal sedikit pun. Tapi Miss Chan nak kongsi sama. So kos jimat plak jadinya..hehe!!!Bila dah tanya semua orang, ada yang nak bawa meehun goreng, kuey teow goreng, spagetti, puding, cream puff, cake, KFC, ketupat & etc. So akhirnya penuh juga la meja jamuan kitaorang hari tu dan rasa kenyang yang teramat. 


So, gambar atas tu group photo kitaorang yang lengkap berpakaian hari raya(ada yang tak masuk gambar). Semua cantik2 & jelita je. My jiran & kuha also wore their own national clothes. So, jadilah 1 Malaysia. Apapun, thanks to all. Really enjoy the food!!!

Thursday 15 September 2011

Stay up....

Punya la bagus i stay up malam ni. Dah la malam jumaat. Macam dah riak sangat nak cakap  i wake up for Qiamullail. Huh!!!if that so i will be proud of myself. Tapi the reality is i stay up for Seth Tan. Dah demam Seth Tan ni dari 2 3 hari lepas. Orang lain dah berzaman2 tengok cerita Nora Elena ni. But i, baru nak tengok & tergila2. Memang dah terlambat keretapi yang amat ni. But better now or never (macam x ada ayat lain nak tulis).

But i'm really grateful it done at 3.13a.m just now. At last all 24 episods done. Dah tak payah nak teringat2 or tergila2 dah. 2 3 hari ni kat office asyik tak sabar nak balik rumah tengok sambungan je. So bila dah habis, kira dah terlepas dah sume ingatan & kegilaan tu. Tapi bila dah abis, dah teringat2 pulak cerita tu. Dah ingat nak repeat balik. Sudah, demam Seth Tan minggu ni tak kebah2. Jangan melarat sudah. Aaron Aziz & Siti Saleha tu pun baca skrip je. So tak perlu nak berfanstasi sangat!!!

Tapi memang la suka sangat tengok cerita macam ni. Dah suka tengok gaya romantik habis Seth Tan kat Nora tu. Padahal nak buat macam tu berapa banyak cut yang director kena laung. Dah la si Aaron tu punyala hansome & macho.(if i can get hubby handsome like him)..Haha!!!So kesimpulan dari hasil kajian i, cerita yang berunsur cintan cintun ni memang menjadi pujaan hati ramai orang. Tambah2 kalau ada babak2 romatik dari pelakon lelaki yang hansome. Terus je cairnya kan. Dah berangan hingga ke langit la nak dapat lelaki macam tu jugak. Padahal, di dunia realiti, bukan macam tu.  

So, it's almost 4.00 a.m. i wanna sleep. Selamat malam!!!




Sunday 4 September 2011

Fokus & Bahasa Inggeris...

Worst!!!!hah, satu perkataan ni dah menggambarkan i memang fail dalam konsentrasi & English...

Okey. Let's start the story with focus...ish ish ish, biasanya i can concentrate on something less than 2 minit je especially when i'm reading the book. Tapi buku ilmiah la. Kalau novel, boleh plak i mengadap buku hingga berjam2 lamanya. Kadang2 orang lalu kat hadapan pun boleh tak sedar. Ini dah terlebih konsentrasi plak. Tapi tu novel la. Kalau buku ilmiah, memang  jangan harap la nak fokus macam tu. Lagi satu, kalau orang bercakap ke, kejap je dengar cerita orang tu, lepas tu fikiran dah melayang jauh ke Gold Cost dah. & the worst is, masa solat pun memang susah nak kyusuk. Memang akan ada la cerita yang entah datang dari mana datangnya. Hailah, memang geram yang amat ni. Padahal sebelum solat dah set minda dah...ok ok, kena solat bagi fokus. Kena ingat Allah. Tapi, tak jadi jugak. Kalau time peak period lagi haru biru, time solat boleh je teringat debit kredit & akaun balance tak balance. Haiyoo, tahulah cita2 nak jadi akauntan bertauliah, tapi kena jaga solat jugak. Tak kan imbangan duga akhirat nak bagi berat sebelah liability plak. Haru la i ni. Tapi memang inilah kenyataannya. 

Lagi satu yang hancuss mestilah my English. Sejak dari sekolah rendah lagi i memang fail bab bahasa mat salleh. Teruk betul la tak boleh kuasai bahasa ni padahal dah belajar sejak dari darjah 1 lagi. Ni pun i bukak blog dengan harapan nak tulis all the story in English. Kononnya nak bagi teror la menulis dalam english. Tapi hampeh!!!buat satu ayat je, alahai dah tak tahu nak buat ayat seterusnya. Dan akhirnya, 98% cerita i dalam bahasa melayu yang bercampur2. Dah rojak2 semua bahasa. Hailah!!!!!!!!!!