Tuesday 21 May 2013

hubungan kekeluargaan..

The conversation between me & my mum..

Ma: Mu nak g dok atar Aizat nanti? tok sok gi la deh, x dok sapo nak gi belarok ayoh we.
Me: Emm tok tahu. Tapi nok gi (padahal my sist tok ajok pun. Tapi dari gi belarok, baik gi jalan penang) 
Ma: Tok payoh la. Nimah (my sist) tok gi doh. Jeji (my bro) pun tok gi. Kalu Jeji tok gi, Nie (My SIL) pun tok gi jugok. Tak dok sapo gi
Me: Emm family sebelah alik sano (mean sebelah cik ni) kan ado doh
Ma: Ore sebeloh alo kok ni la tak doknyo. 
Me: Oloh, sek dio pun, kalu sebeloh kok ni buke caro pun. Tok rajin mai pun
Ma: Aku (intonasi dah lain) ni ingat ko ayoh we tu. Acu pikir ko ore tuo etek ehh. Tu pok sdaro tu. 
Me: Diam. Dengar je.
Ma: ikut mu lah. Mu besar doh. Bulih pikir mana baik buruk & bla bla2 lagi yang i sendiri pun dengar2 gitu je. 

Well said ma. Betul cakap my mum. Memang kena fikirkan orang tua dalam segala hal. Tapi dalam banyak2 benda, sikap my cousin yang sorang ni, yang membuatkan i jadi tawar nak pergi sana. Dalam banyak2 perkara yang i alamai, jiwa i yang kering or heartless ni terkesan sungguh dengan sikap my cousin ni. Kalau ye pun tak reti nak bertegur sapo dengan sedara, **i pun tak reti jugak actually**, tapi time family sebelah ayah datang, keluar la tengok or salam or senyum. Then lepas tu, nak kurung dalam bilik 200 jam pun lantak la. Bukan nak suh bergelak ketawa pun or bercerita pun sebab bab ni pun i tak reti. Tapi at least, keluar jumpa mata dengan saudara, salam & senyum. Tapi ni tak, time kitaorang datang, terus masuk bilik & tak keluar2. Rasa macam geram giler. Siap my uncle yang sorang lagi sms suh keluar pun, dia tak keluar bilik jugak. My mum pernah ketuk2 bilik dia suh keluar, tapi sampai ke kitaorang balik pun tak keluar. Kalau family sebelah mak dia pergi ok plak. Hai apa masalah dia pun tok tahu lah.

Memang bukan dia yang kawin, tapi adik dia. Tapi sebab dia, menjadikan i tawar hati nak pergi. Bila ingat, ohh rasa geram. Hari tu adik dia bertunang pun i tak pergi sebab dia jugak dengan kasi alasan kat my mum nanti kahwin i will go. Majlis tunang mana pergi ramai2. Sebenarnya nak je pergi. Tapi antara pilihan berderat & belarok, i think berderat is much much fun than gi belarok. Tengok ore kahwin je pun. Doa dari jauh boleh? Nanti tak pasal2 ado hok tanyo "bilo plop ni?" huhu tak larat den nak menjawab. Sekarang ni seboleh2nya i avoid semua majlis kahwin. Malas la. Or dah tua. 

Mode: tahun 2013 belum keluar Kelate lagi. Waa tension tension. i really need vacation.. Realy need a break. Really need to relax. At least tahun2 dulu dah keluar KL sekali, tapi sekarang no more.. Sob sob sob!!!

Saturday 11 May 2013

sudah habis dibaca ini buku...

My Precious Iris akan MYPI nama pendeknya. Nak buat reading summary for this book...

Buku ni dibeli di Pesta Buku Antarabangsa KL. Thanks to my old fren Hazlin yang sanggup beli & bawa balik dari KL-KB. Alkisahnya, nak kata rapat dengan Lin tak jugak. Dia kawan SK.Morak dulu2. Kalau bertegur sapa pun kat fb je. Tu pun komen jarang-jarang yang amat. Dah glamour kat fanpage Melur Jelita pasal peminat2 sangup menunggu berjam-jam lamanya kat pesta buku demi mendapatkan buku ni membuatkan diriku teruja bersama. Yelah kan sequel I love You Stupid aka nama pendek ILUS. Mesti la nak baca kesudahannya. Yang Lin plak siap2 tulis kat wall fb yang dia nak ke pesta buku, so apa lagi,bagai pucuk ulam mendatang la. Kata my fren Tan, ni la kawan. Time nak guna dia je lah terhegeh2 nak cari. Mata duitan katanya. Haha!! Tan ni pun, agok2 la nak kutuk. Sorry ye Lin, memang hati tak boleh tahan nak tunggu buku ni di pasaran. Sampai sekarang pun belum ada di kedai buku biasa. Di Pesta Buku Antarabangsa hari tu lah tarikh pelancaran. Tu lah semua peminat Melur Jelita aka MJ sanggup ke pesta buku demi nak mendapatkan buku ni. Kalau haku ni dah kira tahap kegilaan nak membaca, orang lain lagi bergila2 hingga tahap apa ntah. Ada yang sanggup beli tiket flight nak ke KL demi buku ini. Kuat sungguh penangan hasil karya kak MJ.

Yeay MYPI dah kat rak maknanya dah habis baca la. Kalau ILUS kena ambil masa 1 bulan nak habiskan, MYPI dekat 1 minggu juga baru habis. Tak sempat nak baca sekaligus. After balik kerja baru boleh mengadap buku. Rajin kan saya?? Penat2 pun buka buku. Haha!!!

I always like MJ motto for her book.. "Dengan adanya Allah, semuanya tak mustahil" Dari buku Awak Suka Saya Tak (ASST), then ILUS hingga ke MYPI motto itu sentiasa dipegang. That's why la i suka dengan buku MJ. Sebab boleh ingatkan diri balik yang sentiasalah lalai untuk ingat Allah dalam semua perkara. Selalu je marah2, tak puah hati, rasa sedih, bosan, kat sesuatu perkara atau tak bersyukur dengan sesuatu perkara, sampai lupa Allah ada sentiasa. Allah yang sentiasa ready nak dekat dengan hambaNya asal hamba itu ingat Dia. 

Then, gaya hero-hero (ASST, ILUS & MYPI) yang boleh buat diri haku yang sentiasa gedik ni menggedik lagi lagi & lagi sampai lupa kat lelaki di dunia realiti. Sampai my niece pun tegur "dah dah la chu koya. Koya ko lelaki sebenar plak la" haha!! Cam no nak koya dengan lelaki sebenar, lelaki di sekeliling saya hanya ada anak2 sedara, abang2, abang ipar, sepupu2, bapak2 saudara & keluarga. Cheh nak buat apa koya kat diorang2 ni. Doakan yang baik2 sahaja untuk mereka yang disebut ni. Bukan untuk dikoya. Then lelaki2 lain yang dikira berada di sekitar ialah bos, kawan2 opih, lelaki sebelah opih, lelaki2 opih klien yang hanya berurusan sebab akaun jek. Waa lagi tensen sungguh!!! 

Then lagi satu, suka baca ayat MJ yang berbunga2. Memang bunga dio sampai haku pun tak faham sebab i kan jiwa kering kontang. Kadang2 blur. Kadang2 terlajak baco sebab berbunga sungguh. Entah apa kadang2 lagi pun tak tahu la. Dan suka juga fakta2 tentang Islam dalam buku yang boleh diambil pengajaran dan dipraktikkan. Lagi suka kalau hero2 yang bagi nasihat. Haruslah haku pensan terus. haha!!!

So masuk kepada summary of the book, rasanya pasangan suami isteri yang baru kawin, lama dah kawin, or suami isteri yang sedang-sedang gaduh, or apa lagi pasal suami isteri, duduk-duduk bersama dan bacalah buku ini. The whole book or almost 95% kot latar belakang dia pasal layanan suami kepada isteri & vice versa. Mana tahu, yang suami isteri yang sedang2 bergaduh bagai nak runtuh langit boleh berbaik semula baca ni atau yang dah kurang mesra layanan tu boleh diperbaiki atau yang dah memang mesra dimesrakan lagi atau apa-apa lagi situasi yang melibatkan suami isteri. Tapi kalau bergaduh tu, ada can lagi tak nak duduk2 bersama sambil baca novel?? emm.. ke isteri2 boleh bagi novel ni suh suami baca & praktikkan bersama apa yang MJ tulis. Kalau suami tak suka baca novel, tolong bacakan. Haha!! dah macam promosi plak dah.. kuikuikui!!!

Time baco tu emo jugak. Kadang siap "waaa sian Iris" So terus tutup buku. Kalau Firman plak yang kena aniaya "waaa firman. Ish sian Firman" Tapi lagi emo kalau hero la yang kena aniaya. Haha gedikkkkkkkkkkkssssssssss!!! Dah la Firman gentleman & caring giler dalam cite ni. Yang haku plak alah dengan lelaki gentlemen & caring. So meroyan meroyan kejap. haha!!!Haku ni dah gaya macam citer sebenar dah baca novel. Kalau bab-bab suspen tu meme suspen la. So tutup buku dulu amik mood. Then last-last sampai haku ni dah lost ending ni. Eh eh tak faham la. Berdebar sangat ke atau memang otak ku lembap sampai tak faham ending. Sampai sekarang pun macam tak faham sangat ending. Memang la happy ending, tapi macam pelik je. Ke MJ ni buat ayat bunga2 sangat sampai tak faham. Atau memang kasi ayat tersurat suh faham sendiri. Bukan i je yang tak faham, pembaca lain yang komen di fanpage pun ada je yang seangkatan dengan ku. Yang faham tu faham la. Kata yang faham, kena baca dari satu word ke satu word baru leh faham. Ohh itu kena tunggu. Kena start dari ILUS sampai ke MYPI la. Baru betul. Nanti bilo siap baca the total of the book 2500pages, kepala pun dah ting tong. Mana2 ingat Firman. Nanti tak pasal2 tengok my abah pun ingat Firman, tengok my bro ingat Firman, tengok Mr Choo pun ingat Firman, memang naye la. So tengah2 peak period ni, henti henti kan lah baca novel. huhu!!!

Apapun, thumbs up to Kak MJ. Dah addicted ni nak baca buku tulisan dia. Bukan semua novel i suka baca.  Sebab i beli buku ikut penulis bukan cerita. Kalau dah suka penulis tu, tak kisah la cerita tu tak best, beli tetap beli. Cuma kadang2 la terlepas beli juga penulis yang tak biasa baca kes terpengaruh dengan summary review kat fb. Haha!!! Cepat la kak MJ, nak buku no 4 plak. Can't wait......


Wednesday 8 May 2013

tak suka la gaduh2......

PRU13 dah over. Ohh bagus sangat. Sungguh bagus. Amat bagus. Giler bagus. Sebab i dont like the feeling of election time. Cakap ini, cakap itu & tak tahu dah mana betul salah sampai i kena fikir macam nak masuk exam nak vote sape. Nak vote parti mana. Nak vote parti ni salah, nak vote tu salah. Serba salah dalam segala hal. Nak exam pun fikiran i tak serabut macam mana hari nak vote tu. Terketar-ketar nak turun rumah nak pergi tempat mengundi. Then sempat solat istikoroh before pergi. Well hanya itu pilihan yang ada. Bukan pilihan yang ada, tapi the only pilihan yang ada. Ingat nak solat istikoroh 7 hari berturut2, tapi dah pun namanya Farah Anida yang pemalas, sempat 2 kali je lah nak buatnya. Hailah!!!!

Ingat dah habis, lepas mengundi ada lagi cerita. Apa kata semua orang terima dengan hati yang redho. Boleh tak ingat Allah ada sentiasa (ni untuk ingatan diri sendiri sebenarnya) & pasti apa yang terjadi tu ada hikmah yang besar dari Dia. Bak kata firman dalam MYPI (cheh mentang2 baca novel sekarang ni), "hati yang sentiasa ingat Allah, langit runtuh pun pasti tak akan takut"

Manalah kasih sayang semua orang ni. Malaysian bersatu boleh tak?? i really dont like cerita2 negetive or cerita yang tak sedap didengar or cerita yang boleh jadikan hati jadi tak keruan or cerita yang jadikan otak i sampai kena fikir dengan serius giler betul ko dok pasal tu or bla bla bla. Sangat la tak happy dengan perasaan tu. Sebab i really simple person. Nak hidup aman damai je. Nak hidup dengan kasih sayang & positive. That's why tak suka tengok cerita hantu, tak suka tengok cerita anak2 yang mendapat azab sebab menderhaka kat ibu bapa & cerita2 yang sadis2. Sebab otak i lagi akan terkesan dengan cerita2 yang bahagia kot untuk dapat pengajaran. Kalau tengok cerita2 azab macam tu, terasa sangat takut. Terkesan rasa takut hingga satu jangka masa yang lama. Bukan dapat pengajaran pun, dapat rasa takut ada la. Berubah nya tak. 

Sebab otak sangat simple, otak i ni sampai sekarang tak boleh fikir tentang apa2 cerita yang dishare kat fb, apa2 video, apa2 gambar, apa2 link. Selalu je fikir kenapa orang jadi macam ni? Kenapa ye? Still terkial2 tak tahu betul ko dok cerita tu. Lebih kepada kenapa jadi macam ni? Otak slow lagi kan? Di saat semua orang buat post kat fb after the PRU result, or di saat semua orang tukar gambar blackout after the result, i still tak ada perasaan. Yang blackout tu lagi la blur.. hah ni pun ada? Sebab otak dah set kot "siapa yang menang, that the best from Allah" So boleh la go on life tanpa rasa apa2. Ya Allah, ada ke orang macam haku yang langsung tiada apa2 jiwa raga nih? 

Tapi otak selalu fikir, di saat nak ubah semua benda, apa kata ubah diri sendiri dulu jadi lebih baik. Dah baik pun, ubah lagi lagi & lagi. Kalau semua orang nak ubah diri, pasti Malaysia akan lebih aman aman & aman. Yeah, this really simple thing that i can think. Tak suka gaduh2...