Wednesday 21 September 2011

Picnic@Geting

                                           jeti@belakang umah Mek K.Na (tiada dalam gambar, Ayong)


Orang cakap kalau buat kerja on the spot memang akan jadi. Kalau dah planning bagai nak rak tu, kadang2 planning lebih grand & yang sebenarnya tak jadi pun. Picnic kali ni memang picnic on the spot. Venuenya di rumah Mek K.Na kat Geting. Alkisahnya hari Jumaat tu (15.9.2011), my sister & my niece, Yah datang lepak rumah i selepas pergi hospital melawat Mok Nik. Kebetulan weekend tu, my brother, Jeji & his wife & also Hadif ada kat rumah i. So sambil lepak2 tu, kitaorang makan roti canai sama2. & masa makan roti canai tu, my brother yang lagi sorang, Abe Ngah called dari Geting (umah MILnya) cakap dia & his family sedang bakar sotong sambil2 menunggu untuk buka puasa. Ingat kan dio call tu nak ajak kitaorang sekali berBBQ sotong, tapi rupanya nak bagitahu je yang dia sedang sedap2 makan sotong. Aisehhh!!!ni kes nak tunjuk dia sedang BBQ kat kitaorang la ni.

So malam tu, bila jumpa dia, my sister & my niece pun cakap la kat Abe Ngah i tu "ingat call tadi nak ajak bakar sotong sekali". Kitaorang ni memang jenis cakap main2 je. Memang dah biasa macam tu. Kalau bercakap tu, 90% tu jangan la percaya sangat. Memang semua macam ni kecuali my mum. Tapi dia plak take it as serious matter. Dah siap2 cakap kat MILnya & his wife lagi. So apa lagi, pukul 12t/hari hari Sabtu, dia called kitaorang & cakap nanti petang nak bakar sotong sama2. Hah, dah satu hal plak menyusahkan orang. Kasian plak kat Mek K.Na susah2 prepared itu & ini. Bukan bakar sotong je, dia siap buat kuey teow & mee hun sup lagi. Tapi dalam mulut kata kasian tu, kitaorang buat2 tak malu jugak. Makan bagaikan nak rak. Dahla kenyang yang amat dengan sup & sotong serta ikan bakar tu. Memang sotong sangat sedap. Manis & lemak je isi. Sekarang pun macam boleh rasa tastenya kat mulut. Haha!!!Walaupun i ni alah dengan seafood, tapi kali ni memang tak boleh tahan. Air liur meleleh je tengok sotong. Dah la almost all sotong tu bertelur. aishhhh!!!!terliur yang teramat. Alahai, sekarang dah kecur kat mulut i teringat sotong.

Kitaorang lepak kat rumah Mek dari kol 3 sampailah 5.30 baru balik. Ingat sebelum tu nak shopping kat Pengkalan Kubor sekejap. Tapi tak sempat plak. & ingat juga lepas berBBQ nak  pergi Pengkalan Kubor sebab tadi before BBQ dah tak sempat, tapi dah kol 5.30 mana ada kedai bukak lagi. Semua dah nak tutup. So lepas tu balik je lah. Taoi memang sempoi je rasa hari tu especially tengok my nephews (Hadif & Irshad) main. Sambil makan sambil bergosip2 & sambil2 tu i terkena lagi pasal masih belum kahwin. Haha!!!Apapun, i really have nice day picnicking on the day. Release sekejap segala jenis tension ke apa (macamla tension sangat sekarang). Tapi, rindu kat sotong bertelur tu. Hailahhhh....sangat sedap. Yummy!!!

No comments:

Post a Comment