Wednesday 1 June 2016

Can write post with hp mehh?

Trying to write post with smart phone. Oh really smart can do anything for us....

Saturday 21 May 2016

wedding at 30's

Today, i went to my naimian's friend wedding, Azura Hurriyati. I went there alone as others still not coming back to tanah Cik Siti Wan Kembang. Majlis kahwin di pertengahan bulan hari sabtu, makanya mana ada yang balik. Cuti sekolah pun tak jugak. Kata Zura, buat awal sebab nak 'hambat' bulan puasa yang akan bermula 2 minggu dari sekarang.

i have no photo for Zura's wedding as my phone still at 'bengkel'. Dah 3 minggu hidup tanpa smart phone and so amazed that i can live happily without thinking too much about it. Biasanya balik kerja, harus la berjiwa2 dengan phone dulu scroll ig la, scroll fb la, main whasapp la, sekarang ni just boleh main fb tu pun hanya di laptop. Dan bahagianya jugak hidup bila tak perlu ketagih nak pegang hp setiap masa. Kalaulah i can hidup tanpa smart phone, rasanya hidup akan lebih berjaya. Main hp tu satu cara hidup yang tak sihat sebenarnya. Lack of social, wasting so much time, no time to sepak each other. Cuma masalahnya, susah la nak snap pic. Mana ada orang bawak camera skang ni kalau takat nak snap pic 1 2 keping untuk kenangan. Itulah sebabnya wedding zura tak ada kenangan nak upload kat ig or fb. Macam sedih plak.

Pergi ke majlis Zura yang dibuat di Dewan Putra (kot), di Kompleks Sekolah Wakaf Mek Zainab. Sebab pergi awal, so bila sampai macam tak ada orang. I went alone, so lagi sunyi kiri kanan. Masuk jumpa umi Zura dan dia cakap kalau nak jumpa Zura, dia tengah make up di belakang stage. So, i think i should meet Zura first before makan apa2.

Memang Zura half way make up. Dah siap2 dah ada la nak touch up sikit. So i waited until the make up done. Sambil2 korek cerita Zura. Soalan klise la kan kalau orang kahwin. Hubby Zura kerja sekali ke? Kerja kat Kelate ke? Orang mana?

So jawapan Zura amazed me and i think she is amazing. Sebab kalau kena kat diri sendiri, i will refuse to take all the responsibility from the start.

Zura jawab... tak hubby dia tak kerja sekali, kerja kat kelate jugak bukak kedai jahit kusyen kat depan rumah dan dia orang Batu 2, Padang Bongor. Dari Kompleks sukan Wakaf Mek Zainab tu hanya 10 minit je. Masa make up, ada la seorang budak perempuan dalam linkungan umur belas2, so Zura tambah lagi "ni anak husband dia. Umur 17 tahun. Tahun ni anak husband dia ada yang nak amik exam SPM, PT3 dan upsr ke apa ntah" oh my... Bagusnya Zura. Serious bagus sungguh. Pertama sebab kahwin dengan orang yang berumur (rasa jauh juga beza kot sebab anak2 dah besar.. maybe 40 an), kedua jadi ibu segera dan ketiga she so simple sampai boleh terima apa je kerja suaminya. Zura cakap, dia akan tolong suami dia tu jahit kusyen jugak kalau ada masa (ayat lebih kurang). Zura tambah lagi, dia dah kahwin lewat so ok la jadi ibu terus. Boleh kejar kawan2 yang dah kahwin lama (ni ayat sendiri, tapi makna zura lebih kurang macam ni).

Dan majlis kahwin Zura so simple sampaikan dia boleh berjumpa dengan semua tetamu yang hadir tanpa rushing for photoshoot and bersanding. I also dream to have simple wedding like this. i think, majlis kahwin ialah majlis yang boleh jumpa dengan semua kawan-kawan dan saudara tanpa terkejar2 benda lain. Boleh ambil2 gamba selfie bagai. Boleh gosip2 tanpa rushing dengan semua perkara. Baju bersanding dan make up Zura juga sangat simple sampaikan i think baju yang dia pakai tu baju sementara dia di make up dan akan tukar lain. Tapi memang baju tu lah untuk sanding. Tudung juga sangat simple. 

i'am an auditor dan bila benda-benda gini jadi menjadikan fikir sampai dalam-dalam. Biasalah sifat auditor memang berfikir berfikir dan berfikir. Kali ni berfikir kepada diri sendiri. Kalau jadi macam ni kat diri sendiri, masa orang nak kenalkan awal-awal lagi mesti cakap 'NO'. i know myself so much. i know myself better about this. So bila dengar cerita Zura, ya Allah she so amazing. Bagus nya dia terima semua perkara. Bagusnya dia buat majlis tanpa meniru gaya orang lain. Dan bagusnya dia sebab sangat matang dalam semua benda. Dan i'm so far to be as mature as her. Maybe i should stop to watch Korean dan Malay drama and also stop to read novel yang di awangan semuanya. haha!!! Note: Sekarang tengah gilakan watak Ahnaf Wafi, so how come?

Dan doa ini berlegar di dalam hati "Ya Allah, jika suatu hari Engkau jodohkan aku dengan seseorang, bukalah pintu hati ku untuk terima kebaikan dan kelemahan pasangan itu. Bangun setiap hari bersyukur dengan jodoh yang dikurniakan, dan bukannya bangun setiap hari cakap "kenapalah Allah bagi jodoh macam ni bla bla bla". Ya doa ini masih berlegar-legar juga hingga sekarang sebab kalau tengok orang kahwin macam ni, mesti i akan rasa dia sangat la bagus. I'm not so good to be like them. Macam terlalu jauh nak jadi baik macam ni.

So.. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru untuk Zura dan suami. Barokallah dan semoga perkahwinan yang dibina sentiasa diberkati Allah dan kekal hingga akhir hayat. (ucapan ni tulis di kad hadiah Zura dah walaupun dia tak baca kat sini)


Tuesday 22 March 2016

istiqomah macam ni hari-hari but still dreaming..

Bloq ni bersawang giler lama tak jenguk. Alah semangat nak berblog kejap je. Orang ada blog nak ada jugak. Minat tu tak sangat pun. Hangat-hangat tahi ayam je lah. Tapi adalah hari-hari bila rajin nak melajukan skil menaip, so boleh la berblog termasuklah hari ni.

I wish hari-hari boleh lakukan kebaikan macam ni. Istiqomah sampai umur hingga 100 tahun. Fefeeling umur panjang dan jadi wanita solehah. Amin!! Insya Allah. Banyak lagi benda nak buat. Kahwin pun tak lagi. Travelling around the world pun still tak nampak jalan. Nak travel seluruh Europe lah, nak pergi Aussie, New Zealand lawat Hobbiton Village (ni je tempat yang tahu kat NZ, haha!!!), nak gi Korea lagi, Jeju Island lagi, Maldive la, Pulau Bora-bora lah. Nah amik banyak tempat nau kau nak pergi. ehh lagi paling penting, nak pergi Mekah nak buat Haji dan Umrah dan ke Madinah nak ziarah Rasulullah. Ni 2 tempat kena doa banyak-banyak nak pergi. Insya Allah amin amin amin. Lagi, nak jugak beranak pinak but macam biasa impian yang still kelam tak tahu bila. Tu tak termasuk nak ada kereta la, impian bilik tidur, bilik air dan dapur, impian nak ada rumah yang sekian sekian sekian. Nak rumah ala-ala rumah kat korea or Europe kau. Ada loteng-loteng siap. Lagi, impian nak pandai masak boleh potong bawang selaju Chef Wan ke atau chef-chef terkemuka lain di dunia. Masak main campak-campak dan tanggg siap boleh makan dalam masa tak samap 5 minit. Kau hado? Memang tak ada la. Masuk dapur pun nak makan je, ada hati nak boleh masak ala-ala pejam mata dah siap semua makanan. Haha berangan kuat nih. Tapi semoga impian impian impian impian dan berapa banyak impian itu terlaksana. Insya Allah dengan izinNya.

It's actually nok to write those dreaming. Ni impian hari-hari. Nak hidup macam ni. Tapi Ya Robbi boleh tahan sampai 2 hari je then tak mampu nak jadi baik lagi. Kembali ke asal. Tak pe, asal tulis nanti baca lagi dan lagi. Moga-moga insaf hendaknya. Tak hari-hari pun tak pe asal dalam seminggu ada sehari 2 hari istiqomah macam ni.

4.00 pagi yang dingin bangun. Bangun je nak minum air 500ml. Then solat Tahajud, Hajat, Taubat, Zikir, Selawat, AlQuran, Doa dan doa mohon padaNya. Dont sleep until Subuh. 

Subuh prayer: Solat Sunat Subuh, Subuh, Mathurat dan AlQuran (at least 1 page). 1 page je biasanya. Tu pun malas bebenar. Serious, iman yang tak berapa nak kuat. Moga 1 page tu boleh istiqomah. Dont sleep after subuh walaupun hari Jumaat Sabtu.

Siap subuh time tu pukul 7. Minum kolagen Adania AE segelas. Kena minum awal sebab kena ambil sebelum breakfast. Ni kes aim nak muka flawless punya pasal. Siap-siap dan beli breakfast ma & abah. Siap-siap tu maknanya pakai baju tangan panjang, seluar panjang dan tudung la. Balik shoppig breakfast nak work out. Skipping ke, plank ke, squad ke, tarik nafas panjang ambil uadar segara pagi. Workout aim nak six pack & flat tummy so bila pakai kebaya nak flat tak ada lemak2 keluar nampak dari baju. haha!!! Aim nak muka kurus comel lote tak ada double chin. So pakai shawl nampak bujur sireh je muka ala-ala Mira Filzah. Haha!!!Aim lagi nak cergas & cerdas tak lemau dengan buat senaman bagai. Hari-hari pun lemau kes dah tua bangka. Tak muda remaja lagi.

Mandi, siap-siap ke pejabat. Siap semua sebelum pukul 7.50am. Istiqfar 100x, Laailahaillallah 100x dan selawat 100x. Istiqfar tu dengan niat semoga tutup aurat selalu, (jemur kain & tutup pagar pun tolong tutup aurat), tak ngumpat-ngumpat, diam je walaupun tak puas hati, cool je lah, Allah kan ada, then tak koya-koya nak kahwin bagai masa tidur, diam je, mulut jangan celupar (kes diri sendiri ni suka cakap bukan2 sampai ramai je terasa). Sambung, pukul 8.00 solat Sunat Dhuha dan 8.10am zrommmmmm ke pejabat merempit macam biasa.

Kerja. Jangan la main phone sangat. Masuk pukul 8.30 pagi. Breakfast sampai 9.00 pagi. Main hp kejap je lah sampai 9.30am. Nak pujuk diri sendiri tak online tu payah bebenar. Tapi kurangkanlah main phone then buat kerja. Tak berkat gaji kau tau dok main phone. Ok ni memang nak cuba ubah. Trying ok!!! dah start kerja kol 9.30am tu dah jeng kreng dah kat situ. 1 jam ko dah curi masa. Adeh!!! harap OT boleh membantu masa-masa yang main-main tu. Tak ada makna nak claim OT ehhh.

Sebelum start kerja, telan vitamin Shaklee yang istiqomah ambil sejak akhir tahun 2012 lagi. Adalah tambah-tambah makan yang lain, tapi tak istiqomah macam 3 vitamin asas ni. B complek, Vita C dan Vitalea. Minum air 1000ml di waktu pejabat. Balik rumah tambah lagi 500ml. Pagi bangun dan 500ml. Jadi cukup 2000ml sehari. Tak cukup 2000ml pun at least 1500ml. Insya Allah. 

Solat zohor as early as you can. After lunch, solat lah. Zikir istiqfar 10x, Subhanallah Alhamdullillah Allahuakbar 10x each after the prayer. Doa zohor semoga dipermudahkan segala kerja-kerja kat office. Masa kerja nak zikir 100x doa nabi Yunus semoga kerja-kerja mudah selalu. Susah woo kerja audit. Paling menyampah kena marah dengan director syarikat ntah apa sebab. Dia yang tak tahu apa-apa, nak marah orang plak. stress hangin je!!! Zikir tu 100x untuk 8jam. Serious kalau kau still malas, memang malas tahap petala kelapan la. Tapi kalau bab zikir memang syaitan pandai nak goda pun. Memang berjaya satu habuk pun tak zikir. Pandai setan ni. ko belajar skill menggoda dari mana ni che kak or che abang oiiii. Memang kena kuat sungguh-sungguh nak lawan godaan korang.

kerja kerja kerja sampai asar prayer.

Ni pun solat seawal mungkin. Zikir after asar pun sama macam zohor jugak. Ringkas untuk diri sendiri yang memang malas giler. At least zikir jugak dari tak buat langsung. Kalau nak buat yang panjang lebar, memang kerat jari den tak buatnya lah. Dah kenal dah diri sendiri ni macam mana. Doa solat asar moga selamat diriku dan ahli keluargaku walau di mana sahaja berada untuk pulang ke rumah masing-masing. Selamat dari mara bahaya. Selamat juga motor kesayanganku yang uzur tu dari rosak ke, bocor ke. Den ni sorang tak ada kawan lelaki ke, suami ke, kalau rosak kat jalan, susah den nak handle. Abang plak jauh nun kat rumah nak datang tolong adik nih. Jadi pohonlah moga Allah jaga selalu. Actually kalau rosak, selalu je ada orang-orang sekeliling yang bantu. Pasti akan jumpa orang yang baik. Itulah, pergantungan kepada Allah tu sangat penting dan utama. Dia akan hantar punya orang-orang sekeliling yang baik nak tolong. Alhamdulillah.

On the way balik rumah atas motor dari ko mengelamun nak orang kaya masuk meminang sampai nak kejar-kejar ko sampai office tu, baik zikir Subhanallah Wabihamdih, Subhanallohil Adzhim 100x. Walaupun pahala dapat tak penuh kes koya-koya masa zikir, at least Insya Allah boleh la sikit-sikit. Amin.

Balik rumah kol 7.00am hingga 7.30am. Mandi dan solat Maghrib. Lepas tu solat sunat maghrib 2 rakaat. Zikir pun sama macam Zohor dan Asar. Ringkas dan doa panjang sikit la dalam bahasa arab yang selalu baca. Harap lepas tu rajin nak baca AlQuran surah Alwaqiah. Moga isi dari surah boleh diambil pengajaran dan jauh dari papa-papa terpaksa meminta-minta dari orang lain.

Solat Isyak sebelum tidur. Solat Isyak, Sunat Isyat 2 rakaat dan solat witir 1 rakaat. Witir tu amal yang paling sedikit kes diri sendiri yang malas. Misi Visi sendiri kena ingat, biar buat sikit asal buat dari langsung tarak apa. Zikir after solat pun sama aje, ringkas je then lepas tu doa la untuk diri sendiri. Tu kat atas panjang berjela impian nak travel bagai, nak kahwin bagai tak tulis lagi ciri-ciri lelaki idaman panjang berjela, so mintak la doa dari Allah. Dia je pun nak boleh terhegeh2 minta. Ni nak mintak dengan manusia. Mana la manusia nak bagi free. Manusia tak kaya pun. Setakat ada jet peribadi, rumah biji-biji-biji, kereta 40biji, setakat harta atas bumi yang kecik celeh ni je. Allah ada seluruh Universe tanah Dia punya. Langit dia punya. Ni dok sohor harta manusia. Yelah, memang la cantik kalau kaya. Ada rumah besar, ada itu ini, tapi Allah lagiii kaya. So minta dengan dia yang memang Maha penyayang dan pemurah ni. Dengan Allah je boleh jelar nak minta. Dengan makhluk lain tak boleh la. Selain tak confirm orang bagi, takut dapat malu kena rejek siap dihina lagi. Rejek manusia ni memang rejek sungguh. Kalau Allah, dia rejek sebab Dia nak kasi yang lagi baik. Lagi satu Allah suruh minta, kalau tak minta Dia murka sebab dia tahu manusia ni lemah je. Tak boleh hidup sendiri dan perlukan pertolongan Allah. Insya Allah. Lepas doa bagai, baca surah Almulk dan Assajdah.

Sebelum tidur, gosok gigi, basuh muka dengan cleanser Adania, bermist dan berface oil. Lagi satu, sebelum tidur ambil 3 sudu Qaseh Gold Adinda. Sedap manis-manis nyum nyum. Tiru sikit taq Dato Vida. haha!!!

Ok nak tidur dah. Tidur la gaya Rasulullah. Tapi selalunya main hentam saja labu. Baca bismillah pun kekadang tak sempat. Patutnya macam ni hasil dari pembacaan: 

Amik wudhuk sebelum tidur. Kibas-kibas tempat tidur. Selawat 100x. Tasbih 33x each. Tadah tangan baca Alfatihah, 3 Qul, buat isyarat ludah kat tangan dan sapu ke seluruh badan. Tidur mengiring ke kanan. Kalau tak boleh tidur, buat la muhasabah diri dan pejam mata doa impian yang nak untuk diri sendiri. Otak separa sedara sedang berfungsi tu ikut kata Prof Dr Muhaya. Maksudnya, bayangkan apa yang awak nak jad, otak separa sedar sedang berfungsi dan Insya Allah perlahan-lahan kita akan ikut apa yang kita fikirkan. Insya Allah.** kalau tak silap hasil dari dengar ceramah Prof Dr Muhaya.

Tidur paling lewat pukul 11 malam. So bolehlah nak bangun Qiam esok pukul 4 pagi. 

Nak macam ni sampai ke umur 100 tahun ni. Tapi nak jadi macam ni susah giler. Boleh buat 2 hari, 28hari lagi ke laut. Ades stress. Nanti kalau jadi jahat, kena bukak blog tulisan sendiri dan praktikkan lagi dan lagi. Ni pun pilih paling ringkas tapi still nak perang dengan hawa nafsu tu punya la susah. Tu tak termasuk bila jiwa karat nak kahwin bagai, ke minggu tengok citer Korea dok feeling-feeling Kim So Hyun. Haha dugaan sungguh. But still nak ubah diri sendiri berkali-kali jatuh bangun..

Amin. Insya Allah. Keep fighting dan mohon pada Allah selalu. 

I think dari kita dok pung pang pung pang nak ubah negara Malaysia yang tak tahu berjalan di atas jalan yang lurus ke tak, baik la ambil pendekatan ubah diri sendiri kan. At least hidup dekat dengan Allah selalu dan diberkati olehNYa.