Friday 28 December 2012

just 3 words..

It's just 3 words. But how hard to say "i am sorry" or "saya minta maaf"

Monday 24 December 2012

slow down...

Rasanya dah kena slow down mengadap lappy mula dari skang. Alah, kalau mengadap lappy tu, bukan buat apa sangat pun, just scroll down fb & baca gosip2 je. Then dari satu website, buka lagi website lain menjadikan diri ni 'ralik' & x sedar banyak masa dah dibuang untuk sesuatu yang tak berfaedah. Rasa macam membazir masa giler. Memang akan tahu semua gosip2 la. Baca & baca & menyebabkan tertangguh banyak benda. So lepas tu akan rasa tension & menyesal tak sudah. Really, time is like a gold. Rasa sehari2 tu tak ada aktiviti lain nak buat selain buka laptop & surfing. Tapi skang ni, sebab tak surf net, seawal jam 9 malam dah lentok la plak. Grrrrr!!!! 

Actually ON je laptop setiap hari, tapi dah kurangkan penggunaan masa. Kalau sebelum ni balik keje je, terus on lappy then surf (konon tak menyempat nak tgk notification, padahal bukan ada pun), tapi skang lepas isyak baru buka. Kira macam lebih berdisiplin menjaga waktu. So bolehla isi masa maghrib tu dengan mathurat ke, reading book ke or etc...

Dan lagi, skang ni my short memory going to be worst. Benda yang difikir 2 3 saat lepas dah lupa selepas 2 3 saat seterusnya. Sangat teruk & i'm so worried. So, sebab ni jugak nak jauhkan diri dari lappy & segala jenis gadjet. Semua gadjet2 dah diletakkan jauh2. **budget banyak gadjet padahal hp & lappy je. Haha!!! Tapi sebab letakkan hp jauh2, ore message malam2 tak sedar. Pagi esok baru tahu. huhu!!! Actually, tak tahu ada kaitan ke dok masalah ingatan dengan gadjet2 ni. Hanya teori sendiri yang tiada kaitan dengan manusia selepas & sebelum zaman. 

Sekian...

Saturday 22 December 2012

will be end soon...

Setelah berminggu2 & berbulan2 dok melayan citer AH, akhirnya dah nak masuk minggu2 terakhir. Sayu la plak walaupun skang ni feeling nak tengok cerita tak se'excited' masa awal2 dulu. Tapi rasa sedih kot sebabnya dah menjadi rutin dok melayan citer pagi2 before pergi kerja. Macam rutin jugak dok mendownload citer malam2 untuk bagi gang office tengok & macam rutin juga kot tunggu fb AH dok mengupload gambar & baca komen2 dari peminat setia yang kadang2 rasa lucu giler. Macam2 emosi la diorang ni. Ada yang feeling ala2 macam cerita real je. Itulah penangan love story. Walaupun dalam imaginasi je, tapi boleh membuatkan orang yang menonton jadi sasau & jiwa kacau. haha!!!

Apapun, episod yang  paling mengujakan haruslah episod 24 iaitu scene di Mekah. Tengok episod ni bagai memanggil2 diri sendiri untuk menunaikan haji & umrah. InsyaAllah jika diizikan nanti. Suka juga tengok friendship antara Ain & Azie. Sengeh je bila tengok. Then the rest boleh la layan. Lebih kurang imaginasi masa baca buku. So, demam AH sejak bertahun2 lepas will be end soon. Lama demam kan, skang baru nak kebah. Baru ok lepas boleh tengok secara visualize. Hihi!!!Nanti Am & Ain akan disimpan dalam kenangan jek. Cheh macam real2 story. Haha sasau!!!

Nanti nak tengok marathon dari episod 1-80. Then bersambung to the next adaptation "sehangat asmara". My other favorite novel in Uni's time...


Sunday 16 December 2012

penangan love story..

Love story.. haih sume orang suka. So kalau baca novel ke, tgk drama tak kira melayu, korea, taiwan, jepun, filiphina etc, mmg penangannya sampai terbawa2 ke dunia realiti. Sebab itulah skang ni, aku ni dah terkena penangan kisah2 cinta novel & drama ni. Haih, lemah sungguh la kalau dah jjiwo karat ni. Skang ni... tengok je

1) Tengok keto BWM : dah teringat Am dalam citer Adam & Hawa.
2) Tengok Pak Cik polis traffic tengah jalan: dan dan teringat kat abang pedas dalam novel   
    ILUS. Dah tu, dok imgine la pak cik polis tu sehansome & sepedas abang pedas. Alah, 
    mujur x langgar keto kat depe. Mujur juga la dok berangan sampai Kemboja teringat 
    Firman plak. Huh!!!
3) Tengok barang Vera Wang: dah teringat kat Intan dalam ASST. Cit!!!
4) Tengok Suzuki S4: Teringat Ain dalam drama Adam & Hawa.
5) Tengok pilot: harusla dok koya2 ko Am.

Haih, banyak plak la imaginasi masuk ke dunia realiti nih. Pergi pergi...back to realiti. Haha!!!Apapun, that's love story. Sangat mengasyikkan. & Semua orang sukakannya.... Sekian post jiwang kali ni. :)) Sengeh dah sampai ke mana daa...........

Friday 14 December 2012

Usop's wedding..

At last, after 10 years of love, Usop married to her boyfren Mamat. Alahai, klasiknya nama Usop vs Mamat. Sebetulnya nama diaorang ni sedap je telinga mendengar which is Zahrawaani Vs Muhammad. Tapi sebab dah biasa panggil usop, so usopla. hihi!!!

Dah 10 tahun bercinta, after melalui onak & duri, Allah makbulkan doa. Semoga perkahwinan kekal & diberkati Allah sentiasa. Insya Allah. It's now Puan Usop. No more Usop Usop. hehe!!Sorang lagi kawan lepak dah tak ada. Dari hari ke hari, makin kurang kurang & kurang...


The only naimians Epa & me **tiada dalam gambar Delly yang sedang makan



Thursday 6 December 2012

jika masa boleh diundur..

Jika masa boleh diundurkan... i will study hard more than before. Bangun pagi2, terus mandi, solat subuh, Alquran, zikir & study. Study lagi & lagi. Baru tahu, morning time is really peaceful. Jika masa boleh diundurkan, tak akan tidur after Subuh masa study dulu. Just now know that morning time is really blessful. Ohh how i miss my study time... sigh!!!

Monday 3 December 2012

make up...

Petang tadi, bila masuk bilik solat kat office, masa tu ada one of my fren sedang make up after solat. Then tiba2 terfikir "ohh gigihnya k.norni make up. Datang kerja memang wajib make up, then lepas solat zohor make up, next lepas solat asar & nak balik rumah pun make up lagi". Then bandingkan dengan diri sendiri plak "nak pergi kerja tak sempat nak touch up kes terbangun dan dan sempat nak pergi kerja je, lepas solat zohor harusla tak make up & lepas solat asar jangan harapla nak make up sebab dah nak balik rumah" huhu. Ini perbandingan antara si pemalas dengan yang gigih untuk nampak cantik. Pagi2 pun selalu je tengok muka sendiri "sangat lesu, sangat kusam, sangat pucat & sangat ntah apa2 lagi yang memberi makna langsung tak menarik" ohh patutla tak ada orang minat pun kat i. Diri sendiri tengok pun dah tak lalu, inikan plak orang lain tengok.

Is it make up important to woman? Teringat kata2 my Korea guide ari tu "wanita Korea tak keluar rumah kalau tak pakai bb cream" ohhh dengar statement pun tahu make up sangat penting untuk wanita Korea. Patutla diorang sangat cantik kan? Tapi rasanya bukan kat Korea je. Kat Malaysia pun sama. Jangan bandingkan dengan artis & model la. Yang kerja satu office dengan i pun sama je. My fren yang pregnant ari tu sedang mabuk2 alahan pun sempat make up juga datang office. Kakak office sebelah guna compact powder 1 minggu je, then dah kena beli lain untuk next week. Then i punya, compact powder yang beli 2 bulan lepas tak nampak pun lagi perbezaan yang baru beli & yang dah lepas digunakan. Haih!!!

Ntah, bila make up rasa tak selesa. Pakai bedak je pun. Rasa macam muka i kena cat je. Macam wanita opera cina. Padahal, bukan pakai banyak pun. Bila pakai gloss plak, rasa macam mulut kering je. Tak selesa sungguh. Tu la, kalau dah malas, macam2 je alasannya. Rasanya, dah kena ubah sikit kot pemikiran sempoi bila keluar rumah. Alah, bukan nak make up sampai kena dandan depan cermin berjam2. I pun tak reti nak pakai mascara, nak ber'eye' liner & apa lagi jenis make up yang sampai sekarang pun i asyik2 tukar2 je. Tapi cukupla keluar rumah dengan bercompact powder & bergloss. Cukup untuk bagi muka nampak berseri sikit & tak pucat. Aci tak kalau azam tahun baru tahun 2013 ialah nak bercompact powder & berlip gloss?? Emmmmmmmm......


Saturday 1 December 2012

bagus kalau habis semua..

Next project will be:- 


Ohh i will proud of myself if can finish to read all the books. Sebab hobi membeli buku tapi bacanya tak. Suka tgk buku kat rak penuh. Sampai termimpi2 nak ada library sendiri. Cheh mmg tak patut sungguh. Love story mesti la boleh habis. Page beribu2 pun boleh. Tapi kalau pasal fakta, mmg susah sikit nak kasi minda focus. Moga Allah membuka hati untuk menerima ilmu yang bermanfaat. It's now to know Allah & Rasul more. Baru tahu, ilmu pasal Allah & Rasul sangat cetek...Ohh insaf!!!

Tuesday 27 November 2012

Isyad mbok...ohh geram giler!!

Irsyad is one of my nephew. Anak sedara ke6. Hobi dia memang suka makan la sampai dah gemuk. So i call him Irsyad Mbok. Sangat la manja kededek & a very drama king boy. Jatuh sikit je & ada la kesan calar2, sikit je calarnya, tapi dia punya menangis Ya Rabbi melalak sampai dengar satu kampung. Lepah tepek handyplus baru ok. Kalau dia nangis2 sebab jatuh ke apa, i bukan lagi rasa nak tolong pujuk ke apa, tapi makin rancak 'kenak'kan dia. Haha memang sangat geram giler. & makin rancak la dia melalak. Haha!!! Semalam my SIL citer kat i 1 dialog antara Irsyad & jurujual baju. Rasa geram & cute. 

Jurujual: Emm ttubohnyo (berisi) dio. make gapo?
Irsyad Mbok: Saya makannnn beruang panda & biawak komodo.

Then tak tahu apa reaksi jurujual tu. Yang my SIL rasa nak ramas2 mulut si Irsyad ni. Malu!!! Yang i plak, ketawa tergolek2 sambil2 kenak2 Irsyad yang sedang main game. Oloh Irsyad, mana mung belajar make beruang panda & biawak komodo ni? ibu buat paprik & masok kicap ko? haha...LOL

Saturday 24 November 2012

tibo2 raso banggo...



Tiba2 rasa bangga tengok video Shila Hamzah ni. Ni video masa dia ke pertandingan Asia Wave baru2 ni. Yang rasa bangganya bilo tengok juri kat pertandingan ni sampai meremang bulu roma & happy giler dengar dia nyanyi. Yang penonton pun walaupun almost chinese boleh bersorak kuat giler macam kenal2 je dengan Shila Hamzah ni. Tak ada apa2 motif pun, cuma tibo2 rasa bangga tengok video ni sampai ulang banyak2 kali..

Friday 23 November 2012

budok2 zame lloni...

Sigh bila tengok budak2 zaman IT ni. Ntah, maybe sebab terlebih canggih kot & i think it's no so good for their process of life. Maksud kat sini, dari segi intelek tu maybe terlebih maju ke hadapan. Tapi dari segi sosial, komunikasi & moral, rasanya tak baik kot. Lahir2 je, dah terdedah dengan semua jenis gadget like tab, phone, laptop. Then didedahkan dengan bunyi2 & video kat utube or other website. Bila dah besar sikit, dah pandai main game & focus all the time on game. Dah pandai cari video kat youtube sendiri. So masa dihabiskan dengan semua benda canggih ni tanpa mempedulikan sekeliling. Tak tahu nak komunikasi dengan orang, tak tahu nak bergaul dengan keluarga, tak tahu nak memerhati betapa hebatnya ciptaan Allah, tak tahu nak menulis & mewarna etc. Nak pujuk budak2 skang tak susah pun, bagi je tab or buka utube, pasti akan reda. 

Rasanya budak2 zaman skang memang rugi sebab tak tahu semua game rakyat cam main choh, main tali getah, main guli, main selambut, tangkap ikan time hujan, buat kapal then hanyutkan kat parit etc. Dulu, kalu benda canggih sikit yang kitaorang main ialah brick game je. Ada benda tu dah kira maju ke hadapan yang amat. Tapi budak2 skang mana tahu nak main benda2 ni. Kalau cakap pun tak tahu apa. Entah, bila bincang benda ni dengan one of my fren, dia pun cakap it's not good to them. But what to do. Ini zaman budak2 skang. Kalau dulu, nak dapat handphone pun punyalah payah. Kena simpan duit giler nak dapatkan handphone cikai yang hanya berharga seratus dua. Tapi skang, dapat 5A UPSR dah dapat Tab 2. Ohhh. Ini memang zaman millenium.

Tak tahu kalau 2 3 tahun lagi apa plak yang akan dicipta. Pasti Iphone 5 masa tu dah out of date. Harusla masa tu Samsung Note 2 juga akan out of date. Lagi 10 ke 20 tahun, banyak lagi benda canggih2 yang akan dicipta. Benda2 macam ni memang akan kebaikannya, tapi terlalu obses dengan kecanggihannya akan menyebabkan kita lalai juga. Apapun, i hate to think about future. Rasa takut yang amat dengan ciptaan2 macam ni. Memang rindu zaman 90an. Tak canggih tapi rasanya sangat better than now...

**risau tgk one of my nephew hadif, bangun tido je tgk utube, nak hisap susu tgk utube, most of the time pun main game. hadif hadif...slow down the habit please. **

Monday 19 November 2012

safe & sound...

Dah selamat dah majlis kawin anak sepupu yang paling sulung dalam family sebelah abah. Tahniah untuk Iju & Ziha. Actually, i ni sepupu last di kalangan kami & iju plak anak sepupu 1st. So sebab dia dah ada steady, asal jumpa i je, pasti soalan keramat akan tanya kat i. "bila?" walaupun soalannya satu word tu je, but i know the meaning behind the question. Kononnya, nak bagi i kawin dulu la sebab dia tak nak langkah bendul. Tak pe, skang ni, tak kira langkah bendul ke tiang ke, nak bina masjid jalan dulu. 

Majlis di Johor kitaorang tak pergi. Dah la tak ada wakil kot dari my family. Umi & baba pun no hal. Faham sebab jauh. Kenduri kat kg ok kitaorang join. Satu family tolong apa yang patut. Jeji yang tak pernah2 rajin tu pun turun padang sampai malam. Memang ajaib sungguh. I kena tugas bagi siso. My sist tolong2 tgk apa lauk yang kurang. Ngah ketua biro air. K.Na jong buat kek lapis. Then tolong2 umi masukkan siso dalam bekas. Jemputan sangat ramai sampai tok putus2. Sampai maghrib tu meja penuh lagi sampaikan jeji bagitahu "kita kena buat buat banner baru jadi majlis makan malam & berbuka puasa plop" haha. 

Well this is my first time tolong kat rumah kenduri. Maksud i kat rumah sedara. Sebab selalu je ingat i still young & no need to help 'orang2 tua buat kerja'. So it's really nice to help people. Rasa happy bilo dapat tolong orang ringankan beban sikit. **this is new feeling in me & i like it very much**. Tapi kerja bagi siso memang tak trill langsung. Malu pun ado. Ohh malu giler. Tapi sebab umi suruh, ok la. Pity umi. Baru tahu, bukan senang nak buat kenduri. Kena ada kerjasama & tolong menolong. Dan harusla penat giler. Bagi siso je, tapi sakit urat seluruh tubuh.

Apapun, tahniah & selamat pengantin baru to Iju & Ziha. Bahagia tu pasti, moga kehidupan sentiasa diberkatiNya. Amin... **sambil2 koya2 dok dengar lagi Maher Zain Barakallah**

Credit to fb Azaman Isa...


1% a day...

Apa usaha sendiri untuk penduduk Islam di Palestin? Di saat Israel mengebom & menyerang Palestine, aku di Malaysia sedap2 makan double cheese burger McD. Haih!!! Lepas tu, terus rasa "ohhh ini bukan kelakuan yang baik di saat semua orang boikot McD". Tapi nak bagi hilang rasa bersalah "ohh this is contribution to their staff who are Malaysian & muslim, worked at McD" Tapi perasaan bersalah itu sepanjang hari terasa. 

Suka perasaan bersalah macam ni. Maknanya, masih ada perasaan sesuatu dekat penduduk Palestine. Dulu tak rasa apa. Satu peralihan yang 1% dari dalam diri. Pasti nanti akan ada 1% peralihan lagi yang akan mengubah hidup menjadi lebih baik. Insya Allah.. 

UPSR 2012...

Great job ayong!!! At last, 5A juga. Lepas ni, Aqil plak yang terpaksa menggalas t/jawab berat mengekalkan straight A UPSR sejak dari i, then kakak, abe jat & ayong. Ayong now can join our group...hihi!!!

Muka budak happy baru dapat result. 

Saturday 17 November 2012

Korea~~Last post

Phew!!Lega sungguh bila semua entry dah siap. Dah nak dekat 2 bulan balik Malaysia. Tapi baru siap menulis. Bagus betul kalau buat benda2 macam ni. Dan istiqamah sungguh. Tapi nak siapkan setiap post, aduhai, sakit urat & belakang dok depan lappy. Lama plak tu nak siap, bagi ingat cerita & pilih gambar. Thanks to 4000+++ keping gambar bagi remind balik apa yang i tak ingat.

Apapun, Korea memberi banyak cerita suka duka. Semua tu mematangkan i untuk menjadi insan yang lebih baik hati, belajar untuk tidak pentingkan diri sendiri tidak kira apa juga masalah yang mendatang, belajar untuk sabar, belajar untuk lebih menghormati orang lain, belajar untuk menjadi Muslim yang terbaik, belajar untuk bertoleransi, belajar untuk menghargai rakan, belajar untuk bertanggungjawab etc. Tapi selain dari sudut positive ni, i juga belajar perkara negetive yang tidak baik untuk diri sendiri. Dari sini i belajar mengenali nilai persahabatan & membenci.

Sampai sekarang pun tak faham. Memang tak faham sungguh. Sampai fikir, saya seorang yang tak kenang budi sebab dia seorang guru yang baik. Sampai satu tahap, ohh i hate to see her. Sampai dah tak boleh tengok muka & perangai dia. Sebab rasa cam tak matang. Dari dia, belajar banyak benda tentang akaun & tax sampaikan boleh buat kerja dengan lebih baik. Apapun, itu salah satu perancangan Allah yang Maha Hebat. Everything happened for the good reason. So lepas ni, harapan untuk diri sendiri semoga tiada lagi bercakap pasal dia di belakang. Doa dititipkan agar dia sentiasa bahagia. 

Overall of the trip... Ok ok ok...haha kes tak tahu nak komen. Pasal benda kecil2 yang berselisih tu adat la kan. 10 orang maknanya 10 orang kepala yang perlu ditangani. So inilah pentingnya ada sifat bertolerasi & menghormati orang lain. Datang Korea baru tahu, sifat ini sangat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Kadang2 tu masa Sophie bagi ceramah kat depan, kitaorang bercakap kat belakang. Dah boleh jalan dengan 1 gang, sampai terlupa yang it's not good to do that. Kadang2 marah2 Sophie sebab bawa ke kedai ntah apa2 & mahal padahal ada je lagi kedai murah. Habis nak buat macam mana, dah tour ni dia yang punya. Haha!!Pas tu marah Sophie lagi sebab tak bawa naik N Seoul Tower sampai atas, bawa gi Nami Island, Everland, Teseum kejap je. Tak cukup masa nak jelajah semua. Tapi nak buat cam ne, dia pun ada jadual yang perlu ikut. So terima la apa yang patut. 

Kat Korea juga belajar nilai2 murni macam pentingnya menjaga kebersihan tandas. Sampai balik Malaysia gi shopping pencuci mangkuk tandas la, pencuci sinki la, pencuci mozek la. Ni kes nak ada tandas yang bersih macam kat Korea. haha!!Tapi memang sangat teruja tengok tandas. Sangat bersih & selesa walaupun tiada air. Bau pun tak ada. Kalaula tandas awam Malaysia macam ni, alangkah bagusnya.  

So end of the Korea entry. i know, i will miss Korea & miss to hang out with the gang again. Pasti akan belek2 gambar yang berjumlah 4000+++ keping tu. Hope, boleh mengembara ke negara lain pula. Walaupun susah & rasa macam mustahil, tapi dengan adanya Allah, semua perkara boleh berlaku kan...


Korea~~7th day bye bye Korea. Pasti akan rindu..

Hari tu seawal pukul 4 dah bangun. Mandi, siap2 & bawa turun luggage ke lobi. Lepas tu naik balik sebab nak solat subuh. Lebih kurang pukul 5.15 dah bertolak ke Korean Product duty Free. On the way ke duty free, Papa Singh mewakili pihak kitaorang membuat kata2 farewell & terima kasih kat Sophie especially kat bos Sophie yang banyak tolong Papa Singh kat hospital. Lepas tu Sophie juga bagi ucapan terima kasih juga kat kitaorang & siap pass dia punya name kad & teddy bear dari Teseum. Yeay dapat free teddy bear. Tak tahu memang Sophie beli bagi kitaorang atau include dalam entrance fee. Tak pelah, janji dapat free. Bos Sophie juga kasi hadiah kat kitaorang iaitu chopstick & sudu. Happy lagi sebab memang ada niat nak beli chopstic. Ntah nak buat apa. Tapi sebagai kenangan la. So bila dah dapat free, jimat lagi. Huhu!! Sampai ke duty free lebih kurang pukul 5 pagi. 

Pagi tu akan breakfast dengan udong. Pukul 5 pagi telan udong. Dah la 5 pagi korea bersamaan dengan 4 pagi malaysia. Haih mengeluh. Bangun sahur nak puasa pun tak seawal ni. Ehh jap, nak bagitahu pasal udong sikit. Udong ialah sejenis mee Korea yang gemuk gedempol. Kalau nak banding dengan mee kuning kat Malaysia ni, berganda2 lagi udong ni terkena penyakit obesiti. Gemuk sampai nak telan pun susah. Kena berhati2 nanti tercekik. Actually sedap juga. Sedap tu maksudnya boleh dimakan la. Tapi memang tak lalu nak menelan pada pukul 4 pagi makanan yang tak biasa makan ni. So makan pun tak habis. Lepas makan, terus ke tingkat bawah untuk shopping. Kat sini, ada jual cakkedis dari korea. Ada biskut, ada coklat. Seaweed pun ada. So diorang shopping seaweed kawkaw kat sini. Harga pun murah je. 10000won satu plastik yang ada 32 pakej kecik. Lepas tu, turun lagi ke tingkat paling bawah, kat sini ada jual t-shirt, klip rambut, tie, patung pororo & souvenir lain. I beli t-shirt kat pok mee, then cekkedis sikit lepas tu klip rambut kat leeya. Dalam ramai2 anak sedara, masa tu leeya je yang belum ada hadiah kes dia kecik & tak tahu nak beli apa. So tengok klip rambut hello kitty, boleh la bagi leeya. Padahal, klip rambut gitu kat Kelate pun ada. Tapi buat syarat beli hadiah kan.


Udong time
With the driver, ajumma jangok.
Yang untungnya kat sini, barang yang dibeli boleh pack dalam kotak. Pihak kedai dah siap2 buat perkihdmatan tu & siap2 ikat kemas. Free plak tu. So tak perlu buka luggage lagi nak letak barang. Senang kan??? Lepas tu ke bas, jumpa ajumma & nak minta bergambar dengan dia. Muka terkejut je ajumma sebab maybe pelik ada budak nak snap photo dengan dia. hihi!!mestila kena ada kenangan dengan ajumma sebab dia memang istimewa. Selain jangok, dia juga pakar buat u-turn kat jalan2 yang kalau difikir secara logik memang tak lepas. Dah la buat u-turn dengan bas. Memang teror giler. 

On the way ke airport, tengok kiri kanan. Sayu la plak. Memang berkobar nak balik, tapi sayu juga. 1 mgg kat sini, macam2 benda jadi. & tak tahu bila nak jejak lagi. Maybe dah tak jejak dah. Kalau jejak pun, haruslah datang dengan orang lain yang suasananya pasti berbeza. Bila bus berhenti dekat airport, ooo cakap dalam hati, byebye korea, i will miss all the memory here soon. Keluar bas, angkut luggage naik troli, then terus ke kaunter Airasia. Lucky, boleh check in by group. See, AA kat Korea memang sangat tiptop servicenya. Hampeh sungguh AA kat Malaysia. Banyak songeh. 

Beg tak masuk semua ke kargo lagi, Sophie dah nak ucap farewell. Katanya, ada 1 group dari Malaysia juga akan sampai sekejap lagi & nanti mereka  akan ambil flight ke Jeju Island plak. Haih, dengar pun dah muak dah. Pasti itinerary sama macam kitaorang hari tu. Folk village, Seongsan IIchulbung, Seopjikoji & bla bla. Peluk2 dengan dia, then Sophie terus pergi. Lepas semua luggage masuk kargo, kitaorang masuk ke dalam. Siap semua termasuk kastam, naik train ke gate, berkejaran dengan abang pilot then lepak2 kat gate before departure. Lucky nombor gate kitaorang ialah 107. 

Lama juga kat gate. Lepak, rehat, mengumpat, bergambar, berketawa etc. Sambil2 terngiang2 suara Sophie kat sana sini. Entah kenapa, kejap2 terngiang2 suara dia. Asal dengar orang cakap kuat je, terngiang2 suara dia. Semua pun dah trauma kot. huhu!!!Lepas tu, kitaorang dipanggil masuk ke kapal terbang. Kali ni i duduk dengan diorang, Da, Nurul & my niece. Tan plak tercampak jauh. Naik flight je i dah lentok. Lama giler rasanya kapal terbang nak take off. Pusing2 landasan rasanya dekat setengah jam. Sampai Nurul pun tertidur & bila jaga balik tanya Da "dah terbang ke" haha padahal masa tu kapal terbang dah atas langit 1 jam dah. Atas kapal terbang sejuk giler. I pusing kanan, pusing kiri, nak bagi dapat haba. Then makanan sampai, makan then tidur balik. Kali ni rasanya 6 jam tu kejap je. Better than masa pergi yang rasanya sudah berbelas2 jam atas flight. Pukul 3 petang, kitaorang selamat mendarat di LCCT. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. 


On the way ke gate 107. Macam delegasi dari mana ntah. huhu!!

Cita2 saya tak tinggi mana. Just nak naik MAS je untuk international trip. hihi!!!


Snap a picture with our driver on the day.. Dah penat pengejar  En pilot ni dari train lagi, at last boleh bergambar. Haha gedik sunguh!!!

Kitaorang nak balik Malaysia dah. Byebye Korea!!
Lama lepak kat gate sampai sempat tanya Madam gaji pilot. Katanya co officer pun dah cecah RM10K. Ohooo mata dah bertukar ke $$$$. Bagi la kat i sore. Sore pun dah cukup. Bukan nak 10 ore pun. haha!!!
Lepak LCCT 6 jam before ambil flight ke KB pukul 9.50 malam. Sempat tengok cerita Adam & Hawa lagi. Online berjam2 nak tunggu balik. Bosan giler. Lepas jamak Maghrib Isyak, semua dah ke kaunter nak drop luggage. Bergaduh lagi dengan abang kaunter pasal  nak drop by group tapi kena drop by individu juga. Hampeh punya AA. huhu!! Lepas semua selesai, pusing2 LCCT, masuk departure hall & terbang balik kelate. Adibah dah balik awal lagi. Flight petang. So dia dah selamat sampai KB petang tadi lagi. Flight balik juga clear. Cuaca behave well. Alhamdulillah. Then sampai KB airport dah nak pukul 11. Say farewell kat semua orang. Semua dah penat giler & nak dating dengan katil & pillow je. i also miss my bed & pillow. Balik2 je, mandi & terus tidur zzzzzzzzzzz. Bye bye Korea. Pasti akan rindu kan suasana kat sana, rindu gelak ketawa semua orang, rindu nak lari2 kejar masa, rindu nak lepak2 & party meggi & rindu semua perkara...


KB Airport. Bantal & katil memanggil2 dah. Back to reality & life. Moga ada kesempatan lagi untuk explore ciptaan Allah yang Maha Indah.

Wednesday 14 November 2012

Korea~~6th Shopping Day

Cepatnya masa berlalu, dah hari ke6 dan esoknya akan pulang ke Malaysia dan Kelate. So, before balik, kena ada the whole day for shopping. Siapa2 yang kaki shopping, duit bertimbun & tak tahu nak letak mana, hari ke6 ni memang ditunggu2. Tapi for me yang nafsu shopping ala2 tak berapa nak ada ni, memang bosan juga shopping day ni. Actually, nafsu shopping tu ada je, tapi sebab duitnya tak ada maka nafsu terus menurun. Cuba kalau bagi credit card yang  unlimited & ada orang lain yang akan tolong bayar setiap bulan, fuh memang heaven!!!dunia ni saya yang punya. haha!!berangan lagi!!! 

As usual, out tour started at 9.00am. Tan pernah tanya Sophie, kenapa start pukul 9.00am? Buat la awal sikit. Then dengan kuasa veto Sophie cakap, i'm the tour guide. So it's depend on me. hah terdiam. Ok la, tour ni ekau yang punya. That's why la asyik2 kena ikut dia je. Huh!!!Today, last day to breakfast roti, jem strawberry, cereal, susu & orange juice. Nanti balik kelate, 1 minggu akan makan nasi daging k.zah, nasi lemak, meehun station 2, nasi ikan air dingin & bla bla. Hah ambik ko. Nak balas dendam. Nanti balik kelate juga, 1 mgg lunch nak makan nasi k.wok, nasi abe mi, nasi ayam umi, nasi sup tepi sungai & bla bla. Say no to meggi. Say no to ikan. Say no to kubis sebab tensen dok tengok kimchi.  Panjang la list nak makan macam datang Korea berbulan2. huhu!!!

After breakfast, bas jangok ajumma menyusur ke 1st destination which was Amethyst Factory. Amethyst tu ialah adik beradik kepada diamond, pearl, emerald, ruby, garnet, aquamarine, peridot, sapphire, opal, topaz & turquoise. Ramai giler adik beradik. Amethyst ni memang asalnya dari Korea, so kat sini je la kalau nak dapat yang original & yang murah pun. Limited edition lagi. Memang masa datang tu ada niat nak beli cincin. Sebab sebelum  tu dah dok koya2 kat my sist cakap nak beli cincin kat Tomei. Tapi sebab duitnya tak ada, maka postpone2 hingga la sampai kat Korea ni. I cakap la angan2 tu kat my niece juga, dia pun join semangkuk berangan sama katanya nak juga beli cincin juga. So bila datang sini, memang aim kat cincin je la. Bila tengok harga, emm mahal la juga. Dalam area RM200. Bagi i, RM200 tu mahal dah tu. Tak mampu dengan budget yang ada. Kat sini boleh bayar dengan won, USD & MYR. My niece memang nekad nak beli dah. Dia okla sebab ada duit USD, so tak ada la rasa sangat duit won berkurang. Yang i ni yang just ada duit won & MYR je, tu pun MYR ada hanya cukup nak makan kat LCCT je, dah tu nak beli benda lain lagi, so kalau beli cincin akan terasa duit won tu tak ada. Rasanya dekat 20kali dok pikir dalam hati, nak beli ke, tak nak beli. Fikir punya fikir, emm beli la. Nanti menyesal. So pilih la pattern yang murah. Jumpa cincin yang paling murah dalam area RM135, emm tak ngam. Memang otak terus cakap no. Emm cam ne ni, nak pilih yang RM200, haih mahal la plak. Tapi nak beli jugak. Cis dalam dilema sungguh. Nasib baik la ada Nurul tolong pinjamkan credit card dia. Thank you Nurul. Tak adala habis duit won ku. Nanti nak bayar RM200 kat Nurul, akan difikirkan caranya. Huhu!!! Lepas pilih cincin, jalan2 lagi kat factory tu. Madam & yang lain memang tengah rancak memilih. Lepas tu teringat kat ayong & k.nie, so beli locket amethyst kat diorang. Lepas tu, kat k.na beli brooch. Lepas tu semua orang happy dengan amethyst masing2.

Lepas tu ke Lotte Duty Free plak. Tujuan kat sini ialah nak beli kosmetik. Memang Korea ni sangat terkenal dengan barangan kosmetik. Yang Dr MJ tu memang semua orang baru kenal bila datang sini. Tapi kalau Missha, Etube, The Face Shop tu memang selalu je la dengar dari diorang ni. i memang buta kosmetik. Yang i kenal hanya Safi, Simplysiti, Silkygirl. Then nak up sikit kenal la juga SKII, Dior, Nutox, Clinique. Bila sampai sini, Sophie terus bawa kitaorang naik ke level 9 which is for cosmetic zone. I memang tengok je la sebab memang tiada niat langsung nak beli kosmetic kecuali terlepas minat kat peeling gel tu. Kat sini i hanya mampu ke toilet je. Sebab lama juga Sophie bagi masa kat sini, so lepas yang lain shopping2 kosmetic tu kitaorang tinjau2 juga ke aras lain. Memang tengok kedai pun dah ngeri. Bila naik ke level 10, semua kedai2 yang memang kitaorang tak mampu walau nak bayar plastik beg pun. Naik2 je dah jumpa Hermes, Louis Vuitton, Tiffany & Co, Tods, MCM, Coach, Mulberry, Paul Smith, Mont Blanch, Polo Ralph Lauren, Prada, Gucci, Marc Jacobs, Chanel, Dior & ntah apa lagi jenama yang nak sebut pun kena herot2 mulut. Ok naik ke level 11 plak. Naik2 je jumpa Ermenegildo Zegna, Boss, Dunhill, Armani, Kipling, Samsonite, Longchamp & ntah apa lagi yang tak mampu nak tulis lagi. Adeh, sengkek den ni. Sophie pun laa, sian la kitaorang ni. Ada ke bawa tempat2 macam ni. Dia siap2 cakap lagi, murah je barang kat sini. Berkualiti lagi. Siap2 tunjuk kat kitaorang beg yang dia pakai tu dah 12 tahun tahan. Tak rosak2. Bila tanya harga dia cakap 1000USD. Hah memang la berkualiti. Tengok la harga tu berapa. Cuba kalau beli yang RM35 beg kat Rantau Panjang, setengah tahun pun dah rosak daa. 

At Lotte Duty Free
Lepas tu, kitaorang ni terus ke tempat yang dijanjikan nak jumpa. Turun ke tingkat 9 balik. Lepak2 kat situ. Perut lapar la plak, so hentam biskut tawar yang Nurul punya. Bila dah semua cukup, kitaorang ke next destinasi plak iaitu ke Itaewon lagi untuk lunch & jamak Zohor & Asar kat masjid di Itaewon. Yeay happy dapat pergi Itaewaon lagi & solat kat masjid. Tak tahu kenapa happy bila sampai Itaewon. Kali ni kitaorang lunch kat restoren India. Happy lagi sebab tak yah makan makanan Korea. Mesti ada papadom, ayam, nasi minyak. Suka giler. Bila masuk restoren, ambik la makanan banyak2. Lepas tu ada niat nak tambah lagi. Makan2 punya makan, bila nak gi tambah ada rombongan lain masuk juga & beratur panjang giler. Chet, potong line betul la. So tak dapat nak tambah. Makan yang mana ada je la. Lepas tu, siap2 nak ke masjid plak. Sophie tunjuk arah. Tan, Mr Choo, Kee, Madam & Papa Singh proceed makan lagi. 

Jalan nak ke masjid rasanya lebih curam kot dari bukit kat Everland. Dah la curam, panjang plak perjalanan berbukitnya. So semuanya mengah giler bila sampai masjid. Masuk masjid, tukar kasut ke slipper jepun untuk ambil wudhuk. Tempat wudhuk kat luar masjid plak. On the way nak naik masjid tu, jumpa dengan non muslim yang sedang tengok info2 tentang Islam. Pasal nabi2 kot. Bila tengok dia, hati i terdetik "memang tak jumpa suasana macam ni kat Malaysia". Maksud i, kalau kat Malaysia, hanya orang Islam sahaja masuk ke masjid kecuali beberapa masjid macam Masjid Negara, Masjid Putrajaya etc. Lagi satu, masjid kat Korea ni bukan berfungsi untuk solat je. Pejabat pun ada. So fungsinya lebih luas more than masjid di Malaysia. Maybe lebih kurang macam Nasjid Negara yang pelbagai fungsi. Kalau zaman Rasulullah pun, masjid bukan sahaja tempat solat, tapi tempat musyawarah, tempat belajar, tempat kegiatan kesusasteraan, tempat nikah kahwin, tempat penyelesai masalah ummah, baitulmal, tempat persinggahan musafir, tempat perlantikan khalifah etc. So bila tengok rasa macam happy bila ada yang agama lain nak tahu pasal Islam. Lepas tu naik ke tingkat berapa ntah untuk solat. Tak tahu naik tingkat berapa sebabnya tangganya pusing2. Kecik je tempat solat wanita. 

Lepas semua selesai, turun bawah & nak rushing ke tempat bas plak. Nak turun bukit lagi. So kena lari2 juga padahal masa dah tak sempat. Masa turun tu, i terdengar perbualan antara 2 orang muslimah. I ni memang hobi mendengar orang cakap nak nak kalau dalam English. Sebab selalu je berangan i punya conversation in Englih memang fluent giler. Haha!!Berangan lagi. Diorang cakap apa ntah, i dah tak ingat. But the end part tu sangat touching sampai bulu roma i tegak. Rasa seriau seluruh badan.

A: Are you muslim?
B: Not yet, but today.
A: oo Masya Allah, congratulations.

Masya Allah. Seram sejuk dengar. Bulu roma i naik masa tu juga. No word to say. Subhanallah!!! Nak nangis pun ada. Ya Allah, dia antara yang terpilih nak mendapat hidayah dariMu. It's not easy to get hidayah. Pak Cik Rasullulah juga tidak terpilih untuk mendapat hidayah Allah. Terus i jumpa dia, salam & cakap tahniah. Dia nampak happy je, senyum kat i, cakap thank you & tanpa was was terus masuk dalam untuk proses pengislamannya. Lepas tu, rasa macam menyesal plak. I tak patut cakap tahniah je, sepatutnya peluk dia & cakap selamat datang ke dunia Islam. Tapi sebab dah ketar masa tu, tak dapat fikir apa. Apapun, doa i untuk dia, moga dia terus istiqamah, terus mendapat Nur dari Allah dan doa untuk diri sendiri juga semoga Allah mengekalkan hidayah & menambahkan iman yang dikurniakan Allah. Amin!!!
Shahadah yang sentiasa wajib berada di jiwa. Hidup & matiku dengan Lailahaillallah Muhammadur Rasullulah. 

My niece at the mosque, Itaewon
Lepas tu berlari2 ke bas, tapi kitaorang sempat grab roti & cakkedis. Memang feel free kat sini, kebanyakan kedai ada logo halal, so shopping dengan senang hati. yeay!!!Lepas tu, masuk bas untuk ke GwangJang Market for Korean Silk. Kat sini, hanya Nurul je yang nak beli silk. Orang lain sibuk tolong pilih kat Nurul. Semua orang tak nak Korea Silk ni sebab lecehnya tak boleh wash dengan air. 

Tumpang bergambar je dengan Korean Silk Nurul.
Kejap je kat sini, bergerak ke Nandaemun & Myeondong market plak. On the way ke sana i dah berangan dalam bas. Ok kat sini nak beli brooch. Kena cari kedai 166 yang cam Cik Da cakap tu. Brooch murah je. 2000won satu. Cik Da pun kirim 10000won. Ok beres. I nak beli banyak2 brooch kat sini. Nak bagi kat ma, kak, kawan, then bla2. Bolehla beli 10. Alah baru 20000 won. Duit pun ada banyak lagi & yang tinggal pun memang spare untuk brooch je. Ok berangan lagi, sikit je 10 tu, beli je banyak sikit, then boleh bagi kat siapa2 je lagi. Ok set. haha tinggi sungguh la angan tu kan. Tapi memang betul la, kalau berangan tu memang tak jadi la. Confirm hancur!!!

Bila sampai sini, Sophie bagi masa 2jam je. Dah la tempat tu besar. Nak pergi Myeongdong lagi. Nak cari kedai 166 lagi, nak menyusur kedai2 Nandaemun lagi. Before berpecah, Sophie cakap, untuk muslim siapa yang nak beli brooch, boleh ikut dia ke kedai kawan dia yang letaknya di Nandaemun. So 1 jam dari sekarang, jumpa kat tempat yang kitaorang turun bas tu. Lepas tu semua berpecah. I jalan dengan Tan, Da, my niece & Nurul. Kami ke arah Myeongdong. Actually, antara Myeongdong & Nandaemun, ia hanya dipisahkan oleh jalan besar sahaja. Bawah jalan besar tu, ada kedai bawah tanah yang menghubungkan antara 2 pasar tu. So tak perlu nak cross jalan kalau nak ke Myeongdon atau Nandaemun. Kami berlima lepak kat bawah tanah tu je. Banyak juga kedai bawah tu. Kosmetik ada, kedai pakaian, kedai cenderahati, bundle pun ada, kedai buku pun ada. Tak tahu nak beli apa hinggala jumpa satu kedai souvenir ni. Tuan kedai dia baik sangat. Asal beli je, dia akan bagi hadiah. Kat sini i beli apron yang rupa macam hanbook & baju i love korea. So dapatla free gift chopstick. Happy giler dapat apron tu sebab lawa & warna warni. Dekat pukul 6, kami semua bergegas nak jumpa Sophie sebab dia nak tunjuk jalan ke kedai kawan dia yang jual brooch. 

On the way tu, i tanya Sophie, dia kenal ke tak kedai 166 dalam bangunan hijau di Nandaemun. Dia blur2 & pening. Dia cakap, mana tahu kat mana. Nandaemun ni sangat besar. I dah berdebar dengar ayat dia. Ok tak pe, nanti cari sendiri. Then lepas tu, dia bawa ke Nandaemun. Memang meriah habis. Kedai2 macam pasar malam. Panjang!!Berderet kedai jual baju, kasut, beg, seaweed, kosmetik, brooch etc. Harga pun murah. Hah ni barulah tempat shopping kitaorang yang sengkek ni. Yang gi bawa kat Lotte Duty Free tu apahal la. Haih!!Tapi nak sedapkan hati, ok la, at least boleh kenal. Huhu!!!Nak ke kedai kawan Sophie tu, Ya Rabbi jauh juga. Jalan jalan jalan. Laju plak tu minah korea ni jalan. Memang kena kejar dia. Bila dah dekat dengan kedai, siap kena tunggu kejap sebab kena tunggu kedai sebelah kawan Sophie tu tutup dulu baru boleh bagi harga murah kat kitaorang. Ehh apahal nak tunggu orang sebelah tutup plak ni. Bukan masalah kedai sebelah kalau kawan Sophie nak jual murah pun. Lainla kalau kongsi untung. Tapi dah lewat, so terpaksa pergi juga walaupun kedai sebelah tu tak tutup lagi. Bila pergi sana, brooch yang dijual tu mahal2 la. Satu harga 10000won. Yang 2000won hanya besar duit 5 sen je. Eh eh, ni dah lari budget ni. 

Memang hancur berkecai impian nak beli 20 biji brooch nak buat balik. Pilih dengan gaya sedih. Tak nak beli, memang dah tak sempat nak cari kedai 166 tu. Dah la tak tahu kat mana. Waa sedih giler. Sedih giler tak jumpa kedai. Masa tu juga rasa nak marah Sophie. Apahal ko suruh pergi kedai kawan ko ni? Masa tu juga marah Sophie sebab bagi 2 jam je shopping kat sini. Bagi la 2 3 jam lagi. Bawa plak kat kedai kawan yang pelik bin ajaib. Tan pergi tinjau2 kedai sebelah pun tak boleh. Kena marah & kena beli kat kedai dia. Ehh aku beli dengan duit engkau ke nak halang2 orang ni. Hah dah keluar dah ayat marah ni. Rasa nak marah Sophie lagi sebab kenalkan kat kedai kawan dia. Dah la haku tak jumpa kedai 166. Beli dengan gaya marah, so pilih pattern pun cacamerba je. Dah tak nampak mana cantik & mana tak cantik. Beli brooch kat ma, k.na & diri sendiri je. Kat my sist pun terlupa nak beli satu. Yang lupanya sebab anak dia dah tolong beli untuk mummynya. So kira i tumpang semangkuk la. Hihi! Lepas tu patah balik ke bas. Tapi sempat je singgah mana2 kedai yang rasa nak singgah. Sempat beli seaweed & gang2 ni jumpa etube shop lagi. So masuk shopping cosmetik lagi. i memang dah geram. So tak ada mood nak shopping. Lagi satu, niat nak shopping brooch je kan kat sini. Tengok barang pun dah tak ada nafsu. Huh!!!

Bila jumpa dengan yang lain, Madam & Adibah tunjuk diaorang punya brooch. Diaorang beli kat tepi jalan je. Murah la dari yang kitaorang punya. So bila bandingkan dengan brooch kitaorang, memang yang kitaorang permatanya berkilau2 & bersinar more than them. Lawa yang kitaorang la. So terpujuk sikit hati, ok la mahal, tapi berkualiti. Tapi still tak puah hati tak jumpa kedai 166. Lagi meriah kot kat sana. Dah tengok dalam fb cik da. Waa!!!!

Next bergerak ke Donghwa duty free for shopping perfume. Mulanya kitaorang dah tak lalu nak masuk segala duty free ni. Tapi Adibah nak beli perfume plak. So kena pergi juga. Just Adibah je la yang masuk Donghwa duty free. Kitaorang hanya lepak2 kat luar bangunan je. Dah tak larat nak tengok kedai2 branded kat dalam tu. Lepak sambil duduk2 depan bas, Mr Choo ajak kitaorang pergi mana ntah. So i, Tan, Da, my niece, Kee & Nurul ikut la bos maju ke depan. Jalan lagi & lagi. Kitaorang bincang sama sendiri, ehh bos nak g mana? tapi ikut juga. Sampai satu tempat duduk, Kee dah tak larat nak ikut. So dia duduk kat situ. Kitaorang tinggal Kee ikut bos jalan lagi. Sambil2 tu ketawa2 sambil guess bos nak bawa g mana. Jalan lagi & lagi. Tan, my niece & Da dah berhenti & duduk. Nurul & i ikut boss lagi. Jalan lagi & lagi, dah jauh benar dari bas. Then tiba2 dia cross jalan. Cheh kat situ ada orang main silap mata. Dia pun stop kat situ. I & nurul dah terpaku tengok persembahan. Sambil2 tu mata memandang kiri kanan. Sambil2 tu berfikir wahh bandar Seoul ni, bukan Bukit Bintang. So nikmatilah pemandangan kat sini puas2 before balik Malaysia. Memang tak tahu zaman bila lagi nak datang sini lagi. 

At Donghwa Duty Free. Semua orang muka dah penat giler. Macam tin sardin penyek je ..

Tan Swee Kim je yang still bersemangat nak bergambar. 
Ikut boss jalan2 bandar Seoul. Ikut jangan tak ikut walaupun tak tahu nak bawa kat mana
Lepas tu, patah balik ke bas. Perut dah lapar dah. Tapi makanan malam ni ialah makanan korea. Dah la kat kedai sama masa  hari Papa Singh jatuh tu. Waa sangat tension. Moody terus. Tak ada mood nak makan. Dah la menu sama dengan menu hari tu. Betul2 rasa tekanan darah naik sebab tension. Memang tak sentuh pun makanan, minta air panas je, buat milo 3 in 1 & makan dengan roti yang beli kat Itaewon tadi. Actually bukan i je yang tension, semua orang pun tension giler tengok makanan kecuali Mr Choo yang berselera sungguh. Lepas makan ,terus balik hotel. Kena kemas2 malam ni juga. Esok pagi, pukul 5 dah nak check out hotel & heading to airport.

Malam tu memang sangat penat. Sedih lagi sebab tak jumpa kedai 166. So tak mandi, tidur dengan baju yang pakai seharian hari tu. Pukul 2 pagi baru bangun, solat Jamak Maghrib Isyak & kemas2 luggage & tidur balik. 

Tuesday 13 November 2012

Korea~~5th day TRW!!!

Our outfit for the day was TRW's jersey. This was because we will visit Seoul World Cup Stadium. Actually, mula2 tu kitaorang tak ada la excited nak ke stadium pun. Siap nak bagitahu AlQuds tak nak pergi sini, sebab stadium je. Nak tengok apa sangat. Padang je pun. Tapi at last pergi juga. Kata pihak AlQuds, pergi je la. Ok je melawat stadium. It is World Cup Stadium. Mana ada kat Malaysia. A'ah juga kan. 2 minggu before kitaorag pergi tu, my uncle & aunt, Pok Jaa & Cik Da pergi ke Korea juga. Pok Jaa pun pergi stadium World Cup juga tapi kat Jeju Island. Bergambar siap2 tayang banner TRW lagi. Pas tu, siap2 warwarkan kat FB dia pakai baju TRW lagi. So apa lagi, sebab jealous dengan Pok Jaa, kitaorang sepakat membeli baju TRW juga nak pakai masa hari melawat stadium. Sebab baju TRW ni, kitaorang glamour kejap. Ramai plak tourist dari negara lain nak bergambar dengan kitaorang. Maybe sebab baju ni merah membara kot. Dah tu, kitaorang siap2 kibar Jalur Gemilang lagi!!Semangat giler...

Hari ke5 dimulai dengan melawat Presidential Blue House (PBH) . As usual, our tour started at 9.00am in the morning. Dekat je nak ke PBH tu. On the way tu, Sophie cerita sikit2 pasal politik di Korea. Tapi i tak faham apa pun apa yang Sophie cerita. Sebab tajuk politik kot. Not my interest!! Kat Malaysia pun i memang tak amik port pasal politik. Inikan plak politik negara orang lain. Lepas panjang bercerita pasal politik, Sophie tanya plak kitaorang anggaran penduduk di Seoul. Kitaorang semua tak dapat jawab dengan betulpun. So Sophie yang jawab. Katanya,  ada 2 anggaran. Yang rasmi & tak rasmi. Dia tanya kenapa? Semua orang tak dapat jawab lagi sebab konfius boleh ke ada 2 anggaran. Jawapannya anggaran rasmi ialah 13juta, then yang tak rasmi ialah 20juta. Kata Sophie, setiap hari, 7 juta penduduk luar Seoul akan masuk ke bandaraya untuk bekerja. Ohh!!!Patutla asyik jem je. Kata Sophie lagi, sebab kos hidup tinggi, so 7juta outsiders itu sanggup ulang alik dari tempat mereka setiap hari ke Seoul. Kalau kat Malaysia, 1juta warganegara KL keluar dari KL masa raya pun dah jadi hot topik di muka depan suratkhabar. Heboh 1 negara. Then lepas tu, dia cerita juga pasal student di Korea yang nowadays banyak membunuh diri kes kerana tak tahan dengan tekanan belajar. Emm begitu teruk ke sistem pendidikan kat Korea sampaikan ada yang sanggup bunuh diri? Tapi kat Malaysia pun ada juga kes macam ni. 

Bas berhenti di kawasan PBH. This PBH is the executive office & official residence of the Korea Head State. Alah, tak pergi dekat pun dengan PBH ni. Hanya nampak dari jauh je. Snap gambar pun dari jauh je berlatarbelakangkannya.


Snap dari jauh je, behind us Presidential Blue House
Lepas tu berjalan ke National Folk Museum plak. Bolehla 15 minit juga berjalan kaki. Museum ni terletak di dalam kawasan Gyeongbokgung Palace. So dalam perjalanan tu, kiri kanan ialah istana lama bagi Korea sejak zaman Dinasti Josean. Kata Sophie, istana  tu bukan original pun sebenarnya. Ia dibina pada tahun 1395, then siap dah terbakar & ditinggalkan selama 3 kurun dan dah siap dimusnahkan oleh Empayar Jepun pada awal kurun 20an, dan dibina balik oleh Kerajaan Korea.  


On the way to National Folk Museum. This museum is in Gyeongbokgung Palace area
National Folk Museum ialah meseum negara Korea. Kat dalam tu, banyak la replika2 yang ditunjukkan untuk menggambarkan sejarah hidup penduduk Korea pada kurun terdahulu. Ada 3 bahagian pameran dalam museum ni. Bahagian tersebut ialah sejarah penduduk Korea dari zaman prasejarah hingga tahun 1910 iaitu berakhirnya Dinasti Josean, cara hidup penduduk Korea pada zaman kuno & kitaran hidup bagi rakyat Korea. Sebab museum ni luas & tak cukup masa, kitaorang melawat 1 part je. Kalau tak silap part tentang cara hidup rakyat Korea pada masa dahulu. Boleh la tengok cara diorang kawin, cara merawat orang sakit, keranda etc. Pusing2 satu stadium, dengar Sophie memberi penerangan pasal kedudukan king & pegawai2 istana di throne, then keluar untuk ke Gyeongbokgung Palace plak.




Getting married in ancient times for Korean...
Gyeongbokgung Palace bermaksud istana (Gung) yang diberkati dari syurga (Gyeongbok) yang dibina dari zaman Dinasti Josean di mana pengasasnya ialah King Taejo. Kat sini luasnya sampai kitaorang pun x larat nak berjalan dah. Dah la kitaorang ni buta sejarah sikit. Makna buta tu ialah tak minat sejarahla. So ala2 mengantuk & tak bermaya je jalan. Tengok istana pun sepintas lalu. Tak ada pun niat nak tengok dekat2. Alah istana zaman dulu kan. Bukan lawa pun interior dio. Kalau istana zaman sekarang, nak la juga tengok sofa apa yang raja guna, toilet macam mana, ada jakuzi & sauna tak, tempat makan macam mana, bilik tidur luas mana, bilik baju ada berapa pintu almari dia. haha!!! Bengong kan. Lama juga kat sini. Kalau tempat lain dah semput nak kejar masa, tapi kat sini siap boleh lepak2 lagi. 


This building called Hyangwanjeong Pavilion. The bridge named  Chwihyanggyo connects it to the palace grounds. The name of the lake is Hyangwonji.
This is Gangnyeongjeong which is king's main residing quaters.
This building is called Gyeonghoeru which is function as royal banquet hall. In the lake, have fish which was the descent from the dynasty Josean.
The building behind the them is called Geunjeongjeon which is function as throne hall.
The last palace for ours to visit is Geunjeongjeon as the picture above which is function as throne hall. Lepas tu, terus ke next destination. Sebenarnya banyak je lagi istana kat dalam tu. Ada library, ada istana permaisuri, istana ibu bagi raja dan etc. Tapi kitaorang dah bosan. Dah tak lalu nak tengok. So ambil gambar pun yang mana nak je. 

Lepas tu bergerak ke National Ginseng Centre. Kat sini, tak boleh snap gambar. Confidential sikit kot as ginseng memang dilindungi oleh kerajaan Korea. Kami disambut oleh Chinese hansome guy yang asalnya dari Malaysia. Memang hansome!!Haha boleh cuci mata yang layu dek kerana tengok palace tadi. Sebab dia Malaysian, so penerangan dia campur2 dalam Bahasa Melayu & English. Penerangannya sama macam Sophie juga. Katanya,  ginseng kat Korea mmg bagus sebab ia ditanam selama 6tahun. Putera Mahkota Jepun yang susah nak dapat anak pun akhirnya dapat seorang puteri kes makan ginseng dari Korea. Sophie juga cakap, datuk dia yang mengidap penyakit kencing manis boleh bertahan selama 20tahun sebab makan ginseng. Ok la, memang tiada penafian, ginseng tu bagus. Tapi barang bagus harusla mahalkan. So kitaorang yang miskin papa kedana ni dok melangut je la tengok Mr Choo, Madam & Papa Singh beli ginseng. Memang tak mampu nak beli pun. Harganya bukan ratus2, tapi mencecah ribu riban. Dan rasanya, kalau bawa balik pun tak ada la makan beriya kot. Sebab rasanya tak best, pahit!!Untuk sihat, sekarang ni mampu makan vitamin Shaklee je. Nak makan ginseng nanti kaya raya baru boleh cuba. huhu!!!Tapi ntah bila nak kaya raya tu tak tahu la.

Lepas tu pergi makan lunch kat restoren Korea. Sobsob, back to Korean food. Kat sini ada insiden malang berlaku kat Papa Singh. Jap, nak cerita sikit pasal restoren kat Korea ni. Kat Korea ni, semua pelanggan akan makan kat meja jepun je. So memang tak sesuai untuk siapa2 yang bertubuh besar. Nanti susah nak bangun. So sebab tu, bila makan kat Korea Restaurant, Papa Singh akan duduk atas meja ataupun diberi kerusi rendah yang dia boleh duduk. Lunch kali ni, Si Sophie tu terbagi kerusi yang kecik kat Papa Singh & menyebabkan dia tersadung jatuh sebab tak mampu nak tampung dengan berat badan Papa Singh. Sedang semua orang dok syok makan, tiba2 dia jatuh kat depan Madam. Semua terkejut dah. Diam serta merta. Semua pun slow je makan. Berkabung la kononnya. Sebab jatuh tu, dia tertongkat kat tangan yang dia dah memang cedera. So berlaku sedikit kecederaan sampai kena bawa ke hospital. Semua orang pun risau kat Papa Singh. Tapi ditenangkan oleh Madam. Katanya, nak buat macam mana. Dah nak berlaku kan. Papa Singh juga tenangkan kitaorang katanya jangan risau. Lepas tu, barulah semua sambung makan dengan semangat sikit.

Lepas lunch, kitaorang ke Cosmetic Shop. Tapi lupa apa namanya kedai ni. Memang glamour juga sebab bila sampai, bas beratur berbaris2 bawa tourist masuk ke kedai tu.  Kat sini, Sophie hanya memperkenalkan kitaorang jenama Dr MJ  je. Staff dia memperkenalkan product2 yang dari Dr MJ. Boleh tahan banyak juga. So melalui tester, i try satu2 mana2 yang boleh try. Bila try, rasa macam berkenan kat peeling gel which is function to remove dead skin. So tanpa dirancang, grab satu gel tu. Hah memang tak 'rajin' hayat ni beli cosmetic mahal giler. Harganya 28,000won bersamaan dengan RM84. Tu pun sebab beli banyak, so boleh discount. Sebelum ni nak beli pencuci muka berharga RM30 pun terketar2 tangan nak membayarnya. Lama juga kat sini. 1 jam kot. Lepas tu terus ke Seoul World Cup Stadium. Kat sini kitaorang berpisah dengan Papa Singh. Dia dan Mr Choo ikut bos Sophie untuk ke hospital. Then tinggalla kitaorang berlapan sahaja. Kat stadium ni, kitaorang sempat solat jamak Zohor Asar di bilik persalinan pemain. Bangga!!!Bukan senang nak masuk bilik persalinan pemain ni. Thanks to Sophie. Teruja giler sebab World Cup 2002 memang sangat nostalgia for me. huhu!!!

Stadium ni ialah salah satu stadium yang digunakan semasa World Cup 2002 di yang berlansung di Korea-Jepun. Memang ingat sangat2 world cup ni sebab masa tu i hantu bola & hantu David Beckham. Memang hantu giler. Bukan sahaja World Cup, Piala Juara2 Eropah pun bangun pagi2 buta sebab nak tengok Beckham main. Masa tu dia sangat hansome, sangat gentleman (x tahu ada kaitan dengan bola ke dok) so teruja giler tengok dia kat padang bola. haha mood gedik!!!Memang menangis bila England kalah dengan Brazil untuk masuk ke separuh akhir masa tu. 2 3 hari juga bad mood sebab England kalah. Memang teruk sungguh. Bila sampai kat stadium ni, so ingat la kenangan 2002 tu. Nostalgia giler.haha!! Tapi England bukan main kat stadium ni pun. England main kat Jepun. Stadium ni venue bagi pasukan Perancis, German, Korea, Senagal, China & Turkey. So tempat persalinan baju pemain yang kitaorang masuk tu actually tempat Zinadine Zidane, Michael Ballack, Thierry Henry, Fabien Barthez & etc. Masa tu memang gang2 ni menguasai bola sepak dunia. I akan kenal kalau sebut Ronaldo, Fabio Cannavaro, Luis Figo, Roberto Carlos, Oliver Kahn, David Seamen, Ronaldinho, Rio Ferdinand, Kawaguchi, Raul Gonzalez & ramai lagi. Masa tu, memang tak kenal pemain bola sepak Malaysia. Langsung tak pandang diorang. Sekarang ni bila tanya dah tak tahu siapa pemain bola. Dah bersara tengok bola. Kenal Messi & Christiano Ronaldo je. Tu pun sebab my bro minat Messi & Christiano Ronaldo kalau siapa tak tahu memang buta sukan la. Sekarang ni, kenal pemain TRW je. Tu pun sebab Ayu sentiasa dok warwarkan nama diorang. Kalau tak, tak kenal juga. Sebenarnya bukan ni je stadium world cup kat Korea ni. Ada lagi kat Incheon, Busan, Suwon, Jeju Island & banyak lagi. So kitaorang sempat tengok 2 venue je iaitu kat Seoul & passed by kat Jeju Island.


Outside the stadium
"This is Seoul World Cup Stadium" said my niece
Tempat persalinan baju pemain jadi tempat solat kitaorang. Happy giler dapat masuk sini. Stadium kat kelate pun x pernah masuk...


In the stadium...

Lepas tu bergerak ke Dangdaemun. Dongdaemun ialah tempat shopping. Emm nak describe pun tak reti pasal Dongdaemun ni. Besar sebenarnya tempatnya. Ada 20 shopping malls kat Dongdaemun ni. Ada 2 section mengikut fakta di internet. So memang besar. Yang kitaorang pergi hanya ke Doota & bangunan sebelah Doota yang dah lupa namanya. Kat Doota tu tak yah cakap la barang branded giler. So memang bukan tempat kitaorang yang cikai2 ni. Kitaorang lalu2 cam tu je. Pergi masuk ke 1 kedai souvenir untuk beli cenderamata then terus ke bangunan sebelah. Kat bangunan ni, harga barangnya ok la berbanding kat Doota tu. Tapi sebab semua barang kena darab dengan 3, makanya melangut juga tengok barang. Nak beli beg mahal, nak beli baju mahal, nak beli kasut mahal. At last bawa balik nail clipper,  purse, t-shirt, fridge magnet je. Tu pun semput2 tak cukup duit juga. Lepas tu semua orang janji akan jumpa depan Doota untuk ke Itaewon plak. Jumpa Papa Singh & Mr Choo balik kat sini. Alhamdulillah, Papa Singh ok. Tak terseliuh pun, cuma retak je. Tapi retak tak retak, kosnya ribu2 juga. Kalau kena kat i, memang tak balik ikut diorang dah, kena jadi buruh paksa kat Korea sebulan dua sebab tak mampu nak bayar medical fee. huhu!!!

Lepas tu bergerak ke Itaewon. Yeay suka2 sebab sampai juga Itaewon walaupun tiada dalam itinerary AlQuds. Kat sini tempatnya sesuai untuk Muslim kot. Senang je nak makan sebab banyak reataurant yang ada tanda halal. So nak masuk pun tak waswas dah. Malam tu, makan makanan Marocco. Double yeay!!!Suka suka. Eh kejap, bukan suka makan makanan Marocco, tapi at least bukan Korean food. At least, kalau masuk restoren ni akan jumpa ayam, nasi beriani, kambing (walapun tak suka), but better than ikan, nasi lembek & kimchi. Makan agak berselera juga malam tu. Lepas makan, kitaorang bergerak ke last destinasi untuk hari tu iaitu N Seoul Tower. This is the place of shooting Boys Over Flower. Tripple yeay sebab boleh tengok tempat Jun Pyo & Jan Di dating. Tapi harapan nak naik atas tu tinggal harapan je sebab naik separuh je. Tak sampai la kat kaki tower tu. Sedih sobsosbsob!!!Alang2 dah datang, kenapala si Sophie ni tak naik sampai atas. Bukan nak naik skyway pun. So harapan nak tengok tempat dating Jun Pyo & Jan Di dating musnah berkecai. Harapan nak bergambar dekat dengan keychain2 love couple pun juga musnah. Waa!!!Tak pe lah farah, tengok tower dari bawah pun ok jugak la. Kalau orang tanya dah datang ke tak, jawab dengan kuat & konfiden..datang korea mestila kena datang N Seoul Tower. **ayat kes nak memujuk hati. huhu!!!


di kaki bukit N Seoul Tower..


Next: Shopping day!!!