Monday 29 October 2012

Korea~~ Jeju lagi.

Last post for Jeju. Sehari je pun kat Jeju. Tapi ceritanya panjang menjela.

Next destination ialah Cheonjiyeon Water Fall. Perjalanan dari Seongsang IIchulbong rasanya sejam lebih juga. Dah lupa masa perjalanan. Tapi memang bosan pun dalam bas. Nak tidur, mata nak tengok pemandangan luar. Actually nak tengok kot2 bas lalu kat shooting secret garden. Alah scene yang garisan penamat yang diorang lawan lumba basikal tu. Sebab before pergi lagi, dok berangan2 nak tgk tempat tu. Tempatnya biasa je tepi pantai, yang cantiknya sebab ada kincir angin. Tapi tak nampak la plak. Maybe lalu or maybe tak lalu. Mana la nak cam sangat kan. So apa lagi aktiviti nak buat selain makan. Buka keropok, 'cakkedis', coklat & segala 'mokniko' makanan yang beratnya 17kg tu. Keropok tu siap makan dengan pencicah lagi. Haih, memang boleh buat jamuan je. Naik bas, kalau tak makan, borak & kalau penat barulah tidur.

Bila sampai, turun bas je bergambar sementara Sophie pergi ambil wheelchair untuk Kee. Ni salah satu i like Korea most. Mana2 pun ada kerusi roda. Kat Nami Island pun ada kerusi roda. Kat dalam museum pun ada kerusi roda. So Kee tak ada la penat memaksa diri mengejar kitaorang. Memang kasian kat dia. Harusla penat giler berjalan ikut kami yang normal. Cumanya, kitaorang kena gilir2 tolak Kee ikut berat badan. Haha!!Lucky me yang kurus keding ni. Tapi most of the time, Sophie yang akan tolak.

Sama macam Mt Seopjikoji & Seongsan IIchulbong la, mana2 pun nak amik gambar. Depan pusat maklumat pun nak bergambar. Masuk dalam apa lagi, depan peta bergambar, dekat pasu bunga pun bergambar, atas jambatan pun ambil gambar. Gambar ikan koi dan itik dalam sungai **sungai ke cam tu** pun ambil jugak. Bukan apa, ikan tu besar sangat. So dah tak jumpa kat Malaysia, ikan pun jadi koleksi gambar kitaorang. Jalan lagi, jumpa souvenir shop, jumpa pak cik jeju island, jumpa pokok2, kat tepi sebelah kiri arus2 air terjun, kat tepi sebelah kanan hutan belantara. At last jalan lebih kurang 10 minit, jumpa juga dengan tujuan utama kitaorang iaitu air terjun. Speechless sama cam mt seojikoji & seongsang IIchulbong. Terus excited nak bergambar berlatarbelakang kan air terjun tu. Lama juga ambil masa kat sini. Ambil gambar solo & group. Kat sini tak shopping pun. 

Then heading to Teseum or teddy bear museum. Haa ni memang tempat yang ditunggu nak pergi. Pity to Madame, Papa Singh & Mr Choo yang keboringan kat sini. Sophie bagi masa tak lama pun nak menjelajah 1 meseum ni. Around 1 hour kot or 40 minit lebih kurang. So start dari entarance lagi, i & my niece cepat2 masuk & bergambar kat almost tedyy bear yang ada dalam tu. Yang lain memang kitaorang tinggal. Nak kejar masa punya pasal. Actually, sebab excited sangat nak masuk sini lepas tengok cerita Princess Hour. Haa dalam cerita tu memang teruja giler nak datang. Tapi bila masuk, eh eh, kat mana scene dalam cerita tu. Betul ke scene tu difilemkan kat teseum ni. Sebabnya tak ada la besar mana pun meseumnya. Tapi tak kan la kot ada 2 teseum kat Jeju Island. Lepas berkejar-kejaran bergambar dengan mak nenek teddy bear yang ada dalam tu, so terus ke souvenir shop. Before pergi tu ada la juga niat nak membeli seekor. Tapi bila tengok harga, haa memang tak mampu la den. Mula la berangan nak dapat pak we kaya ni. Yang kecik je harga dah berapa. I plak nak yang boleh peluk. Sebab kalau beli yang kecik, alamaknya duduk dalam kabinet buku la patung tu. So wassalam. Kenangan tengok dalam gambar je la. My niece, Adibah & Tan sibuk shopping. So malas la layan diaorang. I terus keluar dari kedai tu. Lepak2 kat bangku dengan Madame, Papa Singh & Mr Choo yang siap2 beli makanan dah. Agaknya, diaorang ni tengok sekadar lalu je kot. Amik la 2 3 keping gambar buat syarat.

Next destinastion is Mystery Road & last Dragon Head Rock. Yang Mystery Road tu mmg i pening. Haihh nape boleh jadi destinasi pelancongan tak tahu la. Kenapa mesti boleh jadi destinasi pelancongan yang terkenal? waaa tempatnya lebih kurang jalan kat my kampung je. Cuma ada la pokok2 kat tepi jalan tu yang tak ada kat Kg Morak. Misterinya jalan ni ialah dari start point, bas yang kitaorang naik tu akan memberhentikan enjin bas. Nampak ke depan, jalan seperti menaik. So that mean, bas tak akan boleh naik kalau tak ada enjin. Tapi misterinya, bas terus boleh bergerak ke depan dan ke depan hingga la last point. haa kenapa? Misteri ke? haha. Tapi i pun pening2 juga mulanya. Ada apa dengan jalan ni. Mula la otak berfikir, kenapa kat jalan ni je, jalan lain tak boleh buat ke? Jawapannya senang je, "This is an illusion. Due to the lack of a true horizon, subconsciously our judgement of a slope is misled by the false horizon in that area" Hasil carian di internet kes tak tahu nak explain. Ngehngehngeh!! Lepas menikmati pemandangan, experimen air & bau yang sungguh harum kat sini, so terus ke next destinasion yang jaraknya lebih kurang masa perjalanan 15 minit or lebih or kurang. hihi!!!

The last is Dragon Head Rock. Ni pun konfius juga kenapa boleh jadi tempat pelancongan. Haih..mengeluh!!! Yang nak tengok kat sini ialah batu yang kononnya berkepala seperti naga. Seketul tu je. Adoi la. Boleh la nampak ala2 naga. Tapi ala2 je. Kalaula hanya ada seketul batu je, mahu je menjerit. Waaaaaaa!!!Yang boleh dimaafkan, sebab batu ni kat area laut. So bolehla menikmati keindahan laut. Masa kitaorang sampai tu, matahari dah terbenam pun. So nampak cahaya matahari di kaki langit je. Then nak bagi tarikan kot, ada la seekor mermaid bersimpuh kat depan tu. Mak guard batu tu kot. Nasib la kat sini spend time 15 minit je. Amik gambar ala kadar. Sebab ala kadarnya ialah mood dah tak ada sejak misteri road tadi lagi & ditambah dengan batu seketul ni yang lagi2 menghilangkan mood, then sebab dah gelap, kamera pun dah tak dapat fokus. Then masa tu memang dah penat giler & lapar. Dengan harapan makanan dinner malam ni chicken chop ke, mee goreng mamak ke, nasi ayam ke, crab salted egg ke. haha angan2 la selagi boleh tu.

Memang angan2 semata la. Waa nak nangis lagi bila tempat makan malam tu ialah kat kedai semalam yang hidang nasi dagang tu. Nak nangis lagi. I tgk kedai pun dah tak lalu. So nak makan apa ntah lagi. Lauk nya lain la sikit dari semalam. Tapi memang i dah tak boleh terima. Bawak keluar segala jenis sambal pun i dah tak mampu nak telan dah masa tu. Semua orang pun muka cam sedih giler. I & madam lagi sedih giler. Waa!!kena telan maggi lagi malam ni. Makan dengan muka ala kadar, terus balik bilik. Diaorang exclude me & my niece keluar santai2 kat bandar jeju malam tu. Siap2 shopping kosmetik lagi. I dah penat nak berjalan. Lagipun mood dah ke laut mana ntah sebab tengok makanan tadi. So lepak kat bilik je la layan Am lagi bagus. Lagipun, kaki dah rasa sakit2. Duduk lama je, bila bangun jadi sakit & kejang. Padahal bukanlah sejuk mana pun. Malam tu, i nak kemas baju pun rasa tak larat. Terketar2 seluruh badan. Minyak angin plak tiba2 missing in action. So main campak2 barang dalam luggage cam tu je. Esok pagi2 nak kena bangun awal pagi sebab dah check out. Dah nak balik Seoul...Byebye Jeju Island. Tak tahu boleh datang lagi ke tak. 


In front of the entrance...

with my niece at Teseum, Jeju Island


The reason we were here. Waterfall with the height of 22 mt & width of  12 mt. Waterfall  as the bridge between earth & heaven.

at teseum with the 'perosak gang'

Dragon head rock. Ada nampak cam kepala naga tak?

Mystery road



Wednesday 24 October 2012

Cuti & Hari Raya....

Bestnya dapat duduk2 kat rumah sehari before raya. Boleh tgk Adam & Hawa, boleh kemas bilik, listen to muzik, baca novel yang tak habis2 lagi tu etc. Saje cuti sebab kat office tak ada kerja. Melangut juga dok g mari g mari pusing office. Hari ni 9 Zulhijjah. Sepatutnya hari yang baik untuk berpuasa. Tapi, diriku ni memang tak tahan godaan sungguh. Sedapnya membaham meehun goreng + ayam goreng pagi ni. Kenapa la tak sir puasa ni wahai Farah Anida. Adoi lah...

Apapun diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha untuk semua umat Islam di luar sana. Untuk family juga. & the only my family yang jadi follower blog ni, Inchi Anis Syahirah Binti Mohd Hakimi yang nun jauh di bumi Ambia, Mesir. Jangan sedih2 tak dapat beraya. Itulah pengorbanan sebagai seorang student. Pahala yang dapat pasti banyak sebab nak belajar. Cheh jiwang plak. For Mc Hae yang jadi follower juga, Selamat Hari Raya Aidiladha okes. Mujur ado 2 orang followers je nak sebut nama satu2. Kihkihkih!!!

Untuk diri sendiri yang still tak pernah berkorban lembu atau apa2, hopefully ada peluang untuk berkorban di masa2 hadapan. Hati memang teringin sangat nak buat korban, tapi belum lagi berani nak buat. Haih, tangguh lagi nak buat baik. Insya Allah, jika panjang umur, akan ada peluang itu. Akan ada peluang juga nak buat haji & umrah di masa2 hadapan. Insya Allah lagi. Semoga niat baik ini dimakbulkan...




Monday 22 October 2012

korea~~Jeju Island lagi (deep blue sea)

Deep blue sea? maksud? Tak tahu maksud apa. Tapi sebab next destinations ni semuanya view biru2 je, then tengok laut je, so tiba2 terkeluar perkataan ni dari minda. haha!! Next destination were Mt. Seopjikoji & Seongsan IIchulbong. Sangat cantik, sangat indah, sangat biru, sangat jernih & sangat apa lagi. No word to say.. Subhanallah!!

Mt Seopjikoji terletak di timur Jeju Island. Seopji bermaksud tanah yang sempit & koji bermaksud tanjung. ohh i dont know how to explain this. Anggaplah signboard kat bawah nampak untuk dibaca.

Dari tangerine farm, our bus dah mula menyusur ke tepi laut. Ya Allah, lautnya sangat biru & jernih. Perjalanan dari tangerine farm ke Seopjikoji around setengah je kot or kurang. Sampai sana, semuanya dah excited tengok pemandangan yang memang lawa giler. So, Sophie dah bagi warning awal2, pukul berapa kena turun balik ke bus. Apa lagi, kitaorang terus la naik ke atas. Perasaannya seperti semua tempat nak amik gambar. Bucu ni lawa, tepi pagar pun lawa, batu pun lawa. Semua orang pun berusaha gigih bergambar dengan scene yang paling cantik & menawan. Tergedik2 tepi pagar nak bergambar dengan air laut yang dari atas bukit pun nampak kejernihannya.   Bergambar lagi nak bagi nampak batu2 yang ada di laut. Pendek kata, setiap langkah berjalan, nak ambil gambar. Sempat juga bergambar group photo sambil mengibarkan bendera Malaysia. Semua yang lalu lalang tengok. Ohooo glamour kejap. haha!!!Orang yang lalu & peramah pasti akan tanya "Malaysian?" ohh bangganya jadi warga negara Malaysia masa tu. Betul la kata orang, bila berada di luar negara, semangat Nasionalisme akan melonjak naik ke tangga yang tak disangka2. chewahhh!!!

Jernih sangat. Subhanallah. Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Our seragam outfit for the day. 

Cantik lagi & lagi. 

Tak larat nak naik sampai rumah api. 
Dah abis bergambar kat atas, turun bawah & perlu kejar masa yang Sophie bagi. Tapi masa turun, ambil gambar lagi & lagi. Tak bosan dengan gambar. Padahal tempat sama je. Tapi sebab tempatnya cantik, rasa tak puas. Bila tengok kat laptop baru tahu, ohh tempat sama je. Masa nak turun, jumpa dengan pasangan pengantin baru yang sedang outdoor shooting. Nampak pengantin & cameraman kelam kabut, tapi kitaorang sempat je mencelah nak bergambar bersama. Memang tak tahu malu sungguh. 

Kat bawah bergambar lagi & thanks to Madam & Papa Singh sebab belanja kitaorang makan ice cream. Yummy sedap!!! Then naik bas heading to restaurant for lunch. Kata Sophie, nama restaurant ni restaurant selamat datang sebab satu2nya restaurant yang tulis selamat datang kat pintu masuk. Memang betul pun. Rasa bangga lagi. Nak je tanya pemilik kedai kenapa dalam banyak2 bahasa yang ada kat dunia ni, dia pilih bahasa melayu nak sambut pelanggan. Kot2 rakyat Malaysia memang suka makan kat situ kot. Agaknyalah.

Kami makan seafood kali ni. Ok semalam pun seafood juga which was fish. Tapi hari ni ada udang, sotong, family kerang **lala kot, telur pun ada, kimchi wajiblah ada. So i sedikit berselera nak makan. Lagi satu, kitaorang dah buka sambal ikan, sambal bilis buat penambah selera. So ok ok juga walaupun nasi still tak habis. But better than our dinner last night. Lepas makan, solat zohor kat restaurant tu then terus ke Seongsan IIchulbong yang letaknya hanya depan restaurant ni. 

Actually, i silap faham dengan arahan Sophie. Tak tahu la orang lain silap faham ke tak. Kitaorang diberi masa dari pukul 12.30 hingga 2.30 untuk makan, solat & daki bukit kat Seongsan Ilchulbong tu. I plak faham, pukul 2.30 baru kitaorang akan naik ke Seongsan IIchulbong. So sebab i silap faham pasal ni, memang masa solat tu i buat2 lambat la. Kat toilet lambat, solat & siap2 pun relax je. Orang lain pun nampak relax jugak. So sebab tu, sekejap sangat which was 30 minutes je kat sini. Macam sedih jugak la sempat naik separuh je. Nak je naik sampai atas walaupun bukit memang tinggi. Yelah, nak datang sini bukan senang. So explore all la kan. Larat tak larat tu lain cerita. Tapi usaha gigih nak naik tu sepatutnya ada. Sebab dah tahu masa tak cukup, so kitaorang just bergambar2 kat bawah je lah. Mode pasrah. Huhu!!


"Selamat Datang" Bahasa Melayu in Jeju Island....

Suppose to daki sampai atas. Tapi kitaorang setengah pun tak sampai...

Seongsan IIchulbong: puncak dari bawah laut yang terhasil daripada letusan gunung berapi 100,000 tahun dahulu. The peak is behind us.




Masa turun, sempat juga shopping sedikit barang. Alah, yang dicarinya hanyalah magnet peti je untuk my fridge & my abang's fridge. Tapi magnet i punya dah tercabut magnetnya. So jadilah magnet dalam laci meja. Dah siap2 shopping, bus kami menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu Cheonjiyeon Waterfall, Teseum, Mystery Road & the last Dragon Head Rock.. ***tak tahu la gigih ke tak nak menulis sampai ke hari ke 8. haih, susahnya nak susun ayat ***



the only REJOICE...

Chet..pasal shampoo pun nak tulis kat sini. Mmg ntah apa2. Tapi blog ni ditubuhkan memang untuk tujuan mengarut2 je pun. Apa yang difikirkan, tulis aje.

The only shampoo my hair can accept just REJOICE, anti dandruff. Lepas guna rambut rasa lembut & tak gatal. Dah start guna masa kat Naim lagi. Masa before jumpa REJOICE ni, memang rambut i teruk sangat. Dah la kusut, buah-buahan kat rambut tak yah cakap la memang banyak giler. Lepas mandi je, harusla dah jadi hobi melurut sehelai2 rambut nak petik buah2an tu. Kalau jual, memang confirm dah jadi kaya raya dah. haha!!!

Bila dah lama guna, rasa bosan. So tahun 4 kat UKM, i gatal2 tangan menukar REJOICE kepada CLEAR. Lama juga kot pakai. Area 2 tahun. Tapi bila pakai, rambut i mengalami masalah keguguran yang sangat serius. Kalau mandi memang dah sah sah la akan luruh. Sikat rambut pun haruslah luruh jugak. Kalau lepas shampoo memang akan luruh teruk giler. Rasanya boleh kot 100 helai sekali luruh. Aihh memang ngeri la. lama2 memang akan jadi botak la kalau gini. So sejak situ, i tukar2 shampoo sampailah ke malam ini dah insaf pakai REJOICE balik. 

Before ni dah banyak shampoo dah tukar. Jenama Sulsilk la, Safi la, Seba Med la, Loreal, Secret Garden la & ntah apa2 lagi jenama lain. Tapi memang tak ngam la. Rambut jadi keras 'kejung' & kusam je. So rasanya the only shampoo made for me is REJOICE...bo lah tukar2. bazir je, guna sikit, nanti buang jugak sebab tak sesuai dengan rambut. It's actually depend on people la kan. Patutla shampoo laku je semua jenama. Setiap orang akan sesuai dengan jenama mengikut rambut yang dimiliki.

Ok sekian untuk sesi merepek kali ni...







Thursday 18 October 2012

haunted song...

The most popular song nowadays goes to Muara Hati by Dato' Ct & Hafiz. Semua juara carta radio pun lagu ni lah. This is OST of Adam & Hawa drama. Mana la lagu ni tak glamour, 6 juta penonton yang tengok cerita ni setiap hari. Tu yang tonton kat TV, yang tonton kat internet cam i ni, yang ada kat oversea, tak tahulah berapa jumpah sebenar penonton. Novel pun dah jadi macam goreng pisang panas di kedai buku dah. Hai kenapa la semua orang baru giler ni. i dah giler dengan Adam Mukhriz ni daro 5 tahun lepas dah masa buku baru2 keluar. Haruslah Astro & penulis novel untung banyak sebab penangan Adam & Hawa ni. 

Ok lah. Just want to paste the MV of Muara Hati by Dato' Ct & Hafiz. Layan je.......


Wednesday 17 October 2012

Korea~~2nd day (Folk Village & tangerine farm)

The whole day: Jeju Island!!!

Jeju Island day!!!Rasanya i start aware pasal Jeju Island ni lepas tengok cerita My Girl. Masa tengok tu, ohh  terdetik hati " Wow, Jeju Island sangat cantik" Kalau la satu hari boleh datang. Ya Allah, syukur sangat at last boleh jejak juga kaki kat sini. Tak ada yang boleh komen pasal Jeju Island...One word only "Subhanallah". 

Tour start pukul 9.00am. Before tu turun breakfast kat Korean Restaurant di hotel tu juga. Tak ada apa yang i boleh makan melainkan roti, jem strawberry, susu, cereal & orange juice. Setiap hari except udong day, i dok makan makanan yang sama for breakfast. Mula2 ok la. Tapi bila dah seminggu dok telan benda sama, perut pun dah sasau teringat nasi air dingin berangan. Haha!!!

After breakfast in front of the restaurant...Siap sedia nak jelajah Jeju Island!!!
Dari hotel, destinasi pertama ialah Folk Village. Sepanjang perjalanan, mata melilau2 tengok keadaan sekeliling. Ada bukit bukau & padang. Cantik!!Bila lalu kat kawasan berbukit bukau, terasa macam kat highway on the way ke KL plak. Hijau je except kat Jeju island banyak kuda di kawasan sekitar. Dalam bus, Sophie memberi sikit penerangan pasal Jeju Island. Katanya, Jeju Island terkenal dengan 3 perkara iaitu batu, angin & wanita. Sebab tu boleh nampak kincir angin & batu kat mana2 di Jeju Island. Wanita plak golongan majoriti sebab lelaki keluar ke laut mencari rezeki. Bila dah jauh sikit perjalanan, dah boleh nampak identiti sebenar Jeju Island. Rumah2 kat sana sangat unik. Macam kotak je. Kalau rumah tradisional, bumbung dia lain dari yang lain. Kata Sophie, rumah2 tradisional kat sana diberi subsidi oleh kerajaan korea untuk mengekalkan ke dalam bentuk asal. Dekat setengah jam juga baru sampai ke Folk Village. 

Sampai je kat Folk Village, kami disambut oleh Unnie. Dia memberi penerangan dalam Korea & Sophie yang jadi translator. Memang dah hafal kot ayat2 Unnie tu. Rasanya si Sophie ni tiap2 minggu ke Folk Village bawa pelancong. Kat Jeju Island ni memang glamour dengan pak cik batu ni. Kat mana2 pun pasti akan nampak dia. Kata Unnie, pak cik tu ada banyak simbol.  Simbol kekayaan, anak & ntah apa lagi. Nak sebut pun dah tak ingat. Kot2 lari fakta.

Snap with the pak cik batu Jeju Island. Annesayo pak cik. We are here to visit you!!
Folk Village tu kampung yang menggambarkan budaya & tradisi hidup penduduk di Jeju Island pada zaman dulu2. Memang pelik juga cara hidup diaorang. Start dari bentuk rumah, perhiasan rumah, cara nak tadah air, buang air, pagar, memang sume pun lain. Nak kata unik, tak tahulah. Rasa better kat Malaysia lagi kot. hihi!!! Kitaorang amik masa lama juga kat sini. Tinjau2 kawasan kampung. **kampung pun, beli barang boleh bayar dengan credit card okes!!! Unnie beri penerangan pasal rumah, pasal batu, pasal toilet, pasal ntah apa2 lagi (dah lupa), &  at last benda wajib, unnie memperkenalkan produk yang limited edition yang hanya ada di Jeju Island. 1st produk ialah air.**air apa ntah. Setiap orang akan mendapat rasa yang berbeza mengikut tahap kesihatan masing2. Dah lupa juga kalau rasa manis sakit kat mana, rasa pahit sakit kat mana. Again tak boleh nak pandai2 sebab ianya fakta. **kan bagus kalau masa unnie cakap, buka buku & tulis. Ilmu patut kena tahu kan??

Lepas tu, unnie memperkenalkan produk madu asli & last serbuk tulang kuda. Ye ke serbuk tulang kuda? tulang belakang kot. haha!!hancur sungguh. Nak tulis detail, tapi tak ingat plak. I tak makan pun serbuk tu. Haruslah tak boleh makan kot. So jangan la cari pasal. Tan, Mr Choo, Madam yang non muslim tu makan je. Kata Mr Choo, rasa macam nestum. Tan plak, nak telan nampak cam terpaksa je. Kat sini i tak beli apa2. Mr Choo kot beli serbuk tu. Kitaorang yang lain sibuk bergambar kat luar. Haaa satu lagi fakta pasal Jeju Island, bila sampai sini kitaorang tertanya2 kenapa banyak kuda kat Jeju Island ni. Kata Unnie, kuda ada banyak kegunaan. Boleh tunggang, makan, boleh buat kerja, boleh guna tulang belakang buat serbuk **kata Unnie, serbuk tulang belakang kuda tu baik untuk tenaga & macam2 lagi. 

Lepas bergambar kat kawasan kampung, bergambar lagi di tepi jalan, amik gambar jalan, amik gambar pemandangan belakang yang ada kincir angin, amik gambar atas batu **see betapa gilernya kitaorang dengan gambar. haha!! Lepas tu Sophie dah menjerit2 panggil kitaorang naik bas nak ke ladang tangerine plak. Tak jauhnya pun dari Folk Village. Dalam 10 minit dah sampai. I kenal ladang tangerine ni pun after tengok cerita My girl. Scene yang si Yoo Rin mencuri tangerine kat ladang Gong Chan. Tiba2 je ingat cerita ni padahal tengok sekali je. Sampai sana, terus masuk ladang tangerine. Ohh besar juga ladangnya. Tapi hijau je. Buah tangerine still tak 'masak'. Daun & buah, warna tak ada beza sebab dua2 pun hijau. Kalau yang ada warna oren tu, pasti buah tangerine yang plastik. So kitaorang berlakon la ambil gambar yang kat buah warna oren tu. Lepas ambik gambar kat batang pokok, daun, buah, so kitaorang ke depan for shopping plak. Produknya ialah chocolate, biskut, buah tangerine, & etc. Beli juga biskut & cholate kat sini buat balik Malaysia. Boleh la bahagi2 sikit dekat jiran & family. Tapi chocolate, i hentam semua. Dekat hadif pun tak bagi. haha jahat & kedekut sungguh mak sedara!!!


Serbuk tulang belakang kuda. "Yummy like Nestum" Said my boss


Ini kandang kuda. 

Unikkan rumah dia. Atap pun unik. pagar pun unik. 

Tepi jalan pun nak bergambar. Tapi yang mahalnya gambar ni, ada kincir angin kat belakang **nampak ke?
See hijau je. Tak nampak beza buah & daun...

Join us shopping here...Nak order boleh call no kat signboard. hehe!!!

**Next entry...Jeju Island lagi. Very long day kan...Kena buat banyak entry!!!

Tuesday 16 October 2012

korea~~day 1 (airport day)

Day 1: Pagi: LCCT  T.hari-Petang: Dalam flight  Petang: Incheon Airport  Malam: Jeju island.

Day 1 yang sangat mencabar minda & fizikal. Dari Tune Hotel ke LCCT memang dah kalut dah. Sebab kalutnya, semua orang pun lewat pagi tu. I pun lewat. Memang pagi tu kelam kabut giler. Sebabnya bilik sempit sangat, so i tak boleh lari2 & main campak2 semua barang senang2. Jalan sikit katil, jalan sikit pintu, jalan sikit luggage. Adoihai...tensen pagi2 buta. Dah la barang2 i dah tukar2 beg dah semalam. So i pening2 tak jumpa barang.

Sampai LCCT lebih kurang dah 7am lebih. Dah lewat sebenarnya sebab kena drop luggage 2 jam sebelum penerbangan. Lari2 kat LCCT tu cari kaunter drop luggage sampai lupa nak security check. Nasib baik lepas je luggage kitaorang. Kat kaunter, bergaduh plak dengan orang AA yang jaga kaunter tu. Katanya tak boleh group check in, kena sorang2. Haa memang cuak semuanya. Yelah, luggage makanan je dah 17kg. Mana la tak over kg. huhu!!! Nasib baik semua boleh masuk kargo. Pheww!!!!

Bila dah settle, barulah lega. Duduk2 dulu kat depan International Departure tu dalam 15 minit. I & my niece makan roti for breakfast. Amik gambar kitaorang yang pakai baju I Love Malaysia ni. Semangat pergi beli kat Giordano. Baju tu dah la hutang dengan Tan. Balik korea baru bayar. Tapi nak bagi mood happy since this trip dari awal lagi dah suram, so banyakkanlah aktiviti baju seragam ni. 

I Love My Team.
Lepas Kastam, merayau2 kat area2 gate. Sebab dok dalam tu tak dengar apa, baru i tahu yang kat luar hujan lebat giler. Haihh sampai ke akhirnya kitaorang diuji. Flight delay 1 jam plak tu. Nasib la delay je, kalau cancel, memang haru bercuti 1 minggu di KL. Haha!!! Bila kitaorang dipanggil ke flight, masa tu hujan dah reda. I doa banyak2 moga perjalanan dipermudahkan. Dalam flight, i duduk dengan Madam & Papa Singh. Ntah macam mana boleh berpecah dengan diorang ni. Cis!!!Tapi ok je sebenarnya since Madam cari tempat lain yang kosong nak tidur, so tempat tu i conquer sorang2. Boleh tidur baring lagi. Bagus2!!!

Dalam flight 6 jam memang bosan giler. I bukan jenis naik flight then lentok. Ohh it's not me melainkan i memang giler punya penat. Naik bus malam ke KL pun i tak tidur sangat. Just tidur2 ayam. Lepas makan, tidur, jaga, ke toilet...Rasa cam k.terbang tak gerak2 padahal pilot kat depan tu dok pulun menekan pedal minyak.**konon bawak k.terbang cam tu. Huhu!!!Dah la i tak ada entertainment. Muzik tak ada, buku tak ada, yang ada hanya AlQuran. Bukak AlQuran, mata tiba2 mengantuk plak. Cis, syaitan memainkan peranan baik sungguh. So lentok la kejap. 

Bosan giler atas flight sampai sempat lepak kat hot seat. Dah siap2 kena halau dengar stewardess lagi. huhu!!
Around 5.20 (waktu Korea), Alhamdulillah, selamat landing di Incheon International Airprt. Hati masa tu memang berbunga2 dah. Atas k.terbang dah boleh tengok Bandar Seoul. Dalam hati "Ohh this is Seoul". Sebelum ni tengok dalam cerita je. At last sampai jugak. At last!!!Lepas settle semua Kastam, pergi tunggu beg. Lama giler nak tunggu beg. Rasanya lebih setengah jam kot. Bosan yang amat.

Keluar dari Arrival Hall, jumpa dengan Tour Guide, Sophie. Pening2 lalat sebab Tour Guide yang diberitahu ALQuds namanya Gina skang dah bertukar Sophie. Dia kelam kabut dapatkan kitaorang & bagitahu kejap lagi kitaorang akan naik k.terbang lagi ke Jeju Island . Hah biar betik. Salah dengar ke?? Schedule ke Jeju Island 3 hari befofe balik. Tapi Sophie bagitahu, since Jeju Island masa tu ok dari taufan, so better pergi awal. Risau kalau2 2 3 hari lagi kena taufan lagi. Semua orang dah tak jejak bumi dah masa tu, dengan penat & lapar, tiba2 bagitahu kena naik flight lagi 1 jam ke Jeju Island. So berlari2 lagi ke kaunter & kena buat process check in & drop luggage lagi. Ya Allah, kusut sungguh la process2 ni. Sampai satu tahap sebab bosan, Nurul bagitahu dia dah tak minat pilot. Bosan giler naik flight hari ni. Nak jeluokk tgk kapal terbang. Haha!!!Memang lawak giler.

Beratur di kaunter Asiana untuk check in & drop luggage.
Kitaorang naik flight Asiana. Rasanya Asiana setaraf AA kot. Tapi service memang bagai langit & bumi dari AA. Stewardess memang sangat sopan santun. Word 'Kamsamida' tu memang tak lekang dari mulut mereka. Even sesama stewardess kalau diorang bagi barang sesama sendiri, akan cakap kamsamida. Lembut je dengar & sedap je telinga mendengar. Ntah pukul berapa sampai Jeju International Airport. Semua orang pun dah cam apa dah. Lapar!!!Turun k.terbang, naik bus ke tempat amik luggage. Ni satu lagi beza dengan AA. Kalau AA, 2km pun tempat nak amik luggage, kira berjalan kaki la. U get what u pay kan. Nak murah sangat. Miss Kei siap naik ambulance lagi. Memang bagus sungguh service dia. Ni tak naik Korean Air lagi. Haha berangan!!!

Lepas siap amik luggage semua, berlari2 lagi ke bus, heading to the restaurant. Dalam bus Sophie cerita sikit2 pasal Jeju Island. She said that Jeju Island is 3 times bigger than Singapore. Ohh besar jugak la kan. Kami ke restuarant apa ntah namanya. Seafood restaurant, of course. Dari luar kedai memang dah terbau hanyir ikan. Menusuk kalbu sungguh. Dari perut yang lapar, terus jadi sebu bila bau kedai. Tengok menu, waa tension. Memang la dah agak, tapi bila makanan di depan mata, rasa cam nak nangis. Dan dan tu jugak rindu nasi k.wok. Waa sedapnya nasi k.wok. Actually i alah dengan bau ikan & nasi lembek. Ohh tak boleh telan. Tiba2 je pandai makan nasi dengan chopstick. Sebab nasi dia melekat2, senang je nak cocok2 nasi tu masuk mulut. Memang sah2 lepas ni kena telan menggi. 

Korean food. really really not suit my taste...
Lepas tu, terus ke Hotel. Dalam 5-10 minit je dari restaurant. Nama hotel, Jeju Hawaian Hotel. Dalam bandar juga. Dekat2 hotel tu ada kedai2. Lepas letak beg, i, da, tan & nurul merayau di kedai depan hotel. Lepas tu lepak2 ambik angin luar. Sejuk, tapi sangat nyaman. Sampai sekarang pun i can feel suasana nyaman tu. Ohh sangat rindu~~~

Next day: Jeju Island day!!!

Monday 15 October 2012

korea~~18.9.2012

Flight dari KB-KL pada 18.9.2012, pukul 9.50pm. Ketua rombongan Inchi Tan Swee Kim dah remind kitaorang awal2 nak jumpa kat airport pukul 8.30. Actually, perasaan masa tu tak ada la excited sangat pun. Lebih kepada risau sebab abah tak sihat. Sekarang pun still tak sihat sangat pun. Moga Allah memberi abah kesihatan yang lebih baik. Amin!!!

Dah tu, i was not feeling well. Tangan i sebelah kiri selalu je kebah. I cakap kat diorang ni, i got strok. Haa memang pun kebah tak rasa apa. Dah banyak kali. So sebab risau tak sihat kat Korea, hari tu sebotol kot i lumur2 minyak angin kat lengan sambil urut2. So memang berangin satu badan. Balik kerja awal sikit around 4.30 petang. Tu pun kelam kabut juga sebab sebelum tu kena siapkan report yang Tan punya. Pulun juga key in, at last 4.30 siap jugak. Bila balik, abah plak nak ke klinik. Double risau. So memang tak ada mood langsung nak kemas2 apa yang still belum kemas. Nak bagi ada mood, layan la cerita Adam & Hawa sampai 7.00pm. Kol 7.30pm nak ke airport dah sebab my niece nak pergi KB Mall dulu. Kelam kabut iron semua tudung, kemas2, 7 lebih baru tergedek2 nak mandi, dinner & solat. My mum dah melemparkan peluru berdas2 dah. Katanya dok sibuk main komputer. Haih, nak bagi ada mood la tu tengok Am kejap. Kalau tak, mmg mood tak ada langsung.

My BIL hantar kitaorang berdua ke airport. Singgah KB Mall kejap, then baru teringat ikan bilis tertinggal. Waa!!!Nak buat cam ner. Nasib la labu. Tapi rasanya hari tu, kalau bawakpun memang tak akan makan jugak sebab makanan sangat banyak. Yang ada pun tak termakan. Sampai airport, Tan & Adibah dah sampai. Diaorang dah siap2 tunggu kat penimbang beg depan kaunter check in tu. Siap2 timbang, beg i masa tu 14kg. My niece punya ntah berapa ntah. Semua sampai on time kecuali Nurul sampai dekat kol 9.00. Semua dah kelam kabut, pergi security check & drop luggage. Memang tak cukup kg pun kalau kira sorang2. Ada yang terlebih kg. Nasib la group check in. Tu pun kena amik berat yang dia & hubbnya sikit. Luggage my niece tak lepas, so kena bawak naik atas.

Bila dah settle semua, so barulah nampak lega semua. Salam2 my family & masuk departure hall. Dalam tu barulah boleh bergambar sambil mengumpat pasal dia & hubbynya. Awal benar dia & hubbynya datang airport which is sebelum tak pernah datang seawal ini. Memang nak lari dari kitaorang or memang menyampah kot nak tengok muka budak2 ni. Dia duduk depan sekali & tak tengok ore lain kiri kanan. Papa Singh terkedu, katanya tak patut buat macam ni. Haaa memang tak patutpun...

At Departure Hall, KB Airport                                                             
Sampai LCCT around 11.00 pm. Naik bas ke Tune Hotel, dapat no bilik & terus masuk bilik. I share bilik with my niece & adibah. Bilik yang sekankang kera tu share 3 orang menjadikan kitaorang nak berjalan pun tak boleh. Sampai bilik, i, Tan, Da & Nurul memproses beg2 kitaorang yang heavy weight tu untuk esok pagi. Dekat 1 jam juga la pindah2 barang. Baju2 i dah tukar2 beg mana dah. I pun dah naik pening. Lepas proses mengemaskini beg selesai, perut lapar plak so kitaorang turun ke 7e kat bawah. Sampai 7e, tengok meggi terus je membuka selera. Ntah pasal2 malam2 buta makan meggi. Memang tak logik langsung sebab nak ke korea bekalan meggi dah berbekas2. 

Siap bayar semua barang, Kiran (anak perempuan madam) datang ajak kitaorang makan kek Birthday Madam 19.9 tu. Malu2 kucing, masuk makan sekali. Kononla malu sebab ada anak Madam yang pilot tu. hakhakhak!!! Tengok2 kek red velvet yang ada kat situ. Makan la apa lagi, dah hari raya hari tu tak cukup makan kek kat rumah pok mee. Tapi i sebenarnya still tak ingat macam mana rasa kek red velvet ni. Cuma kat fikiran i cakap, kek ni sedap. Tak boleh nak imagine lagi rasa dia cam ne kalau tak ada kat depan mata. huhu!!!

Till then, nanti sambung for the next day plak.....


nak sihat punya pasal...

I'm not vegetarian. Tak tahulah macam mana orang boleh makan nasi dengan lauk sayur semata2. Sebab i memang tak suka sayur. Boleh la telan kalau sayur tu dalam sayur air or tom yam. Tapi of course la zat ke mana, khasiat ke mana. Fruit plak boleh je makan. Tapi bukan selalu pun makan buahan2. Kalau insaf sangat barulah tergedek2 ke kedai beli buah. Tu pun, makan tak habis. Macam kena paksa gayanya menelan.

Before ni i tak ada la fikir sangat pasal vitamin. Alah, ok je pun kalau tak cukup zat. Tapi tu masa muda2 la. Zaman sweet 20 kat U dulu2. Sekarang bila umur dah meningkat & makin tua (aloh, sedihnya ayat, tapi sedar diri), naik tangga office sebanyak 100 anak tangga tu dah mengah2, makanya kesedaran tu timbul sendiri. & thanks to my fb yang membuat promosi produk bermacam2 kat wall i. So kaji2 kat net, baca testimonial, haa tertarik plak nak makan vitamin dari shaklee. Sebelum ni dah makan vitamin dari Vitahealth.  Actually ok je Vitahealth ni, rasa kulit licin je, tapi sebab dah tertarik dengan iklan shaklee ni, so menjadikan diriku ni menghabiskan RM200++ untuk 3 vitamin kat bawah ni.


Niat nak makan vitamin tu dah bagus sangat. Baru je 2x makan. Tapi masalah sekarang ni, bila makan rasa nak deman & letih satu badan la plak. Haiihh!!!geram sungguh la kalau makan benda ada kesan awal2 ni. Macam pakai pad Anion ari tu. Rasa panas satu badan. Memang sebenarnya i ni banyak penyakit kot. Ni nak betulkan balik. Dah tu, warna air kencing dah berubah ke warna kuning terang. Seram sejuk bila tgk 1st time. So kena cari maklumat terus kat net. Bila search, katanya normal sebab B complex ialah vitamin larut air & Riboflavin yang tidak diserap disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna cerah kepada urin. **ayat copy paste, tak tahu la apa Riboflavin tu. 

Lagi satu masalah ni, sebab makan vitamin shaklee ni, i kena minum air sekurang2nya 3 liter sehari. Hah, 3 liter ok, bukan 300ml. Waa!!!berapa kali i nak ke toilet sehari ni. Ni yang paling tension. Rasanya tak mampu kot nak minum air sampai 3 liter sehari. 2 liter pun agak2 la kot. Nasib la i ada 20 bekas air tupperware yang bersaiz pelbagai ml. Ni dah sediakan air dalam bekas 470ml, 500ml & 900ml. Harapanya, bila nampak air, boleh je minum bila2 masa. 

Sebab nak sihat punya pasal, akan gigih juga ku menelan vitamin2 ni semua. Semoga Allah memberi i kesihatan yang lebih. Insya Allah......

Sunday 14 October 2012

~~Korea~~part membebel before pergi!!huhu......

Alah rajin plak malam ni. Banyak masa plak tu. So bolehla nak cerita pasal Korea hari tu.

Dah nak dekat sebulan, baru nak tulis. So tak tahu ingat lagi ke tak. Tak pe, 4000++ gambar yang di'capture' boleh membantu i ingat balik tempat2 yang kitaorang pergi hari tu. Kalau la mood rajin sangat, boleh la nak tulis day by day. Bergantung pada mood jugak. Nanti senang kalau orang tanya pasal Korea, i bukak balik cerita kat sini **budget ada la orang nak tanya. haha!!! Actually i ada berangan nak buat scrapt book macam Enon suggest kat fb or travelog kat album gambar. Kononnya lepas ni berjalan kat negara lain plak, so setiap satu destinasi ada travelog masing2. Haa berangan je. Malas nak mula. Rajin la sangat nak buat benda2 macam tu. Huhu!!!

Kitaorang ke Korea pada 19.9 - 25.9. It was actually office trip. Tapi boleh je la nak ajak orang luar pun. Jadi tour makin meriah. Paling best, Mr Choo pun ikut sama office trip kali ni. Good for us. Impian jadi kenyataan nak berderat sama2 dengan bos. So lepas ni boleh resign. This is the only dream before we resign. Tq to dia & hubbynya kasi can kitaorang berjalan sama bos. Kalau tak, tak adanyalah Mr Choo nak ikut. Ni kes kena paksa.

Sebenarnya nak sampai Korea bukan senang pun. Macam2 benda jadi before tu. Macam la nak stay Korea berbulan2. Macam2 dugaan especially me. Dari nak minta kebenaran ma & abah sampailah dugaan taufan sanba, memang menguji hati sungguh. Tapi ujian nak pilih tour memang paling "BEST" sampai bergaduh satu dunia. Bulan Ramadhan hari tu, sebulan tension pasal ni. Lepas raya, still juga masalah sebab tak cukup orang. Sebab kalau tak cukup 10 orang, ground tour naik berganda2. Kitaorang yang Muslim hampir cancel nak pergi sebab risau pergi sana dengan Non Muslim Tour seminggu tak boleh solat. Nurul kata" rela rugi RM1,200 dari tak solat seminggu. Boleh gila". Haa memang betul pun cakap Nurul. Memang akan gila kalau 1 minggu tak solat. I also double tension juga sebab heret my niece sekali. Rasa macam tipu dia kalau cancel. Siap kalau cancel, nak bayar ganti rugi kat dia.  Siap nak free & easy kalau pilih Non Muslim Tour. Siap dah check jalan2 Subway sebab kena pergi free & easy. Tapi at last, sebab maybe bergaduh pasal tour Mulsim & Non Muslim, so Allah memakbulkan doa kitaorang yang Muslim pergi dengan Muslim Tour. Memang bersyukur yang amat. Thanks to Madam & Mr Choo also sebab memahami kitaorang yang Muslim ni. Tak kira kat mana & pergi kat ceruk mana, Solat is compulsory & halal food is a must. Bila semua orang tgk kat gambar kitaorang happy je, so memang we deserve it sebab dah 2 3 bulan tension tahap apa. 

Tapi sampai sekarang pun i still tak faham kenapa boleh bergaduh. Sebab tak ada siapa yang rugi pun. Kitaorang tak sebabkan dia & hubbynya tak dapat pergi dengan tour yang diaorang  nak tu. Ya Allah, umur dah tua pun. Gaduh2 tak masuk kamus hidup lagi. Dulu masa kat sekolah Naim & Matrix boleh la nak gaduh. Dekat UKM pun i dah tak gaduh dengan orang. Kat KHR pun sama. Gaduh dengan bos pasal kerja memang tak boleh elak. Dah tua, nak gaduh apa lagi. Hidup dengan aman lagi baik kan. I still tak boleh terima kenyataan lagi. It's not easy. It's not easy to train myself to face her like the outsider. Macam la sebelum tak pernah makan sama, audit bersama, shopping bersama, seminar bersama..malah kalau audit kat KL, pernah satu rumah bersama. Boleh je gelak bersama. She's my senior & teacher. Banyak je belajar dari dia pasal account. Sekarang semua dah tak ada apa. Entah rasa bersalah atau tak. Tapi lebih kepada i tak faham & tak logik.

Emm nanti next post la cerita pasal Korea. Banyak je nak cerita ni. Nanti day by day. Boleh letak gambar juga 2 3 keping kasi ceria sikit cerita. hihi!!!


lama x update kat sini...

Lamanya tak ada cerita. Actually, banyak je benda jadi, tapi bila dah pospone2 nak tulis, so tahap ke'excited' nak bercerita tu dah tak ada. Makanya, tak ada apa nak tulis kat sini. Tahap kemalasan pun makin menjadi2 sejak 2 menjak ni. Biasalah, mula2 je pun bersemangat nak berblog, then lepas tu hangat2 tahi ayam daa. 

Nantilah kalau rajin, nak tulis jugak cerita kat Korea hari tu walaupun dah dekat 1 bulan jejak kaki kat Malaysia ni. 1st time keluar oversea, so kena la tulis, buat kenangan kat diri sendiri. Harap2, boleh keluar lagi ke luar negara lepas ni. Buat umrah ke. Sejak tgk scene umrah dalam cerita Adam & Hawa last week, tahap keghairahan nak buat umrah makin menjadi2. Dah buat lawak kat Aizat, next year Chu & Mok nak pergi buat umrah. Bagus la kalau mulut Chu ni masin. Tapi dia tak caya pun. Dah la siap tambah2, then lepas tu kitaorang nak gi lawat kakak kat Mesir la dan ntah apa2..kasi cerita menarik sikit. Kuikukui!!!Moga2 Allah memakbulkan doa dapat jejak kaki ke Mekah & Madinah suatu hari. Amin!!!

Apapun, sebelum terlupa, nak wish k.sue (x-Choo & Co) Selamat Pengantin Baru. Actually, she's my senior. Tak pernah pun kerja bersama di Choo & Co. Dia resign, i masuk keje. Tapi sebab termasuk sama gang berderat (ke Camerooon & Sabah), makanya jadilah baik. Semoga perkahwinan diberkati sentiasa. Tengok kat barang2 hantaran k.sue, gang2 tok segar ni mulala berangan nak hubby yang kaya raya juga. Siap ada Ipad lagi atas par. Nak jugak la macam ni. Haha!!!Koya boleh la... Nak tepek jugak gambar kawin k.sue kat sini. Pengantin memang naik seri. Same goes to K.Sue..Anggun & Jelita...Tahniah k.Sue..