Saturday 10 November 2012

Korea~~4th day lagi it were Everland &Ginseng Chicken Soup!!!

Perjalanan dari Kimchinara ke Everland pun tak lama. Memang strategi yang betul. Semua tempat sejalan je. Sebelum sampai di restoran Thai tu, dah nampak signboard tulis Everland Resort. Ingat dah dekat, oo rupanya kena jumpa restoren & kimchinara dulu. Dari Kimchinara, bus bergerak ke perhentian di mana bas jangok kitaorang kena tinggal kat situ & naik bas lagi yang disediakan oleh pihak Everland. Bila sampai sana, kelihatan semua parking lot penuh!!!Ohooo ramainya manusia. Tak tahu rasa apa bila tengok semua parking penuh dengan kereta. Macam tempat nak buat lelong kereta pun ada. Masa pergi tu hari Sabtu. So maybe weekend bagi Korean. Bas menyusur masuk menuju ke main entrance. Dalam perjalanan, kelihatan semua tempat parking kereta penuh lagi. Ya Allah, berapa banyak manusia yang datang berlibur sebenarnya. Harusla kat dalam tu ramai giler. 

Sampai kat entrance Everland, sudah terasa kehangatannya. Ok ambil gambar bunga2 depan pintu masuk dulu. Bengang lagi si Sophie. Kat sini pun nak bergambar. Katanya kat dalam tu double double lagi cun dari kat luar nih. Ehh kejap, nak kenalkan Everland dulu. Everland ialah team park yang terbesar di Korea. Adik beradik USS & Disneyland lah ni. Kalau kat Malaysia ni, boleh la dikatakan adik beradik angkat dengan Genting. Kalau kat Bandung, adik beradik tiri dengan Trans Studio. Tapi tempatnya berganda2 luas dari Genting la kan. Kalau nak banding dengan USS & Disneyland, tak tahu la plak sebab tak pernah jejak pun USS & mana2 Disneyland. Nak buat perbandingan dengan Trans Studio pun tak boleh juga sebab koya je tulis kat sini, padahal tak penah pergi juga. haha!! Tapi luas tak luas Everland ni, kitaorang jalan pun dah semput2 mengejar masa. Lari sana sini. Naik bukit turun bukit. Naik tangga turun tangga. Boleh la nak kata 1kg berat badan berkurang kat sini. Phew!!!


Tan in front of the entrance...
Kami diberi masa 4 jam kat sini. Nampak macam lama sebab kalau tgk citer hindustan dah habis satu cerita kan, tapi kalau tengok dari segi keluasan kat sini, memang 4 jam tu bagaikan kejap je. Kalau bagi sehari pun tak cukup. Memang tak habis nak explore semua. Haih mengeluh lagi sebab lagi satu tempat tak boleh nak explore habis. So touch touch mana yang indah & menarik je. Nak naik permainan tu memang tak sempat la. Masuk2 Everland je, acara wajib bergambar dengan bangunan kat dalam tu. Nampak macam negeri Far Far Away dalam cerita Shriek plak rasanya. Macam di alam fantasi la kejap. Teruja la 2 3 minit. Berbunga2 keriangan di dalam hati. haha!!!Maybe untuk my jiran Tan Swee Kim yang pernah masuk USS, Disneyland Hong Kong & Trans Studio tak rasa apa. Tapi bagi i yang baru jejak Genting ni rasa "ohhh lawa2. Nak ambik gambar semua!!!!" haha giler jakun punya orang.


Rasa macam kat negeri Far Far Away plak 
Lepas bergambar bagai nak runtuh Everland tu, Sophie bagi cabaran kat anak2 muda ni naik satu permainan. Namanya double rock spin. Memang spin habisla bila berputar 360 darjah. Pusing2 atas bawah depan belakang. Before masuk Everland lagi dah nekad kuat dalam hati. Jangan cari pasal la Farah Anida. Nanti tak pasal2 pening, muntah, x larat nak jalan, jantung berdegup bagaikan tak cukup tanah berlari, penat, loya macam perempuan mengandung 2 bulan. Ohh jangan cari pasal. So kalau si Sophie ni nak bagi 20,000 won pun jangan layan sangat. Setakat cabaran je, bo layan lah den. So yang berani2 je naik iaitu Nurul, Da, Adibah & Sophie sendiri. Tan mmg boleh gang i. Dah angkat bendera putih awal2. My niece plak awalnya nak naik. Tapi bila tengok cam ne rock spin tu berputar bagai gasing, dia membatalkan niat. Tak berani juga. Kalau nak bagi permainan kat i, bagilah yang naik2 kuda ke, naik keretapi ke, naik sampan ke. Hah santai. Jantung pun tak terkejut. Actually, that's the weakness of me. Tak berani nak naik apa2 juga permainan extreme. Kalau masuk panggung juga jantung i lemah bila dengar bunyi sound yang kuat2. Ni plak nak naik benda macam ni. So surrender lah. Tapi kalau daki2 gunung ke ok. Sebab maybe boleh tengok keindahan alam. Damai & tenang!!!

Sebab ramai orang, so diorang yang nak naik double rock spin tu kena tunggu 30 minit. Lama bagi kitaorang yang tak naik ni. So memang kalau nak tunggu je, memang buang masa. Sebab maybe kali pertama datang, so niat nak tengok semua tempat tu berkobar2. Agak pentingkan diri juga sebab tak tolong diaorang ni tangkap gambar. It was memorable juga to them. Simpan kenangan dalam hati aja ye Nurul, Da & Adibah. Kee tunggu diorang kat situ. Madam, Papa Singh & Mr Choo dah round2 kawasan terdekat. Yang i, tan & my niece pun sudah mula bergerak menjauhi double rock spin. Masa mula2 masuk, terlihat satu bangunan 3D Pororo. Kata Tan, mesti menarik kat dalam tu sebab 3D. Bila cakap kat Sophie nak masuk dalam tu, boleh dia gelakkan kitaorang. Katanya tu tempat budak2. "Sophie Unnie, kitaorang ni memang kanak2 rebina pun". Apa la!!! 


Ambil gambar je kami berani. Takut nak naik..
Sophie tak nak bawak, kitaorang masuk sendiri. Degil!!!Bila pergi sana, kena tunggu 30 minit juga. So kalau tunggu nak naik, nanti tak jumpa dengan diorang yang naik spin tu. So cancel niat nak masuk rumah Pororo. Ehh kejap, Pororo tu ialah watak kartun dari Korea. I memang tak kenal pun dengan Pororo ni hingga la satu hari ada seorang hamba Allah tu nak kirim patung ni kat buah hati pengarang jantung dia. So sebab dia nak kirim, terpaksa la search pasal Pororo ni dalam net. Lepas tu, jadilah glamour Pororo di kalangan kami. Manala semua orang nak kenal sebab x ada sorang pun yang tengok Running Man. Huh!!! So sekarang ni kami bertiga tak tahu nak jalan mana. Then bincang2, ok i & my niece pergi cari tempat solat, Tan plak pergi jalan2 kat tempat terdekat dengan double rock spin tu. Lepas 30 minit, jumpa kat depan double rock spin & jalan sama2 dengan diorang kembali. Planning nampak macam hebat sangat la kan. 

Nak cari surau kat dalam Everland tu it was not easy job. Tengok la kat peta dalam Everland Resort Guide tu. Dari depan rumah Pororo, jalan lagi lagi & lagi, jumpa ini & ini..haih pening..&^^$^#$^%. Tak nampak mana Surau. Yang i tahu dari hasil carian kat net,  tempatnya berhadapan dengan roller coaster express tu. Bila tengok peta, kami cam blur2 . Dah la masa tu bincang kat tengah2 jalan. Tiba2 ada staff Everland menegur kami tanya masalah. Lucky, he can talk English. Boleh la dimaafkan walaupun tak fluent. Alah macam la diri sendiri tu fluent sangat bercakap English. So dia terang2, kitaorang semua angguk2 then ok. Lepas tu berpecah dengan Tan. I jalan dengan my niece for the mission to find surau. Surau tu sebenarnya terletak dekat dengan Tommoror Gifts, bersebelahan dengan Mystery Mantion. Yang roaller coaster express tu hanya berhadapan sahaja. Tu pun jauh sebenarnya dari surau. Di balik bangunan2 lain. Staff tu siap dah lukis2 dalam peta tu tunjuk arah.

Kitaorang berdua jalan la, naik turun bukit, cari hint2 mengikut peta, dari double rock spin yang diorang naik tu, kena jalan ke depan lagi, then  jumpa rolling x-train, then kids circuit, then dancing plane, then bla bla. Jumpa simpang. Nak ke kiri ke kanan. Tengok peta macam ke kiri. Ok pasti ke kiri. Pasti!!! Jalan lagi, jumpa toilet then jalan lagi then ehh kenapa pelik je jalan ni. Apa nama permainan kat sebelah ni. Check peta, ehh kenapa tak ada nama ni. Tak jumpa nombor. Ehh kenapa jumpa Zoo tiba2 ni. Then jumpa jalan naik. Kitaorang pun naik sama. Bila sampai atas, baru perasan yang semua orang lain naik ikut escalator. Waa macam mana boleh tak nampak ni. Yang bukit tadi tu jalan turun la weii!!!Bila naik atas, tiba2 ehh kenapa jumpa rumah Pororo balik. Double waa!!!rupa2nya dah sesat. Kitaorang berdua dah meraung2 kat situ. Penat giler naik turun bukit. Dah tu, busuk giler masa tu sebab dah lencun satu badan. Dah gaya cam mandi peluh dah ni. Dah tu dahaga giler masa tu. Air plak ada sikit je. My niece plak tertinggal air dalam bas. Waaaaaa!!!Kitaorang turun balik, pergi balik ke simpang tadi. Walaupun penat, niat nak jamak tetap teguh di hati. Rupanya2 kat simpang tadi, peta suh ke kanan, kitaorang ke kiri. Chet!!!


Sesat nak cari surau. Penat giler!!!
Hilang penat kejap bila nampak parade. Sempat snap gambar kat sini.
Kami berdua meneruskan perjalanan ke kanan. Ok jumpa apa yang ada dalam peta. Jumpa ni jumpa tu jumpa bla bla. Kali ni tak malu dah, tanya orang selagi ada yang faham apa yang kitaorang cakap. Alah, tanya tu sorang je. Haha yok yok oo je riaknya macam tanya ramai sangat. Bila sampai kat Madagascar Live, tengok2 masa tu tengah berlangsung parade plak. Alahai, tak boleh nak ke sebelah sana. So stuck kat situ. Dari nak cari surau, dok melayan parade plak sambil bergambar. Then lepas tu i cakap kat my niece, rasanya dah kena patah balik ke double rock spin ni. Dah nak dekat 30 minit dah. Dengan hati yang penuh sedih, terpaksa la naik turun bukit lagi. Ya Allah, penat memang tak terkata la. Sampai terduduk2 kat tengah2 bukit tu. Sambil bertegur mesra dengan Malaysian yang sedang naik skyway. Chet masa ni la nak peramahnya. Masa tu memang dah tak larat. Nak kata i ni tua sangat, my niece yang muda pun semput juga. So bukan salah ke'tua'an i la. haha!!!Bila sampai kat double rock spin, tak nampak plak Tan. Alih2, terjumpa dengan Nurul, Da, Sophie, Adibah & Kee yang sedang nak beratur kat skyway. So kitaorang join diorang naik skyway.

Dalam 15 minit juga beratur kat situ. Yang skyway plak, alahai romantiknya. Sesuai untuk orang baru kahwin ke, sedang hangat bercinta ke. Nak ngulit tidur pun sesuai kot. I cakap macam ni sebab kelajuan skyway tu rasanya 1km/jam kot. Romantik habisan lah. Tapi nak romantik apanya naik dengan gang2 ni. Siap ketawa2 lagi atas tu. Kat bawah kaki kitaorang plak, siap ada jaring lagi. So kalau terjatuh kasut ke atau diri sendiri yang jatuh, kasut & diri sendiri akan jatuh kat jaring tu dulu. Tapi harusla yang betul2 bengong je akan jatuh. Sebab memang benda tu slow giler. Bila sampai bawah, cari toilet dulu, then Sophie tunjuk surau. Alahai, kalau la tahu tadi tu boleh turun dengan skyway, tak yah la susah2 marathon sesat dalam Everland ni. Surau tu memang letaknya bersebelahan Mystery Mansion pun. Kalau tak ada parade tadi, rasanya kitaorang jumpa juga surau tu. Lepas solat, Sophie tunjuk jalan ke Four Season Garden plak. 


Gambar kaki je mampu ambil. Tak ada orang nak ambil gambar kami.
Masa kitaorang pergi tu musim Halloween. So taman 4 musim tu penuh dengan labu je. Meriah satu taman. Penuh bunga. Sangat cantik. Ambil gambar setiap sudut bunga, labu, daun & semua benda yang ada sampaikan bila Sophie bawa jalan kat Rose Garden semuanya dah mabuk. Mabuk bunga & tak mampu nak berbunga rose lagi. Passed by je Rose Garden, ambil la gambar 2 3 keping buat syarat, then Sophie ajak ke main entrance tempat   jumpa dengan yang lain. I & my niece tak puah hati lagi. Nak juga naik 3D Pororo. Sebab ada masa area 1 jam lagi before pukul 6 iaitu masa yang dijanjikan untuk jumpa di depan main entrance. Jalan cepat sikit dari diorang walaupun kat tengah jalan berhenti rehat dulu. Bila sampai kat 3D Pororo, kena tunggu juga area 30 minit. So tak sempat juga. Frust juga la walaupun tak menonggeng. Nampaknya memang i tak main apa2 kecuali naik skyway tu. Untung Everland boleh pengungjung yang macam ni. 

Lepas tu ke kedai souvenir. Cari la tanda yang i dah datang Everland. My niece dah dapat bantal dah, nurul dah dapat beg, i still terkebil2. Barang semua mahal sehh. Adoila kusut jadi si miskin ni. Jimat je reti. Tiba2 jumpa Tan kat situ. Dia pun tercari2 barang yang ada boleh buat kenangan Everland. Dia pun tak nak beli barang yang mahal juga. So cari2 dengan dia, mata Tan ternampak keychain yang tulis Everland. Ada la kanta pembesar kat situ. Bila check harga, ok la boleh nak buat kenangan. Area 9000 won kot. Tu pun dah bersamaan dengan RM27.


4 season garden

The view of 4 season garden
Passed by at Rose Garden
Sambil2 Tan cerita, sepanjang berpisah dengan kitaorang, dia berjalan dengan Madam, Papa Singh & Mr Choo. Sempat masuk rumah 3D Pororo & ntah apa lagi permainan yang diorang naik. Tapi tak pergi ke 4 season garden & rose garden. So dia boleh tgk gambar 4 season garden kitaorang then kitaorang yang tak masuk 3D Pororo ni boleh tgk gambar yang Tan dah snap. Kira fair & square la.


Tan's in 3D Pororo Adventure
Lepas shopping, jumpa dengan semua orang kat depan entrance, then naik bas Everland ke perhentian bas tadi. Nak naik bas jangok kitaorang untuk ke restoren sup ayam ginseng bagi makan malam kitaorang. Haih, sedap sikit bunyi bila menunya ayam. Suka suka!!! Nak ke kedai sup ayam ginseng, bukan kejap. Lama juga sebab jalan ke Seoul jem giler. Ala2 KL after kerja. Maybe teruk lagi dari KL. Sebab lama dalam bas, maruku pun habis dibaham 1 plastik. Kelaparan giler dah tadi tu bermarathon dalam Everland tu kalah para atlet sukan negara. After 2 jam ke berapa jam ntah, sampai juga kat restaurant. 

Kitaorang yang muslim dapat ayam lain2 dengan ayam Non Muslim. Yang Muslim ayamnya besar, so separuh je dapat. Ayam yang diorang plak, kecik2 je so dapat seekor sorang. Dalam ayam tu, dah disumbat nasi menjadikan nasi tu lembik. Haih tekak pun dah kembang. So i makan sup ayam ginseng tu dengan mee korea yang dihidang je. Ok juga. Rasa la macam mee sup sikit2. Tapi tak ada la boleh terima 100%. Setakat nak ratah ayam & habiskan mee je. Mee tu sikit je dapat. So mee Tan pun i baham habis. Dia ambil sikit nak rasa, then bagi semua kat i. Bila siap, minum air kosong. Kat meja kitaorang ada la pihak restaurant letak air dalam satu gelas kecik. Dalam hati cakap, nak rasa la air apa benda ni. My niece pun sama nak rasa. Riuh kejap cakap kat meja nurul pasal air tu. Nurul plak cakap "ehh nape meja dia tak ada. Sorang pun x dapat air tu kat meja dia". Nurul tak puah hati, then ambil yang kat meja kitaorang. Bila rasa, zhuppp Ya Rabbi pahitnya. Terasa tajam menusuk ke lidah. Tajam yang amat. Ehh apa ni? Tiba2 Sophie cakap, tu alcohol dari ginseng. ehh kejap? alkohol? alkohol? waaaaaaaaa arak ni. Ya Allah, patutla meja Nurul tak ada sebabnya meja tu semuanya Muslim. I plak duduk meja sama dengan Tan & Kee. Waa nangis hiba. Terus minum air kosong banyak2. Nak hilangkan rasa tajam & rasa bersalah. Minum lagi & lagi. Alahai, pahitnya rasa alkohol ni. Tajam menusuk lidah. Ni kira baru minum setitik dua. Yang minum berbotol2 tu rasa apa la. Haih!!Memang lepas tu ban kejap dari sebut nama ginseng. Ohhh fobia!!!


At Ginseng Chicken Soup Restaurant..
Dari restaurant ke hotel plak. Nama hotel ni ialah Seoul Mate Hotel. Sophie cakap, hotel tu antara yang terkenal juga sebab tempat shooting beberapa drama. Bila tanya drama apa, dia cakap drama apa ntah. Tak glamour kot sebab i tak tahu. haha!!Hotel ni ok juga. Siap ada komputer dalam bilik. Selesa juga. Yang penting, wifi ada setiap bilik. Yehaaa!!!Boleh beronline sakan la. Malam tu, lepas letak beg, kitaorang jalan2 di kawasan sekitar. Actually hotel ni letaknya pinggir bandar. Nama tempat ni ialah Hwagok Dong. Jauh juga nak ke bandar Seoul. Bandarnya kecik je. Big Shopping Complex memang tak ada la. Yang ada cuma kedai2 ekonomi macam bilal, salamku je. So kitaorang lepak2 masuk 1 kedai. Tengok2 barang & survey harga. Diorang shopping je. I je tengok2 barang tanpa nafsu nak beli. Then lepas tu, i & my niece nak balik bilik. Dah tak larat. Da pun ikut sama. Adibah pun sama. Tan, Madam, Nurul & Mr Choo jalan lagi. I dah penat. Tak cukup tenaga. Selain penat, nak online juga melebihi perasaan nak shopping. haha!!!

Next day: TRW day!!!

No comments:

Post a Comment