Tuesday 13 November 2012

Korea~~5th day TRW!!!

Our outfit for the day was TRW's jersey. This was because we will visit Seoul World Cup Stadium. Actually, mula2 tu kitaorang tak ada la excited nak ke stadium pun. Siap nak bagitahu AlQuds tak nak pergi sini, sebab stadium je. Nak tengok apa sangat. Padang je pun. Tapi at last pergi juga. Kata pihak AlQuds, pergi je la. Ok je melawat stadium. It is World Cup Stadium. Mana ada kat Malaysia. A'ah juga kan. 2 minggu before kitaorag pergi tu, my uncle & aunt, Pok Jaa & Cik Da pergi ke Korea juga. Pok Jaa pun pergi stadium World Cup juga tapi kat Jeju Island. Bergambar siap2 tayang banner TRW lagi. Pas tu, siap2 warwarkan kat FB dia pakai baju TRW lagi. So apa lagi, sebab jealous dengan Pok Jaa, kitaorang sepakat membeli baju TRW juga nak pakai masa hari melawat stadium. Sebab baju TRW ni, kitaorang glamour kejap. Ramai plak tourist dari negara lain nak bergambar dengan kitaorang. Maybe sebab baju ni merah membara kot. Dah tu, kitaorang siap2 kibar Jalur Gemilang lagi!!Semangat giler...

Hari ke5 dimulai dengan melawat Presidential Blue House (PBH) . As usual, our tour started at 9.00am in the morning. Dekat je nak ke PBH tu. On the way tu, Sophie cerita sikit2 pasal politik di Korea. Tapi i tak faham apa pun apa yang Sophie cerita. Sebab tajuk politik kot. Not my interest!! Kat Malaysia pun i memang tak amik port pasal politik. Inikan plak politik negara orang lain. Lepas panjang bercerita pasal politik, Sophie tanya plak kitaorang anggaran penduduk di Seoul. Kitaorang semua tak dapat jawab dengan betulpun. So Sophie yang jawab. Katanya,  ada 2 anggaran. Yang rasmi & tak rasmi. Dia tanya kenapa? Semua orang tak dapat jawab lagi sebab konfius boleh ke ada 2 anggaran. Jawapannya anggaran rasmi ialah 13juta, then yang tak rasmi ialah 20juta. Kata Sophie, setiap hari, 7 juta penduduk luar Seoul akan masuk ke bandaraya untuk bekerja. Ohh!!!Patutla asyik jem je. Kata Sophie lagi, sebab kos hidup tinggi, so 7juta outsiders itu sanggup ulang alik dari tempat mereka setiap hari ke Seoul. Kalau kat Malaysia, 1juta warganegara KL keluar dari KL masa raya pun dah jadi hot topik di muka depan suratkhabar. Heboh 1 negara. Then lepas tu, dia cerita juga pasal student di Korea yang nowadays banyak membunuh diri kes kerana tak tahan dengan tekanan belajar. Emm begitu teruk ke sistem pendidikan kat Korea sampaikan ada yang sanggup bunuh diri? Tapi kat Malaysia pun ada juga kes macam ni. 

Bas berhenti di kawasan PBH. This PBH is the executive office & official residence of the Korea Head State. Alah, tak pergi dekat pun dengan PBH ni. Hanya nampak dari jauh je. Snap gambar pun dari jauh je berlatarbelakangkannya.


Snap dari jauh je, behind us Presidential Blue House
Lepas tu berjalan ke National Folk Museum plak. Bolehla 15 minit juga berjalan kaki. Museum ni terletak di dalam kawasan Gyeongbokgung Palace. So dalam perjalanan tu, kiri kanan ialah istana lama bagi Korea sejak zaman Dinasti Josean. Kata Sophie, istana  tu bukan original pun sebenarnya. Ia dibina pada tahun 1395, then siap dah terbakar & ditinggalkan selama 3 kurun dan dah siap dimusnahkan oleh Empayar Jepun pada awal kurun 20an, dan dibina balik oleh Kerajaan Korea.  


On the way to National Folk Museum. This museum is in Gyeongbokgung Palace area
National Folk Museum ialah meseum negara Korea. Kat dalam tu, banyak la replika2 yang ditunjukkan untuk menggambarkan sejarah hidup penduduk Korea pada kurun terdahulu. Ada 3 bahagian pameran dalam museum ni. Bahagian tersebut ialah sejarah penduduk Korea dari zaman prasejarah hingga tahun 1910 iaitu berakhirnya Dinasti Josean, cara hidup penduduk Korea pada zaman kuno & kitaran hidup bagi rakyat Korea. Sebab museum ni luas & tak cukup masa, kitaorang melawat 1 part je. Kalau tak silap part tentang cara hidup rakyat Korea pada masa dahulu. Boleh la tengok cara diorang kawin, cara merawat orang sakit, keranda etc. Pusing2 satu stadium, dengar Sophie memberi penerangan pasal kedudukan king & pegawai2 istana di throne, then keluar untuk ke Gyeongbokgung Palace plak.




Getting married in ancient times for Korean...
Gyeongbokgung Palace bermaksud istana (Gung) yang diberkati dari syurga (Gyeongbok) yang dibina dari zaman Dinasti Josean di mana pengasasnya ialah King Taejo. Kat sini luasnya sampai kitaorang pun x larat nak berjalan dah. Dah la kitaorang ni buta sejarah sikit. Makna buta tu ialah tak minat sejarahla. So ala2 mengantuk & tak bermaya je jalan. Tengok istana pun sepintas lalu. Tak ada pun niat nak tengok dekat2. Alah istana zaman dulu kan. Bukan lawa pun interior dio. Kalau istana zaman sekarang, nak la juga tengok sofa apa yang raja guna, toilet macam mana, ada jakuzi & sauna tak, tempat makan macam mana, bilik tidur luas mana, bilik baju ada berapa pintu almari dia. haha!!! Bengong kan. Lama juga kat sini. Kalau tempat lain dah semput nak kejar masa, tapi kat sini siap boleh lepak2 lagi. 


This building called Hyangwanjeong Pavilion. The bridge named  Chwihyanggyo connects it to the palace grounds. The name of the lake is Hyangwonji.
This is Gangnyeongjeong which is king's main residing quaters.
This building is called Gyeonghoeru which is function as royal banquet hall. In the lake, have fish which was the descent from the dynasty Josean.
The building behind the them is called Geunjeongjeon which is function as throne hall.
The last palace for ours to visit is Geunjeongjeon as the picture above which is function as throne hall. Lepas tu, terus ke next destination. Sebenarnya banyak je lagi istana kat dalam tu. Ada library, ada istana permaisuri, istana ibu bagi raja dan etc. Tapi kitaorang dah bosan. Dah tak lalu nak tengok. So ambil gambar pun yang mana nak je. 

Lepas tu bergerak ke National Ginseng Centre. Kat sini, tak boleh snap gambar. Confidential sikit kot as ginseng memang dilindungi oleh kerajaan Korea. Kami disambut oleh Chinese hansome guy yang asalnya dari Malaysia. Memang hansome!!Haha boleh cuci mata yang layu dek kerana tengok palace tadi. Sebab dia Malaysian, so penerangan dia campur2 dalam Bahasa Melayu & English. Penerangannya sama macam Sophie juga. Katanya,  ginseng kat Korea mmg bagus sebab ia ditanam selama 6tahun. Putera Mahkota Jepun yang susah nak dapat anak pun akhirnya dapat seorang puteri kes makan ginseng dari Korea. Sophie juga cakap, datuk dia yang mengidap penyakit kencing manis boleh bertahan selama 20tahun sebab makan ginseng. Ok la, memang tiada penafian, ginseng tu bagus. Tapi barang bagus harusla mahalkan. So kitaorang yang miskin papa kedana ni dok melangut je la tengok Mr Choo, Madam & Papa Singh beli ginseng. Memang tak mampu nak beli pun. Harganya bukan ratus2, tapi mencecah ribu riban. Dan rasanya, kalau bawa balik pun tak ada la makan beriya kot. Sebab rasanya tak best, pahit!!Untuk sihat, sekarang ni mampu makan vitamin Shaklee je. Nak makan ginseng nanti kaya raya baru boleh cuba. huhu!!!Tapi ntah bila nak kaya raya tu tak tahu la.

Lepas tu pergi makan lunch kat restoren Korea. Sobsob, back to Korean food. Kat sini ada insiden malang berlaku kat Papa Singh. Jap, nak cerita sikit pasal restoren kat Korea ni. Kat Korea ni, semua pelanggan akan makan kat meja jepun je. So memang tak sesuai untuk siapa2 yang bertubuh besar. Nanti susah nak bangun. So sebab tu, bila makan kat Korea Restaurant, Papa Singh akan duduk atas meja ataupun diberi kerusi rendah yang dia boleh duduk. Lunch kali ni, Si Sophie tu terbagi kerusi yang kecik kat Papa Singh & menyebabkan dia tersadung jatuh sebab tak mampu nak tampung dengan berat badan Papa Singh. Sedang semua orang dok syok makan, tiba2 dia jatuh kat depan Madam. Semua terkejut dah. Diam serta merta. Semua pun slow je makan. Berkabung la kononnya. Sebab jatuh tu, dia tertongkat kat tangan yang dia dah memang cedera. So berlaku sedikit kecederaan sampai kena bawa ke hospital. Semua orang pun risau kat Papa Singh. Tapi ditenangkan oleh Madam. Katanya, nak buat macam mana. Dah nak berlaku kan. Papa Singh juga tenangkan kitaorang katanya jangan risau. Lepas tu, barulah semua sambung makan dengan semangat sikit.

Lepas lunch, kitaorang ke Cosmetic Shop. Tapi lupa apa namanya kedai ni. Memang glamour juga sebab bila sampai, bas beratur berbaris2 bawa tourist masuk ke kedai tu.  Kat sini, Sophie hanya memperkenalkan kitaorang jenama Dr MJ  je. Staff dia memperkenalkan product2 yang dari Dr MJ. Boleh tahan banyak juga. So melalui tester, i try satu2 mana2 yang boleh try. Bila try, rasa macam berkenan kat peeling gel which is function to remove dead skin. So tanpa dirancang, grab satu gel tu. Hah memang tak 'rajin' hayat ni beli cosmetic mahal giler. Harganya 28,000won bersamaan dengan RM84. Tu pun sebab beli banyak, so boleh discount. Sebelum ni nak beli pencuci muka berharga RM30 pun terketar2 tangan nak membayarnya. Lama juga kat sini. 1 jam kot. Lepas tu terus ke Seoul World Cup Stadium. Kat sini kitaorang berpisah dengan Papa Singh. Dia dan Mr Choo ikut bos Sophie untuk ke hospital. Then tinggalla kitaorang berlapan sahaja. Kat stadium ni, kitaorang sempat solat jamak Zohor Asar di bilik persalinan pemain. Bangga!!!Bukan senang nak masuk bilik persalinan pemain ni. Thanks to Sophie. Teruja giler sebab World Cup 2002 memang sangat nostalgia for me. huhu!!!

Stadium ni ialah salah satu stadium yang digunakan semasa World Cup 2002 di yang berlansung di Korea-Jepun. Memang ingat sangat2 world cup ni sebab masa tu i hantu bola & hantu David Beckham. Memang hantu giler. Bukan sahaja World Cup, Piala Juara2 Eropah pun bangun pagi2 buta sebab nak tengok Beckham main. Masa tu dia sangat hansome, sangat gentleman (x tahu ada kaitan dengan bola ke dok) so teruja giler tengok dia kat padang bola. haha mood gedik!!!Memang menangis bila England kalah dengan Brazil untuk masuk ke separuh akhir masa tu. 2 3 hari juga bad mood sebab England kalah. Memang teruk sungguh. Bila sampai kat stadium ni, so ingat la kenangan 2002 tu. Nostalgia giler.haha!! Tapi England bukan main kat stadium ni pun. England main kat Jepun. Stadium ni venue bagi pasukan Perancis, German, Korea, Senagal, China & Turkey. So tempat persalinan baju pemain yang kitaorang masuk tu actually tempat Zinadine Zidane, Michael Ballack, Thierry Henry, Fabien Barthez & etc. Masa tu memang gang2 ni menguasai bola sepak dunia. I akan kenal kalau sebut Ronaldo, Fabio Cannavaro, Luis Figo, Roberto Carlos, Oliver Kahn, David Seamen, Ronaldinho, Rio Ferdinand, Kawaguchi, Raul Gonzalez & ramai lagi. Masa tu, memang tak kenal pemain bola sepak Malaysia. Langsung tak pandang diorang. Sekarang ni bila tanya dah tak tahu siapa pemain bola. Dah bersara tengok bola. Kenal Messi & Christiano Ronaldo je. Tu pun sebab my bro minat Messi & Christiano Ronaldo kalau siapa tak tahu memang buta sukan la. Sekarang ni, kenal pemain TRW je. Tu pun sebab Ayu sentiasa dok warwarkan nama diorang. Kalau tak, tak kenal juga. Sebenarnya bukan ni je stadium world cup kat Korea ni. Ada lagi kat Incheon, Busan, Suwon, Jeju Island & banyak lagi. So kitaorang sempat tengok 2 venue je iaitu kat Seoul & passed by kat Jeju Island.


Outside the stadium
"This is Seoul World Cup Stadium" said my niece
Tempat persalinan baju pemain jadi tempat solat kitaorang. Happy giler dapat masuk sini. Stadium kat kelate pun x pernah masuk...


In the stadium...

Lepas tu bergerak ke Dangdaemun. Dongdaemun ialah tempat shopping. Emm nak describe pun tak reti pasal Dongdaemun ni. Besar sebenarnya tempatnya. Ada 20 shopping malls kat Dongdaemun ni. Ada 2 section mengikut fakta di internet. So memang besar. Yang kitaorang pergi hanya ke Doota & bangunan sebelah Doota yang dah lupa namanya. Kat Doota tu tak yah cakap la barang branded giler. So memang bukan tempat kitaorang yang cikai2 ni. Kitaorang lalu2 cam tu je. Pergi masuk ke 1 kedai souvenir untuk beli cenderamata then terus ke bangunan sebelah. Kat bangunan ni, harga barangnya ok la berbanding kat Doota tu. Tapi sebab semua barang kena darab dengan 3, makanya melangut juga tengok barang. Nak beli beg mahal, nak beli baju mahal, nak beli kasut mahal. At last bawa balik nail clipper,  purse, t-shirt, fridge magnet je. Tu pun semput2 tak cukup duit juga. Lepas tu semua orang janji akan jumpa depan Doota untuk ke Itaewon plak. Jumpa Papa Singh & Mr Choo balik kat sini. Alhamdulillah, Papa Singh ok. Tak terseliuh pun, cuma retak je. Tapi retak tak retak, kosnya ribu2 juga. Kalau kena kat i, memang tak balik ikut diorang dah, kena jadi buruh paksa kat Korea sebulan dua sebab tak mampu nak bayar medical fee. huhu!!!

Lepas tu bergerak ke Itaewon. Yeay suka2 sebab sampai juga Itaewon walaupun tiada dalam itinerary AlQuds. Kat sini tempatnya sesuai untuk Muslim kot. Senang je nak makan sebab banyak reataurant yang ada tanda halal. So nak masuk pun tak waswas dah. Malam tu, makan makanan Marocco. Double yeay!!!Suka suka. Eh kejap, bukan suka makan makanan Marocco, tapi at least bukan Korean food. At least, kalau masuk restoren ni akan jumpa ayam, nasi beriani, kambing (walapun tak suka), but better than ikan, nasi lembek & kimchi. Makan agak berselera juga malam tu. Lepas makan, kitaorang bergerak ke last destinasi untuk hari tu iaitu N Seoul Tower. This is the place of shooting Boys Over Flower. Tripple yeay sebab boleh tengok tempat Jun Pyo & Jan Di dating. Tapi harapan nak naik atas tu tinggal harapan je sebab naik separuh je. Tak sampai la kat kaki tower tu. Sedih sobsosbsob!!!Alang2 dah datang, kenapala si Sophie ni tak naik sampai atas. Bukan nak naik skyway pun. So harapan nak tengok tempat dating Jun Pyo & Jan Di dating musnah berkecai. Harapan nak bergambar dekat dengan keychain2 love couple pun juga musnah. Waa!!!Tak pe lah farah, tengok tower dari bawah pun ok jugak la. Kalau orang tanya dah datang ke tak, jawab dengan kuat & konfiden..datang korea mestila kena datang N Seoul Tower. **ayat kes nak memujuk hati. huhu!!!


di kaki bukit N Seoul Tower..


Next: Shopping day!!!






No comments:

Post a Comment