Monday 6 February 2012

what is the meaning of incentive???

Hari ni hari ke 15 sambutan Chinese Nwe Year. So that's mean Chap Goh Meh. Kebiasaan di office i, hari ni haruslah semua staff yang dah kahwin atau still bujang dapat angpow from our Boss...Toche Toche Boss..!!!Bila lagikan nak dapat duit dari boss..hihi!!!

But this year is very different meh!!Ni pun still rasa gigil2 lagi. Betullah tak percaya. Agak2 sebab tahun naga air kot??Adoi, haru kejap. Entah happy, entah konfius...Sungguh perasaan still cam tak percaya!!!Adeh,  macam jumpa kekasih hati je gayanya...

Alkisahnya begini. Hari ni pergi office cam biasa. Yang luar biasanya hari ni, audit team semuanya memakai baju ala2 merah kononnya nak sambut Chap Goh Meh la. Padahalnya, tak ada apa aktiviti pun. Dari 2 3 hari lepas i dok gosip2 ngan my jiran cakap kat dia, bos bagi tak ang pow tahun ni..kata my jiran, wajib la bagi. Tak kan still tak faham bos akan bagi ang pow pada hari last CNY.

So around kol 12 t/hari cam tu, dia dah start panggil staff dia masuk bilik. Start with our senior, Miss Chan. Yang senior lain, tak tahu la plak dia panggil bila lagi. So lepas Miss Chan, entah siapa yang bos panggil. Memang menjadi kebiasaan kat office, bila bos bagi ang pow, setiap orang kena pergi bilik dia seorang demi seorang.

Miss Kee yang panggil i untuk masuk ke bilik bos lepas tu. Mula masuk, ingat terus nak bagi ang pow, rupa2nya dia suruh betulkkan akaun dulu. Cheh, baru je berkobar2 nak dapat duit ni. Lepas bincang tak sampai 5 minit, bos dengan malu2 kucing cakap "emm ni ang paw, macam biasa la & ini satu lagi saya bagi incentive. Jangan hebohkan sebab bukan semua yang dapat"

I memang dah blur time tu. Ok, yang ang pow tu memang sampulnya kurus keding je. So dah tahu dalam tu ada berapa RM. Yang sampul incentive tu memang tebal sungguh. Dalam hati, berapa dapat incentive ni???Berapa? Berapa dan berapa??betul la sangat suspend. I memang tak tahu nak cakap apa kat bos. Just "thank you boss & happy Chap Goh Meh" Entah orang wish ke tak Chap Goh Meh tu. Main taram je. Lantak la. Sebab dah terharu sangat masa tu.

Bila keluar dari bilik bos, Miss Chan tanya, "aikk mu bulih 2 ang pow jugak, ada anak ke??" So i dengan selamba cakap "anak tekak ada Miss Chan" Betullah time tu nampak Miss Chan sengeh2. Ingat dia dapat jugak. Tapi kata My Jiran, Miss Chan just dapat ang pow. Hah!!!Biar betik.Betik pun tak macam ni. Tapi nasib baik la my jiran, Da dan kuha pun dapat juga. So kitaorang tak bising2 la. Tak tahu siapa lagi yang dapat. But kata my jiran, rasanya si empat ekor yang tak segar ni je dapat kot. ehh tak kanlah??tak logik kot...memang tak logik sungguh!!!

Bila petangnya, my jiran memang dah tak sabar nak tahu dalam tu note duit apa. RM 10 ke, RM 1 ke, RM 50 ke kan??sampul incentice sendiri tak nak buka. Nak juga dia suruh i buka incentice i. So i cakap, tak kot RM50. Maybe RM1 ke, RM 10 ke kan. Bos kasi RM100, so sampul tu teballah. My jiran dengan confidentnya cakap, " no, no, i'm very sure, it will be RM50 inside" chewahhh, memang la yakin sungguh. I dengan gaya degil pula cakap, "tak kan la bos begitu tak segar" Balasnya "if betul, mu kena belanja," Then i said "ok, nasi k.wok boleh" So close deal la dengan my jiran.

I pun dengan terkedek2 pergila buka sampul incentive tu. & memang betullah, all note is RM50. Wow!!!Bos dapat durian rintuh ke tahun ni. So my jiran bagitahu " i'm sure, the amount will be RM500 or RM1000" I diam. Memang gaya macam betul. & kuha pun dan mengesahkannya yang duit dalam tu ada RM1000. Astaqfirullah, murah rezeki sungguh la. Tiba2 dapat RM1000. Memang Syukur yang amat!!!

Bila balik rumah, tak bukak tudung lagi i melulu masuk bilik then buka sampul tu. ok suspend ni walaupun dah tahu dapat RM1000. Kalau RM 1000, maknanya ada 20 note duit kertas RM50. Oke, dengan penuh lahap i kira "1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18..aikkk biar betul. dah nak dekat 20 keping, tetapi kenapa masih ada banyak lagi note RM50 yang tak kira.ok sambung "19,20,21,22,23,24,25,26,27,28,29,30,31,32,33,34,35,36,37,38,39,40"

Hah, biar betul..RM2000!!!!terus gigil  badan. Memang gigil. Betul la terkejut sampai pucat ni. Biar benar ni??Ya Allah, rezeki sungguh la. Tapi bos baik macam ni, tak sampai hati nak resign plak. Ya Allah, terus tak kata apa2. Terus lepas tu, i start motor ke rumah kakak. Mesti kena gosip dengan dia dulu. Bila cerita kat dia, boleh dia cakap "abishla, boss minat kat mu" eh eh...apa la kakak i ni kan. Buat lawak antarabangsa pun ada. 

Sekarang ni bila fikir, memang rasa tak percaya lah. Tiba2 dapat RM2000. Hujan tak, ribut tak. Gaji pun tak banyak ni. Baru je pos lepas cerita pasal 10 kunci pembuka rezeki. Memang sekarang i'm trying to zikir to Allah always. Alah, pagi & malam je pun. Siang2 macam biasa je dok melalaknya. Betulllah macam kata surah AlBaqarah ayat 152 " Maka ingatlah kepadaKu, akupun akan ingat kepadamu,..."Ya Allah syukur yang amat. Memang lepas ni semangat nak ingat Allah berkobar2 la. Semoga usahaku sentiasa intiqomah, walaupun sedikit je. Insya Allah!!!

No comments:

Post a Comment