Sunday 12 February 2012

adam & hawa...

Ni tajuk bukulah yang ntah berapa kali dah khatam. Siap ingat lagi dialog2nya. & scene apa lepas ni. Tadaa, kat bawah ni buku yang dimaksudkan..


Amik gambar cover belakang sebab ada cik ted. Ngehngehngeh!!!Haha...Teringat la kat buku ni sebab dah tahu siapa hero & heroin yang nak berlakon dalam drama dia nanti. So bagi komen kat sini. Nak komen kat fb kang, nanti seluruh dunia tahu yang haku ni obses kat buku nih. haha!!!Yang mengarut2 jange diwarwarkan kat satu dunia. Sini, semua orang tak tahu aku dok merepek sorang2...kehkehkeh!!!

Baca buku ni ntah tahun bila. Tapi masa kat U kot. Tu pun pinjam. Bila baca 1st time, wah meroyan beb kejap. Wah bestnya, bestnya!!!itu lah feeling masa tu. Baca start pukul 10 malam kot, then sampailah 4 pagi lebih kurang. Tak habis jugak, tapi sebab mata dah mengantuk time tu, so lena. Then pukul 8 pagi bangun sambung. Wah boleh plak bangun. Biasanya, kalau dah tidur pukul 4 pagi, pukul 12 t/hari pun belum tentu boleh buka mata. Bagus sungguh la kalau buat kerja yang tak berfaedah macam ni. Disiplin sungguh. Cuba try kalau stay up for the good thing, macam baca buku ilmiah ke, huh!!! jangan harap nak stay lama. Memang 5 minit je tahannya. kok pun tak sampai. Lena sungguh lepas tu.

Tapi nostalgia jugak la baca buku ni. Sebabnya buku ni lah yang menyebabkan diriku meroyan kat pilot sampai skang tak kebah2. Huh!!Padahalnnya dah berapa kali cakap ni, pilot tu drebar je!!!Grrrr..Sampai skang jugak la dok cakap nak lelaki cam Adam Mukhriz Gallespie tu (entah betul ke dok ejaan ni). Sebab dah over tepu baca buku ni, so skang ni tengok je lah bukunya kat rak buku (ini buku yang dicuri dari bilik anak sedara). So before dia balik, sekadar buat hiasan la kejap kat bilik ni. Tapi rasanya tak baca dah kot. Kalaulah meroyan sangat nak baca, rasanya belek2 je part2 interesting. Tak adanya tiba2 naik angin nak baca dari page ke page. Dah over tepu sampai ingat la semua dialog2 & nama2 watak dalam ni. Memang besar sungguh penangan buku ni. Bila dah terover tepu ni, tiab2 rasa feeling, ehh biasa je ceritanya. haha!!!

So lepas ni, buku Adam & Hawa ni akan diadaptasikan ke drama. Memang can't wait. Tapi sekarang shooting pun tak lagi. So mahunya lagi tahun depan baru nak tayang. Dah la tayang kat Astro. Biasanya kalau cerita Astro, lagu latar dia memang hampeh la. Then i plak Astronya tak ada. So alamatnya tengok kat internet je lah. Drama ni berepisod 80. Huih, banyak sungguh. Kalau la Astro tayang 1 episod je seminggu macam cerita Bicara Hati, mahu tahun 2014 baru habis tayang. Entah apa la yang nak diceritakan. Pastinya akan meleret2 & tambah2 scene. Scene tadika je maybe dekat 20 episod agaknya. Yelah, dah banyak2 episod, memang confirmlah banyak plotnya mace cerita indon tu. Dah siap2 nanti akan ada shooting kat India lagi. Entah scene apa kat India tu. Dalam buku tak ada pun. So nantikan jelah.

Ni gambar Am & Ain yang bakal berlakon nanti. Ntah ngam ntah tak.


Yang Am tu ok sebab memang Aaron ni rasanya sesuai kot nak pakai sut pilot tu. Yang Ain plak, tak pasti. Pernah la jugak tengok Nadiya Nisaa ni berlakon dalam cerita Cun. Tapi, haku tengok Cun pun tak habis. Bosan lorh. Dalam ombak rindu pun dia berlakon tapi hanya untuk 5 minit kot. Tapi dia dah menang anugerah, so kira ok la kot ehh. Tapi sungguhlah, memang rasa cam tak ngam. Huhu!!!Macam haku plak yang jadi pengarah ni. Kuikuikui!!!Tapi ok kot eh amik dia dari Memey ke, Nabila Huda ke, Fasha Sandha ke...

"Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya, bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengan untuk dilindunginya & dekat di hati untuk di cintai"

"My love for you dies when the last petal of these roses falls"
(Ni bukan ingat, tapi pergi belek buku & copy cat..ngehngehnegh!!!!)

haha, touching, touching!!!dulu tu kira touching giler bila baca 2 quote ni. Yelah, memang la penulis buat watak hero tu sungguh2 la lelaki idaman malaya. Dah la akhirnya Am tu jadi beriman plak. That's whylah gila kejap. Sebab rasa buku ni best giler, so bila baca buku lain, rasa tak boleh nak tanding dengan buku ni kecuali AA & BB. 

So sekian untuk ulasan buku kali ni. Next, buku lain plak if ada yang best jugak!!!!

No comments:

Post a Comment