Tuesday 16 October 2012

korea~~day 1 (airport day)

Day 1: Pagi: LCCT  T.hari-Petang: Dalam flight  Petang: Incheon Airport  Malam: Jeju island.

Day 1 yang sangat mencabar minda & fizikal. Dari Tune Hotel ke LCCT memang dah kalut dah. Sebab kalutnya, semua orang pun lewat pagi tu. I pun lewat. Memang pagi tu kelam kabut giler. Sebabnya bilik sempit sangat, so i tak boleh lari2 & main campak2 semua barang senang2. Jalan sikit katil, jalan sikit pintu, jalan sikit luggage. Adoihai...tensen pagi2 buta. Dah la barang2 i dah tukar2 beg dah semalam. So i pening2 tak jumpa barang.

Sampai LCCT lebih kurang dah 7am lebih. Dah lewat sebenarnya sebab kena drop luggage 2 jam sebelum penerbangan. Lari2 kat LCCT tu cari kaunter drop luggage sampai lupa nak security check. Nasib baik lepas je luggage kitaorang. Kat kaunter, bergaduh plak dengan orang AA yang jaga kaunter tu. Katanya tak boleh group check in, kena sorang2. Haa memang cuak semuanya. Yelah, luggage makanan je dah 17kg. Mana la tak over kg. huhu!!! Nasib baik semua boleh masuk kargo. Pheww!!!!

Bila dah settle, barulah lega. Duduk2 dulu kat depan International Departure tu dalam 15 minit. I & my niece makan roti for breakfast. Amik gambar kitaorang yang pakai baju I Love Malaysia ni. Semangat pergi beli kat Giordano. Baju tu dah la hutang dengan Tan. Balik korea baru bayar. Tapi nak bagi mood happy since this trip dari awal lagi dah suram, so banyakkanlah aktiviti baju seragam ni. 

I Love My Team.
Lepas Kastam, merayau2 kat area2 gate. Sebab dok dalam tu tak dengar apa, baru i tahu yang kat luar hujan lebat giler. Haihh sampai ke akhirnya kitaorang diuji. Flight delay 1 jam plak tu. Nasib la delay je, kalau cancel, memang haru bercuti 1 minggu di KL. Haha!!! Bila kitaorang dipanggil ke flight, masa tu hujan dah reda. I doa banyak2 moga perjalanan dipermudahkan. Dalam flight, i duduk dengan Madam & Papa Singh. Ntah macam mana boleh berpecah dengan diorang ni. Cis!!!Tapi ok je sebenarnya since Madam cari tempat lain yang kosong nak tidur, so tempat tu i conquer sorang2. Boleh tidur baring lagi. Bagus2!!!

Dalam flight 6 jam memang bosan giler. I bukan jenis naik flight then lentok. Ohh it's not me melainkan i memang giler punya penat. Naik bus malam ke KL pun i tak tidur sangat. Just tidur2 ayam. Lepas makan, tidur, jaga, ke toilet...Rasa cam k.terbang tak gerak2 padahal pilot kat depan tu dok pulun menekan pedal minyak.**konon bawak k.terbang cam tu. Huhu!!!Dah la i tak ada entertainment. Muzik tak ada, buku tak ada, yang ada hanya AlQuran. Bukak AlQuran, mata tiba2 mengantuk plak. Cis, syaitan memainkan peranan baik sungguh. So lentok la kejap. 

Bosan giler atas flight sampai sempat lepak kat hot seat. Dah siap2 kena halau dengar stewardess lagi. huhu!!
Around 5.20 (waktu Korea), Alhamdulillah, selamat landing di Incheon International Airprt. Hati masa tu memang berbunga2 dah. Atas k.terbang dah boleh tengok Bandar Seoul. Dalam hati "Ohh this is Seoul". Sebelum ni tengok dalam cerita je. At last sampai jugak. At last!!!Lepas settle semua Kastam, pergi tunggu beg. Lama giler nak tunggu beg. Rasanya lebih setengah jam kot. Bosan yang amat.

Keluar dari Arrival Hall, jumpa dengan Tour Guide, Sophie. Pening2 lalat sebab Tour Guide yang diberitahu ALQuds namanya Gina skang dah bertukar Sophie. Dia kelam kabut dapatkan kitaorang & bagitahu kejap lagi kitaorang akan naik k.terbang lagi ke Jeju Island . Hah biar betik. Salah dengar ke?? Schedule ke Jeju Island 3 hari befofe balik. Tapi Sophie bagitahu, since Jeju Island masa tu ok dari taufan, so better pergi awal. Risau kalau2 2 3 hari lagi kena taufan lagi. Semua orang dah tak jejak bumi dah masa tu, dengan penat & lapar, tiba2 bagitahu kena naik flight lagi 1 jam ke Jeju Island. So berlari2 lagi ke kaunter & kena buat process check in & drop luggage lagi. Ya Allah, kusut sungguh la process2 ni. Sampai satu tahap sebab bosan, Nurul bagitahu dia dah tak minat pilot. Bosan giler naik flight hari ni. Nak jeluokk tgk kapal terbang. Haha!!!Memang lawak giler.

Beratur di kaunter Asiana untuk check in & drop luggage.
Kitaorang naik flight Asiana. Rasanya Asiana setaraf AA kot. Tapi service memang bagai langit & bumi dari AA. Stewardess memang sangat sopan santun. Word 'Kamsamida' tu memang tak lekang dari mulut mereka. Even sesama stewardess kalau diorang bagi barang sesama sendiri, akan cakap kamsamida. Lembut je dengar & sedap je telinga mendengar. Ntah pukul berapa sampai Jeju International Airport. Semua orang pun dah cam apa dah. Lapar!!!Turun k.terbang, naik bus ke tempat amik luggage. Ni satu lagi beza dengan AA. Kalau AA, 2km pun tempat nak amik luggage, kira berjalan kaki la. U get what u pay kan. Nak murah sangat. Miss Kei siap naik ambulance lagi. Memang bagus sungguh service dia. Ni tak naik Korean Air lagi. Haha berangan!!!

Lepas siap amik luggage semua, berlari2 lagi ke bus, heading to the restaurant. Dalam bus Sophie cerita sikit2 pasal Jeju Island. She said that Jeju Island is 3 times bigger than Singapore. Ohh besar jugak la kan. Kami ke restuarant apa ntah namanya. Seafood restaurant, of course. Dari luar kedai memang dah terbau hanyir ikan. Menusuk kalbu sungguh. Dari perut yang lapar, terus jadi sebu bila bau kedai. Tengok menu, waa tension. Memang la dah agak, tapi bila makanan di depan mata, rasa cam nak nangis. Dan dan tu jugak rindu nasi k.wok. Waa sedapnya nasi k.wok. Actually i alah dengan bau ikan & nasi lembek. Ohh tak boleh telan. Tiba2 je pandai makan nasi dengan chopstick. Sebab nasi dia melekat2, senang je nak cocok2 nasi tu masuk mulut. Memang sah2 lepas ni kena telan menggi. 

Korean food. really really not suit my taste...
Lepas tu, terus ke Hotel. Dalam 5-10 minit je dari restaurant. Nama hotel, Jeju Hawaian Hotel. Dalam bandar juga. Dekat2 hotel tu ada kedai2. Lepas letak beg, i, da, tan & nurul merayau di kedai depan hotel. Lepas tu lepak2 ambik angin luar. Sejuk, tapi sangat nyaman. Sampai sekarang pun i can feel suasana nyaman tu. Ohh sangat rindu~~~

Next day: Jeju Island day!!!

No comments:

Post a Comment