Wednesday 17 October 2012

Korea~~2nd day (Folk Village & tangerine farm)

The whole day: Jeju Island!!!

Jeju Island day!!!Rasanya i start aware pasal Jeju Island ni lepas tengok cerita My Girl. Masa tengok tu, ohh  terdetik hati " Wow, Jeju Island sangat cantik" Kalau la satu hari boleh datang. Ya Allah, syukur sangat at last boleh jejak juga kaki kat sini. Tak ada yang boleh komen pasal Jeju Island...One word only "Subhanallah". 

Tour start pukul 9.00am. Before tu turun breakfast kat Korean Restaurant di hotel tu juga. Tak ada apa yang i boleh makan melainkan roti, jem strawberry, susu, cereal & orange juice. Setiap hari except udong day, i dok makan makanan yang sama for breakfast. Mula2 ok la. Tapi bila dah seminggu dok telan benda sama, perut pun dah sasau teringat nasi air dingin berangan. Haha!!!

After breakfast in front of the restaurant...Siap sedia nak jelajah Jeju Island!!!
Dari hotel, destinasi pertama ialah Folk Village. Sepanjang perjalanan, mata melilau2 tengok keadaan sekeliling. Ada bukit bukau & padang. Cantik!!Bila lalu kat kawasan berbukit bukau, terasa macam kat highway on the way ke KL plak. Hijau je except kat Jeju island banyak kuda di kawasan sekitar. Dalam bus, Sophie memberi sikit penerangan pasal Jeju Island. Katanya, Jeju Island terkenal dengan 3 perkara iaitu batu, angin & wanita. Sebab tu boleh nampak kincir angin & batu kat mana2 di Jeju Island. Wanita plak golongan majoriti sebab lelaki keluar ke laut mencari rezeki. Bila dah jauh sikit perjalanan, dah boleh nampak identiti sebenar Jeju Island. Rumah2 kat sana sangat unik. Macam kotak je. Kalau rumah tradisional, bumbung dia lain dari yang lain. Kata Sophie, rumah2 tradisional kat sana diberi subsidi oleh kerajaan korea untuk mengekalkan ke dalam bentuk asal. Dekat setengah jam juga baru sampai ke Folk Village. 

Sampai je kat Folk Village, kami disambut oleh Unnie. Dia memberi penerangan dalam Korea & Sophie yang jadi translator. Memang dah hafal kot ayat2 Unnie tu. Rasanya si Sophie ni tiap2 minggu ke Folk Village bawa pelancong. Kat Jeju Island ni memang glamour dengan pak cik batu ni. Kat mana2 pun pasti akan nampak dia. Kata Unnie, pak cik tu ada banyak simbol.  Simbol kekayaan, anak & ntah apa lagi. Nak sebut pun dah tak ingat. Kot2 lari fakta.

Snap with the pak cik batu Jeju Island. Annesayo pak cik. We are here to visit you!!
Folk Village tu kampung yang menggambarkan budaya & tradisi hidup penduduk di Jeju Island pada zaman dulu2. Memang pelik juga cara hidup diaorang. Start dari bentuk rumah, perhiasan rumah, cara nak tadah air, buang air, pagar, memang sume pun lain. Nak kata unik, tak tahulah. Rasa better kat Malaysia lagi kot. hihi!!! Kitaorang amik masa lama juga kat sini. Tinjau2 kawasan kampung. **kampung pun, beli barang boleh bayar dengan credit card okes!!! Unnie beri penerangan pasal rumah, pasal batu, pasal toilet, pasal ntah apa2 lagi (dah lupa), &  at last benda wajib, unnie memperkenalkan produk yang limited edition yang hanya ada di Jeju Island. 1st produk ialah air.**air apa ntah. Setiap orang akan mendapat rasa yang berbeza mengikut tahap kesihatan masing2. Dah lupa juga kalau rasa manis sakit kat mana, rasa pahit sakit kat mana. Again tak boleh nak pandai2 sebab ianya fakta. **kan bagus kalau masa unnie cakap, buka buku & tulis. Ilmu patut kena tahu kan??

Lepas tu, unnie memperkenalkan produk madu asli & last serbuk tulang kuda. Ye ke serbuk tulang kuda? tulang belakang kot. haha!!hancur sungguh. Nak tulis detail, tapi tak ingat plak. I tak makan pun serbuk tu. Haruslah tak boleh makan kot. So jangan la cari pasal. Tan, Mr Choo, Madam yang non muslim tu makan je. Kata Mr Choo, rasa macam nestum. Tan plak, nak telan nampak cam terpaksa je. Kat sini i tak beli apa2. Mr Choo kot beli serbuk tu. Kitaorang yang lain sibuk bergambar kat luar. Haaa satu lagi fakta pasal Jeju Island, bila sampai sini kitaorang tertanya2 kenapa banyak kuda kat Jeju Island ni. Kata Unnie, kuda ada banyak kegunaan. Boleh tunggang, makan, boleh buat kerja, boleh guna tulang belakang buat serbuk **kata Unnie, serbuk tulang belakang kuda tu baik untuk tenaga & macam2 lagi. 

Lepas bergambar kat kawasan kampung, bergambar lagi di tepi jalan, amik gambar jalan, amik gambar pemandangan belakang yang ada kincir angin, amik gambar atas batu **see betapa gilernya kitaorang dengan gambar. haha!! Lepas tu Sophie dah menjerit2 panggil kitaorang naik bas nak ke ladang tangerine plak. Tak jauhnya pun dari Folk Village. Dalam 10 minit dah sampai. I kenal ladang tangerine ni pun after tengok cerita My girl. Scene yang si Yoo Rin mencuri tangerine kat ladang Gong Chan. Tiba2 je ingat cerita ni padahal tengok sekali je. Sampai sana, terus masuk ladang tangerine. Ohh besar juga ladangnya. Tapi hijau je. Buah tangerine still tak 'masak'. Daun & buah, warna tak ada beza sebab dua2 pun hijau. Kalau yang ada warna oren tu, pasti buah tangerine yang plastik. So kitaorang berlakon la ambil gambar yang kat buah warna oren tu. Lepas ambik gambar kat batang pokok, daun, buah, so kitaorang ke depan for shopping plak. Produknya ialah chocolate, biskut, buah tangerine, & etc. Beli juga biskut & cholate kat sini buat balik Malaysia. Boleh la bahagi2 sikit dekat jiran & family. Tapi chocolate, i hentam semua. Dekat hadif pun tak bagi. haha jahat & kedekut sungguh mak sedara!!!


Serbuk tulang belakang kuda. "Yummy like Nestum" Said my boss


Ini kandang kuda. 

Unikkan rumah dia. Atap pun unik. pagar pun unik. 

Tepi jalan pun nak bergambar. Tapi yang mahalnya gambar ni, ada kincir angin kat belakang **nampak ke?
See hijau je. Tak nampak beza buah & daun...

Join us shopping here...Nak order boleh call no kat signboard. hehe!!!

**Next entry...Jeju Island lagi. Very long day kan...Kena buat banyak entry!!!

No comments:

Post a Comment