Monday 29 October 2012

Korea~~ Jeju lagi.

Last post for Jeju. Sehari je pun kat Jeju. Tapi ceritanya panjang menjela.

Next destination ialah Cheonjiyeon Water Fall. Perjalanan dari Seongsang IIchulbong rasanya sejam lebih juga. Dah lupa masa perjalanan. Tapi memang bosan pun dalam bas. Nak tidur, mata nak tengok pemandangan luar. Actually nak tengok kot2 bas lalu kat shooting secret garden. Alah scene yang garisan penamat yang diorang lawan lumba basikal tu. Sebab before pergi lagi, dok berangan2 nak tgk tempat tu. Tempatnya biasa je tepi pantai, yang cantiknya sebab ada kincir angin. Tapi tak nampak la plak. Maybe lalu or maybe tak lalu. Mana la nak cam sangat kan. So apa lagi aktiviti nak buat selain makan. Buka keropok, 'cakkedis', coklat & segala 'mokniko' makanan yang beratnya 17kg tu. Keropok tu siap makan dengan pencicah lagi. Haih, memang boleh buat jamuan je. Naik bas, kalau tak makan, borak & kalau penat barulah tidur.

Bila sampai, turun bas je bergambar sementara Sophie pergi ambil wheelchair untuk Kee. Ni salah satu i like Korea most. Mana2 pun ada kerusi roda. Kat Nami Island pun ada kerusi roda. Kat dalam museum pun ada kerusi roda. So Kee tak ada la penat memaksa diri mengejar kitaorang. Memang kasian kat dia. Harusla penat giler berjalan ikut kami yang normal. Cumanya, kitaorang kena gilir2 tolak Kee ikut berat badan. Haha!!Lucky me yang kurus keding ni. Tapi most of the time, Sophie yang akan tolak.

Sama macam Mt Seopjikoji & Seongsan IIchulbong la, mana2 pun nak amik gambar. Depan pusat maklumat pun nak bergambar. Masuk dalam apa lagi, depan peta bergambar, dekat pasu bunga pun bergambar, atas jambatan pun ambil gambar. Gambar ikan koi dan itik dalam sungai **sungai ke cam tu** pun ambil jugak. Bukan apa, ikan tu besar sangat. So dah tak jumpa kat Malaysia, ikan pun jadi koleksi gambar kitaorang. Jalan lagi, jumpa souvenir shop, jumpa pak cik jeju island, jumpa pokok2, kat tepi sebelah kiri arus2 air terjun, kat tepi sebelah kanan hutan belantara. At last jalan lebih kurang 10 minit, jumpa juga dengan tujuan utama kitaorang iaitu air terjun. Speechless sama cam mt seojikoji & seongsang IIchulbong. Terus excited nak bergambar berlatarbelakang kan air terjun tu. Lama juga ambil masa kat sini. Ambil gambar solo & group. Kat sini tak shopping pun. 

Then heading to Teseum or teddy bear museum. Haa ni memang tempat yang ditunggu nak pergi. Pity to Madame, Papa Singh & Mr Choo yang keboringan kat sini. Sophie bagi masa tak lama pun nak menjelajah 1 meseum ni. Around 1 hour kot or 40 minit lebih kurang. So start dari entarance lagi, i & my niece cepat2 masuk & bergambar kat almost tedyy bear yang ada dalam tu. Yang lain memang kitaorang tinggal. Nak kejar masa punya pasal. Actually, sebab excited sangat nak masuk sini lepas tengok cerita Princess Hour. Haa dalam cerita tu memang teruja giler nak datang. Tapi bila masuk, eh eh, kat mana scene dalam cerita tu. Betul ke scene tu difilemkan kat teseum ni. Sebabnya tak ada la besar mana pun meseumnya. Tapi tak kan la kot ada 2 teseum kat Jeju Island. Lepas berkejar-kejaran bergambar dengan mak nenek teddy bear yang ada dalam tu, so terus ke souvenir shop. Before pergi tu ada la juga niat nak membeli seekor. Tapi bila tengok harga, haa memang tak mampu la den. Mula la berangan nak dapat pak we kaya ni. Yang kecik je harga dah berapa. I plak nak yang boleh peluk. Sebab kalau beli yang kecik, alamaknya duduk dalam kabinet buku la patung tu. So wassalam. Kenangan tengok dalam gambar je la. My niece, Adibah & Tan sibuk shopping. So malas la layan diaorang. I terus keluar dari kedai tu. Lepak2 kat bangku dengan Madame, Papa Singh & Mr Choo yang siap2 beli makanan dah. Agaknya, diaorang ni tengok sekadar lalu je kot. Amik la 2 3 keping gambar buat syarat.

Next destinastion is Mystery Road & last Dragon Head Rock. Yang Mystery Road tu mmg i pening. Haihh nape boleh jadi destinasi pelancongan tak tahu la. Kenapa mesti boleh jadi destinasi pelancongan yang terkenal? waaa tempatnya lebih kurang jalan kat my kampung je. Cuma ada la pokok2 kat tepi jalan tu yang tak ada kat Kg Morak. Misterinya jalan ni ialah dari start point, bas yang kitaorang naik tu akan memberhentikan enjin bas. Nampak ke depan, jalan seperti menaik. So that mean, bas tak akan boleh naik kalau tak ada enjin. Tapi misterinya, bas terus boleh bergerak ke depan dan ke depan hingga la last point. haa kenapa? Misteri ke? haha. Tapi i pun pening2 juga mulanya. Ada apa dengan jalan ni. Mula la otak berfikir, kenapa kat jalan ni je, jalan lain tak boleh buat ke? Jawapannya senang je, "This is an illusion. Due to the lack of a true horizon, subconsciously our judgement of a slope is misled by the false horizon in that area" Hasil carian di internet kes tak tahu nak explain. Ngehngehngeh!! Lepas menikmati pemandangan, experimen air & bau yang sungguh harum kat sini, so terus ke next destinasion yang jaraknya lebih kurang masa perjalanan 15 minit or lebih or kurang. hihi!!!

The last is Dragon Head Rock. Ni pun konfius juga kenapa boleh jadi tempat pelancongan. Haih..mengeluh!!! Yang nak tengok kat sini ialah batu yang kononnya berkepala seperti naga. Seketul tu je. Adoi la. Boleh la nampak ala2 naga. Tapi ala2 je. Kalaula hanya ada seketul batu je, mahu je menjerit. Waaaaaaa!!!Yang boleh dimaafkan, sebab batu ni kat area laut. So bolehla menikmati keindahan laut. Masa kitaorang sampai tu, matahari dah terbenam pun. So nampak cahaya matahari di kaki langit je. Then nak bagi tarikan kot, ada la seekor mermaid bersimpuh kat depan tu. Mak guard batu tu kot. Nasib la kat sini spend time 15 minit je. Amik gambar ala kadar. Sebab ala kadarnya ialah mood dah tak ada sejak misteri road tadi lagi & ditambah dengan batu seketul ni yang lagi2 menghilangkan mood, then sebab dah gelap, kamera pun dah tak dapat fokus. Then masa tu memang dah penat giler & lapar. Dengan harapan makanan dinner malam ni chicken chop ke, mee goreng mamak ke, nasi ayam ke, crab salted egg ke. haha angan2 la selagi boleh tu.

Memang angan2 semata la. Waa nak nangis lagi bila tempat makan malam tu ialah kat kedai semalam yang hidang nasi dagang tu. Nak nangis lagi. I tgk kedai pun dah tak lalu. So nak makan apa ntah lagi. Lauk nya lain la sikit dari semalam. Tapi memang i dah tak boleh terima. Bawak keluar segala jenis sambal pun i dah tak mampu nak telan dah masa tu. Semua orang pun muka cam sedih giler. I & madam lagi sedih giler. Waa!!kena telan maggi lagi malam ni. Makan dengan muka ala kadar, terus balik bilik. Diaorang exclude me & my niece keluar santai2 kat bandar jeju malam tu. Siap2 shopping kosmetik lagi. I dah penat nak berjalan. Lagipun mood dah ke laut mana ntah sebab tengok makanan tadi. So lepak kat bilik je la layan Am lagi bagus. Lagipun, kaki dah rasa sakit2. Duduk lama je, bila bangun jadi sakit & kejang. Padahal bukanlah sejuk mana pun. Malam tu, i nak kemas baju pun rasa tak larat. Terketar2 seluruh badan. Minyak angin plak tiba2 missing in action. So main campak2 barang dalam luggage cam tu je. Esok pagi2 nak kena bangun awal pagi sebab dah check out. Dah nak balik Seoul...Byebye Jeju Island. Tak tahu boleh datang lagi ke tak. 


In front of the entrance...

with my niece at Teseum, Jeju Island


The reason we were here. Waterfall with the height of 22 mt & width of  12 mt. Waterfall  as the bridge between earth & heaven.

at teseum with the 'perosak gang'

Dragon head rock. Ada nampak cam kepala naga tak?

Mystery road



No comments:

Post a Comment