Wednesday 24 July 2013

janji dengan Allah vs janji dengan manusia...

Janji dengan Allah iaitu solat di awal waktu, mengaji, tak mengumpat, menutup aurat, berdoa, berzikir dan etc. Bukan senang nak tepati janji dengan Allah. Yeah solat. Tapi kalau Maghrib pukul 8 lebih baru nak gerak ke toilet. Kalau Isyak, ok tidur dulu then kadang2 pukul 5 baru tersedar balik nak solat Isyak. Orang lain bangun nak Qiam. Memang ntah apa2. Then nak mengaji, nak berdoa, nak berzikir bukan sesenang hati bangun & buat. Kena pujuk-pujuk diri dulu, atau kalau dah terlebih insaf, atau terasa sangat teruk berbanding orang lain, baru nak terhegeh-hegeh nak buat semua tu. Sangat susah nak laksana. Kadang2 dah pujuk2 diri sendiri... "bangun la, kejap je solat. 5 minit je" tapi tubuh rasa macam kena gam uhu. Tak bangun & terus tidur. Ya Allah.

Tapi janji dengan manusia, cth: nak tunggu call ke, nak jumpa kat mana2, really puntual. Selalu akan sampai before the time. Sangat bagus. Sangat berdisiplin. Dan contohnya macam apa yang sedang dibuat sekarang. Now, i'm waiting for the call from someone that really important. My client, to settle the account. After breaking the fast, terus solat Maghrib & now sedang tunggu dia call.

Iman sangat lemahkan? Dah tahu kelemahan sendiri, tapi tak insaf2 jugak.....

No comments:

Post a Comment