Sunday 24 March 2013

panas dunia.. luar & dalam

Ya Allah, panasnyo kelate sejak 2 menjak ni. K.Norni kato, sari2 suhu kat kelate bulih gi ko 44darjah celsiuh. Sungguh tok nawok, sero panas sapa nok bbakar muko2. Doh ko make vitamin Alfafa. Vitamin ni panas sikit. So keadaan suhu badan rasa nak terbakar. Panas muka, panas kepala, panas kat seluruh badan. So sebab tu insaf kejap2. Ni baru panas dunia & vitamin. Tapi nak sihat jugak, so makan juga Alfafa ni. Tapi kurangkan dos. Sekarang ni, minum air 1.5l pun rasa sikit je. Tak gi toilet berkali2. Nak buat macam mana, badan sangat perlukan air. Dalam aircond pun berpeluh macam lari marathon 1km. huhu!!!

Ni baru panah dunia. Panas matahari. Panas disebabkan pemanasan global. Tu pun rasa tak mampu nak alami. Panas kat akhirat, Ya Allah tak boleh bayangkan. Nauzubillah. Semoga diri sendiri, keluarga tercinta, sahabat handai dan semua muslimin & muslimat dijauhi dari azab di akhirat. Amin amin amin!!! 

Teringat cerita pemimpin Turki Mustafa Kamal Atartuk. Pernah terbaca dalam blog mana ntah saat dia mengalami kematian. Disebabkan dia terlalu zalim, ketika di saat kematian dia, Allah panaskan badan dia sehinggakan bomba mencurah air ke tubuh dia pun tak mampu nak tahan rasa panas. Panjang lagi ceritanya. Tapi dah tak berapa nak ingat. Kot2 kalau tulis lari fakta pula.

Apapun, tahan sahaja dengan cuaca sekarang ni. Panas dalam hati pun panas juga. Tapi sabar sabar. Hari ni boleh lagi gelaran beruk dari orang tu. Hari tu dapat bodoh. Hari tu dapat b**i. Hari tu dapat gelaran hantu. Sian kat hati saya. Memang dah imune dengar word2 macam tu. Tapi saya bukan robot. Ada rasa sedih & sakit hati. Kenapa dia suka sangat cakap benda2 mencarut macam tu. Awak ayah pada 3 orang anak. Apa awak akan rasa kalau orang cakap macam tu kat anak2 awak? Anak awak bodoh la. Ni kerja b**i yang buat. Or beruk punya kerja??

Sebab dia suka cakap macam tu, kadang2 terfikir, betul ke saya jahat sangat? Mungkin tak sedar kot saya jahat & awak je mampu nampak. Sian ma & abah saya yang mendidik saya. Saya sekolah pun sekolah agama. Sikit2 pun, tahu apa yang boleh buat atau tak boleh buat. I'm trying to be good people everyday. Tapi ada orang macam awak, tiap2 hari saya rasa benci giler. Awak dah serapkan aura benci kat hati saya. Saya tak kacau kerja awak pun. Tak juga tarik rezeki awak. Langsung tak rasa apa jika awak dapat rezeki berganda2 dari saya. Tapi kenapa awak cakap benda2 mencarut macam ni. Mungkin salah saya, saya buat bising kat office. it's out of my control. Tapi tu bukan benda besarpun yang sampai awak nak cakap benda yang tak sepatutnya.

Ya Allah, kalau kehadiran hambaMu yang sorang ni hanya nak uji kesabaran hati ku, kuatkanlah hatiku lagi & lagi. Tapi kadang2, rasa dah tak mampu nak tengok & dengar. Kasian kat hati saya. Baru je nak serap masuk jiwa kasih sayang, dah terlebih serap masuk aura benci. So that's why, hati saya neutral je. No feeling. Semua benda pun no feeling & biasa2 je...

No comments:

Post a Comment