Thursday 21 February 2013

still tak hilang..

Adeh... demam gi Korea still tak hilang nampaknya. Padahal dah dekat 6 bulan masa berlalu. Nak buat cam ne, ni kan negara oversea pertama yang dikunjung. Harus demam bagi lama sikit. Alah, bukan demam apa sangat la. Ni still teruja dengan kebersihan toilet di sana. Still terbayang2 kebersihan & kecanggihan toilet di Korea. Berangan lagi, kalaulah tandas awam kat Malaysia macam ni. Bagus kan???

So misi nak toilet bersih diteruskan kat rumah sendiri. Hari tu dah puluh2 ringgit habis nak beli segala bagai pencuci, semalam pergi beli plak berus nak 'gahal' lantai bilik air bagi berkilat sikit. Sebelum ni dok 'gahal' guna penyapu je, tak puah hati la sebab nampak tak berkesan pun. 

So dah beli berus tu, tadi menjalankan misi mencuci bilik air bagi clean & clear. Nak kasi wangi semerbak jugak. Gahal punya gahal, adeh sakit seluruh tubuh ni. Waa!!! Sakit pinggang, sakit belakang, sakit tangan... ni la padahnya lama tak exercise. Padan muka diri sendiri. & ni simpton2 nak masuk 30an jugak. Ohh sedar la diri yang tinggal tak berapa bulan lagi umur dah nak masuk 30. Nak buat cam ner, dah lahir tahun 1984, makanya tahun 2014 dah  berumur 30. Waa tak boleh terima kenyataan giler.

Apapun, deman Korea yang ni paling bagus sebab dah mengikut separuh dari iman. Bukan setakat solat je yang kena buat, kebersihan juga is part of Islam. Tapi macam negara yang bukan Islam plak yang banyak mengamalkan dalam part ni kan. Rasanya negara Jepun or Singapore pun bersih juga toilet diorang. Tak pe, tak pe, harus pupuk diri sendiri menjaga kebersihan dulu. So, as a muslimah solehah ** kononla solehah** saya akan cuba menjaga kebersihan tak kira di mana as Islam said "kebersihan itu separuh dari imam"...  

Sekian.. coretan di hari Jumaat, penghulu segala hari!!

No comments:

Post a Comment