Thursday 28 February 2013

Misi menghabiskan bahan..

Banyak sungguh misi diri sendiri 2 3 menjak ni. Tapi bagus jugak, dari dok melangut ajo tanpa buat apa, baik banyakkan aktiviti especially di hari minggu. Sebab cuti hari minggu 2 hari yang bersamaan 48jam tu, aktivitinya hanya makan & tidur ajo. So masa terluang memang sangattttttttt la banyak.

Misi kali ni ialah misi nak habiskan bahan2 yang dibeli untuk buat kek. Alkisahnya macam ni, masa my niece balik Malaysia last month, dia beriya mengidam nak makan RV kek. So masa chatting dengan dia sebelum dia balik tu, i cakap kat dia, jom jom buat RV kek memandangkan i memang dah lama koya2 nak buat RV kek sendiri sebab kek yang dibeli masa new year hari tu tak berapa nak sedap. Kononla, kalau buat sendiri lagi kebabom rasa dia. Memang payah kalu suko koya nih. haha!!!

So, bila my niece balik, kitaorang berdua + my sist yang tukang tolong bayar semangat ke kedai nak beli bahan2 nak buat kek. Nama kedai tu "barang kita". Kedai ni memang kedai khas untuk membeli bahan nak buat kek & biskut. So, kuantiti yang dijual untuk satu2 bahan tu agak banyak berbanding kalau beli di shopping mall. Kitaorang taram ambik je, tak kira dah berapa gram or kg. So bila sampai rumah, baru sedar yang kitaorang ni dah terover beli bahan nak buat RV kek. Padahalnya, nak buatnya sebiji je, tapi tengok bahan tu macam nak buat berbiji2.

Sebab my niece balik Malaysia 2 minggu je, so tak sempat nak buat kek banyak kali. Sempat buat sekali je. Tu pun, tak jadi sebab kek tu dah jadi macam apa ntah. Tapi anak2 sedara yang kecik tu makan je. Siap puji lagi sedap. Tu masa kek tu still panas la. Masa dah sejuk, memang tak lalu. I makan sikit je. Lepas tu, dah tak ada selera nak makan. Bila my niece dah balik mesir, i teruskan la misi nak habiskan bahan tu. Bahan tu still banyak. So kalau tak buat memang membazir. Dah la my sist yang tolong bayar. So rasa bersalah juga kalau tak buat.

Kali kedua buat, i buat kek coklat. Recipe diambil dari my office mate.  Then buat lagi kek yang ketiga iaitu RV kek lagi. Recipe RV kek kali ni diambil dari hasil carian recipe di internet. Sebelum ni mintak recipe dengan k.yan je. Lepas tu bawak RV kek tu ke office, bagi gang office makan sebab diaorang ni dok mintak lama dah suruh i buat. Walaupun i cakap RV kek yang i buat pertama kali tu tak jadi, diaorang ni mintak juga nak makan. Kata diaorang "tak pe tak sedap pun, kitaorang tutup mata je kalau tak sedap" cheh, ayat poyo je diaorang ni mintak simpati. Ayat ngepom!!! haha...

RV cake~~ 1st edition yang tak berapa nak jadi...  Tapi topping cake ni lagi sedap dari 2nd RV cake..
2nd coklat cake yang tak berapa nak moist.. haha!!
2nd RV cake... ada peningkatan dari yang pertama kali buat. Warna pun dah merah more than 1st one. Madam Surinder kasi markah 80 so that's mean i got A. haha suka suka!!! Cuma topping tak jadi sebab terover masuk whipping cream. Kek pun tak gebu & lembap. Cam ne ehh orang lain buat cake gebu & lembap? i buat tak jadi pun..


yang paling best... RV kek ni mendapat sambutan hangat bila..............









Tadaaa........




Habis licin dalam masa sehari je. Yeay suka suka!!! hehe





No comments:

Post a Comment