Saturday 28 January 2012

Banduan, bas henti-henti & juruterbang.....

Suspend2 tengok tajuk...kihkihkih!!!Tapi ni kisah benar yang langsung tidak direka semata2..

Kini my kampung yang tercinta terdapat seorang penghuni yang i sangat takut. Sungguhla takut. Dia ialah seorang banduan yang dikatakan tidak berapa siuman, then bekas pembunuh dan suka kan gadis2...Sukakan gadis2 tu i tak pasti sangat la pernah rogol ke, atau cabul ke. Tapi part of that. Actually, i don't know about him until my sist asked me this question one day " mu tak takut kat dia ni, dia ni tak berapa betul, dulu2 pernah jadi pembunuh & suka kat perempuan. " Grrrr dengar je dah seram tengkuk ni. Dah la my hobby after balik kerja ialah melepak kat rumah my sist & my brother hingga malam2 buta. Kadang2 sampai kol 9.30 malam pun ada. Kadang2 kalau dah ada aktiviti makan2, kol 11 malam pun balik je sorang2. Aishh ni dah jadi macam ni, takut plak nak balik malam2 ni. 

Alkisahnya hari ni keluar pergi KB with my friend. Nak pergi dengan motor memang jangan haraplah disebabkan i seorang yang penakut nak bonceng orang lain kecuali my mum. Drive kereta tak reti plak. So kalau dah pergi KB dengan kawan dari kampung, memang akan naik taxi or bas ke KB. Masa tengah tunggu bas kat tepi jalan tu, si lelaki yang diceritakan kat atas ni lalu depan kitaorang. Ya Allah, memang menggeletar ni seluruh tubuh. Dah la dia lalu ada la dekat 10 kali depan kami berdua. My friend tu dah tahu kisah dia ni. I dah story mory awal2 kat dia. Dengan dia2 sekali takut. Masa dia lalu tu, kitaorang buat2 tengah bercakap & langsung tak pandang dia dah. Lucky dia tak hansome. haha!!!sempat. Takut sungguh la kalau dia cam & aim i lepas ni. Grrr menggeletar seluruh tubuh. Dalam menggeletar tu, i baca ayat kursi sefocus yang boleh. Ingat2 balik makna ayat kursi tu. Harap2 dia ni tak lalu depan kitaorang lepas tu. Then memang betulla, lepas tu dia tak lalu dah & seminit kemudian, kereta sewa pun muncul. Buruk pun naik la. Driver tak hansome pun tak kisah dah.Haha!!sempat je. Ya Allah, syukur sungguh la. Naik je kereta, i rasa lega yang teramat. Leganya macam bila kapal terbang landing dengan berjayanya kat landasan. Syukur2. Harapannya, jangan la terserempak dengan dia lagi dalam keadaan yang dekat macam tu & kalau terserempak lagi semoga Allah lindungi i & family dari bahaya dan malapetaka disebabkan perbuatan dia.

Sampai KB tu, kitaorang jalan2 satu KB. Shopping & makan2. Balik plak dengan bas 43. Waaaa nostalgia sungguh la bas ni. Buruk ke, bau busuk ke, ramai orang ke, memang bas ni je yang lalu kat kampung i.. Memang selalu je bas ni kena sumpah seranah dengan i sebab selalu je lambat & penuh cam tin sardin. Dulu ingat lagi berebut2 nak naik bas ni. Dengan mak cik2 yang bawa sayur tu i rempuh naik. Yelah, kalau dah terlepas, memang berzaman plak nak tunggu next bas datang. Haha!!!nok sukow bilo teringat ni. Dah lama tak naik. Last naik dengan my niece last year kot after gi dentist. Wahh memang bagusla bas ni hari ni. Dengan tak ramai orangnya, dengan ada aircondnya. Aman damai je dalam bas. Tapi kenangan bas henti2 bernombor 43 ni memang nostalgia buat i. Sejak i tahu macam mana nak ke KB sendiri, memang bas ni sangat berjasa. Dulu, masa ulang alik dari rumah ke sekolah naim, tiap2 hari berkejar dengan bas ni. Walaupun sekarang dah upgrade sikit naik motor DAB 4360, tapi jasa bas bernombor 43 ni tak akan dilupakan. Tq to pak cik2 bus yang berjasa, kira cam pilot jugak la. haha!!!nak jugak sebut pilot yang diminati. 


Tapi kenapa la minat pilot sangat ehh? Pilot tu actually driver je. Cuma yang lebihnya dia bawa AIRbus & bukan LANDbus...huhu!!!yang lain, sama je kerjanya. Menghantar penumpang pergi dan balik dengan selamat ke destinasi yang dituju. Macam naik bas, driver bertanggungjawab menghantar penumpang dari KB yang nak balik ke UKM dengan selamat. Pilot pun sama, dia bertanggungjawab menghantar penumpang dari KB yang nak balik ke Machenster University dengan selamat. Adehhh!!!destinasi luar negara tu sebenarnya yang lebihnya pilot. waa actually i ni sebab meroyan nak ke oversea, bukan meroyan kat pilot sangat. Pilot hanya driver. oke, fullstop. Ni kes tiba2 cemburu dengan pilot dapat gi oversea FOC!!!grrrrr.


No comments:

Post a Comment