Sunday 2 October 2011

Syawal dah abis....

Pejam celik pejam celik, bulan Syawal dah sampai ke penghujungnya...Syukur Alhamdulillah, habis juga la berpuasa 6 di bulan Syawal ni walapun dengan sedihnya tak dapat pergi ofis terbuka pejabat peguam kat tingkat bawah. Sobsobsob!!!macam sedih je tak dapat makan...haha!!!

Bulan Syawal tahun ni memang la sibuk berofis terbuka. Yelah, di sekitar cnc je, ada 3 ofis buat jamuan hari raya iaitu Sentosa, pejabat arkitek & pejabat peguam. Memang la meriah satu bangunan. Yelah boleh berkenalan di antara jiran tetangga & mengeratkan silaturrahim. Haha!!!baik je bunyinya ayat poyo nak eratkan tali persaudaraan tu. Yelahkan biasanya, kalau berselisih tu, paling2 sopan yang i akan buat ialah senyum je lah. Kalau mood tak ok, buat2 tak nampak. Huh!!!tabiat yang satu ini memang kena ubah. 

Apapun, semoga di bulan2 lain sentiasa meningkatkan amal ibadah. Istiqamah yang pastinya. Walaupun buat sedikit je amal ibadah, kalau sentiasa istiqamah, itu lebih baik dari tidak beramal langsung. Insya Allah.


No comments:

Post a Comment