Tuesday 4 October 2011

KB - KL- IKEA - Bandung

Wah...wah..wah...tajuk post kali ni macam yek yek je i pergi Bandung. Hah, bagus sangat kalau ia memang betul. Tapi pelik jugak kan, dalam nak pergi Bandung tu tiba2 singgah IKEA. haha!!! Hakikatnya begini...dari Kota Bharu, i naik kereta ke KL selama 8 jam untuk hantar my niece ke KLIA. Yang Bandung tu part angan2 yang tak jadi kenyataan...kihkihkih!!!Yang IKEA plak antara tempat yang dilawati semasa i ke KL. 2 hari berturut2 plak tu melepak kat sana. Hah ambik nak jalan IKEA sangat sampaikan dah bosan yang amat nak lepak sana. Tapi next time boleh je nak lepak lagi.:)

Alkisahnya macam ni, minggu lepas my office-mate (Tan, Da, Kuha & Miss Chan) nak ke Bandung sebab office trip. I plak, disebabkan terkena perintah berkurung sejak Sarawak last year, so memang la awal2 dah give up tak nak ikut. Diaorang semua pergi selama 4 hari (28.9 - 1.10). So akan ambil cuti hari Rabu & Khamis. I pun, ikut ambik cuti jugak selama 2 hari tu. Yelah, dah semua audit team tak ada, memang haru la i nak duduk tercongok kat office sorang2. Dah la sekarang kerja tak ada. So by hook or by crook, i kena cuti juga. Tak kisah la melepak kat rumah & tido 24 jam pun. huhu!!!

Tapi kebetulan hari yang sama, my sister ajak i pergi hantar my niece ke KLIA. Ayoo, memang bagaikan pucuk ulam mendatanglah. Cuti dah siap2 ambil, so apa lagi, pergi meronggeng ke KL la jawabnya 4 hari. Memang macam kebetulan yang amat je kan. 

So hari Rabu tu, dalam area 9.30 pagi lebih kurang, kitaorang (my sist's family termasuk i) bertolak ke KL dengan naik Mercedes yang dipandu oleh my BIL dengan harapan sampai KL pukul 1 t/hari sebab lepas tu terus nak lepak IKEA. Tapi angan2 memang boleh. Realitinya, kalau dah 9.30 baru bertolak dari KB, memang poyo sangat nak sampai KL dengan hanya 4 jam je. Dah la my BIL tu memang buta cket jalan KL. Reti sampai tol Gombak je. hehe!!!


Sepanjang perjalanan tu, me, my niece & my nephew 8 jam dok melalak dalam kereta. Adoi, sakit anak tekak eden. Yelah, dah bosan dalam kereta & radio dalam kereta my BIL tu tak boleh pasang, so hanya dengan iPod & HP je la sebagai sumber muzik. I plak, memang la suka menyanyi (walaupun anak sedara cakap suara i tak sedap). So memang 8 jam tu melalak sahajalah. Tak tahulah my sist & BIL tension ke tak. haha!!!Dah la lagu yang dipasang cuma 3 lagu je kot. Sebabnya hanya 3 lagu tu je yang telinga i & my niece nak dengar masa tu. Lagu korea plak tu. So kitaorang berdua memang happy je melalak. Yang orang lain plak yang terlebih tension kot. Patutla my BIL asyik potong double line je. Haha!!! 


Sebetulnya, kitaorang sampai KL lebih kurang pukul 5p.m kot di tol Gombak. Then lepas tu tunggu my BIL punya adik untuk datang ambil kitaorang untuk ke rumah dia di Puchong Jaya. Tapi disebabkan jalan jem or something happened, yang si adik minta my BIL redah sendiri hingga ke tol apa ntah i pun tak pasti. Akhirnya, dengan penuh confident my BIL drive by himself in KL. Alah, confident la sebab jalan lurus je. Akhirnya sampai juga kat Puchong Jaya lebih kurang Maghrib.


Lepas tu, siap2 nak ke IKEA. Kena pergi juga IKEA malam tu sebab my niece nak ikut juga. Esok dah tak sempat pergi dah sebab flight dia pukul 3p.m. So lepas solat & makan malam, kitaorang bertolak ke IKEA malam tu. Malangnya, on the way to IKEA tu jalan jem & menyebabkan kitaorang sampai IKEA dah 9.20 p.m. Yang IKEA plak tutup pukul 10p.m. So rush la kitaorang jalan2 dalam tu. Yang orang lain tak kisah la tak sempat nak jalan pun sebab boleh datang lagi esok hari. Tapi yang my niece ni, kasian plak kat dia. Dah la first time datang. i know the 1st time feeling. Mesti teruja yang amat. Tu yang dia siap2 ambil gambar & berangan2 nak ada rumah macam decoration in IKEA walaupun dalam rush.  I mintak dia jalan cepat2 sebab IKEA ni memang besar. Kalau nak tawaf semua, makan masa 2 3 jam baru habis. Within 40 minutes, so apa sangat yang boleh tengok. Apapun, dia kenal IKEA juga akhirnya. & my sist also kenal IKEA tu macam mana. Tak ada la blur2 bila kitaorang sebut IKEA.


Our journey from KL-KB memang la sangat haru. Kereta Mercedes my BIL tu dah macam tin sardin dah. Ketat yang amat. Walaupun my niece dah keluar sorang dari kereta & barang dia yang boleh muat satu cargo tu dah tak ada, tapi gantian kepada barang my niece lagi banyak kot. Dah la penumpang pun tidak berkurang sebab my brother, Jeji datang ke KL dengan flight & balik dengan kereta. Kat KL tu, i shopping beg troli & kerusi IKEA. My sist plak shopping kotak kat IKEA. Dan yang paling haru, my brother & my BIL shopping skirt kereta & carpet kereta. Ayooo, bonet kereta memang penuh sungguh. Dalam kereta tak yah cakap, dengan skirt kereta pun kena letak dalam sebab tak muat dalam bonet. Sepanjang perjalanan tu, kitaorang di belakang tak boleh bergerak pun. Statik je duduk. Adoi, tension je. Apapun, have a nice holiday. Best plak lepak KL kali ni. Boleh lepak dengan Sue kat Times Square & spent a night a syu's house.


Tapi tak ada plak gambar nak post kat sini. Memang tak ambil gambar pun. Kalau ambil, kat KLIA & IKEA je. Tu pun, ada dalam my niece punya iPod.

No comments:

Post a Comment