Saturday 2 November 2013

adam & hawa vs adam & hawa 2

Alahai, kenapa la Aisya Sofea sambungkan cerita Adam & Hawa kepada buku ke2. Memang habis rosak cerita. Waaa habis rosak ke'gentle'man Adam Mukhriz Gallespie yang menjadi kegilaanku bertahun2 lamanya. Sobsobsob!!!

Selalunya begitulah, kalau ada sambungan cerita, tak kira la novel ke, drama ke, memang akan jadi sedikit rasa tak puas hati. Bukan sedikit, banyak la tak puah hati. Dah dah la sambung. Cerita tu happy ending dah kan, so cukup takat tu je. Kalau sambung lagi, memang pelamin anganku musnah la gayanya. Haha!! Dah merepek meraban after baca novel Dekatnya Cinta aka Adam & Hawa 2.

Habis watak Am yang gentle, caring, setia, sabar. Musnah habis. Waaa!!! Romantik pun hilang jugak. Double Waaa!!!! Sebetulnya, mungkin Aisya Sofea nak ceritakan yang setiap manusia ada kelemahan. Tak perfecto!! Macam Am yang ada sifat buruk iaitu cemburu buta sebab sayangkan Ain sangat. Masa buku 1, x adalah penulis cerita panjang sifat ni. Tapi buku ni, memang giler2 la penulis cerita. So bila dah cemburu buta, makanya kesan dari itu akan timbul sifat panas baran, tak percaya dengan Ain, tuduh bukan2, tak mahu terima penjelasan Ain, tak nak terima nasihat orang sekeliling dan macam2. Dan diriku ini memang tak boleh terima kenyataan lagi lelaki idaman malaya yang ku jatuh cinta bertahun2 lamanya jadi macam tu. Watak novel kan, kena la perfecto. Kalau dunia realiti, ok la. Haha!!! Falsafah tang mana haku amik pun tak tahu la. Orang tulis novel nak bagi pengajaran, bukan nak koya semata2. Dah la masa baca tu, asyik2 terbayang Aaron Aziz, asyik2 terbayangkan Nadiya Nisa. Kalau Am tengking Ain pun, terbayangkan Aaron Aziz tengking Nadiyaa Nisaa. Tetiba watak Am yang caring & romantik bertukar watak kepada watak Malik Kl Gangster. Haha!! Rosak rosak.

So habisla cerita Adam & Hawa. Memang dah tutup kes. Tak minat sudah. Kat pilot pun tak minat doh. Haha teruk tahap gaban sungguh. Macam cerita benar je gayanya. Now can't wait to see in drama The Wedding Breaker aka Ariana Rose. Dan kalau dapat sambutan macam Adam & Hawa, jangan la Evelyn Rose sambung cerita TWB. Nak buat cerpen pendek or jadi special appearance dalam novel yang hero & heroin lain boleh. Tapi kalau sambung jadi full book yang TAK & AR yang hero & heroin, takut2 akan rosak watak especially watak TAK la yang kini menjadi lelaki idaman malayaku. Hahahaha!!! putus fius sudah...............

No comments:

Post a Comment