Saturday 11 May 2013

sudah habis dibaca ini buku...

My Precious Iris akan MYPI nama pendeknya. Nak buat reading summary for this book...

Buku ni dibeli di Pesta Buku Antarabangsa KL. Thanks to my old fren Hazlin yang sanggup beli & bawa balik dari KL-KB. Alkisahnya, nak kata rapat dengan Lin tak jugak. Dia kawan SK.Morak dulu2. Kalau bertegur sapa pun kat fb je. Tu pun komen jarang-jarang yang amat. Dah glamour kat fanpage Melur Jelita pasal peminat2 sangup menunggu berjam-jam lamanya kat pesta buku demi mendapatkan buku ni membuatkan diriku teruja bersama. Yelah kan sequel I love You Stupid aka nama pendek ILUS. Mesti la nak baca kesudahannya. Yang Lin plak siap2 tulis kat wall fb yang dia nak ke pesta buku, so apa lagi,bagai pucuk ulam mendatang la. Kata my fren Tan, ni la kawan. Time nak guna dia je lah terhegeh2 nak cari. Mata duitan katanya. Haha!! Tan ni pun, agok2 la nak kutuk. Sorry ye Lin, memang hati tak boleh tahan nak tunggu buku ni di pasaran. Sampai sekarang pun belum ada di kedai buku biasa. Di Pesta Buku Antarabangsa hari tu lah tarikh pelancaran. Tu lah semua peminat Melur Jelita aka MJ sanggup ke pesta buku demi nak mendapatkan buku ni. Kalau haku ni dah kira tahap kegilaan nak membaca, orang lain lagi bergila2 hingga tahap apa ntah. Ada yang sanggup beli tiket flight nak ke KL demi buku ini. Kuat sungguh penangan hasil karya kak MJ.

Yeay MYPI dah kat rak maknanya dah habis baca la. Kalau ILUS kena ambil masa 1 bulan nak habiskan, MYPI dekat 1 minggu juga baru habis. Tak sempat nak baca sekaligus. After balik kerja baru boleh mengadap buku. Rajin kan saya?? Penat2 pun buka buku. Haha!!!

I always like MJ motto for her book.. "Dengan adanya Allah, semuanya tak mustahil" Dari buku Awak Suka Saya Tak (ASST), then ILUS hingga ke MYPI motto itu sentiasa dipegang. That's why la i suka dengan buku MJ. Sebab boleh ingatkan diri balik yang sentiasalah lalai untuk ingat Allah dalam semua perkara. Selalu je marah2, tak puah hati, rasa sedih, bosan, kat sesuatu perkara atau tak bersyukur dengan sesuatu perkara, sampai lupa Allah ada sentiasa. Allah yang sentiasa ready nak dekat dengan hambaNya asal hamba itu ingat Dia. 

Then, gaya hero-hero (ASST, ILUS & MYPI) yang boleh buat diri haku yang sentiasa gedik ni menggedik lagi lagi & lagi sampai lupa kat lelaki di dunia realiti. Sampai my niece pun tegur "dah dah la chu koya. Koya ko lelaki sebenar plak la" haha!! Cam no nak koya dengan lelaki sebenar, lelaki di sekeliling saya hanya ada anak2 sedara, abang2, abang ipar, sepupu2, bapak2 saudara & keluarga. Cheh nak buat apa koya kat diorang2 ni. Doakan yang baik2 sahaja untuk mereka yang disebut ni. Bukan untuk dikoya. Then lelaki2 lain yang dikira berada di sekitar ialah bos, kawan2 opih, lelaki sebelah opih, lelaki2 opih klien yang hanya berurusan sebab akaun jek. Waa lagi tensen sungguh!!! 

Then lagi satu, suka baca ayat MJ yang berbunga2. Memang bunga dio sampai haku pun tak faham sebab i kan jiwa kering kontang. Kadang2 blur. Kadang2 terlajak baco sebab berbunga sungguh. Entah apa kadang2 lagi pun tak tahu la. Dan suka juga fakta2 tentang Islam dalam buku yang boleh diambil pengajaran dan dipraktikkan. Lagi suka kalau hero2 yang bagi nasihat. Haruslah haku pensan terus. haha!!!

So masuk kepada summary of the book, rasanya pasangan suami isteri yang baru kawin, lama dah kawin, or suami isteri yang sedang-sedang gaduh, or apa lagi pasal suami isteri, duduk-duduk bersama dan bacalah buku ini. The whole book or almost 95% kot latar belakang dia pasal layanan suami kepada isteri & vice versa. Mana tahu, yang suami isteri yang sedang2 bergaduh bagai nak runtuh langit boleh berbaik semula baca ni atau yang dah kurang mesra layanan tu boleh diperbaiki atau yang dah memang mesra dimesrakan lagi atau apa-apa lagi situasi yang melibatkan suami isteri. Tapi kalau bergaduh tu, ada can lagi tak nak duduk2 bersama sambil baca novel?? emm.. ke isteri2 boleh bagi novel ni suh suami baca & praktikkan bersama apa yang MJ tulis. Kalau suami tak suka baca novel, tolong bacakan. Haha!! dah macam promosi plak dah.. kuikuikui!!!

Time baco tu emo jugak. Kadang siap "waaa sian Iris" So terus tutup buku. Kalau Firman plak yang kena aniaya "waaa firman. Ish sian Firman" Tapi lagi emo kalau hero la yang kena aniaya. Haha gedikkkkkkkkkkkssssssssss!!! Dah la Firman gentleman & caring giler dalam cite ni. Yang haku plak alah dengan lelaki gentlemen & caring. So meroyan meroyan kejap. haha!!!Haku ni dah gaya macam citer sebenar dah baca novel. Kalau bab-bab suspen tu meme suspen la. So tutup buku dulu amik mood. Then last-last sampai haku ni dah lost ending ni. Eh eh tak faham la. Berdebar sangat ke atau memang otak ku lembap sampai tak faham ending. Sampai sekarang pun macam tak faham sangat ending. Memang la happy ending, tapi macam pelik je. Ke MJ ni buat ayat bunga2 sangat sampai tak faham. Atau memang kasi ayat tersurat suh faham sendiri. Bukan i je yang tak faham, pembaca lain yang komen di fanpage pun ada je yang seangkatan dengan ku. Yang faham tu faham la. Kata yang faham, kena baca dari satu word ke satu word baru leh faham. Ohh itu kena tunggu. Kena start dari ILUS sampai ke MYPI la. Baru betul. Nanti bilo siap baca the total of the book 2500pages, kepala pun dah ting tong. Mana2 ingat Firman. Nanti tak pasal2 tengok my abah pun ingat Firman, tengok my bro ingat Firman, tengok Mr Choo pun ingat Firman, memang naye la. So tengah2 peak period ni, henti henti kan lah baca novel. huhu!!!

Apapun, thumbs up to Kak MJ. Dah addicted ni nak baca buku tulisan dia. Bukan semua novel i suka baca.  Sebab i beli buku ikut penulis bukan cerita. Kalau dah suka penulis tu, tak kisah la cerita tu tak best, beli tetap beli. Cuma kadang2 la terlepas beli juga penulis yang tak biasa baca kes terpengaruh dengan summary review kat fb. Haha!!! Cepat la kak MJ, nak buku no 4 plak. Can't wait......


No comments:

Post a Comment