Saturday 27 April 2013

i love my friends

Dah lama tak bercerita. Nak tulis banyak sikit malam ni. Sebabnya ada benda nak tulis lah. Ada topik yang difikirkan.

Yes i love all my friends. Tak kira kawan kat tadika ** macam dah tak ada yang kontek dah**, kawan kat SK. Morak, kawan Naim, kawan Matrik Arau, kawan UKM, kawan KHR, kawan C&C. Semuanyalah. I love them much. Haha tetiba je. 

Tetiba fikir macam ni sebab semua kawan saya berlainan karektor. So i can learn sifat diorang yang tak ada kat diri sendiri. Well, saya ni neutral dalam segala hal. Bukan sahaja neutral dari segi fahaman politik, dari segi karektor pun tak ada la sangat menunjukkan karektor teramat sangat terhadap satu2 benda tu. Just emm neutral la. Nak kata suka sangat pun dok, nak kata benci sangat pun dok. Haha apa la yang aku dok meraban nih.

Macam ni, tadi i keluar dengan kawan Naimian. My friend, Amani dia kehilangan kucing kesayangan dia. Nama comel ke apa. Ya Allah, this is my first time know the person who like cat most. Dia hilang kucing je **kucing je bagi i sebab i bukan pecinta kucing** tapi dia boleh risau & sedih giler macam hilang benda yang paling berharga. Serius i terkejut kot. Sebab i have no feeling toward someone or animal like this. Selalu je, dah hilang hilang la. Or dah tak suka, biar lah **ni untuk manusia**. No feeling. Or sedih kejap then redho. Tapi Amani hilang kucing je, tapi dah sekampung dia tanya orang ada jumpa kucing dia ke dok, dah cari kat semua tempat, then siap tampal2 iklan kat mana-mana untuk meniklankan pasal kehilangan kucing dia. Yes really passionate. Siap tak lalu makan sebab teringat kucing yang hilang. Mood nak UK pun terbantut. Baguskan?? Saya tak ada jiwa ini. Jauh sekali nak feeling macam ni. Tapi tengok orang lain ada feeling macam ni, i can learn something yang tak ada kat diri sendiri. Sebetulnya i suka tengok orang yang sukakan binatang terutamanya lelaki. Oho mood gedik sudah datang. Sebabnya diorang penyayang kot. Dengan haiwan diorang dah layan baik-baik, inikah plak dengan manusia kan. Tapi tu lah, i dont like cat. Geli kot. Manja dah satu kucing ni. Kalau dah manja, mesti nak belit2 kat kaki. Or sibuk mengiau-ngiau. Then alah bulu. Hailah, Farah Anida yang tiada jiwa penyayang, bila la ko nak insaf nih????

Then ada lagi kawan-kawan saya yang ada macam-macam karektor. Ada yang cool giler tak kira lah berhadapan dengan apa juga hal pun, yang shopaholic sampai tak kisah langsung pasal duit, yang ego tahap nak ketuk2 kepala kat dinding dush dush dush pung pang pung nak bagi penampar pun ada, yang lurus tapi sangat baik hati pun ada, yang banyak cakap & auta lebih pun ada, yang kira peramah giler tak kira dengan orang yang tak kenal pun ada, yang clumsy tapi teror giler pun ada, yang sikap mak mak walaupun kitaorang sama umur pun ada, yang tak boleh tengok orang ada benda tu, dia pun nak jugak pun ada, ada kawan yang creative, ada kawan yang matang, then bla bla. Banyak kan? Banyak sifat yang boleh i ikut ** yang baik la then yang tak baik tu selalu berdoa pada Allah moga2 janganlah sifat tu terbalik kat diri sendiri**

Sebetulnya i have no friend. Ehh bukan tak ada. Emm tak banyak kawan sangat kot kes i bukan reti nak bergaul. Atau ayat betulnya i tak peramah dengan orang asing. Tapi bila i dah rapat dengan orang tu, i can be very close to them. Orang pun akan ingat i sombong kot kalau tak rapat. Emm sebab tak reti nak bergaul, tak reti nak buka idea, tak reti nak panjangkan topik dengan strangers, senyum pun kalau ikut mood je, mestilah orang akan ingat i sombong. Tapi tulah, sifat yang ni memang susah nak hilangkan. Tu lah sebab tak ada orang nak kat i  kot. So siapa-siapa kat luar sana, dengar lah, saya tak sombong ye. Baik hati. Haha tetiba membuat promosi murahan kat sini. Ehh merepek apa ni. Nak cakap, walaupun tak ramai kawan, tapi kawan-kawan yang ada ni sangat berharga sebab i can learn something from them. 

Dulu kat matrik, bergaduh dengan sorang kawan ni dan sampai sekarang dah tak berhubung. Sangat la rugi kan. Jadi hargailah rakan anda. We are different in many way ** background, sikap, agama, bangsa, family, education etc** tapi dengan adanya sifat tolak ansur, we can be friends forever. yeah i love all my friends... Sungguh tak tipu...

No comments:

Post a Comment