Wednesday 9 January 2013

'buoh kalu'

Selalu je, kalau dalam perbualan seharian, mesti akan terkeluar kata2 seperti: kalaulah kaya, boleh beli bla bla bla, kalaulah lawa,boleh buat ni buat tu, kalaula pandai, boleh jadi doktor, jadi pilot, jadi engineer,  kalau tak sakit, leh pergi bercuti etc. Then kalau terjadi perkara2 yang tak elok, so kadang2 akan terkeluar kata2 seperti: kalau tak pergi sana, tak akan jadi macam ni, kalau rajin sikit dalam exam, mesti tak akan fail,  dan banyak lagi la ayat2 'buoh kalu' yang lain. Word 'kalau' ni bukan elok pun sebenarnya. Tapi dah biasa bertutur dengan word ni sapa tak sedar dah cakap benda yang tak baik dituturkan.

Then nak tulis juga la kat sini 'buoh kalu' versi yang tengah difikirkan skang. Kesimpulannya, versi yang tengah diangankan. haha!!! Kan best kalau i pandai main piano & pandai melukis. Tiba2 terfikir seronok kalau reti main piano & pandai melukis. Sebabnya kalau bosan2 tahap gaban tu, bolehla lukis2 kat atas kanvas pemandangan ke, muka orang ke, abstract ke etc. Kalau bosan jugak, boleh la mainkan diri sendiri lagu2 yang best untuk didengar telinga dengan piano. Ni tak, asyik2 dok mengadap lappy je, asyik2 dok melalak dengan video kat youtube je, asyik2 baca novel je, asyik2 tengok tv, asyik2 merayau2 kat kb mall & tesco, asyik2 membuta, memang la hidup pun tak ceria. Langsung tak ada trill.

Tapi bab piano tu memang biasanya orang2 kaya je boleh main sebab nak beli sebijik piano tu bukan murah. Dan bab nak reti melukis tu pun tok leh jugak sebab bakat melukis ni bukan boleh diasah. Ia hasil dari anugerah Allah. So kesimpulan dia, berangan je la ye nak reti main piano & melukis. Cari la benda2 lain yang boleh diasah bakatnya macam memasak ke, menjahit ke, jahit manik ke, berenang ke, naik kuda ke, interior designer ke, tanam pokok ke. Banyak je aktiviti yang boleh dibuat untuk diisi di masa lapang. Cuma masalahnya, sume benda tu tak minat nak buat... ***sigh kat diri sendiri phew!!!


No comments:

Post a Comment