Thursday 12 April 2012

CBE...

Ngeh!!!nak jugak cerita pasal cerita baru kat TV3 ni. Nak jugak ulas pasal drama. Ehh jap, rasanya banyak dah post cerita pasal drama, buku, lagu & entah apa2 lagi. Tapi nak buat cam ner, idea dah datang bergolek. Kehkehkeh!!!

CBE tu singkatan untuk tajuk drama Cinta Buat Emelda. Before ni dah tepek lagu je kat post MODE: Insaf. Skang nak tulis pasal cerita dia plak. 

Kalau i sudi bercerita kat sini, maknanya i like the storylah. Rasanya yang menggamit nak tengok pada mulanya adalah sebab ada si kecil MIA SARA tu. Aloh, comelnya dia. Petah plak tu bercakap. Then bila dah setiap hari tengok, sobsobsob macam touching sungguh. Memang touching la sebab ada scene tu siap nangis2. sobsobsob!!!Actually, i jarang kot kalau tengok cerita sampai nangis. Yelah, i ni kan jiwa kering. Orang lain dah tadah satu baldi pun belum tentu i akan nangis & touching. Cth: Orang lain nangis sampai kena bawa tisu sampai 10 kotak tengok cerita ombak rindu, i siap2 boleh ketawa lagi. Adoi, memang tak menggamit jiwa la cerita tu. Sekadar untuk tontonan boleh la.

Cerita ni berkisar pasal pengorbanan seorang adik untuk kakaknya. Bertahun kena hina pun sanggup demi menjaga maruah kakak sendiri. Rasanya ni kot kali pertama minat lakonan Almy Nadia. Nampak matang & penyayang sungguh. Suka!!!Actually, lagu2 soundtrack pun best juga. Setakat ni, episod 11 paling best dalam banyak2 episod. Auchhh, touch my heart. Chewah!!!!

Cuma yang tak sukanya, ada scene peluk2 la antara lelaki & perempuan. Rasanya, tak yah peluk2 pun tak pe. Then cerita pun macam lari sikit dari segi agama kot. Macam tak ambil kisah sangat pasal perbuatan zina yang membawa kepada kelahiran anak luar nikah. Entah!!!Tapi secara overallnya, banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita ni. Apapun, ambil yang baik2 sahaja kan. Yang pasti, for the next 12 episods, i will glue at TV3 at 7.00 - 7.30 pm. 7.30 kena solat lah. Nanti sambung kat tonton okes!!!!


***Ehh next week kena ke KL. Aloh, 1 minggu puasa CBE. Nasibla ada Tonton...




No comments:

Post a Comment