Saturday 27 August 2011

Dont turn it to the sin...

Tgk tajuk entry pun dah tahu ni sesi meluahkan perasaan. Emm banyak betul la sesi luahan hati i. Memang la i ni ada psikologi problem. hailah!!!the post is about my mum & me. Memang la haru kalau anak tak dapat ngam dengan ibu sendiri. Adoilah!!!Alkisahnya my mum & me memang la ada begitu banyak perbezaan jiwa & raga. My mum ni jenis yang x boleh bergurau even the small matter, selalu fikir2 benda2 yang negetive je, x suka buat kerja last minit, x suka berjalan & ada lagi sifat2 yang kalau ingat akan tambah kat sini. dan i pulak, terbalikkan sifat my mum to 360 darjah dan jadilah as seorang yang suka bergurau & cakap entah apa2 (my mum memang la pantang), suka buat kerja senang2 je & tak nak fikir berat2, suka buat kerja2 last minit & trying to think in positive way. Lagi satu i ni memang seorang kutu rayau. Pantang diajak berjalan, on je.

Hah, memang la berbeza yang amat. Dan disebabkan perbezaan yang amat ini, selalu je i kena marah dengan my mum (sebab kena marah selalu, i selalu rasa i ni anak sulung berbanding dengan status sebenar anak bongsu, haha). Disebabkan selalu kena marah tu, memang la jiwa asyik memberontak je. Memang i tak akan la mudah2 buat benda kalau dia tak suruh. i cam pahat dengan penukul la, kalau kena suruh baru buat. n kalau kena marah tu i akan diam and buat tak tahu je, padahal dalam hati memang la sakit jiwa. Kalau i tak sabar sangat barulah i akan jawab sikit2. Selain itu juga, i akan cakap benda2 penting je dekat dia sebab kalau i cerita benda pribadi pun, respond dia memang la bukan seperti yang diharapkan. Kadang2 kena smash sejibik. Adoilah. Bok terus meresap jatuh ke hati dengan jiwa yang bercelaru.

 I selalu tanya diri sendiri, kenapalah i tak dapat ibu cam orang lain. Yang boleh bercerita apa sahaja. Yang boleh bagi nasihat as a mother to her daughter. Memang la sangat cemburu melihat orang lain bercerita dekat ibu masing2. Tapi kalau i selalu tanya macam ni, Asiah, isteri Firaun juga boleh tanya kenapa dia dapat suami yang zalim macam Firaun kan? dan Nabi Nuh juga boleh tanya kenapa dia dapat isteri yang tak nak beriman kepada Allah? Jawapannya adalah sebab Allah nak bagi Syurga dengan ujian yang diberi itu. Alahai, bila difikir balik, dugaan i memang kecik je. Tapi kadang2 memang la i tak mampu nak sabar lagi. Betullah, mungkin Allah nak uji i dengan ujian kecik ni. Tapi memang la kadang2 tak dapat sabar hingga membuatkan berdosa pula. Ya Allah, memang hambaMu ini sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran yang tinggi amat. Seriously, i need more patience than other people...

No comments:

Post a Comment