give me guidance & strength to learn your love letter with istiqomah until the end. Insya Allah..
ehem ehem.. chewah!! ayat atas bukan main seriuh. Alkisahnya macam ni, i ni dah rasa menyesal giler dek kerana sekolah NAIM 5 tahun, tapi lepas keluar dari school langsung tak reti bahasa arab. Langsung tak reti tu kira melawak la. Setakat 'assama'= langit, 'al-Arrd= bumi, 'asshams'=matahari, 'alqomar=bulan' tu reti la. Kalau yang ni, tanya leeya pun dio reti nak jawab.
So bila bulan Ramadhan menjelang, memang perasaan menyesal ni sentiasa menebal. Awat asal Ramadhan je? Sebab masa ni la tiap2 malam (konon baik g solat terawih. Tak pe, x ada pembaca pun kat blog ni, so tak dikira riak, riak sorang2 je), dok dengar Bakar (tok imam terawih yang bersuara merdu yang diimport khas dari Kemboja) mengalunkan AlQuran masa solat terawih. So dalam dok dengar tu, fikiran tu asyik melayang jauh ke negara mana dah, tapi bila sampai kat word2 yang i paham contoh macam word kat atas, fikiran pun akan kembali ke tempat asal iaitu di dalam masjid Ismaili, Kg Morak. So i think, it's better for me to learn the AlQuran (I always call AlQuran as Love Letter) language to understand the Love Letter more. Kan nama pun dah Love Letter, haruslah paham sehingga ke jantung yang tahap paling dalam. huhu!!! Ntah ayat pukul 12 malam ni kena kow kow sikit.
Bila mengaji, selalu la jugak baca terjemahannya. Tapi rasanya tak hayati secara mendalam kot. Sekadar lalu je bacanya. Bila search2 kat net macam mana la nak bagi faham AlQuran secara senang ni, cari punya cari, ada la web yang menjual tafsir ALQuran perkata ni. So fikir, emm ok jugak ada AlQuran macam ni. Godek2 cara nak beli, macam web tu dah lama kot. Area tahun 2009. So semangat nak cari kat kedai buku kat KB dulu. Jaafar Rawas ke, Muda Osman ke kan. Bila cari kat Muda Osman (tak sempat ke Jaafar Rawas), ohhh binggo!!!ada jual kat situ. Tak perlu i nak order via net. Allah dah mudahkan usaha nak mencari ALQuran ni. i think it's time for me to start all over again. Kalau dulu bertungkus lumus di Naim, rasanya sekarang ni dah ok sikit. Tak ada la langsung tak tahu apa. Sigh!!!Tak pe, nak menyesal pun bukan boleh nak kurangkan umur balik dan kembali ke tingkatan 1 di SMKA Naim Lilbanat. Yang penting, tak kira la umur dah lanjut usia pun, jika ada niat nak belajar tu, so Alhamdulillah for me yang memang ada penyakit M ni.
Tapi bila bukak AlQuran tu, cuba la hafal2 juga words, ohhh it's not easy job. Jangan la putus harapan Farah Anida ye. Go go...
No comments:
Post a Comment