Sunday, 3 March 2013

LD & politic..

Skang ni tak ada isu hot kat Malaysia melainkan isu Lahad Datu. Dah rasa macam perang la. Seriau dengar. Ya Allah, amankan lah Malaysia. Ni baru sikit. Dan hanya berlaku di Lahad Datu Sabah. Dah rasa macam dah tak aman. Dah rasa macam zaman komunis. Ni bukan kat Palestin yang lagi lagi berganda teruk dari sini. Teringat cerita Leftenan Adnan, cerita taekugi, Korea yang menggambarkan zaman perang. Setakat ni, dah 7 tentera Malaysia terkorban. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Syahid Insya Allah. 

Mula2 tu tak amik port pasal ni. Tapi bila dah ramai tentera terkorban & baca status2 kat fb cerita pasal kat LD, terus rasa isu ni sangat serius. Sampai sekarang pun tak faham pasal pencerobohan tu. Dah ada info sebenarnya, tapi malas nak baca. ** dush dush. 

Tapi tulah, bila jadi macam ni, isu LD ni dipolitikkan plak. Macam2 cerita la. i tak amik port sebab sangattttttttttt la tak minat politik. Dalam keadaan yang tak aman pun sempat lagi isu macam ni dibuat main2. Macam2 la cerita & i tak mampu nak dengar. Cerita yang tak sedap didengar. Tak tahu ditokok tambah atau tak. Tak tahu juga cerita betul ke tak. So memang tak tahu apa. Biarlah orang cakap i ni out of date pun.

Kat office pun gang2 ni selalu bercerita pasal politik. Pasal pihak ni, pihak satu lagi, pasal pihak satu satu lagi. ** kan banyak je parti politik kat Malaysia ni. Memang macam2. I hanya ambil pendekatan mendengar. Tak pro & cons mana2. Sebab cerita yang disebarkan tu pun tak tahu betul ke tidak. Ayat diorang selalu je bermula dengan 'orang kata'. So bila dah start dengan 'orang kata' harus banyak ditokok tambah atau penambahan cerita nak bagi cerita lagi menarik. Contoh macam cerita my abah dulu yang kena potong jari kaki. Padahalnya satu kampung je tahu, tapi ceritanya muncul berversi-versi. Ada yang cakap my abah kena potong ibu kaki la, kena potong ini & itu,  kena potong satu kaki pun ado. Itu cerita yang hanya 1 kampung tahu, inikan plak cerita bagi satu negara. Harusla lagi banyak versi2 yang tak tahu betul ko dok. Cukupla i dah tak mampu nak control mulut pasal officemate yang ntah apa2 tu, dah tak perlu nak tambah dosa kering lagi. Dosa  mengumpat kering dah banyak sangat dah. 

I selalu fikir, kenapa la parti politik yang ada tak bergabung & amankan Malaysia bersama2 ke arah kebaikan. Kan untuk rakyat jugak. Tapi tulah, cakap & fikir memang senang. Dan rasanya setakat tu je kot i boleh fikir since i'm a simple person. Cukup sekadar boleh bebas di dalam negara sendiri tanpa rasa takut. Pergi mana2 dengan selamat tanpa ada escort askar2. Cukup boleh makan, boleh shopping & bekerja dengan aman. Cukup negara yang tak ada darurat. Cukup hanya musim2 raya je dengar bunyi meriam. Tak perlu nak advance sangat nak dengar M16 or bom motar. Tak perlu nak kaya2 sangat or ada kuasa. Tak perlu juga nak mengusai orang lain. Tapi orang lain mungkin lebih kompleks. Makanya, jadilah perbezaan pendapat & untuk politik plak, perbezaan pendapat itu menjadikan banyak parti diwujudkan. 

So, untuk PRU13, aci tak i kena solat istikoroh dulu nok mengundi. dah tak tahu nak pilih siapa, sebab tak pro & cons mana2. Allah sahaja yang tahu kan siapa yang terbaik. Or buat macam zaman dulu2 kat UKM, pilih calon bukan sebab parti, tapi sebab abang2 yang masuk calon tu hansome & amik course medic & dah minat abang2 tu masa kat matrik lagi. haha!!! Masa kat UKM boleh kot buat macam tu, sebab yang masuk calon tu still muda belia & hansome. Tapi kalau piliharaya betul ni, nak jumpa yang muda & hansome jarang kot. huhu!!! So makanya, tengok la macam mana nak mengundi nanti. My bro cakap, dio nak pangkah duo2 sebab semua orang nak satu undi kan. Nak sangat, so ambik kau. Bagus sangat la tu. Nanti dari nak satu undi, jadi undi rosak sudah. huhu!!!My bro sorang lagi plak cakap, ni la penyokong yang tak ada pendirian ni. haha!!! Ye betul, saya memang tak tahu nak cons mana. 

Apapun, doa untuk LD semoga Allah kembalikan keamanan & terus mengekalkan keamanan di Malaysia. Kecuali isu2 politik yang membuatkan i pening2, yang lainnya i love Malaysia. Pergi mana pun ingat Malaysia. Even pergi ke negara maju macam Korea pun ingat Malaysia. Walaupun kurang serba serbi dari negara lain, Malaysia is still the best...



No comments:

Post a Comment