Saturday, 5 October 2013

hospital..

Selalu terfikir, best juga jadi nurse. Sebab bila jadi nurse, i will get the skill how to take care of sick people. Nurse yang penyabar, nurse yang baik hati, nurse yang sedia membantu, nurse yang ramah tamah & tak garang & nurse yang semuanya mempunyai sifat2 mahmudah. Tapi nak dapatkan sifat2 nurse macam tu, bukan la calang2. Sabar tu kena setinggi mana ntah. Macam2 orang kat dunia ni. & nurse tak boleh nak marah2. Patient is always right. Patient menjerit, buat sepah, lompat terjun katil, buang air kecil & besar atas katil, sepahkan makanan, semua tu hak pesakit. Nurse la yang kena buat segala. Bila fikir2, ohhhh i'm not that type of people. Sabar tu sekejap, then marah tu lama. Panas baran sentiasa. Tapi koya2 juga nak jadi nurse sebab pasti akan ada keluarga terdekat akan sakit. At least tak jijik nak urus segala macam bau pesakit, tak jijik nak urus segala macam bentuk2 campuran kimia yang keluar dari tubuh pesakit or the simple thing, kalau boleh suapkan pesakit pun dah kira berjaya. 

Sebenarnya yang koya2 tu part of doa juga. Doa ini Allah makbulkan. Alhamdulillah. 2 minggu abah kat hospital, at least i can learn the simple thing. Boleh la buat sikit2 walaupun tak proper mana. At least i know. Walaupun penat kat hospital ** walaupun duduk je, tapi badan lenguh sana sini**tapi rasa bahagia sebab banyak benda boleh belajar. Tengok abah yang dah sakit teruk, tapi bila ke hospital, orang lain lagi berganda2. Tu tak masuk CCU or ICU lagi. Masuk wad biasa otak dah rasa sesak & hati dah rasa insaf. Rasa insaf bila tengok orang sakit. Rasa sebak juga melihat keadaan lemah pesakit. Semua rasa ada bila di hospital.

Selain doktor yang hansome lagi jelita, nurse2 yang kalau diminta tolong sangat passionate nak bagi pertolongan, nothing yang menggembirakan bila di hospital. Bau hospital, toilet, jarum, darah, katil, ubat, darah, & segala bagai benda2 di hospital are really nightmare. Memang salute la dekat semua2 doktor & nurse. 2 minggu pun i can't bare it. Yang dok kerja hari2 mengadap pesakit yang pelbagai ragam, tak tahu la macam mana. So i wonder, kenapala semua orang nak jadi doktor? Berebut2 bagai. Gaji yang mahal pun tak padan dengan situasi yang kena hadapi hari2. Kalau kena oncall 18jam ke 27 jam sehari, balik2 rumah mesti akan ingat tidur sahaja. Tak kan nak balik rumah nak masak2, or nak tanam2 pokok bunga, or bersantai2 di Taman Tengku Anis lagi kan? So manalah life doktor ni? ish ish ish.. kalau la semua orang fikir macam ni, tak ada siapalah yang nak jadi doktor. Kosong la hospital. Tinggal pesakit sahaja. Harus banyak pahala yang doktor2 & nurse ni dapat. Lagi satu, doa2 doktor & nurse ni cepat je termakbul sebab salah satu masa doa makbul ialah ketika melawat orang sakit. 

So i salute to all doctor & nurse. Kerja la anda dengan jujur & ikhlas serta penuh kemanusiaan. Pasti akan dapat ganjaran berganda2 di akhirat nanti. Insya Allah. 


No comments:

Post a Comment