Saturday, 5 October 2013

abah's daughter...

Jika nak dibandingkan dengan my mum, i rapat dengan abah lebih. Ye betul, bila bagitahu kepada 1 of my fren yang i rapat dengan abah lebih dari ibu, dia cakap jarang anak perempuan rapat dengan bapa. Sejak kecil pun, semua benda abah yang buat. Dari sekolah rendah, abah yang basuh baju, basuh kasut sekolah, attend kalau ada apa2 majlis kat sekolah. Then bila naik sekolah menengah, abah juga la yang hantar pergi balik dari rumah ke asrama, dari asrama ke rumah, datang melawat pelajar hari minggu, attend majlis pelajar PMR, pelajar SPM sekolah. Masuk matrik & UKM, abah juga yang akan call tanya khabar. Memang dia call 1 minit je tanya sihat ke dok, tapi suara abah yang kedengaran di hujung sana. Bila pergi lawatan mana2, abah juga yang call tanya dok kat mana, dah sampai ke belum. So banyak aktiviti & masa dengan abah compared to my mum. That's why la hubungan dengan abah lebih akrab. 

So bila abah sakit, rasa macam "ohh how time flies really really fast". Baru je rasa dia yang buat segalanya untuk anak2 & sekarang dah terbalik. He's old now. Dah berubah fizikal dari lelaki yang kuat kepada seorang lelaki yang lemah. Dari yang boleh berjalan sendiri, sekarang dah kena papah. Dari yang mata cerah sekarang dah nampak samar2. Dari yang boleh makan sendiri, sekarang kena orang suapkan. Dari boleh pergi toilet sendiri, sekarang orang lain yang kena uruskan. Dan recycle itu akan terus bergerak dari masa ke semasa. Nanti satu hari, jika i dipanjangkan umur, mungkin recycle ini akan terbalik kepada diri sendiri. 

Bila tengok abah makan or tidur, rasa macam sebak. Kasian abah. Sakit hanya dia yang tahu. Bila tengok abah kena cucuk2 jarum kat hospital pun, hanya abah yang rasa. Pity him. Bila tengok abah after operation & doktor bagitahu "maybe kaki abah kena potong semua". I cried the whole morning kat tepi katil abah sampaikan mak cik sebelah tengok pelik, doktor pun tengok pelik, misi2 lagi lah pelik. Kalau kaki abah kena potong, macam mana. Pity him double & double. He can't walk, he can't ride motorcycle, he's not normal. Kalau lah environment penuh dengan kasih sayang, he will get motivation after the operation. Tapi keadaan di rumah sebaliknya. All the ion negative & abah will more tension. Pity abah lagi, tension jiwa raga.
"Dear Allah, please heal abah. Please save his leg. Please please and i promise you, i will be better muslimah than before. I'm trying to be good to You. Please Ya Allah. Heal him, save his leg, make him can walk like normal again. Amin"






No comments:

Post a Comment