Saturday, 3 August 2013

kisah nabi ayub...

Kisah Nabi Ayub yang sabar dengan ujian dari Allah berupa penyakit sehingga berpuluh2 tahun lamanya. Tidak mengeluh dengan ujian Allah walaupun keluarga menjauhinya kerana jijik dengan penyakit yang dihidapi, dia tetap berdoa berdoa berdoa. Akhirnya Allah memakbulkan doa Nabi Ayub.

Bila tengok keadaan abah sekarang yang sakit kaki, kaki bernanah & mengeluarkan bau busuk **hanyir sebenarnya. Bau nanah**, tiba-tiba teringat kisah Nabi Ayub. Tak kala diri sendiri yang alah dengan bau-bau yang tak menyenangkan, selalu ingatkan diri, ohh sabar. He's your father. Tahan sahaja. It's nothing. Ia hanya tindak balas kimia dalam badan yang tidak digunakan lalu dirembes keluar sebagai nanah. ** entah betul ko dok** Tak nak la jadi macam keluarga Nabi Ayub yang meninggalkan Nabi Ayub di kala sakit menimpanya. Relevan tak ingat kisah Nabi Ayub dengan keadaan sekarang?? 

Kadang-kadang rasa, ohh it's good if i'm a nurse who know how to deal with the sick people. Pasti nurse dah dilatih untuk tidak alah dengan benda2 macam ni. Rasa lebih bagus amik course jururawat dari accounting yang hanya berkisar pasal duit duit duit. Rasa macam sangat bagus kalau seseorang itu tahu bagaimana nak uruskan orang sakit. Sebab bila2 masa sahaja pasti ada ujian akan menimpa. Ibu bapa sakit, suami isteri sakit, anak2 sakit, nenek sakit or keluarga lain yang sakit yang memerlukan kepakaran seseorang untuk menguruskan mereka. Bukan hanya tahu tekan calculator, surf net, tekan keyboard, buat perisian bagai, imbangkan akaun bagai etc. 

Apapaun i pray to Allah.. Sembuhkan kaki abah dari melarat. & i pray also, i can stand with the smell. Amin!!!

No comments:

Post a Comment