Saturday, 10 November 2012

Korea~~4th day (Kimchinara & Hanbook)

Pagi2 dah checked out dari Del Pino Hotel. Haih aku ni dah bosan tahap dewa dah dengan check in check out ni. Tapi nak buat cam ne, memang macam tu pun proses dia. Turun ke lobi awal pagi, tinggal beg kat lobi then heading to cafe for breakfast. Kat bangunan sebelah je pun. Makanan pagi harusla sama walau kat mana pun selagi jejak berada di Korea. Roti, jem strawberry, orange juice, cereal dan susu. Memang gaya hidup sihat habislah sepanjang kat sini. Lepas breakfast, Sophie bagi la sekejap sedikit masa untuk kitaorang explore landskap kat depan hotel. Padahal dia tak tahu, kitaorang dah habis explore dah semalam. Dia, seawal pukul 7 malam lagi dah masuk bilik & tidur. Mana la nak tahu aktiviti kitaorang. Kalau dia tahu, mahu pengsan kot. Sebab x cekak reti nak rehat & diam. Lepas tu 24 jam dok makan je. 

Next destination was restaurant for our lunch, then heading to Kimchinara for Kimchi making & hanbook. Masa perjalanan lebih kurang 3 jam. So awal2 dalam bus, boleh la bercakap lagi. Sempat makan kerepek Korea yang dibeli oleh ajumma. Ok la tekak boleh telan. Rasa manis2 sikit. Lama2 dah makin senyap & semuanya dah lentok. Tubuh badan sangat memerlukan rehat. So peluang yang ada, diambil sepenuhnya untuk mengecas bateri yang dah habis. Sebenarnya, yang penat sangat sebab tak cukup tidur. Tidurnya waktu Malaysia, tapi kena bangun dengan waktu Korea. Memang  3 4 jam je tidur sehari which was tak cukup for 'tongbody' like us. Tongbody???ni word yang kitaorang gelarkan kat diri sendiri. Actually, dalam bahasa Korea, perempuan yang belum kawin digelar Bibody. Tapi kami pandai2 ubah word jadi tongbody sebab semuanya macam tong... kuat makan, kuat kecek, kuat bergambar, kuat shopping, kuat ngepek & segala macam kuat lagi sampai ada yang menyampah sebab terlalu dominan. haha gelak kuat!!!

Lepas 2 jam perjalanan, bus berenti kat R&R untuk toilet. Then lepas tu semua segar balik. So riuh balik la bas tu. Sophie juga riuh balik. Dia tanya, siapa yang kat dalam bas tu umur lewat 20an. So yang rasa2 umur lewat 20an tu diam tak terkutik. Malu nak mengaku la konon. Ingat kenapa la si Sophie ni tanya, rupa2nya nak cerita pasal kahwin kat Korea. Katanya, kat Korea, kalau duit tak cukup 20,000 USD jangan mimpi nak kahwin. Itu budget untuk perempuan. Kalau lelaki, sekurang2nya 30,000USD. Hah!!!biar betik. Salah dengar tak? USD ke MYR? bila Sophie ulang berkali2 hah barulah sahih. Ok betul USD. Adoi, bertuah jadi rakyat Malaysia. Yela, kat sini, x ada duit pun boleh kahwin. 2 3 hari lepas, my neighbor  kahwin, si lelaki umur 18 tahun unemployed & perempuan plak umur 15 tahun. Dah sah jadi suami isteri dah.  Nak sara hidup pun tak tau macam mana. Tapi dari buat maksiat, baik kahwinkan je. Kalau diorang ni kat Korea, tak tahu la nasib macam mana. Tak kawin2 sapa sudah la kot.Kitaorang pun sama. Dah la demand nak lelaki yang kaya & hansome, diri sendiri juga kena kaya raya. 20,000 USD sama dengan RM60,000, haih mana la nak cari. Kijo mapuh mapuh then kijo balik pun x dapatnya la RM60,000. Untuk kahwin je tu, tak termasuk honeymoon ke apa then life after kahwin. Ohh bertuah lagi jadi rakyat Malaysia. Haha!!!

On the way tu ternampak juga ladang ginseng, so Sophie ceritala sikit2 pasal ginseng. She said, the best ginseng is from Korea coze it grown for 6 years. Kalau yang jual kat Malaysia, ginseng yang ditanam selama 4 tahun sahaja. So dah sampai kat Korea ni, wajibla grab ginseng 6 tahun buat balik. Limited edition. Nanti cerita panjang lebar pasal ginseng in the next post okes. Our lunch for this time at Thai Restaurant. Ya ampun, i was really happy. Harusla kalau Restaurant Thai ada tom yam ke apa kan. Pedas pun kira lantak la. Dah hari ke4, tapi perut i sebu je sebab tak cukup makan. Memang terasa nak peluk Sophie. Kamsamida unnie sebab tak bawa ke Korea Restaurant. Happy giler sampai rasa nak lompat2 toing toing toing. haha!!I makan habis plak tu. Makan makan makan. Tak tengok kiri kanan sampai i orang 1st habis makan kat meja i. Haha!!!teruk punya perangai. Ini dah kebulur 4 hari daa. 

Lepas makan, ke kedai souvenir kat sebelah restaurant. Tinjau je tak beli apa2. Ada jual beg, uncang, chopstick, poster, keychain, mangkuk besi & etc. Lepas tu terus ke Kimchinara. Dekat je dengan restaurant. Sampai Kimchinara, terus ke bilik kecil for Kimchi making. Kena pakai apron lagi. Alah bukan buat kimchi sangat pun. Ehh kejap, nak kenalkan kimchi ni apa. Kimchi ni memang makanan wajib di Korea. Setiap kali makan, kimchi memang kena ada. Ia sebenarnya kubis then dilumur dengan sort of sambal. Ada 10 bahan kalau tak silap nak buat sambal tu. Warna sambal sama je macam sambal lada di Malaysia iaitu merah. Kitaorang ni just lumur2 sambal yang dah siap dibuat ke kubis yang juga dah siap2 dipotong. Lumur satu badan kubis, lilit2 sikit daunnya & masuk plastik. Nanti semua kimchi tu akan dihantar ke rumah anak2 yatim. Nasib la siapa anak yatim yang makan kimchi yang i buat. Ntah, x jadi la plak padahal kerja senang je. So i masuk plastik je la bila tgk semua orang lain dah siap. Haha ini pun fail. Kimchi ni boleh dibeli untuk bawa balik Malaysia. Memang tak akannya la beli kimchi tu. Alah, kat Korea ni pun kimchi yang dah siap2 hidang lagi free dah tak sentuh, apatah lagi nak bawa balik. Bagi ayam makan la kalau tapau balik Malaysia. Mr Choo beli 6kg kimchi bawa balik. Memang nampak dia berselera sungguh makan kimchi sampaikan Sophie gelarkan dia Choo the kimchi. 


Semangat nak belajar buat Kimchi. Tak tengok kiri kanan dah.

Sempat nak snap sambil memproses kimchi. Hihi!!
Lepas tu naik ke tingkat atas for hanbook plak. Hanbook ialah pakaian tradisional bagi Korean. Sort of kalau datang Malaysia wajib cuba baju kurung, cheongsam, sari sebab semua tu pakaian tradisi kat sini. Free je pakai Hanbook tu. Tak tahu la kot2 termasuk sekali fee dalam tour fee ari tu. Ehh kejap baru teringat, yang baju perempuan memang namanya Hanbook. Tapi yang lelaki tak tahu plak apa namanya. Sampai atas, ada 2 orang unnie dah tunggu kitaorang menolong memilih Hanbook yang sesuai dengan ketinggian & saiz badan. Hanbook ni plak ada 2 ketegori. Satu untuk golongan bangsawan & satu lagi untuk golongan orang bawahan. Yang geramnya, semua orang dapat Hanbook yang dipakai oleh golongan bangsawan kecuali i sorang dapat yang hanbook golongan bawahan. Waa memang unnie ni diskriminasi sungguh. Tapi x tahu la plak diskriminasi dalam bab mana. Nak kata bab2 kurus keding, bukan i sorang je yang melidi. Nak kata pendek pun, bukan i je pendek. Agaknya unnie tgk muka i sayu je. Budak tak cukup makan kot. Cis hanbook orang lain sume warna2 terang & grand, tapi i punya warna suram je. Waa!!!!

Bergambar lagi kat sini. Semua pun ayu2 je dengan Hanbook masing2. Mr Choo lagi hansome dengan baju pahlawan Korea. Sempat snap group photo dengan Mr Choo. Memang boleh la simpan sebagai kenangan abadi nih. Bukan senang seh nak bergambar dengan bos yang malu2 bila kat office. Bila dapat berjalan macam ni, baru boleh kenal the real bos. Lepas semua settle, Sophie menjerit2 ke bas untuk bergerak ke next destination. Everland here we come!!!!!!!!!!!!!!

Hanbook time...Ada gaya gadis Korea tak? haha



No comments:

Post a Comment