Thursday, 1 November 2012

Korea~~ 3rd day (winter sonata mood...yeahaa)

Pagi2 lagi dah kena bangun. Kalau ikut hati, memang dah tak larat nak bangun dah. Tenaga dah kena serap ntah ke mana. Tapi kugagahi juga bangun pagi2. Lepas subuh, dah tak tidur sebab kena kemas barang2 yang semalam belum sempat kemas, mandi & siap2 nak check out. Awal lagi keluar hari tu. Pukul 7 dah keluar, then breakfast terus ke Jeju International Airport. Masa sampai kat airport, orang dah ramai masa tu. Kelam kabut juga nak check in. Bila dah settle semua, terus masuk dalam sebab masa memang dah suntuk. Dalam flight baru la lega sikit. Dapat tempat duduk je, mata i dah tak mampu nak buka dah. Flight belum take off lagi i dah lentok. Memang jarang la nak jadi macam ni. Ni kes penat giler. I tersedar balik bila stewardess datang nak hidang air. Minum air segelas, then lentok balik.

Lepas 1 jam, kitaorang selamat mendarat di Gimpo Airport. Alhamdulillah. Tiada apa2 perkara buruk yang jadi. Lepas keluar dari flight, semua orang sibuk mencari toilet. I plak, terus ke tempat ambil luggage nak tolong yang lain. Nak tunggu lugagge bukan sekajap. Dah la luggage kitaorang banyak. Jenuh menunggu. Lepas keluar dari arrival hall, cepat2 berlari ke bas. Tapi sempat je snap gambar kat signboard yang tulis Gimpo Airport. But I still blur2 lagi masa tu. So tengokla pemandangan bandar Seoul. Sedang i menikmati pemandangan, tiba2 ada seorang ajumma datang peluk madam. Semua orang pelik sebab tiba2 madam boleh kenal dengan mak cik Korea. Jangok plak tu. Laa rupa2nya dia ialah driver kitaorang. Adoi, harapan untuk dapat tour guide lelaki yang hansome dah pecah berderai, ini dapat driver perempuan plak. Dah la tak ada pembantu. Nampak gaya, memang semuanya perempuan la dalam edisi lawatan kali ni. Kecewa habis Tan Swee Kim. Dia dah sedih2 sebab dapat tour guide perempuan, sedapkan hati cakap pasti pembantu tour guide ialah lelaki. Confident cakap tu sebab pembantu tour guide kerjanya mengangkat beg masuk bas, so mestilah lelaki, alih2 sekarang semuanya perempuan. haha!!gelak besar**itulah berangan awal2 memang confirm tak jadi. 


Inchi Anis Syahirah at Gimpo Airport.
Semua excited jumpa bas jangok. hihi!!!
Cepat2 tolak troli ke bus. Masukkan luggage dalam bus. Masuk dalam bas, semua excited sebab bas tu sangat la jangok sama cam tuannya. All in purple suit. Kusyen purple, langsir pun purple. Sangat bersih & selesa sampaikan Nurul yang selalu pening naik bas pun boleh tertawan dengan bas tu & happy giler. Perjalanan seterusnya ialah menuju ke Nami Island. Dari Gimpo Airport mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih kot. So lama juga dalam bas sebelum berhenti lunch. Kali ni lunch kitaorang makanan diraja, bak kata Sophie. Ok la boleh telan. Macam biasala, ada lebih 10 piring kecik2 yang dihidang atas meja yang mengandungi kimchi (wajib ada), tauhu, ikan bilis, telur, ikan & dah tak ingat. Ikan tu i & my niece ratah dengan sedapnya. Selera sungguh bila jumpa ikan goreng yang rasa cam ikan di Malaysia. Telur dadar pun boleh je telan dah rasanya lebih kurang di Malaysia . So that's why la banyak kali juga tambah telur tu. Lepas makan, solat jamak zohor & asar kat sini, terus bergerak ke Nami Island. Ingatkan jauh la jarak jeti Nami Island dari restaurant, tapi cuma 5 minit. Sampai2 je Sophie terus menjerit2 suruh cepat2 ke feri. Nak ambil gambar pun kena marah. Haih!!


The royal food served for us.
Naik feri hanya 5 minit je untuk sampai ke island. Ok berdebar2 nak jelajah Nami Island, tempat penggambaran cerita Winter Sonata. Actually, i'm not familiar pun dgn Nami Island ni. Maksudnya sebab tak tgk cerita tu, so memang tak tahu sangat tempatnya macam mana. Tapi sebab sebelum datang sini dah search pasal Nami Island, so dapat gambaran juga macam mana suasananya. Sampai2 je dah bergambar. Sophie tolak Kee dengan wheelchair. Dia hanya nak tunjukkan kitaorang tempat 1st kiss hero & heroin Winter Sonata tu. Then lepas tu boleh jalan sendiri. Tempat 1st kiss tu biasa je. Haih, kenapa la glamour sangat. Dah la patung yang hero-heroin buat tu dah kena conteng. So memang pemandangan tak menarik pun. 

Besar nya tempat ni padahal masa memang tak cukup dah. I jalan dengan my niece. Amik gambar tempat yang mana berkenan. Diorang yang lain kitaorang tinggal juga. Sebab nak menjelajah semua, so memang tak sempat kalau nak jalan slow2 & berkumpulan. My niece plak nak naik basikal. Tapi tak plak berkeras nak sewa ke apa. So i pun tak ada la mengajak nak sewa juga sebabnya i fikir masa dah suntuk, x sempat nak naik. Tapi kalau berkeras, boleh je sebenarnya. Maka sedih la dia. Beratus kali cakap nak naik basikal ala2 hadif kalau nak benda mesti seratus kali cakap. Nampak muka dia sedih je. Nasib la boleh juga bergambar dengan basikal yang kitaorang curi kejap. Then boleh la naik electric tri-way yang Mr Choo & Papa Singh sewa. Pinjam buat bergambar. Lepas bergambar kat Metasequoia Lane which is the place of shooting the drama, sempat juga ambil gambar kat patung yang sangat glamour sampai kena beratur. Lepas tu, kami semua patah balik ke tempat naik feri tadi. Berkejaran sebab dah lambat. Tapi sempat juga curi2 bergambar kat mana2 yang tak sempat ambil. Dalam hati sedih juga sebab tak sempat nak jelajah semua. Tapi memujuk hati, alah pokok je semua. So tempat yang tak jelajah tu pun harusla sama je. waa!!!


At 1st kiss place in Winter Sonata. Sophie cakap kasiannya buat love tu dengan perempuan. Alah, not  big deal to us lah. Dah biasa cam ni. Haha **ayat cover x ada partner lelaki.
The main place for the shooting Winter Sonata, Metasequoia Lane.
Nak ambil gambar kat sini, kena beratur. Haih bukan David Beckham pun semua nak bergambar. **kes tak tengok cerita, so tak minat hero & heroin.
Sampai kat tempat naik feri on time. Sophie & Kee dah bosan tunggu kitaorang. Feri balik pun ngam2 ada. So cepat2 naik feri, berlari ke bas, nak kejar masa untuk ke Mt Soorak yang perjalanannya memakan masa area 3jam. Nak mengejar naik skyway terakhir. Kalau terlepas, maka tak dapat nak naik ke atas dah. Dalam bas 3jam tu, kitaorang semua tidur. Penat giler. Dalam perjalanan ke Mt. Soorak hujan plak. So menjadikan suasana sejuk yang amat. Dalam bas pun terketar2, inikan plak bila turun dari bas kat Mt.Soorak. Gigil!! Semua ke toilet, Sophie berlari2 ke kaunter ticket, nak ke skyway station jauh juga. So berlari juga semua. Pity Kee lagi. Berdebar juga nak naik skyway. Sebab menurut cerita nurul, kawan nurul yang dah naik cerita, skyway ni tinggi, then semuanya glass. Lantai pun glass. Hah biar betik. Tapi, bila tengok keadaan yang sebenar, cis mana ada glass. Tak tinggi pun. Kalau nak banding dengan skyway Genting, memang sah2 yang Genting punya lagi ngeri. Naik skyway around 10 minit je berbanding Genting punya around setengah jam. Bila sampai atas, boleh je naik lagi dengan jalan kaki, tapi tempat tu under renovation plak. So ambil gambar area stesyen skyway je berlatarbelakangkan batu, pokok, hutan. Lepak2 atas sana dalam setengah jam lebih, tengok scenery, then lepas tu turun balik. Actually Mt.Soorak ialah tempat orang main ski masa musim salji. Emm dah sekarang ni baru awal2 luruh, makanya tak ada apala yang nak dibuat kat sini. Turun balik dengan skyway then pergi menjelajah ke perkampungan Buddha yang letaknya bersebelahan sahaja. Dekat sini, kitaorang yang muslim ni lepak2 dari jauh je la. Yang lain masuk dalam sikit. Lepas tu terus ke bas untuk ke restaurant for dinner & ke hotel.


Mt.Soorak. Daun2 kat belakang still hijau walaupun dah masuk autumn.
Atas bukit
Soraksan National Park. 
Dinner hari tu so far so good. Tapi so far so good i makan memang tak pernah habis. Main soup was taufu soup. Kat dalam tu ada sotong, ketam, udang. Tapi rasa taufu tu memang i tak suka sangat. So kutip sotong & ketam je. Udang tak boleh makan. Then terus ke hotel. On the way ke hotel tu, passed by Daepo Wharf. Passed by je sebab tak ada apa. Gelap gelita nak tengok apa. Mengikut cerita En Mazuki AlQuds, tempat ni ialah seafood market. Boleh la tengok ikan yang pelik2 yang tak ada di Malaysia. So malam2 tak ada orang jual ikan la kot. Entah kenapa AlQuds letak Daepo Wharf ni dalam jadual lawatan ke Korea. Pening serta merta. Tak logik juga macam Mystery Road & Dragon Head Rock **tak puas hati lagi ni. haha**

Kali ni menginap di Del Pino hotel. Bila sampai hotel, angkut beg keluar dari bas dan terus check in. Bilik hotel kat sini cantik dan selesa. Macam apartment sebab dalam sebuah bilik hotel ada 3 bilik di dalamnya. Ada dapur, ada sofa, ada tv, meja makan pun ada. So boleh dikatakan lengkap sebagai satu rumah. Sesuai kalau datang satu famili. Ramai2 pun boleh muat satu bilik hotel je. Jimat2!! Ok sambung cerita pasal bilik hotel lagi,  dalam 3 bilik tu, ada 1 bilik je yang ada katil. Yang 2 bilik lagi kena tidur atas tilam. Cara orang Korea tidur. Just Da je nak rasa tidur atas tilam tu & nak rasa jadi orang Korea. Orang lain dah book katil awal2. I plak, x larat dah nak fikir cara orang Korea tidur. Katil memanggil2 sebab memang dah penat giler. Tapi sebelum tidur tu, sempat je jalan2 kat luar taman hotel yang sangat cantik. Udara malam memang sangat segar & tenang je. Bergambar lagi walaupun kamera pun dah semput nak snap gambar dah. Gambar asyik gegar2 je sebab tak cukup cahaya. Lama juga bersantai di taman. Rehat2, duduk2, borak2, mengumpat pun sempat, siap tidur atas batu, bersimpuh atas batu la. Macam2 benda boleh buat. Happy sebab tak perlu fikir benda2 berat. Just jalan2, tengok pemandangan indah. Segala tension semua dah campak mana dah. Antara sebab kitaorang jalan2 kat taman malam tu ialah sebab wifi tak ada kat bilik. Ada kat lobi je, tu pun lembapnya Ya Rabbi kalah wifi our office. Tak macam kat Jeju Island, bilik tak grand, tapi wifinya laju yang amat. So semua orang bagai cacing kepanasan tak dapat update fb. **Hok ado gewe lagi tensen tak leh kecek dengan gewe male tu. Yang anak solehah double tensen tak dapat update cerita kat mak ayah**

Lepak2 at night.

Fresh air at night.  In front of the hotel.

Hotel's Lanskap in the morning
On the way nak balik bilik, kitaorang tiba2 gedik nak makan kek plak. Tiba teringat kek secret recipe. Asyik2 ingat makanan Malaysia je la. So tinjau2 kot2 la ada cafe yang lebih kurang SR kat area tu. Tapi tak jumpa & almost semua kedai dah tutup. Apa lagi, kami pergi lagi sekali ke mini market yang letaknya di ground floor hotel kitaorang. Sebelum ke taman dah lepak situ & tahu kat situ ada kek. Tapi kek yang ada tak tahu jenama plak which was brand from Korea, nak beli takut plak kalau2 tak halal. Dalam peti plak ada juga kek jenama Haagen Dazs. Ok boleh la. Tapi bila tengok harga mak aii mahal nak mampus. Sek2 yang terkenal dengan gelaran mek2 kayo ni pun tak mampu nak beli. So fikir punya fikir, ok la makan ice cream je. Murah sikit. Ice cream pun jenama Haagen Dazs jugak. Bukan calang2 ice cream ok. haha riak!! So setiap orang beli satu dengan perisa yang berbeza. Nanti boleh try semua perisa. Baik tak kitaorang punya kerjasama? huhu!!! Naik bilik, lepak biilk Da, Nurul & Adibah. Makan ice cream & meggi sekali. Meggi plak, siap makan dengan keropok & sambal ikan. Creative sungguh bila tak ada makanan yang boleh ngam dengan perut. Baru tahu, bertuah jadi anak Malaysia ni. Cukup makan serba serbi. Sedap plak tu. hihi!!


Supper for us. Yummy!!!
Next entry: Kimchinara: Kimchi, Hanbook........




No comments:

Post a Comment