I'm not vegetarian. Tak tahulah macam mana orang boleh makan nasi dengan lauk sayur semata2. Sebab i memang tak suka sayur. Boleh la telan kalau sayur tu dalam sayur air or tom yam. Tapi of course la zat ke mana, khasiat ke mana. Fruit plak boleh je makan. Tapi bukan selalu pun makan buahan2. Kalau insaf sangat barulah tergedek2 ke kedai beli buah. Tu pun, makan tak habis. Macam kena paksa gayanya menelan.
Before ni i tak ada la fikir sangat pasal vitamin. Alah, ok je pun kalau tak cukup zat. Tapi tu masa muda2 la. Zaman sweet 20 kat U dulu2. Sekarang bila umur dah meningkat & makin tua (aloh, sedihnya ayat, tapi sedar diri), naik tangga office sebanyak 100 anak tangga tu dah mengah2, makanya kesedaran tu timbul sendiri. & thanks to my fb yang membuat promosi produk bermacam2 kat wall i. So kaji2 kat net, baca testimonial, haa tertarik plak nak makan vitamin dari shaklee. Sebelum ni dah makan vitamin dari Vitahealth. Actually ok je Vitahealth ni, rasa kulit licin je, tapi sebab dah tertarik dengan iklan shaklee ni, so menjadikan diriku ni menghabiskan RM200++ untuk 3 vitamin kat bawah ni.
Niat nak makan vitamin tu dah bagus sangat. Baru je 2x makan. Tapi masalah sekarang ni, bila makan rasa nak deman & letih satu badan la plak. Haiihh!!!geram sungguh la kalau makan benda ada kesan awal2 ni. Macam pakai pad Anion ari tu. Rasa panas satu badan. Memang sebenarnya i ni banyak penyakit kot. Ni nak betulkan balik. Dah tu, warna air kencing dah berubah ke warna kuning terang. Seram sejuk bila tgk 1st time. So kena cari maklumat terus kat net. Bila search, katanya normal sebab B complex ialah vitamin larut air & Riboflavin yang tidak diserap disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna cerah kepada urin. **ayat copy paste, tak tahu la apa Riboflavin tu.
Lagi satu masalah ni, sebab makan vitamin shaklee ni, i kena minum air sekurang2nya 3 liter sehari. Hah, 3 liter ok, bukan 300ml. Waa!!!berapa kali i nak ke toilet sehari ni. Ni yang paling tension. Rasanya tak mampu kot nak minum air sampai 3 liter sehari. 2 liter pun agak2 la kot. Nasib la i ada 20 bekas air tupperware yang bersaiz pelbagai ml. Ni dah sediakan air dalam bekas 470ml, 500ml & 900ml. Harapanya, bila nampak air, boleh je minum bila2 masa.
Sebab nak sihat punya pasal, akan gigih juga ku menelan vitamin2 ni semua. Semoga Allah memberi i kesihatan yang lebih. Insya Allah......
No comments:
Post a Comment