Monday, 22 October 2012

korea~~Jeju Island lagi (deep blue sea)

Deep blue sea? maksud? Tak tahu maksud apa. Tapi sebab next destinations ni semuanya view biru2 je, then tengok laut je, so tiba2 terkeluar perkataan ni dari minda. haha!! Next destination were Mt. Seopjikoji & Seongsan IIchulbong. Sangat cantik, sangat indah, sangat biru, sangat jernih & sangat apa lagi. No word to say.. Subhanallah!!

Mt Seopjikoji terletak di timur Jeju Island. Seopji bermaksud tanah yang sempit & koji bermaksud tanjung. ohh i dont know how to explain this. Anggaplah signboard kat bawah nampak untuk dibaca.

Dari tangerine farm, our bus dah mula menyusur ke tepi laut. Ya Allah, lautnya sangat biru & jernih. Perjalanan dari tangerine farm ke Seopjikoji around setengah je kot or kurang. Sampai sana, semuanya dah excited tengok pemandangan yang memang lawa giler. So, Sophie dah bagi warning awal2, pukul berapa kena turun balik ke bus. Apa lagi, kitaorang terus la naik ke atas. Perasaannya seperti semua tempat nak amik gambar. Bucu ni lawa, tepi pagar pun lawa, batu pun lawa. Semua orang pun berusaha gigih bergambar dengan scene yang paling cantik & menawan. Tergedik2 tepi pagar nak bergambar dengan air laut yang dari atas bukit pun nampak kejernihannya.   Bergambar lagi nak bagi nampak batu2 yang ada di laut. Pendek kata, setiap langkah berjalan, nak ambil gambar. Sempat juga bergambar group photo sambil mengibarkan bendera Malaysia. Semua yang lalu lalang tengok. Ohooo glamour kejap. haha!!!Orang yang lalu & peramah pasti akan tanya "Malaysian?" ohh bangganya jadi warga negara Malaysia masa tu. Betul la kata orang, bila berada di luar negara, semangat Nasionalisme akan melonjak naik ke tangga yang tak disangka2. chewahhh!!!

Jernih sangat. Subhanallah. Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Our seragam outfit for the day. 

Cantik lagi & lagi. 

Tak larat nak naik sampai rumah api. 
Dah abis bergambar kat atas, turun bawah & perlu kejar masa yang Sophie bagi. Tapi masa turun, ambil gambar lagi & lagi. Tak bosan dengan gambar. Padahal tempat sama je. Tapi sebab tempatnya cantik, rasa tak puas. Bila tengok kat laptop baru tahu, ohh tempat sama je. Masa nak turun, jumpa dengan pasangan pengantin baru yang sedang outdoor shooting. Nampak pengantin & cameraman kelam kabut, tapi kitaorang sempat je mencelah nak bergambar bersama. Memang tak tahu malu sungguh. 

Kat bawah bergambar lagi & thanks to Madam & Papa Singh sebab belanja kitaorang makan ice cream. Yummy sedap!!! Then naik bas heading to restaurant for lunch. Kata Sophie, nama restaurant ni restaurant selamat datang sebab satu2nya restaurant yang tulis selamat datang kat pintu masuk. Memang betul pun. Rasa bangga lagi. Nak je tanya pemilik kedai kenapa dalam banyak2 bahasa yang ada kat dunia ni, dia pilih bahasa melayu nak sambut pelanggan. Kot2 rakyat Malaysia memang suka makan kat situ kot. Agaknyalah.

Kami makan seafood kali ni. Ok semalam pun seafood juga which was fish. Tapi hari ni ada udang, sotong, family kerang **lala kot, telur pun ada, kimchi wajiblah ada. So i sedikit berselera nak makan. Lagi satu, kitaorang dah buka sambal ikan, sambal bilis buat penambah selera. So ok ok juga walaupun nasi still tak habis. But better than our dinner last night. Lepas makan, solat zohor kat restaurant tu then terus ke Seongsan IIchulbong yang letaknya hanya depan restaurant ni. 

Actually, i silap faham dengan arahan Sophie. Tak tahu la orang lain silap faham ke tak. Kitaorang diberi masa dari pukul 12.30 hingga 2.30 untuk makan, solat & daki bukit kat Seongsan Ilchulbong tu. I plak faham, pukul 2.30 baru kitaorang akan naik ke Seongsan IIchulbong. So sebab i silap faham pasal ni, memang masa solat tu i buat2 lambat la. Kat toilet lambat, solat & siap2 pun relax je. Orang lain pun nampak relax jugak. So sebab tu, sekejap sangat which was 30 minutes je kat sini. Macam sedih jugak la sempat naik separuh je. Nak je naik sampai atas walaupun bukit memang tinggi. Yelah, nak datang sini bukan senang. So explore all la kan. Larat tak larat tu lain cerita. Tapi usaha gigih nak naik tu sepatutnya ada. Sebab dah tahu masa tak cukup, so kitaorang just bergambar2 kat bawah je lah. Mode pasrah. Huhu!!


"Selamat Datang" Bahasa Melayu in Jeju Island....

Suppose to daki sampai atas. Tapi kitaorang setengah pun tak sampai...

Seongsan IIchulbong: puncak dari bawah laut yang terhasil daripada letusan gunung berapi 100,000 tahun dahulu. The peak is behind us.




Masa turun, sempat juga shopping sedikit barang. Alah, yang dicarinya hanyalah magnet peti je untuk my fridge & my abang's fridge. Tapi magnet i punya dah tercabut magnetnya. So jadilah magnet dalam laci meja. Dah siap2 shopping, bus kami menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu Cheonjiyeon Waterfall, Teseum, Mystery Road & the last Dragon Head Rock.. ***tak tahu la gigih ke tak nak menulis sampai ke hari ke 8. haih, susahnya nak susun ayat ***



No comments:

Post a Comment