Haihhhh!!!**Sign. Sign!!Mengeluh lagi. Bukan apa. Ari tu, punyala sibuk sungguh dengan cerita2 kat TV, tapi sekarang semua cerita dah habis episod kecuali Bicara Hati. Bicara Hati plak kat Astro. So, memang tak tengok pun. Tengok kat net je. So sekarang ni, banyak sungguh la waktu2 terluang tak tahu nak buat apa. Haihhh!!! Cerita baru macam tak best kot. Tak tahulah. Tak ikut pun.
Oke, berbalik kepada cerita sekeliling, nak cerita pasal bercinta dengan suami orang. 2 3 menjak ni kan, banyak sungguh la kes yang bercinta dengan suami orang. Haihhh!!!tu termasuk seorang officemate & kawan sendiri. Yang officemate tu dah kawin & yang kawan tu still anak dara. Actually, kitaorang yang semua still tak kawin ni dah bagi nasihat dah jangan dekat dengan semua perkara yang berkaitan dengan semua orang ni. Semua tak setuju. Tapi empunya diri cakap, kawan je tak ada apa2. Tapi kalau selalu calling2 & bersms tu, ye ke dikira tak ada apa2??Adoi, pendapat sendiri, actually poligami is allowed by Islam pun. Nak tentang sangat pun tak boleh. Yelah, nanti kalau terkena batang hidung sendiri, mahu aku menangis tak berlagu. Ya Allah, jauhkanlah. Tapi rasanya, selagi boleh dijauhkan, so elak la kan. Kawan i cakap, layanan orang yang dah kawin lain sikit dari yang bujang. Emm betul la kot ehh sebab diorangkan dah ada pengalaman. Tapi tetapla i tak setuju. Sebab bila dah masuk ke alam poligami, semua kena sedia dari segi mental dan fizikal. Sabar juga kena bertambah. Bukan senang nak dapat pahala sabar kan. Memang kena kuat sungguh2 barulah berjaya. Apapun, i harap, ada kesudahan yang baik untuk my officemate & my friend tu. Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka berdua untuk menemui jalan yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin2!!!
Hari ni result SPM 2011 dah keluar. Tiba2 ingatan i teringat kat peristiwa lebih 10 tahun dahulu masa i ambil result kat sekolah. Alkisahnya, sehari sebelum ambil result, my abah & family dah tahu i dapat berapa memandangkan my abah ada kawan (yang kini dah arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat, amin) kat pusat peperiksaan. So memang sejak UPSR hingga SPM, my family dah tahu awal2 berbanding orang lain. Masa UPSR dan PMR, memang i dah tahu awal sehari pun my result. tapi bila SPM, i dah warning awal2 kat my abah...
" kalau result 4A ke bawah je kena bagitahu awal2" kata i kat abah.
So abah cakap " oklah kalau macam tu, tak yah bagitahulah" Ujarnya.
Ni 1st time i berdebar giler nak terima result. Before ni, pergi skolah dengan gaya santai je amik result. Yelah, masa PMR i melolong awal2 lagi kat rumah sebab tak dapat 9A. So, bila pergi ambil result esoknya, relax je tengok result. Gaya pasrah sungguh.
I pergi sekolah sorang2 kot. Dah tak ingat la pergi sorang ke berteman. Tapi ingatnya pergi tunggu bas kat W.Bharu kot. Abah gi hantar. Masa ni, abah still kuat, & boleh naik motor jauh2. Masa tunggu bas, jumpa dengan anak kawan abah i yang kerja kat pusat peperiksaan tu. Kebetulan anak dia tu, sekolah sama dengan i & sama batch pula. Tinggalnya, i tak berapa baik dengan dia sebab tak pernah sekelas sejak form 1 sampai form 5. Bila jumpa dia, sempat dia cakap "tahniah sebab dapat result tinggi". I terpinga2. Tapi macam berdebar giler. Haihhhh, tinggi ke??Berapa A ni??Berapa???haha...
Sampai sekolah area kol 11 kot. Memang dah ramai pun dah ada kat sekolah. Jumpa Mc hae, Mc la, Mc Deck, Eeja, Mc Zie & semuanyalah. Semua orang suruh i ambil result dulu. So i dengan penuh debaran pergi masuk ke bilik wawasan ilani tu. Haihhh!!!Memang berdebar & high blood kot masa tu. Tangan & kaki pun sejuk macam ice. Pergi ambil result dengan Teacher Nik Raina memandangkan dia ialah guru kelas. Bila cakap nama i, dia pun cari & tengok result then tulis kat buku 5A. Hah, dapat 5A ke. Alah, macam sedih je. Sikit la 5A. Sikit!!!! Yelah kan. Betulla kalau abah tak bagitahu pun sebab dah lebih 4A. Memang sedih la. Tapi bila tengok betul2, rupa2 i dapat 8A. yang teacher tulis 5A tu sebab hanya 5 dapat A1. Adeh!!!Buat sespendo je. Time2 tu i happy giler. Alhamdulillah!!! Then lepas tu, keluar jumpa semua orang yang dapat flying colour semuanya!!!Alhamdulillah berkat usaha kami & berkat doa cikgu yang tak putus2.
Apapun, bersyukur dengan apa yang dapat walaupun kadang2 rasa macam kecewa sebab tak study betul2 dulu. Kalau study betul2, maybe kot ni dah jati doktor. Haha!!!Perasan je lebih walaupun tahu bakat doktor memang sah2 tak ada langsung. huhu!!!
No comments:
Post a Comment