Eceh...dalam 2 minggu ni dah berjaya habiskan 3 biji buku...Yeay!!!Clap2 to myself sebabnya bukan senang nak habiskan sebiji buku unless novel. Tapi dalam 3 biji buku tu, 2 ialah novel. Haha!!!Tak kisah la novel ke apa, yang penting misi untuk menjadi ulat buku sudah bermula. Jealous la tengok orang lain suka baca buku. So misi ni kena laksana jugak At least 1 week dapat habiskan sebiji buku tak kira genre apa pun kira ok dah. Komik pun belasah la labu....hihi!!!
Emm 3 biji buku yang dimaksudkan tu ialah:-
Yang buku 1st tu ialah novel cinta. Ceritanya boleh tahan la. Not touch my heart much. Beli pun sebab Cik Da buat promosi habis-habisan kat fb. So dah terjebak dengan godaan Cik Da la ni. Tak pelah untuk koleksi kat rak. Hehe!!!
Buku yang kedua tu dah berbulan2 baca, then now baru habiskan. Yehaa!!!Bangga sungguh dengan diri sendiri sebabnya buku ni buku ilmiah yang berbahasa Inggeris. Kalau ikut kebiasaannya, jangan harap la habis baca. Tapi sabar baca 10 page sehari hinggala 2 3 bulan baru habis. Kus semangat!!!Banyak pengajaran yang boleh kutip kat dalam tu. Rasanya, kalau ikut betul2, pasti akan jadi individu hebat. Amin2!!!Cubalah ikut mana yang mampu...Gambate to myself...
Then the last book tu dah beli 2 3 bulan jugak. Terpikat kat sinopsis at the 1st time baca. Tapi tak beli pun. Masa tu kat MPH Midvalley. Datang lagi MPH, tengok lagi, tapi tak beli jugak. Dan akhirnya beli juga di kedai buku kat KB. Hempeh, nak jugak beli kat kg sendiri. Bila baca, rasa macam dah tahu serba sedikit pasal term2 in medic. Contoh Ortopedik, O&G, Paediatrik, On Call, Hepatology, NICU & macam2 lagilah. So ilmu berkembang bukan setakat debit kredit je lah kan. Haha!!!Buku ni pasal doktor yang memang very truly islamic. So dah sedikit faham tugas doktor yang memang busy sungguh. Rasanya, kalau ambil sains dulu pun, tak akan pilih medic as career juga. Doktor yang baik bukan sahaja perlu bijak, tapi perlu sabar, penyayang, ikhlas, tabah & macam2 lain. I think, I'm not that kind of people. So gambate to all doktor di luar sana. Jalankan t/jawab sebagai doktor dengan penuh keikhlasan kerana Allah. Pasti akan berjaya. **Bujet ramai pembaca kat sini. Hakhakhak!!!!
Skang ni crave nak beli buku ni. Tapi tak ada duit maa. Duit oh duit...RM80 tu kat Teso. So posponed dulu sampai ada duit. Nak beli buku ni sebab dah terjebak dengan Tan Swee Kim yang dah beli. Diakan peminat no 1 Dr M. Haha!!!Asyik terjebak je.
No comments:
Post a Comment