Saturday, 31 March 2012

kembara ulat buku bermula...

Eceh...dalam 2 minggu ni dah berjaya habiskan 3 biji buku...Yeay!!!Clap2 to myself sebabnya bukan senang nak habiskan sebiji buku unless novel. Tapi dalam 3 biji buku tu, 2 ialah novel. Haha!!!Tak kisah la novel ke apa, yang penting misi untuk menjadi ulat buku sudah bermula. Jealous la tengok orang lain suka baca buku. So misi ni kena laksana jugak At least 1 week dapat habiskan sebiji buku tak kira genre apa pun kira ok dah. Komik pun belasah la labu....hihi!!!

Emm 3 biji buku yang dimaksudkan tu ialah:-




Yang buku 1st tu ialah novel cinta. Ceritanya boleh tahan la. Not touch my heart much. Beli pun sebab Cik Da buat promosi habis-habisan kat fb. So dah terjebak dengan godaan Cik Da la ni. Tak pelah untuk koleksi kat rak. Hehe!!!

Buku yang kedua tu dah berbulan2 baca, then now baru habiskan. Yehaa!!!Bangga sungguh dengan diri sendiri sebabnya buku ni buku ilmiah yang berbahasa Inggeris. Kalau ikut kebiasaannya, jangan harap la habis baca. Tapi sabar baca 10 page sehari hinggala 2 3 bulan baru habis. Kus semangat!!!Banyak pengajaran yang boleh kutip kat dalam tu. Rasanya, kalau ikut betul2, pasti akan jadi individu hebat. Amin2!!!Cubalah ikut mana yang mampu...Gambate to myself...

Then the last book tu dah beli 2 3 bulan jugak. Terpikat kat sinopsis at the 1st time baca. Tapi tak beli pun. Masa tu kat MPH Midvalley. Datang lagi MPH, tengok lagi, tapi tak beli jugak. Dan akhirnya beli juga di kedai buku kat KB. Hempeh, nak jugak beli kat kg sendiri. Bila baca, rasa macam dah tahu serba sedikit pasal term2 in medic. Contoh Ortopedik, O&G, Paediatrik, On Call, Hepatology, NICU & macam2 lagilah. So ilmu berkembang bukan setakat debit kredit je lah kan. Haha!!!Buku ni pasal doktor yang memang very truly islamic. So dah sedikit faham tugas doktor yang memang busy sungguh. Rasanya, kalau ambil sains dulu pun, tak akan pilih medic as career juga. Doktor yang baik bukan sahaja perlu bijak, tapi perlu sabar, penyayang, ikhlas, tabah & macam2 lain. I think,  I'm not that kind of people. So gambate to all doktor di luar sana. Jalankan t/jawab sebagai doktor dengan penuh keikhlasan kerana Allah. Pasti akan berjaya. **Bujet ramai pembaca kat sini. Hakhakhak!!!!

Skang ni crave nak beli buku ni. Tapi tak ada duit maa. Duit oh duit...RM80 tu kat Teso. So posponed dulu sampai ada duit. Nak beli buku ni sebab dah terjebak dengan Tan Swee Kim yang dah beli. Diakan peminat no 1 Dr M. Haha!!!Asyik terjebak je.


Thursday, 29 March 2012

bilik tidur idaman...

i like to dream. banyak benda berangannya. Nak pergi melawat seluruh Eropah la, nak kerja yang bergaji 4 5 6 ribu la, nak dapat hubby yang hansome dan beriman la & entah macam lagilah. Dah namanya berangan, pastinya angan2 tu tinggi melangit. Tak kan nak berangan, "emm nak gi melawat gua musang lah" haih!!!Ni rendah benor angan2nya. So layan je lah angan2 yang tak sudah tu. 

Dalam banyak2 benda yang berangan tu, i selalu je berangan nak sebuah bilik tidur yang bila i masuk bilik, rasa cam best giler. Kehkehkeh!!!Oke, kat bilik tu mesti la ada katil size Queen, pastu ada conforter tebal, wall bilik plak ada wall paper bunga2 ala2 English Rose. Then ciri2 lain, dalam bilk tu mesti ada sudut untuk membaca, that's mean ada rak buku, kerusi nak membaca & lampu, ada almari pakaian yang besar yang boleh muat baju i yang kononya banyak tu. Ada lagi ciri ni, dalam bilik kena ada toilet. Then kat kepala katil, kena ada lampu juga. So senang kalau kononya gian nak membaca novel ke buku malam2 buta, boleh membaca sambil2 nak tidur. Hakhakhak!!!Layan je kan impian sendiri. Kalau diri sendiri tak layan, siapa lagi..huhu!!!

Layan gambar ni lah yang didownload kat net. Semua gambar pasal bilik tidur...






Sekian...blog version merapu tak sudah!!!


aerobik punya angkara....

Phew letih letih...dah 2 kali berarobik kat Taman Tengku Anis tu. Dah buang tabiat kot bererobik di kala kesibukan melanda sekarang ni. Peak period switch ON. Grrrr!!!Kepala dah serabut bagai dengan akaun. Dah pening tengok dokumen2 dalam 2 3 hari ni. So the next 3 months, kena dating dengan akaun je lah. Ni tahun ke 4 berpeak period. Berchenta habisan dengan akaun sampaikan kat muka tu terpampam trial balance. Huh!!! Ditambah, ada tambahan company yang Kuha punya. Otak pun dah pening ni #@$^%^&%^&. So niat nak cari gewe tu kena posponed after raya plop. Haih!!!Memang tak tercapai lagi niat nak cari gewe. Psss!!!Macam la sebelum2 ni cari pun....hakhakhak!!!!

Ok berbalik kepada cerita erobik, entah kenapa la audit team ni punya tak segar semangat nak bererobik or jogging setiap petang. Kalau tak erobik, jogging la. Tapi have fun je kat situ. Actually, Taman Tengku Anis tu meriah sebenarnya di waktu petang. Memang seronok la. Boleh la cuci2 mata kejap. Hilang la kejap nombor2 akaun kat mata bila ke situ. Phew!!!Lega dan senang hati serta merta. Tapi kat taman pun topik perbincangan kami pasal akaun juga. Cheh!!!Tak ada topik menarik kot. Kalau tak tajuk akaun, tajuk kawin. Huh!!!Tensen sungguh dengar topik ni.

Erobik tu start dari 5.30 hingga 6.30. So lepas kerja, terus cabut. Dan memandangkan jam kat office cepat 10 minit, so actually kitaorang keluar pukul 5.20 lagi. Haha!!Ampun bos, nanti ganti dengan OT yang bakal dibuat berpuluh2 jam lepas ni. Dalam 1 jam bererobik tu, segala peluh2 yang tersimpan sejak berkurun2 lamanya tu keluar. Otot2 pun dah culture shock habisan. So menjadikan diriku ni lembik & letih giler!!!Waa simpon2 30's dah muncul ni. Skang ni, naik tangga pun semput gak. Ohhhh tidak2. haha!!!Malam erobik je terus mengantuk awal. Adeh!!!Memang teruk sungguh bahana erobik ni. Tapi semangat je nak pergi lagi. Siap2 nak beli kasut plak. haha........



Wednesday, 28 March 2012

pilot lagi....

Haih...tak ada tajuk lain neh nak tulis. Asyik2 pilot je. Grrrr!!!Banyak sebenarnya sebab yang menyebabkan i minat pilot sungguh2... Sebabnya macam kat bawah:-


Hah novel Adam & Hawa ni memang sebab utamalah kan minat pilot..... 


Novel ni jugak boleh dijadikan sebab kenapa minat pilot. Tapi not touching much.......Tapi bolehlah!!!


I like to watch Japanese series especially Takuya Kimura drama. Japanese series are not like Korean. Kalau citer korea, more on love. Tapi cerita Jepun banyak mengisahkan tentang motivasi. Tak kira apa juga watak yang dibawa oleh pelakon. Skrip dia memang kalau ditonton dengan mendalam, memang akan tersentuh hati. Bukan pasal cinta, tapi pasal kehidupan. Rasanya, tengok cerita Jepun akan menyebabkan i menangis rather than Korean. Memang skrip dia menaikkan semangat sungguh. Dan cerita Good Luck ni memang mengisahkan seorang pilot. Really touching to watch it. Dah banyak kali tengok cerita ni. Bayangkan, episod akhir cerita ni i tonton 3 kali sekali gus. Abis je ulang, abis je ulang sampai 3 kali. Dalam satu masa!!!!Hikhikhik!!!Tu tak termasuk siri2 ulangan untuk episod2 lain. Entah, dah berpuluh kali kot tengok. CD pun dah rosak daa. Nasib baik copy masuk dalam laptop. Huhu!!!


This drama also Japanese series. It's actually about stewardess career. Tapi dah pramugari tu sentiasa dekat dengan pilot, hah kira drama ni antara sebab jugak i suka kat pilot. Kihkihkih!!!


Sebenarnya, post ni dibuat sebab ni je. Yang kat atas2 tu actually pembukaan je. Haha!!! Melalut sampai ntah apa2. Sebenarnya sekarang ni i crave to watch this new korean series. Tajuknya Yes Captain. & seem this post about pilot, so of course this story is about pilot lah. Emm tak tahu la best ke tak. But seem dah mengidam nak tengok, so kena cari jugak cerita. Masalah sekarang ni, tak jumpa la plak. Search kat youtube tak ada. Kat tempat lain ada la. Tapi dah kelajuan internet kat rumah ni memang boleh disahkan sebagai tahap siput, so nak tonton dari satu episod ke satu episod yang sebanyak 20 tu, memang sampai tahun depan pun tak habis ni. Haih!!!Yang masalahnya, nak download, hanya reti guna youtube donwloader je. Waaa!!!!Nak tengok.......


***ada satu cerita novel, ntah tajuk apa, cerita pasal pilot juga. Tapi dalam cerita tu, pilot tu berwatakan sebagai seorang yang curang. So disebabkan itu, memang langsung tak baca cerita tu. Haha!!!Patutla minat sangat kat pilot, baca pasal cerita yang baik2 je. Yang tak elok, tak pandang pun. Tipah tertipu sebenarnya nih..Kihkihkih!!!

Monday, 26 March 2012

bye bye Kuha...

Kuha...one of our audit team will resign soon. She got new job at KL, post as an Account Clerk. Emm i will miss her lah. Bila dengar berita ni hari ni, all of us seem sad. Semua orang macam blur & tak boleh buat kerja. But what to do. This is for her future. Di tambah, Kuha memang dah mintak2 kerja kat KL pun. She will marry with her boyfriend & will stay at KL after this. 

So, Good Luck to Kuha for the new job & environment. Have fun in KB start from now because KB is very peaceful town. Aman bahagia kat sini compared to KL yang serabut & berselirat. She said, if she cannot 'tahan' at that company, she will come back to Choo & Co. Haha!!!Buat kelakar la Kuha ni. Kata Kuha, she will miss 'beras siam' soon. "Oh God, where to find 'beras siam' at KL. Memang betul2 kelantanese kan...Hehe!!!

So Kuha dah nak resign. So me???When is my turn. Sampai sekarang pun tak tahu apa yang nak untuk diri sendiri. Umur dah nak dekat 30 pun still cannot decide what is the best for me. Haihhh!!! sungguh la kena buat solat istikarah tiap2 malam sampai Allah bagi cahaya & nur kat hati...


                                              Bye Bye Kuha. I will miss you....

Sunday, 25 March 2012

Allah is the only ONE.

Alkisahnya nak cerita pagi tadi kat office. After breakfast nasi kerutuk daging yang dibeli kat kedai depan tu, i masuk pantry sebab nak basuh sudu & garpu. Masa nak ke sinki, tgk2 kat sink tu dah ada orang tengah guna sink. My officemate  & she's chinese. After a while la jugak tunggu dia. Entah buat apa. Basuh bekas air or basuh tangan kot. So i pun berdiri kat belakang dia. Tengok dia dari belakang. So otak i ni dah mula menjalankan t/jawabnya. Dah mula melayang dah. "Emm kurus juga amoi ni. Betis & paha tu kecik je" Nampak jelasla memandangkan dia pakai short pant separas paha je. She wore t-shirt size S. So tubuh dia yang kurus tu lagi menampakkan dia lagi kurus. Ehh jap jap....apa yang cerita sebenarnya ni.

Nak ceritanya cam ni, bila ditengok2 kat dia tu, nampak semuanya sama walaupun berlainan bangsa dan agama. Yelah memang lain. Chinese mata sepet sikit. India pula hidung mancung sikit, melayu plak kulit sawomatang, orang putih plak tinggi & berbadan sasa & etc. Tetapi fizikalnya tetap samakan. Ada hidung, ada mata, ada tangan dan kaki, ada rambut, ada telinga...so all in the same patent. Semuanya sangat teratur & sempurna. Maknanya semua orang datang dari pencipta yang sama. Kalaulah ada banya tuhan, pastinya setiap tuhan akan mencipta semuanya berbeza2 mengikut apa yang dia kehendaki. Tak adalah sama patent kan? 

Emm dan yang pasti, tuhan yang SATU itu hanya ALLAH. Dialah pencipta semua perkara di langit dan di bumi. Dan yang pasti, dia tak nak apa2pun dari hambaNya. Dia langsung tak nak duit ke, makanan ke, apartmet ke, kereta ke. Dia,  Allah hanya mahu satu. Semua hambaNya menyembahNya dengan sepenuh hati. He just want His servant to worship to HIM...Worship..Worship..& Worship.... 

what to eat for breakfast...???

Now i have problem when in the morning???haiyaa, always confuse what to eat for my breakfast. Dah cemuih la makan nasi & kuih... Asyik2 nasi & kuih je. Kuih plak che' mek & kuih bom je. Mana lah leh tahan kalau tiap2 hari. Nasi plak nasi husna tu  je. Adeh!!!Apa ehh makanan berkhasiat untuk makan pagi??Oat ke??Adoi, x lalu nak makan oat pagi2 buta. Chop2. Kalau tengah2 hari buta & lapar giler pun memang tak terbuka seleranya nak makan oat. Emm bijirin nestum or cereal dengan susu ok ke??Ke roti dengan sardin??kot2 sebab perut nasi, nanti tak sampai kol 10 dah melalak kat opis sebab  lapar. Yang dok telan nasi pun boleh je pukul 10 11 tu cari makanan tambahan...Phewww!!!Masalah diri sendirinya, nak buat makanan yang berat2 sikit, haku ni tak reti nak masak ke apa?? Dah la waktu pagi tu time limited kot. So, apakah jalan penyelesaian ni???? Breakfast oh breakfast....

Friday, 23 March 2012

my niece & nephew...

Hari minggu yang tak tahu nak buat apa. Walaupun baju berbakul2 tak lipat & basuh, tapi tetap not in list to do today. Sign**Memang jiwa pemalas sungguh la. Kalau dengar pasal dapur & baju je, terus jiwa jadi layu. Kalau dengar nak g derat, hah suka2 tahap tak ingat apa. ceroh mato2!!!Kehkehkeh...

Emm actually, tak ada cerita la nak tulis. But since i'm free today, so bolehla meraban ntah apa2 kat sini. Bila baca blog org lain, hah semua dok citer pasal perkembangan anak masing2. So, i pun nak citer gak. But since i have no children now, so anak sedara jadi mangsa. kehkehkeh!!!



Gambar2 kat atas sume tu ialah 8 org anak2 sedara. hah!!!8 orang???oho, habisla kopak duit raya i. Tahun ni kena turunkan bagi RM8 sorang la. kihkihkih!!!

Anak sedara 1st tu perempuan. Lahir 18.3.1992. Full name Anis Syahirah Bt. Mohd Hakimi. Alah, 8 tahun je beza dengan i. So bila berjalan nampak sebaya. Eceh!!!Masa dapat 1st anak sedara tu, i darjah 2 masa tu. So tak ingat sangat pasal dia. Dia lahir via pembedahan sebabnya uri dok bawah. Hah, tak tahu la bahasa standardnya panggil apa. atau dalam bahasa kampungnya' sok dok bawoh'. Lepas lahir tu, dia terus tinggal kat Jengka 10, Pahang. So bila dia balik kampung, hah memang x reti cakap loghat kelate. Kat rumah panggil dia Yah je sebab kecik2 dia memang bahasakan diri dengan Yah. So lekat la sampai sekarang. Tapi ngan kawan2 bukan main...Cis Eiyra konon. haha!!!She is clever. Memang pandai pun sebab semua exam dari UPSR - SPM dapat straight A. Sekarang study kat Uni of Tanta kat Mesir. Cuma satu je yang kurangnya...selalu je sedih2 kalau kat Mesir. Wall kat fb tu asyik yang hiba2 je sampai kitaorang kat Malaysia ni dah bo layan. Dia suka makan. Tengok la body dia dengan i, dia lebih boolat compared to me. hikhikhik!!!Suka makan meehun yang my mum masak, satay, char kuey teow, kaya ball, n ntah apa2 lagi.

Next is Muhammad Aizat B. Mohd Hakimi. Lahir pada 29.3.1995. Adik beradik ni memang chop bulan March je nak bagi chu kopak. Haha!!!Bukan bagi hadiah pun sebenarnya. I like to cakap merapu dengan Aizat ni sebab nanti dia punya respond "jolo ko" haha!!!Dah sah2 kena tipu pun still nak caya. He like badminton so much. So memang peminat no 1 Lee Chong Wei la. Now he is form 5. Nak SPM tahun 2012. Nampak gaya macam badminton is no 1 than study. Tapi bila cakap, dia bagitahu "aizat study" malam2 bangun study. Emm ikutla. as long as tak kecewa nanti result, udah le. Dia ni memang senang je kalau nak suruh pergi membeli belah makanan ke apa. Terus pergi tanpa banyak soal. So, memang dia asyik kena buli dengan i. Cuma satu je yang hangin, bila dapat barang kat dia, memang sah2 90% akan jahanam lepas tu. Adeh!!!Ntah tangan besi atau tangan manusia....grrr!!!!

Lepas tu, 5 tahun kemudian ayong plak lahir. Ayong aka Nur Alya Syafiqah Bt Mahyudden. Lahir pada 7.9.2000. Sekarang darjah 6. ehh baru aware tahun ni ada 2 orang anak sedara nak amik exam...Ishishish!!!Ayong ni mulut boleh tahan. Straight to the point. Memang tak tapis2. Pernah kitaorang usik2 dia bila dia rajin bebenor bawak masuk pinggang mangkuk ke dapur lepas party bday, so dia balas "orang lain malas, so ayong la kena bawak masuk" cis!!!& selalu je cakap "Chu bila nak kawin, chu dah tua" Double cis!!!haha. Katanya cita2 nak jadi doktor. Tapi nampak gaya sekarang yang suka berangan ni, boleh jadi novelist ni. Adeh, memang la suka tengok tv, then slow motion sikit. Selalu je sedih sebab dia hitam. So nak bagi putih, selalu pakai bedak & pembersih muka banyak2. Katanya malu sebab orang lain 'ngato' dio hitam. Alahai ayong, kecik2 memang la nampak comot bila hitam. Tapi bila besar, nanti lawala macam kulit ibu...

Then Aqil Haiqal B. Mahyudden. Lahir pada 13.11.2001. So beza ayong & aqil setahun je. He's now in standard 5. More on math. Dont care about appearance kot. Bilik tunggang langgang or tak flush toilet pun tak kisah. Ishhh!!!apa la aqil ni. Tapi memang senang kalau nak buli ke apa. Lebih kurang abe jat je.

Adam Harris B. Mahyudden. Lahir on 30.09.2005. Oho pening!!!Mak aikk naughty kot. Tapi very hansome boy. Sebabnya memang la segak sentiasa. Contra sungguh dengan aqil. Naik chicken pox pun still nak pakai jeans. Nak tangkap ike time banjir pun still bergaya dengan jeans. haha!!!Like to draw much. So kertas A4 1 rim tu kejap je habis dikerjakan adam. Tapi dia punya naughty ya Rabbi, suara ibu dengar sampai tesco bila menjerit. I pun akan geram sama. Adam adam!!!

Adik adam ialah Irshad Ilham. Lahir pada 3.3.2009. Suara dia serak2 basah seh. Geram!!!Bila dengar dia bercakap, aura nak 'ngenak' & komeh terus je muncul. Dah la Si Isyad ni suka jah nangis2 manje. kenak sikit, terus nangis. So makin ligat nak kacau dio. Suka drawing jugak. Tak tahu la minat sebenar atau sebab ikut abang chik. Tapi bila dia mewarna, cantik bagi budak seusia 3 tahun. Suka bela kura2. Dulu kura2 yang dah mati tu nama Kejora & Bintang. Skang kura2 yang baru bela nama Vanilla Coklat. Ceh, nama drama aje kura2 isyad ni. Glamour sapa ko kura2!!!Isyad suka makan. So nama manja dia 'Isyad mbok'. Teringat masa nak bagi nama kat dia. Asalnya nak bagi nama dengan huruf di depan AH. Macam Aqil Haiqal & Adam Harris. Tapi sebab dah tak tahu kombinasi apa yang sesuai, then ibu plak nak Hijaz kat belakang, fikir punya fikir dan tak keluar2, so kebetulan my abang terbaca buku PAMA. Then tiba2 terjumpa nama Irshad Ilham. Hah, akhirnya bagilah nama tu. Emm lawa la gak nama ni. Tapi dah out of AH la.

Then anak sedara yang ke 7 ialah Mohd Hadif Iqbal B. Mohd Jauzi. Lahir 31.5.2009. Irsyad & Hadif ni sebaya. So memang perkembangan kedua2nya selalu dibandingkan. Dah sebaya kan, nak buat macam mana. Hadif ni memang manja. Suka nangis2 sampai keluar air mata bagai. So memang tak kacau dia sangat. Nanti bila dah nangis, adoi haru nak bagi diam balik. Suka sebut nama sendiri. Memang bangga kot dengan nama Hadif. Suka sangat kat ultraman,  kamen rider, upin ipin & boboy boy. Then kalau main game angry bird, i pun x terlawan. Kena dengan tepat. Hadif memang obses dengan papa sendiri. Nangis2 nak pa kalu der brona. 

Last but not least la...my very new niece ialah Leeya Adriana Bt. Mohd Jauzi. Lahir 17.1.2012. Baru 2 bulan lebih umurnya. So tak ada cerita pasal Leeya lah. Tapi memang muka iras Hadiff la. Good girl. Tak nangis2.

Haha panjang plak cerita. Mujur ado 8 orang je. Kalau 20. haha!!!Apapun semoga my niece & nephew menjadi anak yang soleh & solehah ok. Chu loves u all...Chewah!!!!


Wednesday, 21 March 2012

this week punya cerita...

Haihhhh!!!**Sign. Sign!!Mengeluh lagi. Bukan apa. Ari tu, punyala sibuk sungguh dengan cerita2 kat TV, tapi sekarang semua cerita dah habis episod kecuali Bicara Hati. Bicara Hati plak kat Astro. So, memang tak tengok pun. Tengok kat net je. So sekarang ni, banyak sungguh la waktu2 terluang tak tahu nak buat apa. Haihhh!!! Cerita baru macam tak best kot. Tak tahulah. Tak ikut pun.

Oke, berbalik kepada cerita sekeliling, nak cerita pasal bercinta dengan suami orang. 2 3 menjak ni kan, banyak sungguh la kes yang bercinta dengan suami orang. Haihhh!!!tu termasuk seorang officemate & kawan sendiri. Yang officemate tu dah kawin & yang kawan tu still anak dara. Actually, kitaorang yang semua still tak kawin ni dah bagi nasihat dah jangan dekat dengan semua perkara yang berkaitan dengan semua orang ni. Semua tak setuju. Tapi empunya diri cakap, kawan je tak ada apa2. Tapi kalau selalu calling2 & bersms tu, ye ke dikira tak ada apa2??Adoi, pendapat sendiri, actually poligami is allowed by Islam pun. Nak tentang sangat pun tak boleh. Yelah, nanti kalau terkena batang hidung sendiri, mahu aku menangis tak berlagu. Ya Allah, jauhkanlah. Tapi rasanya, selagi boleh dijauhkan, so elak la kan. Kawan i cakap, layanan orang yang dah kawin lain sikit dari yang bujang. Emm betul la kot ehh sebab diorangkan dah ada pengalaman. Tapi tetapla i tak setuju. Sebab bila dah masuk ke alam poligami, semua kena sedia dari segi mental dan fizikal. Sabar juga kena bertambah. Bukan senang nak dapat pahala sabar kan. Memang kena kuat sungguh2 barulah berjaya. Apapun, i harap, ada kesudahan yang baik untuk my officemate & my friend tu. Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka berdua untuk menemui jalan yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin2!!!

Hari ni result SPM 2011 dah keluar. Tiba2 ingatan i teringat kat peristiwa lebih 10 tahun dahulu masa i ambil result kat sekolah. Alkisahnya, sehari sebelum ambil result, my abah & family dah tahu i dapat berapa memandangkan my abah ada kawan (yang kini dah arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat, amin) kat pusat peperiksaan. So memang sejak UPSR hingga SPM, my family dah tahu awal2 berbanding orang lain. Masa UPSR dan PMR, memang i dah tahu awal sehari pun my result. tapi bila SPM, i dah warning awal2 kat my abah...

" kalau result 4A ke bawah je kena bagitahu awal2" kata i kat abah.
So abah cakap " oklah kalau macam tu, tak yah bagitahulah" Ujarnya.

Ni 1st time i berdebar giler nak terima result. Before ni, pergi skolah dengan gaya santai je amik result. Yelah, masa PMR i melolong awal2 lagi kat rumah sebab tak dapat 9A. So, bila pergi ambil result esoknya, relax je tengok result. Gaya pasrah sungguh. 

I pergi sekolah sorang2 kot. Dah tak ingat la pergi sorang ke berteman. Tapi ingatnya pergi tunggu bas kat W.Bharu kot. Abah gi hantar. Masa ni, abah still kuat, & boleh naik motor jauh2. Masa tunggu bas, jumpa dengan anak kawan abah i yang kerja kat pusat peperiksaan tu. Kebetulan anak dia tu, sekolah sama dengan i & sama batch pula. Tinggalnya, i tak berapa baik dengan dia sebab tak pernah sekelas sejak form 1 sampai form 5. Bila jumpa dia, sempat dia cakap "tahniah sebab dapat result tinggi". I terpinga2. Tapi macam berdebar giler. Haihhhh, tinggi ke??Berapa A ni??Berapa???haha...

Sampai sekolah area kol 11 kot. Memang dah ramai pun dah ada kat sekolah. Jumpa Mc hae, Mc la, Mc Deck, Eeja, Mc Zie & semuanyalah. Semua orang suruh i ambil result dulu. So i dengan penuh debaran pergi masuk ke bilik wawasan ilani tu. Haihhh!!!Memang berdebar & high blood kot masa tu. Tangan & kaki pun sejuk macam ice. Pergi ambil result dengan Teacher Nik Raina memandangkan dia ialah guru kelas. Bila cakap nama i, dia pun cari & tengok result then tulis kat buku  5A. Hah, dapat 5A ke. Alah, macam sedih je. Sikit la 5A. Sikit!!!! Yelah kan. Betulla kalau abah tak bagitahu pun sebab dah lebih 4A. Memang sedih la. Tapi bila tengok betul2, rupa2 i dapat 8A. yang teacher tulis 5A tu sebab hanya 5 dapat A1. Adeh!!!Buat sespendo je. Time2 tu i happy giler. Alhamdulillah!!! Then lepas tu, keluar jumpa semua orang yang dapat flying colour semuanya!!!Alhamdulillah berkat usaha kami & berkat doa cikgu yang tak putus2.

Apapun, bersyukur dengan apa yang dapat walaupun kadang2 rasa macam kecewa sebab tak study betul2 dulu. Kalau study betul2, maybe kot ni dah jati doktor. Haha!!!Perasan je lebih walaupun tahu bakat doktor memang sah2 tak ada langsung. huhu!!!

Wednesday, 14 March 2012

tiba2.....

Tiba2 rasa geram giler sebab miskin & tak ada duit!!!!!Grrrrr bile nak kaya nih???Bosannn sungguh la gini.....Ohh i'm not in the good mood now!!!

Sunday, 11 March 2012

lagi lagi & lagi!!!!


Hah, baru feeling cket tgk gambar kat atas ni. Haha!!!Baru la feeling rather than tgk MV. Cuma dari start nak feeling tgk kehansoman adam kat atas, tiba2 dirosakkan oleh kehadiran Norman Hakim kat sebelah. Adeh!!!Entah watak apa yang dia pegang ni. Grrrr!!!! Actually, i'm not interested in pilot, but crazy with Adam Mukhriz. Itulah hakikatnya kan????

i'm just an ordinary woman...

I'm just an ordinary woman with full of weakness..
trying always to remember Allah & Rasulullah with zikir & selawat all the time, but love 'dunya' more
trying always to read love letter, AlQuran everyday, but love internet & fb all the time
trying always to be a book worm, but so lazy to read book
trying always to be good in heart, but always think bad to people
trying always to learn English in heart, but love Malay more
trying to be focus all the time, but always fail even in solat
trying very best to be a good cooker, but never cook food even simple dish
trying to be discipline with time, but always waste time to useless thing
trying always to be more patience, but always fail
trying always to avoid 'mengumpat', but like to talk so much about people


Phewww!!!i'm just an ordinary woman with full of weakness. It's not easy to fight it. Really, it's not easy to fight it. But i think, if i still have feeling to change & never give up, i still have chance to be better Muslimah. Amin!!!

Thursday, 8 March 2012

terukir di bintang........

Terukit di bintang ni ialah lagu dari Yuna. Actually, i'm not yuna's fan. Tak ada pun lagu Yuna yang diminati before this. Tapi lagu terukir di bintang ni macam klasik sikit. Dah tu, hari tu tengok walimatulurus Yusry & Lisa kat youtube, dan dia punya entry song tu lagu ni. So bila dah berkali2 dengar, alahai, best plak. So layan kat sinilah...hari ni boleh melalak seharian lagu ni. Layannnnnnn!!!


Tuesday, 6 March 2012

abe kob...lawak guling2

Alah, kecik cinonet la plak surat cinta kat atas ni. Bila baca surat cinta ni, yang tension & stress boleh je tergelak guling2..hilang abis gundah gulana. haha!!!memang siapa bukan pure kelantanese, jangan harap nak faham. Memang haru la percintaan abe kob & mek na ni...apapun, layan je lah!!!

Monday, 5 March 2012

wedding of the march....

oke, our president of RTBN married last saturday. Ohooo, tahniah to Mc Laa & Hubby. Didoakan semoga perkahwinan kekal hingga anak cucu cicit & diberkati sentiasa. & also happy ever after. Cheh!!! Sungguhlah memang tertunggu2 wedding ni. Entah, maybe sebab dah lama tak ada wedding caremony gang2 ni. Yelah almost all of us were getting married, & yang tinggal hanya yang memang tak ada pakwe, so memang betul2 kepingin nak buat havoc kat majlis kawin. Lama dah bersara ni. hehe!!!

Overall, majlis berjalan lancar. Syukur!!!Cuma maybe la kot ada tension & stress dari pengantin during the preparation. Tapi bila semuanya dah selesai, nampak muka pengantin lega sungguh!!!Tension & stress pun dah tak ada. This time, pergi kenduri with amani, z, zura, gna & norisa. Ahlinya tak ramai sebab musim Mc Laa buat kenduri out of school holiday. So enon, wani, mc hae dan sumenya cikgu2 luar kelate tak boleh attend. Macam ramai gak yang frust kan. Tapi nak buat cam ne, Mc Laa dah pesan awal2 majlis kawin dio bukan time cuti sekolah.

Memang kami buat havoc sungguh kat majlis. Memang happy cuma satu je yang geramnya bila Mc Z datang lewat kes tertukar tendung vs pasir mas. Grrrr!!!Panas je sekejap. Tapi lepas tu ok balik. Kami buat rumah pengantin macam rumah sendiri. Ehh bukan, bilik pengantin Mc Laa habis kena kuca dengan kami semua. Di saat Mc Laa sibuk bersanding & bergambar, so kami take opportunity memeriahkan bilik tu dengan bergambar. & rasanya majlis ni bleh jadi sejarah kot sebab 1st time jadi pengapit. Haha!!!Lawak & kelakar jah. nak buat cam ne, tiba2 photographer panggil pengapit dari Mc Laa, then budak2 tolak2 i untuk naik iring Mc Laa naik pelamin. Adehh!!It actually, the good experience jugak. Tapi rasanya,  sekali ni je kot ehh. Buat akaun senang lagi dari jadi pengapit. Memang kena sopan2 sungguh la. Huhu!!!

Apapun, tahniah to Mc Laa again & again. lepas ni, kecoh kat bilik bersalin plak ye. Insya Allah jika diberi rezeki. Amin2...Kat bawah ni ada 2 3 keping gambar untuk majlis ni. Nak tgk yang banyak, kat fb dah upload 100+++ keping....


                                                           ~~seri pengantin baru...~~

                                                         ~~us. with the newly bride ~~
                                                     
                                            ~~bila bilik pengantin macam kami punya~~

                                       ~~bila pelamin macam kami punya~~