Sunday, 18 December 2011

An-Nisa' - ayat 100

Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai tempat yang dituju), maka sungguh pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Rasanya ayat ni juga sebagai ayat untuk seseorang berubah dari seorang yang jahat kepada seorang yang baik. Hijrah tidak terhad kepada perpindahan satu tempat ke satu tempat. I'm also wanna hijrah. Dari yang tak berzikir kepada seorang yang berzikir selalu, dari yang tidak focus dan istiqamah menjadi seorang yang istiqamah dan focus terutamanya dalam beribadah, membaca, membuat kerja dan etc, dari seorang yang tidak penyayang kepada seorang yang lebih penyayang, dari seorang yang penakut kepada seorang yang lebih berani, dari seorang yang tidak yakin berbahasa Inggeris kepada seorang yang lebih yakin, dari seorang yang malas membaca kepada seorang yang ulat buku dan banyak lagi impian penghijrahan diri... 

No comments:

Post a Comment