Saturday, 31 March 2012

kembara ulat buku bermula...

Eceh...dalam 2 minggu ni dah berjaya habiskan 3 biji buku...Yeay!!!Clap2 to myself sebabnya bukan senang nak habiskan sebiji buku unless novel. Tapi dalam 3 biji buku tu, 2 ialah novel. Haha!!!Tak kisah la novel ke apa, yang penting misi untuk menjadi ulat buku sudah bermula. Jealous la tengok orang lain suka baca buku. So misi ni kena laksana jugak At least 1 week dapat habiskan sebiji buku tak kira genre apa pun kira ok dah. Komik pun belasah la labu....hihi!!!

Emm 3 biji buku yang dimaksudkan tu ialah:-




Yang buku 1st tu ialah novel cinta. Ceritanya boleh tahan la. Not touch my heart much. Beli pun sebab Cik Da buat promosi habis-habisan kat fb. So dah terjebak dengan godaan Cik Da la ni. Tak pelah untuk koleksi kat rak. Hehe!!!

Buku yang kedua tu dah berbulan2 baca, then now baru habiskan. Yehaa!!!Bangga sungguh dengan diri sendiri sebabnya buku ni buku ilmiah yang berbahasa Inggeris. Kalau ikut kebiasaannya, jangan harap la habis baca. Tapi sabar baca 10 page sehari hinggala 2 3 bulan baru habis. Kus semangat!!!Banyak pengajaran yang boleh kutip kat dalam tu. Rasanya, kalau ikut betul2, pasti akan jadi individu hebat. Amin2!!!Cubalah ikut mana yang mampu...Gambate to myself...

Then the last book tu dah beli 2 3 bulan jugak. Terpikat kat sinopsis at the 1st time baca. Tapi tak beli pun. Masa tu kat MPH Midvalley. Datang lagi MPH, tengok lagi, tapi tak beli jugak. Dan akhirnya beli juga di kedai buku kat KB. Hempeh, nak jugak beli kat kg sendiri. Bila baca, rasa macam dah tahu serba sedikit pasal term2 in medic. Contoh Ortopedik, O&G, Paediatrik, On Call, Hepatology, NICU & macam2 lagilah. So ilmu berkembang bukan setakat debit kredit je lah kan. Haha!!!Buku ni pasal doktor yang memang very truly islamic. So dah sedikit faham tugas doktor yang memang busy sungguh. Rasanya, kalau ambil sains dulu pun, tak akan pilih medic as career juga. Doktor yang baik bukan sahaja perlu bijak, tapi perlu sabar, penyayang, ikhlas, tabah & macam2 lain. I think,  I'm not that kind of people. So gambate to all doktor di luar sana. Jalankan t/jawab sebagai doktor dengan penuh keikhlasan kerana Allah. Pasti akan berjaya. **Bujet ramai pembaca kat sini. Hakhakhak!!!!

Skang ni crave nak beli buku ni. Tapi tak ada duit maa. Duit oh duit...RM80 tu kat Teso. So posponed dulu sampai ada duit. Nak beli buku ni sebab dah terjebak dengan Tan Swee Kim yang dah beli. Diakan peminat no 1 Dr M. Haha!!!Asyik terjebak je.


Thursday, 29 March 2012

bilik tidur idaman...

i like to dream. banyak benda berangannya. Nak pergi melawat seluruh Eropah la, nak kerja yang bergaji 4 5 6 ribu la, nak dapat hubby yang hansome dan beriman la & entah macam lagilah. Dah namanya berangan, pastinya angan2 tu tinggi melangit. Tak kan nak berangan, "emm nak gi melawat gua musang lah" haih!!!Ni rendah benor angan2nya. So layan je lah angan2 yang tak sudah tu. 

Dalam banyak2 benda yang berangan tu, i selalu je berangan nak sebuah bilik tidur yang bila i masuk bilik, rasa cam best giler. Kehkehkeh!!!Oke, kat bilik tu mesti la ada katil size Queen, pastu ada conforter tebal, wall bilik plak ada wall paper bunga2 ala2 English Rose. Then ciri2 lain, dalam bilk tu mesti ada sudut untuk membaca, that's mean ada rak buku, kerusi nak membaca & lampu, ada almari pakaian yang besar yang boleh muat baju i yang kononya banyak tu. Ada lagi ciri ni, dalam bilik kena ada toilet. Then kat kepala katil, kena ada lampu juga. So senang kalau kononya gian nak membaca novel ke buku malam2 buta, boleh membaca sambil2 nak tidur. Hakhakhak!!!Layan je kan impian sendiri. Kalau diri sendiri tak layan, siapa lagi..huhu!!!

Layan gambar ni lah yang didownload kat net. Semua gambar pasal bilik tidur...






Sekian...blog version merapu tak sudah!!!


aerobik punya angkara....

Phew letih letih...dah 2 kali berarobik kat Taman Tengku Anis tu. Dah buang tabiat kot bererobik di kala kesibukan melanda sekarang ni. Peak period switch ON. Grrrr!!!Kepala dah serabut bagai dengan akaun. Dah pening tengok dokumen2 dalam 2 3 hari ni. So the next 3 months, kena dating dengan akaun je lah. Ni tahun ke 4 berpeak period. Berchenta habisan dengan akaun sampaikan kat muka tu terpampam trial balance. Huh!!! Ditambah, ada tambahan company yang Kuha punya. Otak pun dah pening ni #@$^%^&%^&. So niat nak cari gewe tu kena posponed after raya plop. Haih!!!Memang tak tercapai lagi niat nak cari gewe. Psss!!!Macam la sebelum2 ni cari pun....hakhakhak!!!!

Ok berbalik kepada cerita erobik, entah kenapa la audit team ni punya tak segar semangat nak bererobik or jogging setiap petang. Kalau tak erobik, jogging la. Tapi have fun je kat situ. Actually, Taman Tengku Anis tu meriah sebenarnya di waktu petang. Memang seronok la. Boleh la cuci2 mata kejap. Hilang la kejap nombor2 akaun kat mata bila ke situ. Phew!!!Lega dan senang hati serta merta. Tapi kat taman pun topik perbincangan kami pasal akaun juga. Cheh!!!Tak ada topik menarik kot. Kalau tak tajuk akaun, tajuk kawin. Huh!!!Tensen sungguh dengar topik ni.

Erobik tu start dari 5.30 hingga 6.30. So lepas kerja, terus cabut. Dan memandangkan jam kat office cepat 10 minit, so actually kitaorang keluar pukul 5.20 lagi. Haha!!Ampun bos, nanti ganti dengan OT yang bakal dibuat berpuluh2 jam lepas ni. Dalam 1 jam bererobik tu, segala peluh2 yang tersimpan sejak berkurun2 lamanya tu keluar. Otot2 pun dah culture shock habisan. So menjadikan diriku ni lembik & letih giler!!!Waa simpon2 30's dah muncul ni. Skang ni, naik tangga pun semput gak. Ohhhh tidak2. haha!!!Malam erobik je terus mengantuk awal. Adeh!!!Memang teruk sungguh bahana erobik ni. Tapi semangat je nak pergi lagi. Siap2 nak beli kasut plak. haha........



Wednesday, 28 March 2012

pilot lagi....

Haih...tak ada tajuk lain neh nak tulis. Asyik2 pilot je. Grrrr!!!Banyak sebenarnya sebab yang menyebabkan i minat pilot sungguh2... Sebabnya macam kat bawah:-


Hah novel Adam & Hawa ni memang sebab utamalah kan minat pilot..... 


Novel ni jugak boleh dijadikan sebab kenapa minat pilot. Tapi not touching much.......Tapi bolehlah!!!


I like to watch Japanese series especially Takuya Kimura drama. Japanese series are not like Korean. Kalau citer korea, more on love. Tapi cerita Jepun banyak mengisahkan tentang motivasi. Tak kira apa juga watak yang dibawa oleh pelakon. Skrip dia memang kalau ditonton dengan mendalam, memang akan tersentuh hati. Bukan pasal cinta, tapi pasal kehidupan. Rasanya, tengok cerita Jepun akan menyebabkan i menangis rather than Korean. Memang skrip dia menaikkan semangat sungguh. Dan cerita Good Luck ni memang mengisahkan seorang pilot. Really touching to watch it. Dah banyak kali tengok cerita ni. Bayangkan, episod akhir cerita ni i tonton 3 kali sekali gus. Abis je ulang, abis je ulang sampai 3 kali. Dalam satu masa!!!!Hikhikhik!!!Tu tak termasuk siri2 ulangan untuk episod2 lain. Entah, dah berpuluh kali kot tengok. CD pun dah rosak daa. Nasib baik copy masuk dalam laptop. Huhu!!!


This drama also Japanese series. It's actually about stewardess career. Tapi dah pramugari tu sentiasa dekat dengan pilot, hah kira drama ni antara sebab jugak i suka kat pilot. Kihkihkih!!!


Sebenarnya, post ni dibuat sebab ni je. Yang kat atas2 tu actually pembukaan je. Haha!!! Melalut sampai ntah apa2. Sebenarnya sekarang ni i crave to watch this new korean series. Tajuknya Yes Captain. & seem this post about pilot, so of course this story is about pilot lah. Emm tak tahu la best ke tak. But seem dah mengidam nak tengok, so kena cari jugak cerita. Masalah sekarang ni, tak jumpa la plak. Search kat youtube tak ada. Kat tempat lain ada la. Tapi dah kelajuan internet kat rumah ni memang boleh disahkan sebagai tahap siput, so nak tonton dari satu episod ke satu episod yang sebanyak 20 tu, memang sampai tahun depan pun tak habis ni. Haih!!!Yang masalahnya, nak download, hanya reti guna youtube donwloader je. Waaa!!!!Nak tengok.......


***ada satu cerita novel, ntah tajuk apa, cerita pasal pilot juga. Tapi dalam cerita tu, pilot tu berwatakan sebagai seorang yang curang. So disebabkan itu, memang langsung tak baca cerita tu. Haha!!!Patutla minat sangat kat pilot, baca pasal cerita yang baik2 je. Yang tak elok, tak pandang pun. Tipah tertipu sebenarnya nih..Kihkihkih!!!

Monday, 26 March 2012

bye bye Kuha...

Kuha...one of our audit team will resign soon. She got new job at KL, post as an Account Clerk. Emm i will miss her lah. Bila dengar berita ni hari ni, all of us seem sad. Semua orang macam blur & tak boleh buat kerja. But what to do. This is for her future. Di tambah, Kuha memang dah mintak2 kerja kat KL pun. She will marry with her boyfriend & will stay at KL after this. 

So, Good Luck to Kuha for the new job & environment. Have fun in KB start from now because KB is very peaceful town. Aman bahagia kat sini compared to KL yang serabut & berselirat. She said, if she cannot 'tahan' at that company, she will come back to Choo & Co. Haha!!!Buat kelakar la Kuha ni. Kata Kuha, she will miss 'beras siam' soon. "Oh God, where to find 'beras siam' at KL. Memang betul2 kelantanese kan...Hehe!!!

So Kuha dah nak resign. So me???When is my turn. Sampai sekarang pun tak tahu apa yang nak untuk diri sendiri. Umur dah nak dekat 30 pun still cannot decide what is the best for me. Haihhh!!! sungguh la kena buat solat istikarah tiap2 malam sampai Allah bagi cahaya & nur kat hati...


                                              Bye Bye Kuha. I will miss you....

Sunday, 25 March 2012

Allah is the only ONE.

Alkisahnya nak cerita pagi tadi kat office. After breakfast nasi kerutuk daging yang dibeli kat kedai depan tu, i masuk pantry sebab nak basuh sudu & garpu. Masa nak ke sinki, tgk2 kat sink tu dah ada orang tengah guna sink. My officemate  & she's chinese. After a while la jugak tunggu dia. Entah buat apa. Basuh bekas air or basuh tangan kot. So i pun berdiri kat belakang dia. Tengok dia dari belakang. So otak i ni dah mula menjalankan t/jawabnya. Dah mula melayang dah. "Emm kurus juga amoi ni. Betis & paha tu kecik je" Nampak jelasla memandangkan dia pakai short pant separas paha je. She wore t-shirt size S. So tubuh dia yang kurus tu lagi menampakkan dia lagi kurus. Ehh jap jap....apa yang cerita sebenarnya ni.

Nak ceritanya cam ni, bila ditengok2 kat dia tu, nampak semuanya sama walaupun berlainan bangsa dan agama. Yelah memang lain. Chinese mata sepet sikit. India pula hidung mancung sikit, melayu plak kulit sawomatang, orang putih plak tinggi & berbadan sasa & etc. Tetapi fizikalnya tetap samakan. Ada hidung, ada mata, ada tangan dan kaki, ada rambut, ada telinga...so all in the same patent. Semuanya sangat teratur & sempurna. Maknanya semua orang datang dari pencipta yang sama. Kalaulah ada banya tuhan, pastinya setiap tuhan akan mencipta semuanya berbeza2 mengikut apa yang dia kehendaki. Tak adalah sama patent kan? 

Emm dan yang pasti, tuhan yang SATU itu hanya ALLAH. Dialah pencipta semua perkara di langit dan di bumi. Dan yang pasti, dia tak nak apa2pun dari hambaNya. Dia langsung tak nak duit ke, makanan ke, apartmet ke, kereta ke. Dia,  Allah hanya mahu satu. Semua hambaNya menyembahNya dengan sepenuh hati. He just want His servant to worship to HIM...Worship..Worship..& Worship.... 

what to eat for breakfast...???

Now i have problem when in the morning???haiyaa, always confuse what to eat for my breakfast. Dah cemuih la makan nasi & kuih... Asyik2 nasi & kuih je. Kuih plak che' mek & kuih bom je. Mana lah leh tahan kalau tiap2 hari. Nasi plak nasi husna tu  je. Adeh!!!Apa ehh makanan berkhasiat untuk makan pagi??Oat ke??Adoi, x lalu nak makan oat pagi2 buta. Chop2. Kalau tengah2 hari buta & lapar giler pun memang tak terbuka seleranya nak makan oat. Emm bijirin nestum or cereal dengan susu ok ke??Ke roti dengan sardin??kot2 sebab perut nasi, nanti tak sampai kol 10 dah melalak kat opis sebab  lapar. Yang dok telan nasi pun boleh je pukul 10 11 tu cari makanan tambahan...Phewww!!!Masalah diri sendirinya, nak buat makanan yang berat2 sikit, haku ni tak reti nak masak ke apa?? Dah la waktu pagi tu time limited kot. So, apakah jalan penyelesaian ni???? Breakfast oh breakfast....