1st time feeling haruslah sentiasa excited.. betul kan?
This year, i have the 1st time feeling of doing 'Qurban'.. Alhamdulillah. Yeay!!!Baru nak insaf, padahal orang lain dah berzaman2 buat qurban. Selalu je fikir, alah, saya muda lagi. Kecik lagi. Qurban2 ni kerja2 orang tua jek. Cis tak sedar diri padahal diri sendiri dah tua bangka pun. Teruk sunggh. Haha!!!
Tapi bukan qurban kat Malaysia, sebaliknya qurban di Kemboja melalui projek qurban Aman Palestin.
Bukan tok sir qurban kat sini, tapi dek kerana diri sendiri yang langsung tak boleh diharap dalam kerja-kerja pembersihan daging & kerja-kerja pengagihan, makanya kena cari alternatif yang bagi duit je, then siap. Itulah juga salah satu niat qurban terbantut dari tahun ke tahun. Memang tak akan susahkan ma buat kerja2 urus daging. Dah tahu, dia tak leh buat kerja2 berat sangat. Baiknya anak perempuan ma nih. hahahaha!!!
Moga2 ada lagi program macam ni di tahun2 depan. Insya Allah, akan sertai lagi. Setakat RM350 sekali setahun yang kalau dibahagi dengan hari setahun, so x sampai RM1 pun. Kalau Nabi Ibrahim sanggup korbankan Nabi Ismail kerana Allah, aku hanyalah korbankan duit sahaja. Dari berjoli2 beli ntah apa2, so baiklah buat qurban. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan Nabi Allah itu kan. Dalam tekanan dengan keadaan di sekeliling sekarang, sijil dari Aman Palestin yang baru sampai semalam sedikit menceriakan hidup. Dah lama tak dapat sijil. Ni bila dapat, rasa excited je. Kena buat frame siap nih. Haha!!!Moga Allah menerima qurban ku tahun ini. Insya Allah, will join in future. Amin!!!
No comments:
Post a Comment