Haha apa tajuk yang haku merepek meraban ni. Nak buat ala2 macam lagu The old McDonald has a farm tu, tapi macam tak berapa nak jadi. Huhu!!!
Tajuk di atas terkeluar kes kat mana-mana duduk lepak sekarang ni, topik yang dibincangkan harusla PRU13. Politik la, apa lagi. Kat opih, kat fb, kat restaurant, kat rumah, kat TV, kat radio, kat youtube, memang tak ada topik dah selain bincang pasal PRU13. Bincang, komen, cakap-cakap, mengumpat n bla bla bla. Huhu!!!
Haku pun dah terjebak sama daa. Kat opih, dari makan breakfast kat meja bulat di bilik meeting, then sambung plak di meja bulat yang sama di tempat yang sama masa lunch, so topiknya tetap yang sama. Yang kelakarnya, haku ni dah rasa macam talam 2 muka plak. Adeh!!! Sian kat talam kena pinjam nama. Yelah, diorang kat opih tak tahu yang my family ni pro Gov. Yang diorang dok bincang selalu tu bangkang Gov. So mmg diorang ingat my family ni as the same politic as my state. So ingat haku ni as their gang. Yang haku plak ni, kalu gang dio dok bincang pasal politic memang senyap tak terkutik. Nak setuju sangat apa yang diorang kata pun dok, bankang sangat pun dok. Yeah, i can join them actually because i'm neutral. Tak pro & cons mana2 pihak lagi setakat ni. So cakap la apa2 pun, tak memberi kesan langsung kat diri sendiri.
Bila balik rumah, situasi kat opih dah bertukar ke 360 darjah dah sebab my family is pro Gov aka against my state. So ceritanya lain plak. Jadi talam lagi. Setuju sangat pun dok, bangkang pun dok. So diam lagi. Sebetulnya yang dok diam tu sebab tak ada point nak menjampuk kes sebab tak amik tahu sangat pasal ni. Dan satu lagi, i always tell to myself to shut up my mouth if i don't know the true story. Mana tahu fitnah. So jangan la tambah dosa2 yang dah sedia banyak di sebelah liabiliti tu.
Then keluar dengan gang Naimian pun, kitaorang boleh bincang pasal politic ni 1 jam kot. Dah lepak kat burger king tu rasanya sampai panas kerusi2. haha!!! Hadeh, dah abis tajuk nak bincang kot. Or maybe this is the hot story after all. Tapi bincang dengan gang Naimian memang best. Sebab semuanya macam sekepala. Can discuss side ni, side tu. In positive thinking. Tak ada la cakap macam nak memburuk-burukkan. Yeah, we are same old maybe. So the thinking among us maybe at the same level. Engineer cakap macam ni, cikgu cakap macam ni, QS cakap macam ni, auditor cabuk ni pun boleh la nak cakap sikit2. Tapi kesimpulannya, semuanya nak yang terbaik for Malaysia and more to muslim country.
Tapi rasanya ni PRU yang i rasa takut sangat. Entah. Dulu2 mungkin tak faham. Sekarang dah matang sikit **konon matang. So macam dah faham sikit apa itu politic & bla bla bla. Tak tahu la, mungkin sebab gelombang perubahan ada kat mana2, so takut kalau2 berlaku perubahan politik negara akan jadi makin worst. Tapi orang nak perubahan berlaku, maybe ada yang tak kena dengan apa yang ada sekarang. So kena berani buat perubahan. Dah siap fikir2, Malaysia kena jual kat siapa-siapa la. Tak aman la. Asyik gaduh2la. Ya Allah. Nauzubillah. Well my friend also think as same as me too. Ohh tak ada la aku dah berangan sampai ke jurang Mariana sampai tak boleh nak timbul balik. Rupanya ada je yang sekepala. Tapi dia punya fikiran tak ada la sampai kena jual ke apa. hihi!!!
Tapi sampai sekarang pun i still dont know who to vote to. Dah ada calon pun. Tapi tak boleh nak fikir jugak. Sorang kawan saya cakap, kalau tak tahu nak pilih siapa, tengok calon mana yang more to Islam. Contoh kalau ada 5 orang. Tapi lima-lima orang tu macam worst je, so at least pilih seorang yang masa berkempen at least sebut nama Allah. Or tgk diorang punya manifesto. At least dalam manifesto diorang dah janji nak jaga Islam. So kalau diorang menang & tak tunaikan janji ikut manifesto, tu kira urusan dia dengan Allah. Sebab kalau pilih yang langsung tak more to Islam, so kalau dia menang dan bina pub, kilang arak ke apa, banyak anjurkan majlis maksiat, kita yang mengundi pun akan dapat saham sekali. Ayak!! Macam serius je. Ye betul betul, ni kira serius tahap gaban dah ni. Kalau tersilap pilih, dengan haku-haku sekali tanggung apa yang pemimpin tu buat. Dah pilih calon yang salah kan. Tapikan, kenapa la semua orang berebut nak jadi pemimpin ni. Yang tolong mengundi pun rasa dah tanggungjawab yang besar nak vote, inikan plak pemimpin. Bukan senang nak jadi pemimpin ni. Silap langkah, memang akan makin bertambah dosa di sebelah liabiliti. Sebab duit ke? Tak kan lah langsung tak ada ciri nak jadi pemimpin, tiba2 nak pimpin orang. Betul ke sebab duit??Hailah, duit memang berhantu. Miskin pun susah, kaya banyak duit pun susah!!Yeah, dah ada pengalaman pasal berhantunya duit ni..
Sekarang ni tengah baca buku Di Mana Bumi dipijak. Ada satu ayat ni macam sesuai dengan suasana PRU sekarang
"Pemerintah beriman memerintah dari hati, mengatur strategi menggunakan akal dan firasat yang tinggi, bertindak dengan penuh hikmah bersumberkan akhlak Rasulullah SAW."
Yeah, i like the quote most. Rasa macam meresap masuk ke jiwa. ~~
No comments:
Post a Comment