Saturday, 27 April 2013

i love my friends

Dah lama tak bercerita. Nak tulis banyak sikit malam ni. Sebabnya ada benda nak tulis lah. Ada topik yang difikirkan.

Yes i love all my friends. Tak kira kawan kat tadika ** macam dah tak ada yang kontek dah**, kawan kat SK. Morak, kawan Naim, kawan Matrik Arau, kawan UKM, kawan KHR, kawan C&C. Semuanyalah. I love them much. Haha tetiba je. 

Tetiba fikir macam ni sebab semua kawan saya berlainan karektor. So i can learn sifat diorang yang tak ada kat diri sendiri. Well, saya ni neutral dalam segala hal. Bukan sahaja neutral dari segi fahaman politik, dari segi karektor pun tak ada la sangat menunjukkan karektor teramat sangat terhadap satu2 benda tu. Just emm neutral la. Nak kata suka sangat pun dok, nak kata benci sangat pun dok. Haha apa la yang aku dok meraban nih.

Macam ni, tadi i keluar dengan kawan Naimian. My friend, Amani dia kehilangan kucing kesayangan dia. Nama comel ke apa. Ya Allah, this is my first time know the person who like cat most. Dia hilang kucing je **kucing je bagi i sebab i bukan pecinta kucing** tapi dia boleh risau & sedih giler macam hilang benda yang paling berharga. Serius i terkejut kot. Sebab i have no feeling toward someone or animal like this. Selalu je, dah hilang hilang la. Or dah tak suka, biar lah **ni untuk manusia**. No feeling. Or sedih kejap then redho. Tapi Amani hilang kucing je, tapi dah sekampung dia tanya orang ada jumpa kucing dia ke dok, dah cari kat semua tempat, then siap tampal2 iklan kat mana-mana untuk meniklankan pasal kehilangan kucing dia. Yes really passionate. Siap tak lalu makan sebab teringat kucing yang hilang. Mood nak UK pun terbantut. Baguskan?? Saya tak ada jiwa ini. Jauh sekali nak feeling macam ni. Tapi tengok orang lain ada feeling macam ni, i can learn something yang tak ada kat diri sendiri. Sebetulnya i suka tengok orang yang sukakan binatang terutamanya lelaki. Oho mood gedik sudah datang. Sebabnya diorang penyayang kot. Dengan haiwan diorang dah layan baik-baik, inikah plak dengan manusia kan. Tapi tu lah, i dont like cat. Geli kot. Manja dah satu kucing ni. Kalau dah manja, mesti nak belit2 kat kaki. Or sibuk mengiau-ngiau. Then alah bulu. Hailah, Farah Anida yang tiada jiwa penyayang, bila la ko nak insaf nih????

Then ada lagi kawan-kawan saya yang ada macam-macam karektor. Ada yang cool giler tak kira lah berhadapan dengan apa juga hal pun, yang shopaholic sampai tak kisah langsung pasal duit, yang ego tahap nak ketuk2 kepala kat dinding dush dush dush pung pang pung nak bagi penampar pun ada, yang lurus tapi sangat baik hati pun ada, yang banyak cakap & auta lebih pun ada, yang kira peramah giler tak kira dengan orang yang tak kenal pun ada, yang clumsy tapi teror giler pun ada, yang sikap mak mak walaupun kitaorang sama umur pun ada, yang tak boleh tengok orang ada benda tu, dia pun nak jugak pun ada, ada kawan yang creative, ada kawan yang matang, then bla bla. Banyak kan? Banyak sifat yang boleh i ikut ** yang baik la then yang tak baik tu selalu berdoa pada Allah moga2 janganlah sifat tu terbalik kat diri sendiri**

Sebetulnya i have no friend. Ehh bukan tak ada. Emm tak banyak kawan sangat kot kes i bukan reti nak bergaul. Atau ayat betulnya i tak peramah dengan orang asing. Tapi bila i dah rapat dengan orang tu, i can be very close to them. Orang pun akan ingat i sombong kot kalau tak rapat. Emm sebab tak reti nak bergaul, tak reti nak buka idea, tak reti nak panjangkan topik dengan strangers, senyum pun kalau ikut mood je, mestilah orang akan ingat i sombong. Tapi tulah, sifat yang ni memang susah nak hilangkan. Tu lah sebab tak ada orang nak kat i  kot. So siapa-siapa kat luar sana, dengar lah, saya tak sombong ye. Baik hati. Haha tetiba membuat promosi murahan kat sini. Ehh merepek apa ni. Nak cakap, walaupun tak ramai kawan, tapi kawan-kawan yang ada ni sangat berharga sebab i can learn something from them. 

Dulu kat matrik, bergaduh dengan sorang kawan ni dan sampai sekarang dah tak berhubung. Sangat la rugi kan. Jadi hargailah rakan anda. We are different in many way ** background, sikap, agama, bangsa, family, education etc** tapi dengan adanya sifat tolak ansur, we can be friends forever. yeah i love all my friends... Sungguh tak tipu...

with the politic politic here with the politic politic there..

Haha apa tajuk yang haku merepek meraban ni. Nak buat ala2 macam lagu The old McDonald has a farm tu, tapi macam tak berapa nak jadi. Huhu!!!

Tajuk di atas terkeluar kes kat mana-mana duduk lepak sekarang ni, topik yang dibincangkan harusla PRU13. Politik la, apa lagi. Kat opih, kat fb, kat restaurant, kat rumah, kat TV, kat radio, kat youtube, memang tak ada topik dah selain bincang pasal PRU13. Bincang, komen, cakap-cakap, mengumpat n bla bla bla. Huhu!!!

Haku pun dah terjebak sama daa. Kat opih, dari makan breakfast kat meja bulat di bilik meeting, then sambung plak di meja bulat yang sama di tempat yang sama masa lunch, so topiknya tetap yang sama. Yang kelakarnya, haku ni dah rasa macam talam 2 muka plak. Adeh!!! Sian kat talam kena pinjam nama. Yelah, diorang kat opih tak tahu yang my family ni pro Gov. Yang diorang dok bincang selalu tu bangkang Gov. So mmg diorang ingat my family ni as the same politic as my state. So ingat haku ni as their gang. Yang haku plak ni, kalu gang dio dok bincang pasal politic memang senyap tak terkutik. Nak setuju sangat apa yang diorang kata pun dok, bankang sangat pun dok. Yeah, i can join them actually because i'm neutral. Tak pro & cons mana2 pihak lagi setakat ni. So cakap la apa2 pun, tak memberi kesan langsung kat diri sendiri. 

Bila balik rumah, situasi kat opih dah bertukar ke 360 darjah dah sebab my family is pro Gov aka against my state. So ceritanya lain plak. Jadi talam lagi. Setuju sangat pun dok, bangkang pun dok. So diam lagi. Sebetulnya yang dok diam tu sebab tak ada point nak menjampuk kes sebab tak amik tahu sangat pasal ni. Dan satu lagi, i always tell to myself to shut up my mouth if i don't know the true story. Mana tahu fitnah. So jangan la tambah dosa2 yang dah sedia banyak di sebelah liabiliti tu.

Then keluar dengan gang Naimian pun, kitaorang boleh bincang pasal politic ni 1 jam kot. Dah lepak kat burger king tu rasanya sampai panas kerusi2. haha!!! Hadeh, dah abis tajuk nak bincang kot. Or maybe this is the hot story after all. Tapi bincang dengan gang Naimian memang best. Sebab semuanya macam sekepala. Can discuss side ni, side tu. In positive thinking. Tak ada la cakap macam nak memburuk-burukkan. Yeah, we are same old maybe. So the thinking among us maybe at the same level. Engineer cakap macam ni, cikgu cakap macam ni, QS cakap macam ni, auditor cabuk ni pun boleh la nak cakap sikit2. Tapi kesimpulannya, semuanya nak yang terbaik for Malaysia and more to muslim country.

Tapi rasanya ni PRU yang i rasa takut sangat. Entah. Dulu2 mungkin tak faham. Sekarang dah matang sikit **konon matang. So macam dah faham sikit apa itu politic & bla bla bla. Tak tahu la, mungkin sebab gelombang perubahan ada kat mana2, so takut kalau2 berlaku perubahan politik negara akan jadi makin worst. Tapi orang nak perubahan berlaku, maybe ada yang tak kena dengan apa yang ada sekarang. So kena berani buat perubahan. Dah siap fikir2, Malaysia kena jual kat siapa-siapa la. Tak aman la. Asyik gaduh2la. Ya Allah. Nauzubillah. Well my friend also think as same as me too. Ohh tak ada la aku dah berangan sampai ke jurang Mariana sampai tak boleh nak timbul balik. Rupanya ada je yang sekepala. Tapi dia punya fikiran tak ada la sampai kena jual ke apa. hihi!!!

Tapi sampai sekarang pun i still dont know who to vote to. Dah ada calon pun. Tapi tak boleh nak fikir jugak. Sorang kawan saya cakap, kalau tak tahu nak pilih siapa, tengok calon mana yang more to Islam. Contoh kalau ada 5 orang. Tapi lima-lima orang tu macam worst je, so at least pilih seorang yang masa berkempen at least sebut nama Allah. Or tgk diorang punya manifesto. At least dalam manifesto diorang dah janji nak jaga Islam. So kalau diorang menang & tak tunaikan janji ikut manifesto, tu kira urusan dia dengan Allah. Sebab kalau pilih yang langsung tak more to Islam, so kalau dia menang dan bina pub, kilang arak ke apa, banyak anjurkan majlis maksiat, kita yang mengundi pun akan dapat saham sekali. Ayak!! Macam serius je. Ye betul betul, ni kira serius tahap gaban dah ni. Kalau tersilap pilih, dengan haku-haku sekali tanggung apa yang pemimpin tu buat. Dah pilih calon yang salah kan. Tapikan, kenapa la semua orang berebut nak jadi pemimpin ni. Yang tolong mengundi pun rasa dah tanggungjawab yang besar nak vote, inikan plak pemimpin. Bukan senang nak jadi pemimpin ni. Silap langkah, memang akan makin bertambah dosa di sebelah liabiliti. Sebab duit ke? Tak kan lah langsung tak ada ciri nak jadi pemimpin, tiba2 nak pimpin orang. Betul ke sebab duit??Hailah, duit memang berhantu. Miskin pun susah, kaya banyak duit pun susah!!Yeah, dah ada pengalaman pasal berhantunya duit ni..

Sekarang ni tengah baca buku Di Mana Bumi dipijak. Ada satu ayat ni macam sesuai dengan suasana PRU sekarang

"Pemerintah beriman memerintah dari hati, mengatur strategi menggunakan akal dan firasat yang tinggi, bertindak dengan penuh hikmah bersumberkan akhlak Rasulullah SAW."

Yeah, i like the quote most. Rasa macam meresap masuk ke jiwa. ~~



Wednesday, 17 April 2013

the true feeling..

Yeay, i rasa nak ketawa golek2 biler teringat aksi my nephew Hadif dapat kasut sekolah. It's his first school shoes & he was really excited about it. Sampai sekarang i dok senyum2 teringat kat ini budak. Dari last week sampai the end of the August, Hadif Iqbal akan bersekolah di Tabika Morak sebab ibunya dapat mengajar sementara di Sekolah Pasir Pekan. 

Masa mula2 nak bersekolah kat Tabika Morak, dia punya reaksi punyalah sedih. Yelah, dah 2 bulan belajar kat Tabika TM, sekarang nak pindah2 plak. 1st day school Pa pergi hantar pukul 8.30, pukul 9.00 dah balik rumah sebab nangis2 nak balik. Siap jerit2 lagi "Hadif nak sekolah kat Tanah Meroh!!!". Hari kedua bolehla duduk sekolah sampai kol 11, tapi Pa kena tunggu sampai habis. Tapi sedih lagi. Bila my sist tanya dia cikgu dio nama apa, dengan sedih dia cakap "cikgu Zaimah". Then hari ketiga dah ok sikit. So this week, Pa dah boleh balik kol 8.30 dan lepas tu boleh berjalan2 dengan Si Leeya makan roti canai kat Wakaf Bharu. Haha!!! Happy giler Pa bulih buat sebab tak g kerja. Huhu!!So dah belajar dekat, makin ligat la Tok Abah menjenguk cucunya di Tabika.

Actually nak cerita pasal kasut sekolah Hadif yang pertama. Last week lagi Hadif dok mengadu kat Pa, cikgu suruh beli kasut sekolah. Entah betul ko dok. Tapi budak2 memang jujurkan. So betul la tu. Jadi ini malam, Pa & ibu bawa budak Hadif ke Home-U nak beli kasut sekolah. Bila dia balik rumah, Ya Allah excited giler. Kejap pakai, then lompat2. Bukak balik, pakai balik. Tunjuk kat sume orang dalam rumah. I nak ambil gambar dia, dia siap boleh cakap "tunggu la Chu, hadif nok pakai kasut". Then lepas tu happy giler ambil gambar. Sengeh je muka dia. Pergi dapur tunjuk kat my mum. Pakai kasut lagi. Haha!! Memang lawak gile bile tengok.

Yeah, the feeling of 'budak2' memang sangat telus & jujur. Kalau lapar or marah or sakit, akan menangis sampai satu rumah boleh dengar. Kalau tak dapat apa yang nak, harus melolong sambil guling2 kat lantai. It's really different with us as an adult. Kalau happy pun tak tunjuk sangat. Nak contol macho. Kalau sedih pun buat2 happy, kalau lapar, tahan dulu nanti bila sempat baru makan then bla bla bla. Hipokrit sebenarnya orang dewasa ni. Nak tengok the true feeling, just see the children. Pure feeling!!!

"Betul  dok ni ibu? Ask Hadif to his ibu

Wednesday, 3 April 2013

at last...

The most popular question among Malaysian nowadays is "bila parlimen nak bubar? Bila PM nak bubar ni? atau kalu ikut loghat kelate macam ni bunyi dia "dok wak godio lagi PM tok bubar2 parlimen nih?" Yeah at last. After 2 3 months of waiting, after 2 3 months of speculation, today on 3.4.2013 at 11.30 a.m, our PM dissolved the parliament. Yeay, kat office tadi kecoh kejap. Then ado plop hok buat drama "so skang ni dah tak ada PM la kan? apa kata kita sume jadi PM barang 2 3 minggu" haha. I pun terjebak dengan lakonan diorang ni sama. LOL!!

So after this, dah boleh nampak perang bendera parti2 yang bertanding di sepanjang jalan. Dah boleh nampak poster calon2, dah boleh dengar sana sini kempen, dah boleh tengok betapa fanatiknya penyokong dan bla bla. We are going to have election soon. Ohh really?? Last election was at 2008. Masa tu baru je mula kerja. Muda belia lagi. & now dah tua dah & it's my 2nd time on election. 

What's my feeling?? emm biasa2 je. Haha!! Yang biasanya sebab dok kelate je pun. Kalau dok luar kelate, dah book ticket siap nak balik kg sebab nak mengundi. My friend yang duduk dubai pun semangat nak balik Malaysia untuk mengundi. Tebal kan dia punya semangat nasionalisme? I punya semanga tak tahu la. Nak mengundi & tak mengundi sama banyak. Yang konfiusnya sebab dah tak tahu nak undi siapa. Calon pun tak kenal. Nak pilih berdasarkan parti pun tak tahu sebab sehingga sekarang i tak sokong mana2 pun. Neutral!! Tak ada kot lagi parti yang boleh membuatkan i fanatik or touching!! Cis macam nak bercinta pun ado.

Sebab musim mengundi sekarang ni, i baru je lepas tengok cerita Jepun yang temanya pasal politik. Dah tgk banyak kali sebenarnya. Tapi tengok lagi sebab nak ambil aura mengundi. Tajuk cerita tu ialah 'Change'. Kalau la dapat PM macam Asakura Keita macam dalam cerita ni, harusla setiap kali dia bagi ceramah, i dah melopong depan TV awal 1 jam before programme. Kalau jumpa depan mata, dah tergolek2 pengsan kot kes kerana terlampau teruja. Haha!!!  Yeah, i'm big fan of Takuya Kimura. Mana la boleh tak pengsan kan. kuikuikui!!! ** ntah ado kaitan dok dengan cito mengundi dengan mamat hansome kat bawah ni. ohh suka dia. Suka lakonan dio. Dia bawa watak apapun pasti akan melopong tengok dio. huhu!! Ye betul, mood gedik sudah muncul!!!

Mr Presiden Asakura Keita in change.. Phew pengsan!!! haha
This is now the scenario at Pasir Pekan. Selang seli bendera hijau biru. The more to come after this. The election is nearer. Just can see this once in 5 years.


Tuesday, 2 April 2013

the last last wedding...

Last week (24/3).. i attended Gna's wedding at Tok Ube.. Yeah, last last wedding coze the single & available just  few people include the writer. kuikuiku!!!

Rombongan cik kiah kali ni just a few jugak. Enon, Amani & Saya!!! Yeay dah rasa bulih dapat award dah ni kes antara orang orang yang terbanyak attend wedding kot. Tapi bukan juara la. Sebab yang kat kelate je nak atttend pun. Kat belah2 luar kelate, sekian wassalam!! Huhu. Mc Z pada mulanya nak join semangkuk, siap2 ambik cuti lagi, tapi last minit terkena penyakit CBCB. So terpaksalah dia berehat je kat rumah. Sian Mc Z, dah la nak cuti tu punyala susah payah. Pas tu tak dapek pulak nak lepak2 for the whole day. Saya?? Kol 5.30 petang before hari cuti tu baru terhegeh2 nak isi form cuti. Pas tu letak je kat meja bos. Tak kisah la bos nak kasi cuti ko tidak. Cuti mesti cuti!! Mana bos boleh halang2. Haha!!

Kitaorang pergi ke rumah Gna dalam area kol 11pagi. Yang awalnya sebab Enon & Amani jadi photographer rasmi majlis Gna. So kena la terpacak di rumah Gna dari seawal majlis iaitu majlis khatam AlQuran yang berlangsung pukul 11pagi. Masa majlis akad nikah pun which malam sebelum majlis bersanding, diorang berdua pun dah attend majlis. Saya je la yang tak ikut sebabnya Tok Ube tu jauh satu. Then malam2 buto plop, lagi sebab tak sempat nak kejar majlis sebab kol 7 baru sampai rumah skang ni. Lagi satu sebab paling besar kenapa tak pergi ialah sebab sangat konfirm infiniti percent, my lovely mum tak akan kasi keluar malam2 buto. Huhu!!!

Rasanya tak boleh kot attend wedding kat Tok Ube. Sebabnya masti akan pakai tudung seirama dengan pengantin & pelamin. Lagi satu, wajibla ado pengalaman yang tak dapek den nak lupoi. Masa majlis Mc Laa dulu, Mc Laa tema pink, haku pun terhegeh2 la jugak pakai tudung pink. Then majlis Gna plak, terhegeh2 lagi sekali pakai tudung colour turqoise which sama dengan baju pengantin & pelamin. Then lagi satu, wajib & harus ada pengalaman yang pertama kali kot dalam hidup. Masa majlis Mc La, tiba2 ditolak menjadi pengapit. Huhu!! haru giler raso dok atas pelamin tu. Dah la lama sebab majlis Mc La dia ado renjis2 bagai. Majlis Gna plak, lagi la nak ketawa golek2 bilo ingat kena jadi ahli khatam Quran dengan mak cik2. Haha!!! First time ni. Dah la tak ada AlQuran kat depan mato. Nasib la kena baco surah pendek. Kalu dok, dah meraung2 kat depan mok cik2 tu kot sebab tak reti nak baco. Mok Cik nak buat menantu pun tok jadi tengok budak tak cukup umur tak reti baca AlQuran. eh eh, dalam kumpulan mok cik2 ari tu, x ado ko mok cik hok ado anak lelaki yang gantang & kaya & up sikit yang beriman nak bagi den sorang??? hahahahah demand giler nak hok kacak, kaya & beriman. Sebab koya je kan. So hentam ajolah labu. haha!!! Dah la kena jadi pengapit lagi sekali. Tapi penagpit kali ni, memang haku nok suko tahap apa dah. Sebab kena dok kibas2 atas pelamin tu bagi pihak hubby Gna. Haha!! lawak lawak.

Tapi pengantin Si Mazlina Mat Hussein (betui ko dok ehh nama penuh Gna) sangat sempoi. Langsung tak kisah la pasal apa2 pun. Tudung senget ke, pakai anak tudung ke, make up ke, just follow the flow. Tengok Gna langsung tak tension. Emm bagus jugak macam ni. Tak ada la muncung je sebab tension dengan semua benda. Just follow je la apa nak jadi hari tu.

Apapun, Wish Gna & hubby happy wedding day & congratulations. Semoga perkahwinan kekal selamanya.Yeay dah lepas sorang. Who will the next person? Saya ke? ohh rasanya bukan. Ada lagi yang lagi dekat dari diri sendiri nih. Tunggu aje lah tengok perkembangan. Hihi!!! Yeah, the group will be more smaller year by year. Tapi ramai je la yang still single. ** kes nak sedapkan hati sendiri. haha. 

** the picture of the day. Credit to fb Ainul Husna Mohyedin. 


Only us...